Monday, October 25, 2010

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?




BC01 ada kesan sampingan ke?

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?

Tengah asyik melihat post dan comment di dalam Facebook, muncul seorang gadis di pejabat konsultasi dengan muka masam mencuka. Sambil memberi salam dia terus berkata “doc kata tak da kesan sampingan, ni apa yang jadi kat muka saya ni?”. Saya terus tersandar di kerusi yang kurang empuk sambil lihat wajahnya dengan teliti. Ohh baru saya ingat, gadis ini pernah datang ke pejabat konsultasi saya lebih kurang 1 minggu lepas.

Jab yer saya tengok rekod awak, hermm baru seminggu ambil ubat yer”, saya terus melihat rekod ubat atau remedy yang di ambil pada minggu lepas. “Ok awak ambil Biochemic BC01, Sulphur 30, Pulsatilla 30, sabun CCS dan krim CCC.” Dia angguk lemah dan berkata “Ni saya bawa sekali , nak pulangkan dan nak duit saya semula!”, gadis itu berkata dengan agak tegas. “oh boleh-boleh saya akan pulangkan duit awak tapi sebelum tu saya nak awak jawab beberapa soalan dulu yer” , dia angguk-angguk lagi, mukanya masih masam mencuka. Kalau lah ada yang nak mengorat pasti takut tengok muka gadis itu, nampak garang betul. Saya pun naik seriyau, risau nanti diterkamnya saya …

Ok awak nak tanya apa?”, gadis itu menyoal tegas. “Awak ingat tak, saya beritahu awak yang berkemungkinan healing crisis akan terjadi, seperti eruption atau jerawat akan naik kerana dibawah kulit muka awak tu sememangnya terdapat *nanah, sel kulit mati yang telah bercampur dengan bakteria… awak ingat tak?” Saya menyoal lembut. “iye ada tapi tak sangka la teruk macam ni” gadis itu menjawab dengan gaya agak begang. Muka gadis ini pada minggu lepas sememangnya sudah berjeawat yang besar, ada yang “bermata” dan ada yang tidak bermata. Sedikit bernanah dan keadaannya kalau dikategorikan memang agak teruk dan akibat dari “penolakkan keluar” bahan-bahan kotor di bawah lapisan kulit mukanya lagi la bertambah teruk wajahnya. “ini bukan kesan sampingan, tetapi adalah kesan positif yang menunjukkan proses penyembuhan didalam proses, kesan sampingan atau side effect bukan boleh nampak dalam masa 1 minggu” saya berhujah lagi untuk memberi fakta sebenar.

* Sebaceous gland adalah kelenjar yang menghasilkan minyak, di panggil sebum. Sebum akan terjadi dengan kuantiti yang berlebihan jika kebersihan diabaikan (sebum akan bercampur dengan bakteria dan akan ditolak keluar menjadi jerawat), diet pemakanan yang salah dan kerap kali mengambil makanan berlemak dan stress.

Jerawat awak sudah 11 tahun tak surut-surut dan bermacam-macam produk membenam jerawat sudah digunakan… betul tak?” , saya menyoal lagi. “Betul lah, tapi apa kaitannya dengan keadaan muka saya sekarang?”. Gadis itu bertanya dengan muka begang lagi. “Awak baru ambil ubat-ubat saya baru 1 minggu kan?, jadi saya rasa tak adil jika masalah lama nak salahkan ubat-ubat yang baru seminggu awak makan dan gunakan?”. “Habis tu apa cadangan doc?”, gadis itu mula bersuara lunak sedikit. “Saya cadangkan awak teruskan dengan ubat-ubat sekarang, seperti yang saya arahkan, Sulphur 30 ambil lagi seminggu (ambil untuk 2 minggu sahaja) dan berhenti, BC01 dan Pulsatilla 30 seperti biasa 3 kali sehari 30 min sebelum makan. (selang seli jarakkan waktu antara BC01 dan Pulsatilla 30 selama 30 minit), cukupkan sebulan dan jika masih tak berkurangan saya akan pulangkan duit awak semula, dan saya akan beri awak 1 remedi detox, Echi-a, ambil selepas berhenti ambil sulphur, ubat ini awak bayar kalau puas hati kalau tidak saya niat sedekah je” Panjang lebar saya bercakap dan gadis itu nampak akur dengan permintaan saya. “Ok. Saya akan teruskan, dan akan update dengan doc dari masa ke semasa”. Gadis itu terus keluar tanpa memberi salam perpisahan.

Bersambung ….