Saturday, May 8, 2010

R95 Alfalfa Tonic With Ginseng dan Vita-C 15

Alfalfa Tonic With Ginseng R95 100 ml

Salam dan salam sejahtera pada semua pembaca blog yang setia, R95 bukanlah produk terbaru. Sudah lama saya preskripsikan pada individu yang Anemia (kurang darah), individu yang tidak ada selera makan, terlalu kurus termasuk kanak-kanak dan gandingan kepada IQ & EQ Booster untuk menjadikan minda kanak-kanak mahupun dewasa menjadi semakin cergas.

Tidak terkumpul oleh saya segala testimoni kerana telah lebih 10 tahun saya mempreskripsikan Alfalfa Tonic With Ginseng R95. Saya sendiri mengamalkan Alfalfa Tonic With Ginseng R95 dan Vita-C 15 dan Vita-C 15 Forte untuk mengekalkan kecergasan minda, tubuh dan mengawal stress.

Vita-C 15 250 ml

Alfalfa Tonic With Ginseng R95 dan Vita-C 15 adalah selamat untuk semua peringkat umur, termasulah bayi dan kanak-kanak dengan mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

Indikasi: Anemia (kurang darah) yang kronik, kepenatan melampau akibat tertalu kuat bekerja, amat sesuai bagi individu yang didalam proses penyembuhan selepas sakit yang lama, membantu menghilang letih-letih selepas demam, kehilangan darah akibat penyakit, surgery atau selepas bersalin. Kanak-kanak yang bantut tumbesaranya dan pada sesiapa yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.

Indications: Chronic conditions of anemia, anxiety due to overwork, exhaustion; ideal for use during convalescence, especially for those recovering from debilitating fever, illness or surgery; after pregnancy; following weight loss or growth spurts in children; for anyone wanting to naturally increase energy level.

Harga :

  • Alfalfa Tonic With Ginseng R95 100 ml - RM100
  • Vita-C 15 250ml - RM150
Cara untuk memesan dan pembayaran sila klik sini

Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia, email anwar@solaris-marketing.com atau SMS ke 019-309 89 80 untuk mendapatkan harga promosi (sekiranya ada)


Obesiti Boleh Membawa Maut

Jangan biarkan diri anda menjadi obes!


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang terjadi di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Remedi homeopati yang boleh membantu ialah Phytolacca Americana (boleh di dapati didalam bentuk produk, bentuk cecair remedy Q dan juga tablet), Phytofit (remedi cecair), Garlic R79 Dr.Reckeweg (kapsul) , remedi tunggal biochemic seperti Cal.carb, Cal.flour atau gabungan kombinasi remedi (dalam bentuk tablet dan cecair) dan boleh dipreskripsi secara individu mengikut symptom obesiti tersebut.

Siapakah yang tergolong di dalam kategori obesiti

· Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;

· Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;

· Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);

· Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan

· Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Bagaimana untuk mengukur BMI


Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan

Status

BMI








Kurus

Kurang 20.6








Normal

20.7 - 26.4








Gemuk

26.5 - 30.9








Obesiti

31.0 - 45.2








Bahaya

Lebih 45.3








Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =

berat(kg)

------------------------------

tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.


Lemak di dalam makanan


Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan

Gram lemak setiap sajian

% kalori dari lemak

Makanan tinggi lemak

Hamburger saiz biasa

11.8

39

Hot dog

14.5

54

Kentang goreng

20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)

12.247

Keropok kentang - 1 aun

10.1

61

Mentega/marjerin - 1 sudu teh

4

94

Sos salad - 2 sudu makan

11.1

85

Kek keju

16.3

57

Makanan rendah lemak

Kacang hijau - direbus = cawan

0.2

9

Roti - 1 keping

1.1

16

Mil oat - 1 cawan

2.4

15

Buah epal - 1 biji

0.5

6

Ubi kentang - 1 biji dipanggang

0.2

1


Risiko kesihatan

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Senaman adalah wajib


Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:



Kenapa perlu bersenam ?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

Obesiti Di Malaysia

Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.

Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.