Homeopathy2u - Homeopathy Dan Anda
Isi kandungan blog ini tidak dibenarkan untuk diubah, disalin, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan untuk tujuan komersial tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas kepada Admin blog.SMS ke 019-309 8980
Sunday, December 25, 2011
Promosi Kupon Diskaun Di Hujung Tahun
Selamat Jalan 2011, Selamat Datang 2012
Jika anda bercadang untuk memesan remedi, saya dengan senang hati ingin menawarkan KUPON DISKAUN sebangyak 10 PERATUS untuk semua produk sehingga 31 Disember 2011. Caranya mudah sahaja, sila isi nama dan email yang sah di borang yang boleh anda lihat di sebelah kanan paling atas. Jika tidak bercadang untuk membeli pun silalah isi untuk mendapat info, tips-tips dan kupon diskaun yang terbaru.
Cara untuk memesan, mudah sangat anda hanya perlu ke PRODUCTS , pilih produk dan klik ADD TO CART dan ikut arahan selanjutnya. Jika produk yang ingin dibeli tidak terdapat didalam page PRODUTS, jangan panik, sila SMS kepada saya nama dan email yang anda daftarkan. Selepas saya sahkan anda telah berdaftar, maka anda telah layak mendapat diskaun 10 PERATUS DISKAUN. SMS boleh dihantar ke 019-309 89 80 atau 017-22 444 27.
Esok 25 Disember, semua orang tahu sambutan Hari Krismas atau Hari Natal. Seluruh rakyat Malaysia akan bercuti dan yang paling "best" disebabkan Krismas jatuh pada hari Ahad maka secara automatiknya cuti ditambah kepada hari Isnin. Meriah habis, bukan kerana Krismas tetapi meriah semua kaum dan agama berpusu-pusu balik kampung atau mengambil kesempatan untuk bercuti di hujung cuti sekolah.
Tahun Baru Islam atau Awal Muharram telah berlalu, kini tiba pula Tahun Baru Masihi yang akan disambut meriah berbanding Awal Muharram. Secara tradisinya setiap hujung tahun kita akan menanam azam baru seperti azam yang popular ingin berhenti merokok. Bagi yang obes akan menanam azam untuk kurus tetapi sebaliknya yang kurus ingin tambah beberapa kilo untuk nampak lebih "cun" atau "macho".
Saya berharap dan berdoa, semoga semua azam, harapan dan cita-cita anda akan menjadi kenyataan. SELAMAT TAHUN BARU 2012.
Sunday, November 27, 2011
Testimonial - Inner Cure
Saya mendapat feedback dan testimonial yang sangat memberangsangkan seperti dari ;
- Cik Ira, Selangor - Salam dr saya mula ambil awal bulan november, sekarang dah 2 minggu. Nampaknya keputihan dan bau mula berkurangan. TQ dr saya nak order lagi sebotol, masih harga yang sama ke? - SMS
- Puan Mas, Kajang Selangor - Keputihan saya ni dari masa anak dara lagi, saya ingat Inner Cure tak dapat "cure" keputihan saya. Tapi nampaknya kesan kuning di panty dah makin kurang. Ada ubat-ubat lain yang boleh hilangkan terus tak doc? - Email
| Reactions: |
Wednesday, November 9, 2011
Ubat Keputihan
Sebelum Inner Cure mula dijual, seorang suami telah menghantar SMS kepada saya. Tujuan hanya satu kerana tidak tahan bau kemaluan isterinya yang amat meloyakan. Bau hanyir amat ketara sewaktu hubungan intim, sehingga menjejas nafsunya. Berbincang secara terbuka mengenai masalah bau yang tidak menyenangkan itu, pasti isterinya akan kecil hati dan merajuk, tetapi dia sudah tidak tahan dengan bau hanyir yang menusuk hidungnya setiap kali bersama isterinya.
