Tuesday, April 13, 2010

Carmino Complexion Cream



Satu lagi produk bermutu yang telah diimpot dari India untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna iaitu Carmino Complexion Cream (CCC). Jika sebelum ini Carmino Calendula Healing Cream (CCHC) mengguna ekstrak Calendula (marigold), CCC juga menggunakan bahan yang hampir sama iaitu Calendula (marigold) tetapi diperkayakan dengan Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air.

CCC bukanlah krim berstatus kosmetik tetapi dengan bahan-bahan dari alam semulajadi ini mampu memberi kesan yang menakjubkan. Pasti anda akan berpuashati dengan muka yang bercahaya , bersih dan lebih cerah dari sebelumnya.

Mengapa Jerawat Terjadi

Kehidupan masa kini yang sering terdedah kepada polusi menyebabkan kerosakan kepada kulit muka. Anda mesti menyangka jerawat terjadi pada waktu yang singkat mungkin 1-2 hari , ia tidak benar kerana jerawat mengambil masa selama 2-3 minggu sebelum jerawat akan timbul dikulit muka anda.

Jerawat yang timbul di muka anda adalah disebabkan oleh pori-pori dan folikel rambut telah tersumbat dengan sel-sel kulit yang mati dan juga akibat sebum terjadi dengan melebihi kuantitinya. Pori adalah lubang yang amat kecil dikulit anda dan sebenarnya folikel rambut yang mengandungi rerambut yang sangat halus. Setiap rerambut akan berkait dengan kelenjar sebaceous. Kelenjar sebaceous menghasilkan substan berminyak yang dipanggil sebum. Sebum tugasnya memastikan kulit menjadi lembut

Jerawat terjadi bila lubang halus ini tersumbat dan sebum gagal untuk naik ke permukaan kulit, proses folikel tersumbat adalah gabungan sebum dan sel-sel kulit yang sudah mati dan mengakibatkan bacteria bertindak untuk menggalakkan sel darah putih menyerang , bila proses ini terjadi akan mengakibatkan inflamasi dikulit. Jerawat akan timbul bila dinding folikel terhakis dan akan menjadikan serangan jerawat samada ringin , sederhana atau teruk.

Mengapa perlu Carmino Complexion Cream

Bahan CCC yang 100% dari alam semulajadi bukan sahaja mampu mencerahkan kulit malah mampu membuka pori-pori yang tersumbat dengan khasiat-khasiat semulajadi seperti Vitamin E atau anti-oxidant dari susu kacang almond. Hasil dari kajian almond amat kaya dengan pelbagai mineral seperti potassium, copper and magnesium dan boleh bertindak sebagai “detox”.

Formula CCC adalah gabungan herba dan bunga-bungaan yang tidak dapt disangkal lagi amat berkesan pada kulit sepert i Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air .

Aloe vera atau sering di gelar “medicinal aloe” merupakan tumbuhan yang cukup popular dan telah diproses untuk kegunaan perubatan dan kosmetik. Aloe vera mempunyai nilai perubatan yang tinggi,telah dikaji dan disahkan boleh menjadi agen untuk mempercepatkan proses penyembuhan , anti-kulat dan anti-bakteria.

Mahonia aqui atau Beberis aqui adalah tumbuhan yang amat terkenal bagi pengamal homeopati , dan terdapat produk yang mengambil nama tumbuham ini iaitu Aquifolium drops dan krim. Kegunaan produk ini ialah untuk jerawat dan juga parut-parut.

Cane flower adalah bunga yang seakan-akan Marigold juga , nilai therapuetiknya juga menyamai Marigold (calendula) iaitu mempunyai nilai anti-oxidant, antiseptic dan lain-lain.

Minyak wheat germ mempunyai nilai Vitamin E yang paling tinggi bagi semua kategori minyak, ia berfungsi menghapus dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Vitamin E adalah vitamin yang amat diperlukan oleh kulit.


Sandalwood ialah tumbuhan yang mengeluarkan aroma wangi dan sering dijadikan bahan untuk fragrant . Sandawood oil ialah minyak yang mempunyai kualiti tinggi untuk mengharumkan pelbagai produk termasuk krim Carmino complexion, selain mendapat manfaat kesihatan aroma yang wangi akan memberi kelegaan kepada mental anda. Sandalwood oil.

Cara mengguna

Cuci muka dengan air suam bersama-sama sabun Merrygold atau sabun Carmino Complexion. Sapu krim ke muka dengan cara putaran dan biarkan semalaman untuk kesan yang lebih baik.

Harga RM80 promosi hanya RM70