Monday, August 31, 2009

Merdeka, Pandemic, Bulan Puasa Dan Topeng Muka

31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 Hijrah kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 didalam suasana yang diselubungi oleh kegawatan ekonomi dan juga pandemic Selsema Babi.

Pautan ke laman Kementerian Kesihatan Malaysia untuk info terkini http://h1n1.moh.gov.my/

Setakat 31 Ogos 2009 , jam 9.00 pagi . Seperti lapuran laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 72

Dimaklumkan sehingga 31 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 286 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (70%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (9), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).


Walaupun wabak ini pada tahap kritikal , tinjauan saya di pusat tumpuan umum seperti pasar raya dan lain-lain kawasan membeli belah pemakaian topeng dikalangan pengunjung adalah amat mendukacitakan. WHO sendiri mengatakan bahawa penduduk Malaysia tidak mendapat info yang secukupnya untuk berbuat sedemikian. Di mana silapnya?.

Tambahan pula di bulan Ramadhan umat Islam sedang berpuasa dan semestinya tumpuan orang ramai untuk keluar membeli belah, namum dengan situasi ini saya khuatir penyebaran AH1N1 akan bertambah dengan teruknya. Adalah wajar bagi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghebahkan kepada orang ramai untuk menggunakan topeng muka dengan menghantar kakitangan dan sukarelawan di seluruh kawasan tumpuan membeli belah dengan pemasangan poster, kain rentang, risalah-risalah dan topeng muka untuk diberi secara percuma mahupun dijual dengan harga minima dan memberi informasi tentang kebersihan diri. Langkah seperti ini walaupun agak drastik tetapi mampu menghalang wabak ini dari menular, ini ialah kerana Malaysia mencatatkan kematian tertinggi di Asia dan Asia Tenggara.

Saya menekankan pemakaian topeng ini kerana vaksin belum ditemui, hanya penggunaan topeng dan penjagaan kebersihan sahaja yang mampu menghalang dari terkena jangkitan wabak maut ini. Sebagai langkah proaktif Kementerian Kesihatan juga disarankan berkerjasama dengan pakar-pakar perubatan alternatif terutama homeopathy untuk membuat kajian keberkesanan remedi homeopathy yang telah berjaya mengawal wabak Spanish Flu pada 1918/1919. Tidak ada ruginya untuk berbuat demikian dari hanya menunggu vaksin yang dikeluarkan oleh negara luar yang entah bila untuk disiapkan,

Sebagai rakyat Malaysia saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia, amat bersyukur kita kini telah mencapai usia 52 tahun merdeka. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!