Bau hanyir tersebut bukan hanya terbau sewaktu melakukan hubungan intim sahaja tetapi akan terbau sesekali bila dia duduk bersebelahan isterinya. Pelbagai pencuci wanita telah digunakan tetapi hanya sementara waktu sahaja, masalah masih sama dan tetap hanyir.
Sehinggalah dia terbaca artikel Leucorrhoea atau Keputihan yang di post pada 24 Oktober lepas. Si suami terus memesan Inner Cure untuk si isteri tersayang. Harapannya amat mudah untuk memulihkan si isteri tersayang dan juga mengembalikan suasana keintiman yang romantis seperti "dolu-dolu" katanya.
Dengan izin-Nya, lebih kurang dua minggu selepas isterinya mengambil Inner Cure, bau hanyir semakin berkurangan. Lelehan keputihan yang sering membataskan pergerakkan si isteri juga semakin berkurangan. Warna lelehan atau discaj juga semakin jernih jika dibandingkan sebelum ini warnanya seolah-olah kehijauan akibat infeksi yang terjadi akbat toksin yang berlebihan di tubuh isterinya.
Fakta :
Secara Ringkas Punca Keputihan
Keputihan akan terjadi bila toksin berkumpul didalam tubuh akibat dari diet dan pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat. Kegagalan organ yang biasanya menghapus atau menyah toksik seperti kulit, hati, paru-paru dan buah pinggang akan mengakibatkan toksin tersebut akan mencari jalan keluar dari tubuh. Maka terjadilah discaj keputihan yang akan keluar melalui uterus dan mucous membrane (kulit lendir) yang dipanggil keputihan.
Jika terdapat lelehan atau discaj yang disertai nanah, berbau busuk, berwarna seperti krim (kekuningan), dan sedikit kehijaun. Kes seperti ini disifatkan sebagai kes yang perlu diberi perhatian dan memerlukan ubat serta remedi untuk mengawal lelehan yang tidak dikehendaki ini.
Simptomnya hanya sekadar lelehan keputihan yang berlendir, seolah berbuih dan melekit dan berwarna serta berbau.Terdapat beberapa simptom penting yang mungkin terdapat,
Mujurlah si suami seorang yang penyabar dan penyayang, berusaha mencari jalan penyelesaian secara sihat, bukan menurut kata hati sehingga berlaku perceraian hanya kerana keputihan!.
- Trichomonal vaginitis – berbuih, lelehan kekuningan adalah simptom utama. Merasa gatal-gatal.
- Monolial vaginitis – biasanya akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi kencing manis atau mengandung atau pengambilan antibiotik atau pil perancang keluarga.
- Cervicitis – pesakit ini biasanya akan disertai dengan sakit pinggang
KLIK SINI untuk order
Monday, October 31, 2011
Berpindah Ke Pejabat Baru
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Semoga anda semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya.. Saya memohon maaf sangat-sangat kerana banyak juga email yang lambat berbalas, bukan tak sudi balas email-email tersebut tetapi agak kelam kabut sedikit minggu ini dengan proses berpindah ke pejabat baru. Tak la jauh sangat dari lokasi dulu cuma kali ini saya berpindah ke Bandar Baru Bangi, berhampiran Hotel Bangi Lanai, Kolej Professional Teknologi Mara (KPTM) , MFI dan UniKL untuk memudahkan bagi yang ingin datang sendiri ke pajabat kami untuk membeli "direct" tanpa perlu tunggu posmen yang kadang-kadang semput hehe..
Ini alamat terbaru jemputlah datang tapi belum "settle" lagi, papan tanda pun belum siap dan masih bersepah lagi, tapi tak mengapa janji hajat anda tertunai kan. Alamat seperti berikut;
Disebabkan rumah kedai baru siap, "line" telefon belum ada tak taulah berapa lama kena tunggu sampai pihak TM tarik kabel untuk talian tetap termasuklah Streamyx, tu yang sedih tu kenapa la TM tak sediakan line siap-siap ek? Tidak mesra pelanggan betullah kan, apa la salahnya setiap perumahan atau Pusat Komersial yang baru dibina akan disyaratkan "mesti" TM menyediakan talian tetap sebagai "pakej" bersama-sama untuk menjadi pra-syarat kelulusan CF. Jadi terpaksalah para usahawan menggunakan telefon bimbit .. kalau nak fax terpaksalah cari kedai yang menawarkan perkhidmatan fax. Sabar je la kan .... SMS atau call lah 019-3098980 atau 017-2244427 yer kalau perlukan bantuan untuk sampai ke pejabat kami.
