Thursday, November 22, 2012

Satu Mulut Tetapi Manfaat Kepada Dua Orang


 Program Biochemic Untuk Ibu Mengandung 
                   
Ibu yang sedang mengandung memerlukan nutrient dan mineral yang mencukupi untuk menempuh 9 bulan yang penuh dengan cabaran, begitu juga bayi yang dikandung akan mendapat mineral yang diperlukan melalui program biochemic atau garam tisu seperti di bawah.  Program supplemen yang dicadangkan ini telah endos oleh pakar-pakar homeopathy diseluruh dunia termasuk Dr.Gowry Matha, Obstetrics terkenal yang berpangkalan di United Kingdom.

Remedi dan tablet disediakan oleh Masood Homeopathic Stores and Hospital, Pakistan. The 1st ISO 9001, 14001 & OHSAS 18001. Oleh itu status halal adalah terjamin kerana remedi dan tablet dihasilkan oleh orang Islam yang mengikut sunnah dan syariah dan garis panduan pengilang GMP dan IMP.

Bulan 2 dan 6: Calc Fluor, Mag Phos, Ferrum Phos
Bulan 3 dan 7: Calc Fluor, Mag Phos, Nat Mur
Bulan 4 dan 8: Calc Fluor, Nat Mur, Silica
Bulan 5 dan 9: Calc Fluor, Ferrum Phos, Silica



Sekiranya dipecahkan mengikut bulan adalah seperti berikut

Bermula bulan ke 2
 Cal Flour, Mag Phos dan Ferrum Phos
Bulan ke 3
Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur
Bulan Ke 4
Cal Flour, Nat Mur dan Silica
Bulan ke 5
Cal Flour, Ferrum Phos dan Silica
Bulan ke 6
Cal Flour, Mag Phos dan Ferrum Phos
Bulan ke 7
Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur
Bulan ke 8
Cal Flour, Nat Mur dan Silica
Bulan ke 9
Cal Flour, Ferrum Phos dan Silica

Jika di pecah mengikut trimester;

  • Trimester 1 - Cal Flour, Mag Phos, Ferrum Phos dan Nat.Mur
  • Trimester 2 - Cal Flour, Nat Mur, Silica, Ferrum Phos dan Mag Phos
  • Trimester 3 - Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur, Silica dan Ferrum Phos

     Dos : Ambil 1 biji setiap satu remedi dikemam 2 kali sehari sebelum makan (pagi dan malam).

Setiap satu remedi di anggarkan boleh digunakan selama 3 bulan. Hanya Cal Flour yang di ambil dari awal kehamilan sehinggalah melahir bayi . Saya warnakan setiap remedi untuk memudahkan para ibu mengingati setiap remedi.

Remedi-remedi seperti dia atas secara asasnya sudah merangkumi untuk meringankan kesan “morning sickness”. Sekiranya terdapat juga morning sickness remedi yang boleh diamalkan ialah Ipecac 30 untuk menghalang simptom morning sickness, Pulsatilla 30 untuk ibu-ibu yang mudah sedih dan rasa tidak dihiraukan dan Sepia 30 di mana ibu-ibu yang sedang mengandung sering merasa tidak puas hati dan bergaduh dengan suami dan keluarganya.
Di akhir Trimester (bulan 7,8 dan 9) adalah dicadangkan untuk mengambil Caulophyllum 30 seiring dengan remedi biochemic. Remedi ini amat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin.  Caulophyllum juga di anggap sebagai “selusoh homeopathy” bagi kebanyakan pengamal homeopathy kerana fungsinya yang dikatakan mampu untuk menguatkan otot-otot peranakan. 

Manfaat dan kepentingan setiap remedi biochemic
  • Cal Flour amat berguna untuk pembentukan tulang dan merupakan komponen utama untuk menambah baik keanjalan (elasticity)  tisu penyambung (connective tissues). Kualiti yang terdapat di dalam Cal Flour ini amat membantu untuk menghalang parut di perut selepas bersalin atau stretch marks. Cal Flour juga amat membantu untuk melancarkan perjalanan darah (circulatory system), oleh itu Cal Flour amat membantu untuk menghalang dari terjadi varicose veins (urat yang timbul seperti membengkak yang biasanya terjadi di kaki dan betis).

  • Mag Phos juga di kenali sebagai “homeopathic aspirin”. Mag Phos amat membantu untuk melegakan kekejangan yang terjadi di saraf dan otot. Mag Phos juga amat membantu melegakan rasa pedih di ulu hati atau heartburn.

  • Ferrum Phos akan membantu untuk menyalur oksigen secukupnya ke darah, proses ini dapat mengurangkan pengambilan zat besi (iron) yang sering dipreskripsi kepada ibu mengandung yang anaemia atau darah rendah. Pengambilan zat besi biasanya akan menjadikan ibu yang mengandung akan mengalami sembelit. Oleh itu pengambilan Ferrum Phos akan membantu seseorang itu mengekal tahap zat besi pada kadar yang sepatutnya secara semulajadi.

  • Nat Mur akan mempengaruhi keseimbangan kuantiti air di dalam tubuh. Pengambilan remedi ini akan membantu menstabilkan cecair yang dan mengurangkan kemungkinan pembengkakan buku lali dan jari. Nat Mur juga akan membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal dan menyokong  system saraf dan otot.

  • Silica adalah komponen utama yang terdapat di rambut, kuku, gigi dan kulit. Ia akan menyumbang kekuatan secara keseluruhan kepada ibu dan bayi yang dikandung.
Ada pepatah English berkata "You are what you eat" , oleh itu suplemen ini amat membantu untuk memudahkan proses melahirkan anak, kesihatan yang baik kepada ibu dan bayi dan juga kualiti susu ibu juga mempunyai kualiti yang terbaik dan berkhasiat. Jika ingin memesan sila ke biohomeopati.com/shop