Sewaktu kecil dahulu saya sering terdengar ibu memarahi Allahyarham ayah saya supaya mengawal gula dan makanan yang masin. Terdetik dihati apakah itu kencing manis? manis ke kencing tu? nak rasa eeeee tak lalu ler aku , namun naluri kanak-kanak yang pada waktu hanya untuk bermain ia hanyalah satu persoalan orang dewasa yang tidak perlu difikirkan sangat. Persoalan itu terjawab sehinggalah saya mula mempelajari ilmu perubatan, maka terjawablah persoalan tersebut.
Apa itu kencing manis ?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis
Rawatan Dan Remedi
Homeopathy merupakan satu-satunya konsep perubatan alternatif yang mempunyai kajian klinikal, kajian keberkesanan setiap remedi bagi setiap penyakit dan direkod didalam Materia Medica. Terdapat 2 fahaman atau kaedah rawatan Homeopathy iaitu Classical atau Combination. Classical merupakah kaedah merawat dengan single remedy yakni merawat sesuatu penyakit dengan hanya satu remedi, manakala combination biasanya dijadikan produk, produk tersebut merupakan kombinasi beberapa remedy untuk merawat sesuatu penyakit. Pasti anda tertanya-tanya konsep manakah yang lebih berkesan?.
Jawapannya, kedua-dua konsep berkesan namun single remedy biasanya agak perlahan sewaktu proses penyembuhan. Fahaman mudah konsep kombinasi ialah beberapa remedi digabungkan dalam dos yang amat kecil untuk merawat beberapa penyakit didalam satu masa, konsep ini sepanjang pengalaman saya ia nampaknya lebih pantas dan berkesan.
Produk ini menggabungkan 8 jenis remedi didalam satu botol bagi menangani beberapa masalah diabetes didalam satu amsa dan hasil laporan klinikal ialah seperti berikut;
Dibonil – Remedi Cecair Untuk Diabetes
Kombinasi ideal untuk mengawal glycemia dan mampu :
- Mengurangkan kekerapan membuang air kecil
- Mengurangkan kehausan yang melampau
- Melegakan dan menghalang kekejangan dan kesakitan otot
- Membina tisu baru dan mencegah dari keletihan melampau fizikal dan minda
- Tidak ada gangguan perut seperti gastric
- Tiada risiko untuk terjadi hypoglycaemia (paras gula yang rendah)
- Tiada kesan sampingan terhadap organ-organ utama seperti terjadinya mati pucuk
- Tiada laporan mengenai kesan sampingan sekiranya mengambil dalam tempoh yang panjang
Indikasi : Remedi ini amat berkesan kepada pesakit diabetes yang tidak menggunakan suntikan insulin (non insulin dependant Diabetes Mellitus (NIDDM) ) atau MOD iaitu Diabetes jenis II , jenis diabetes yang ringan biasanya terjadi pada orang dewasa, disebabkan oleh obesity, stress yang teruk dan menopos.
Bagaimana untuk memesannya?
Ia adalah mudah sila rujuk di :
http://www.solaris-marketing.com/cara%20memesan%20produk.html