| Reactions: |
Monday, October 24, 2011
Leucorrhoea atau Keputihan
Saya mencadangkan Trigonella Plus dan Oak Galls Plus kerana ia adalah persediaan herba dan rempah ratus yang 100% tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Trigonella Plus sudah mendapat feedback yang amat hebat . Pelbagai komen di SMS dan email yang dihantar menceritakan kesan yang amat "special" yang dihasilkan oleh Trigonella Plus seperti tubuh berbau harum dan vagina juga berbau sensual bagi para suami.
Oak Gall Plus akan dipasarkan tidak lama lagi, tetapi ia bukan formula baru tetapi formula yang telah berdekad lamanya digunakan oleh kaum hawa yang diperkaya dengan herba lain lagi untuk wanita yang inginkan kecantikan dan sihat secara selamat. Formula ini adalah formula herbalist sedunia yang mengikitiraf Manjakani sebagai herba yang hebat, seperti pengiktirafan dunia herbalist terhadap Tongkat Ali atau Long Jack terhadap lelaki.
| Reactions: |
Monday, October 10, 2011
email : anwar@solaris-marketing.com "down"

Bila anda terbaca tajuk ni, bunyi macam Blackhawk down je kan.. bukan helikopter je "down" tetapi website pun "down" juga, www.solaris-marketing.com dah "down" jadi semua yang berkaitan dengannya pun "down" termasuklah email anwar@solaris-marketing.com ... puncanya masih disiasat bukan 1 hari tetapi dah hampir 10 hari aduhaii. Oleh itu saya ingin memohon maaf jika ada yang email ke anwar@solaris-marketing.com , dan tidak ada reply saya memohon maaf berjuta-juta lemon adanyaa.... saya tidak dapat menjawabnya kerana saya tidak boleh "login" ke akaun email tersebut kerana masalah server Sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com atau solarismarketing@gmail.com... Maaf lagi sekali kerana menyusahkan anda dengan masalah "down" ini...:(
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. SEMOGA AIDILFITRI INI MEMBAWA KECERIAAN KEPADA ANDA SEMUA... MAAFKAN SAYA JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP. TERIMALAH SALAM AIDILFITIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MINAL AIDIL WAL FAIZIN. BERHATI-HATI DAN BERSABAR SEMASA MEMANDU, MARI KITA TURUNKAN STATISTIK KEMALANGAN MAUT YANG AMAT MENAKUTKAN .... ANDA BOLEH, YAKIN BOLEH, PULANGLAH KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT DAN PULANGLAH KE RUMAH ANDA DENGAN SELAMAT... KAMI WARGA SOLARIS-MARKETING.COM, HOMEOPATHY2U DAN BIOHOMEOPATI.COM SENTIASA MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANDA SEMUA.. AMINN
Semoga kita tergolong dalam sifat sahabat Rasulullah yang bersedih bila Ramadhan berakhir kerana bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Semoga kita mencapai matlamat puasa yakni mencapai taqwa dan Allah menerima ibadah puasa kita, bukan sekadar lapar, dahaga & tak payah ganti puasa semata-mata
| Reactions: |
Monday, August 15, 2011
Merawat Buasir Tanpa Surgeri
Merawat Buasir Tanpa Surgeri
Surgeri merupakan kaedah popular dikalangan pengamal perubatan Allopathy. Sebaliknya pengamal Homeopathy akan berusaha seboleh mungkin untuk merawat penyakit tanpa perlu surgeri. Tidak dinafikan terdapat sesetengah komplikasi penyakit memerlukan surgeri tetapi buasir atau haemorrhoids boleh dirawat tanpa perlu surgeri yang amat menyakitkan. Oleh itu jangan terburu-buru untuk melakukan surgeri jika anda belum mencuba perubatan Homeopathy
Homeopathy bukanlah konsep perubatan ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Homeopathy adalah konsep perubatan yang mempunyai kajian meluas mengenai rawatan buasir dan mempunyai senarai panjang remedi yang amat ajaib sekiranya diberi mengikut simptom setiap individu.
