Monday, August 31, 2009

Merdeka, Pandemic, Bulan Puasa Dan Topeng Muka

31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 Hijrah kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 didalam suasana yang diselubungi oleh kegawatan ekonomi dan juga pandemic Selsema Babi.

Pautan ke laman Kementerian Kesihatan Malaysia untuk info terkini http://h1n1.moh.gov.my/

Setakat 31 Ogos 2009 , jam 9.00 pagi . Seperti lapuran laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 72

Dimaklumkan sehingga 31 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 286 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (70%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (9), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).


Walaupun wabak ini pada tahap kritikal , tinjauan saya di pusat tumpuan umum seperti pasar raya dan lain-lain kawasan membeli belah pemakaian topeng dikalangan pengunjung adalah amat mendukacitakan. WHO sendiri mengatakan bahawa penduduk Malaysia tidak mendapat info yang secukupnya untuk berbuat sedemikian. Di mana silapnya?.

Tambahan pula di bulan Ramadhan umat Islam sedang berpuasa dan semestinya tumpuan orang ramai untuk keluar membeli belah, namum dengan situasi ini saya khuatir penyebaran AH1N1 akan bertambah dengan teruknya. Adalah wajar bagi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghebahkan kepada orang ramai untuk menggunakan topeng muka dengan menghantar kakitangan dan sukarelawan di seluruh kawasan tumpuan membeli belah dengan pemasangan poster, kain rentang, risalah-risalah dan topeng muka untuk diberi secara percuma mahupun dijual dengan harga minima dan memberi informasi tentang kebersihan diri. Langkah seperti ini walaupun agak drastik tetapi mampu menghalang wabak ini dari menular, ini ialah kerana Malaysia mencatatkan kematian tertinggi di Asia dan Asia Tenggara.

Saya menekankan pemakaian topeng ini kerana vaksin belum ditemui, hanya penggunaan topeng dan penjagaan kebersihan sahaja yang mampu menghalang dari terkena jangkitan wabak maut ini. Sebagai langkah proaktif Kementerian Kesihatan juga disarankan berkerjasama dengan pakar-pakar perubatan alternatif terutama homeopathy untuk membuat kajian keberkesanan remedi homeopathy yang telah berjaya mengawal wabak Spanish Flu pada 1918/1919. Tidak ada ruginya untuk berbuat demikian dari hanya menunggu vaksin yang dikeluarkan oleh negara luar yang entah bila untuk disiapkan,

Sebagai rakyat Malaysia saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia, amat bersyukur kita kini telah mencapai usia 52 tahun merdeka. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Friday, August 28, 2009

Ubat Batuk Homeopathy R8


Sebut aje ubat batuk pasti terbayang akan suasana stim dan lalok yang akan dicetuskan selepas mengambilnya. Malah mat gian juga menggunakan ubat batuk untuk melepaskan gian mereka. Begitu hebat penangan ubat batuk ni. Di US menggelarkan ubat batuk sebagai Purple Drank di kalangan mat-mat gian di sana.

Bahan-bahan di dalam ubat batuk yang popular ialah codeine (methylmorphine) dan promethazine (mempunyai kesan sedatif yang kuat). Codeine adalah alkaloid yang ditemui didalam opium (bahasa mudahnya ganja), kebanyakkan codeine adalah kombinasi bersama dengan morphine. Maka tidak hairanlah dilabel-label ubat batuk tersebut mempunyai amaran untuk tidak memandu atau mengendali mesin-mesin kerana kesan yang dicetuskan adalah kepala terasa melayang, mengantuk yang amat sangat dan ciri-ciri halusinasi. Terdapat laporan dari BERNAMA, ubat-ubat batuk yang berada dipasaran tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur 2 tahun (sila lihat laporan BERNAMA dibawah).

Homeopathy juga menawarkan remedi sirap untuk batuk dan kahak, tetapi bebas dari bahan-bahan codeine dan promethazine. Ia dihasilkan dengan ramuan remedi homeopathy dan herba. Produk ini diberi nama Jut-U-Sin R8 yang dikeluarkan oleh Dr.Reckeweg. Di dalam botol kaca , 150ml di ambil 1 sudu teh 3-6 kali sehari.

Sepanjang merawat kes-kes batuk kronik yang melibatkan bronchial asthma (batuk yang diiringi lelah) dan kahak, R8 dengan gabungan remedi drop R9 telah berjaya merawat 90% kes-kes batuk yang lama. Sesuai untuk semua umur termasuk bayi dan kanak-kanak.

Harga termasuk penghantaran RM80 / Sabah & Sarawak RM85

09 July 2009

Ubat batuk, selsema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

KUALA LUMPUR 8 Julai — Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu “Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun” dan “Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun”, wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

“Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati,” katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

“Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit,” kata Eisah.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

- BERNAMA