Sunday, December 25, 2011

Promosi Kupon Diskaun Di Hujung Tahun





Selamat Jalan 2011, Selamat Datang 2012


Jika anda bercadang untuk memesan remedi, saya dengan senang hati ingin menawarkan KUPON DISKAUN sebangyak 10 PERATUS untuk semua produk sehingga 31 Disember 2011. Caranya mudah sahaja, sila isi nama dan email yang sah di borang yang boleh anda lihat di sebelah kanan paling atas. Jika tidak bercadang untuk membeli pun silalah isi untuk mendapat info, tips-tips dan kupon diskaun yang terbaru.

Cara untuk memesan, mudah sangat anda hanya perlu ke PRODUCTS , pilih produk dan klik ADD TO CART dan ikut arahan selanjutnya. Jika produk yang ingin dibeli tidak terdapat didalam page PRODUTS, jangan panik, sila SMS kepada saya nama dan email yang anda daftarkan. Selepas saya sahkan anda telah berdaftar,  maka anda telah layak mendapat diskaun 10 PERATUS DISKAUN. SMS boleh dihantar ke 019-309 89 80 atau 017-22 444 27.


Esok 25 Disember, semua orang tahu sambutan Hari Krismas atau Hari Natal. Seluruh rakyat Malaysia akan bercuti dan yang paling "best" disebabkan Krismas jatuh pada hari Ahad maka secara automatiknya cuti ditambah kepada hari Isnin. Meriah habis, bukan kerana Krismas tetapi meriah semua kaum dan agama berpusu-pusu balik kampung atau mengambil kesempatan untuk bercuti di hujung cuti sekolah.


Tahun Baru Islam atau Awal Muharram telah berlalu, kini tiba pula Tahun Baru Masihi yang akan disambut meriah berbanding Awal Muharram. Secara tradisinya setiap hujung tahun kita akan menanam azam baru seperti azam yang popular ingin berhenti merokok. Bagi yang obes akan menanam azam untuk kurus tetapi sebaliknya yang kurus ingin tambah beberapa kilo untuk nampak lebih "cun" atau "macho". 


Saya berharap dan berdoa, semoga semua azam, harapan dan cita-cita anda akan menjadi kenyataan. SELAMAT TAHUN BARU 2012.



0 comments:

Post a Comment

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com