Beberapa remedi yang amat ajaib dan sering diguna oleh para pengamal Homeopathy untuk merawat buasir ialah Hamamelis, Aloe, Aesculus, Graphite dan lain-lain. Para pengkaji ubat-ubatan sendiri telah mengakui akan kehebatan remedi seperti Hamamelis dan Aesculus. Para pengeluar ubat-ubatan tidak kira Allopathy mahupun Homeopathy akan mengguna salah satu atau gabungan remedi ini sebagai ointment untuk disapu sebagai agen mengecutkan pembengkakkan buiasir dalaman atau luaran, untuk memberhentikan pendarahan dan sebagai pelincir sebagai bantuan untuk mengurangkan geseran di dubur sewaktu membuang air besar.
Ubah gaya hidup, anda sudah sembuh sebanyak 50%
Pengalaman merawat buasir selama berbelas tahun semenjak 1998, saya mendapati gaya hidup, pemakanan dan penjagaan diri yang betul akan mengurangkan simptom buasir seseorang sebanyak 50%. Remedi atau ubat-ubatan akan mengambil peranan sebanyak 50% lagi. Tidak kira sama ada anda penghidap buasir peringkat 1,2,3 atau 4. Pengurusan diri yang betul seperti dibawah akan merubah dan mengurangkan simptom buasir anda;
Minum air putih contohnya air mineral dengan banyak, untuk mengenal pasti air mineral atau hanya sekadar air minuman, pengilang di Malaysia diarahkan untuk mengguna tudung botol berwarna hijau. Tudung botol berwarna biru dan putih adalah air suling atau air yang ditapis mengguna alat penapis. Sering disebut sebagai RO water, drinking water dan lain-lain. Air kategori ini hanya menghilangkan dahaga tetapi tidak mempunyai zat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab air mineral semulajadi adalah plihan yang bijak.- Pendekkan masa “termenung” didalam tandas. Sebaik-baiknya buang air besar 2 kali sehari dan jangan memaksa untuk “mengosongkan” dubur sewaktu membuang air besar. Meneran untuk memaksa najis keluar akan menambah pembengkakkan didubur. Biar najis keluar secara tidak paksa dan setelah merasa tidak mahu keluar anda segera bersihkan dan keluar dari tandas.
- Elakkan dari mencangkung, guna tandas duduk akan lebih membantu mengurangkan tekanan di dubur. Ada yang berpendapat mengguna tandas mencangkung lebih baik dari tandas duduk, tetapi pada pandangan saya tandas duduk mengurangkan tekanan ke dubur dan lebih sesuai.
- Makan makanan yang mudah hadam, lembut dan tidak pedas. Mengikut pengalaman saya cili padi merupakan pencetus utama kepada pendarahan.
- Berhenti merokok atau kurangkan merokok terutama sewaktu membuang air besar. Merokok akan menambah tekanan ke dubur kerana sewaktu merokok suhu badan akan meningkat. Begitu juga jika anda mengambil alcohol.
- Jika anda obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan.
- Tidur awal dan kurangkan stress.
Ubat Homeopathy
Jika di senaraikan terdapat 278 remedi yang mampu untuk merawat dan melegakan simptom buasir, senarainya amat panjang untuk ditulis tetapi ubat atau remedi yang sering membuahkan hasil dengan jayanya ialah Aesculus, Aloe, Collinsonia, Hammamelis, Lachesis, Muratic acid, Nitric acid, Nux vomica dan Arnica.
