Baru nak landingkan badan ke sofa , telefon pula menjerit-menjerit minta dijawab.
"macam tau tau je handphone ni orang nak berehat dia berbunyi" saya merungut dalam hati. Kadang-kadang tu yang tension panggilan dari syarikat telesales yang asyik menjemput entah apa-apa majlis nak suruh kita join program sales dorang. Entah dari mana maklumat dorang dapat siap sebut nama penuh tu. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak boleh membiarkan telefon tu berbunyi tanpa dijawab, rasa bersalah jer.
Suara seorang wanita dengan nada yang agak stress, "saya Ina (bukan nama sebenar) dari *** dah dua tahun ada buasir, mula-mula just terkeluar dan masuk balik in a few minutes, then last few months dia terkeluar dan mengambil masa untuk masuk balik, nak kerja susah, nak jalan susah....and the worst pagi tadi berdarah la doktor" . Suara wanita tu mula bercampur panik.
"Hermm jangan risau cik, kalau cik ikut secara disiplin remedi homeopathy dapat berhentikan darah dan mengecutkan buasir tersebut, tapi saya memerlukan info tentang diri cik terlebih dulu untuk preskripsi remedi" Saya menenangkan wanita tersebut dan dia agak gembira dengan harapan baru tapi dia agak sangsi kerana telah bermacam-macam ubat telah diambil, namun buasirnya makin teruk jadinya.
Setelah bersoal jawab antara simptom utama yang perlu diambil kira ialah:
- Obesiti, beliau mempunyai berat badan 80kg dengan ketinggian 155cm
- Suka makan pedas
- Tidak minum air mencukupi
- Tidak suka makan sayur dan buah-buahan
- Kerja beliau sedentary, duduk jer dari pagi hingga ke petang.
- Ayahnya juga pesakit buasir kronik
- Hamamelis (oral) - remedi ini sangat berkesan untuk buasir berdarah, buasir berdarah terjadi kerana tekanan di saluran dubur. Di dubur terdapat banyak saluran darah dan telah membengkak akibat tekanan ke saluran darah terutama akibat obesiti dan sembelit.
- Aesculus (oral) - remedi ini untuk buasir yang duburnya terkeluar dan bila dirasa ia seperti berbiji-biji seolah-olah buah anggur.
- Krim Hamamelis - berfungsi mengecutkan dubur yang membengkak dan menghentikan pendarahan.
Masa : Selepas 5 hari mengambil remedi
"Alamak , aduii tadi dikedai makan telefon ni tak berbunyi , baru nak memandu dia berbunyi pula" . Nombor telefon ini saya kenal dan ingat Cik Ina yang alami buasir berdarah.
" Hai doc sorry ganggu pagi-pagi, just nak bagitau. Hermmm lepas few minutes guna Krim Hamamelis seperti doc suruh bleeding dah berhenti". Saya tersenyum sendirian dan bersyukur.
"Alhamdulilah, yang oral remedi dah ambil ke?".
"Dah, sejak remedi sampai... perut yang rasa tak sedap pun dah ok... tapi hehehe (malu-malu) dia buang angin la doc ...tapi lega tak memulas dah"
"Ha Ha takpe kan asal buasir tu tak berdarah"
"Owh lagi satu yang rasa terkeluar pun dah kecut doc , thanks a lot doc!" wah bukan main gembira tonasi suara Cik Ina.
"Owh ... saya seronok dengar perubahan positif yang terjadi, tapi lepas ni Cik Ina kena pantang cili dan .......hermm jangan kecik hati yer ... kena turunkan berat badan sama"
"Eh takdelah doc ... berapa kos untuk ubat kurus tu?" Bersemangat dia saya tersenyum dan ketawa kecil dan menajwab.
"One by one la Cik Ina ... bagi buasir ok dulu lepas ni ubat kurus pula yer.... nanti 5-10 hari lagi Cik Ina report lagi yer perubahan yang terjadi ok"
"He he he yer doc betul juga tu ... budget pun kurang ni ...ok nanti saya call atau SMS yer"
kami mengakhiri perbualan dengan ceria berbanding sewaktu mula-mula Cik Ina menelefon saya.
Selepas 35 hari Cik Ina sudah tidak mengalami buasir berdarah, beliau juga mengamalkan diet yang baik dengan meminum air pada kuantiti yang banyak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran didalam diet pemakanan beliau dan katanya beliau mengambil cili didalam kuantiti yang amat sedikit (sekadar lepas gian jer).
Cik Ina juga berusaha menurunkan berat badan dengan mengambil Phytolacca 3in1 dan yang terbaru berat badan beliau sudah berkurangan 5 kilo!.
Bila Anda Sembuh Saya Tersenyum Puas ..... kerana berjaya merawat dan memberi harapan yang positif kepada mereka yang menderita akibat masalah kesihatan yang mereka alami.