Remedi ini boleh disediakan dalam kombinasi bagi buasir peringkat 1, tetapi bagi buasir peringkat 2,3 dan 4 memerlukan remedi mengikut simptom secara individu.
Contohnya Aesculus untuk buasir yang besar, sakit dan dubur terkeluar. Aloe untuk buasir yang terkeluar, bila dirasa dengan jari seolah-olah berbiji-biji seperti anggur dan rasa lega bila dibasuh dengan air sejuk. Hamamelis pula amat pantas memberhentkan pendarahan.
Kategori Buasir
Buasir boleh dikategorikan kepada 4 peringkat. Peringkat 1 buasir tidak akan "terkeluar" dari dubur. Peringkat 2 buasir akan "terkeluar" dari dubur setiap kali membuang air besar tetapi akan "masuk semula" selepas itu. Peringkat ke 3 agak sama dengan peringkat ke 2 tetapi dubur akan masuk semula selepas ditekan. Peringkat 4 dubur akan sentiasa terkeluar.
Peringkat 1 kadang tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Simptom awal ialah sering terjadi pendarahan yang berwarna merah segar selepas membuang air besar. Biasanya akan terasa gatal di dubur. Peringkat 3 dan 4 pesakit akan merasa sakit dan memeritkan, biasanya akan ada discaj seolah-olah lendir bersama-sama najis. Tidak semestinya seseorang itu buasir bila terjadi pendarahan selepas membuang air besar, ia mungkin diakibatkan oleh komplikasi yang lain. Adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti samada anda mengalami buasir atau disebabkan oleh lain-lain masalah.
Sekiranya anda ingin mendapat rawatan sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com
Sunday, July 10, 2011
Ubat Kurus Homeopathy

BC20 – Bio Slim Combo
Bio Slim Combo adalah persediaan 100% Biochemic ( garam mineral ) yang amat berkesan untuk mengawal berat badan kepada individu yang sudah mendapat mendapat berat badan yang ideal atau mengalami berat badan di paras “border”.
Gabungan 3 remedi yang hebat dan mendapat testimonial yang memberangsangkan untuk mengawal paras kolesterol, penghadaman dan menjaga kesihatan organ-organ penting otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament.
Gabungan 3 remedi Biochemic yang hebat ini ialah :
- Kali.phos – Nutrisi semulajadi kepada saraf-saraf dari potassium phosphate yang sememangnya sudah terdapat di dalam sel otak dan tisu di saraf-saraf.
- Cal.flour – Remedi ini untuk menjadikan otot dan tisu yang sesuai dan elastik. Calcium fluoride amat diperlukan oleh otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament. Fungsi paling utama remedi ini ialah untuk memastikan dan mengekalkan keadaan fiber tisu yang elastisiti, membolehkan fiber untuk meregang dan kembali kepada bentuk asalnya.
- Cal.phos – bertindak sebagai pemangkin kepada penghadaman yang sihat di tahap selular. Ia juga membantu di dalam proses terjadinya sel darah baru yang terdapat di tisu-tisu penyambung dan jus-jus penghadaman, yang menjadikan bahan amat penting kepada nutrisi tubuh untuk memproses dari khasiat dari penghadaman. Ia merupakan tonik yang amat baik bagi semua peringkat umur untuk penyerapan tenaga.
Pesanan dan bayaran sila klik sini
Thursday, June 23, 2011
Atasi Jeragat dan Melasma Dalam Tempoh 2 Minggu
Saya mengimport masuk produk ini terus dari USA kerana ianya selamat, semua bahan asasnya dari bahan semulajadi, tidak ada hydroquinone, paraben dan lain-lain agen bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit terutama kulit muka anda yang tidak ternilai harganya...Krim ini sangat hebat kerana mampu memudarkan jeragat, melasma, parut jerawat yang baru dan lama, whitehead, blackhead dan kedutan di muka. Untuk info lanjut sila klik sini






