Soalan saya mudah sahaja , anda mahu kanser kulit atau outbreak di muka anda?. Pilih salah satu dan hadapi masa hadapan nanti dengan dua kemungkinan, samada kulit anda akan menjadi kanser atau benar-benar bersih dari kesan-kesan sel-sel tidak sihat di bawah kulit. Mana satu pilihan anda?.
Ramai yang bertanya apa kaitannya dengan outbreak?. Rata-rata yang mengguna produk seperti BC01 dan BC04 merupakan kes-kes kronik (lama), setelah bertahun-tahun mengguna produk seperti krim pembasmi jerawat yang sering diiklankan dari pelbagai jenama di pasaran dan kesemuanya menjanjikan jerawat akan hilang dalam masa yang singkat , dan terbukti dakwaan mereka itu benar!. Maka larislah produk itu, tetapi setelah umur menginjak dewasa masalah jerawat semakin menjadi-jadi, tidak pernah reda malah telah mencuba pelbagai produk namun kesemuanya produk-produk itu berkonsepkan membenam jerawat kedalam kulit, ok sekejab dan akan timbul semula jerawat "degil" tersebut.
Kalau di nisbahkan mengikut feedback yang saya dapat, kes tanpa outbreak adalah jauh lebih tinggi dengan nisbah 10:4. mereka terus sembuh tanpa terjadi healing crisis atau outbreak. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, ini berkemungkinan cara pengambilan, pantang-pantang atau ketidakserasian pada remedi tersebut menjadi faktor kekebalan mereka pada remedi. Setiap ubat atau remedi, keserasian adalah faktor yang amat penting. Homeopathy amat menekankan konsep keserasian pada setiap kes preskripsi individu.
Mengapa remedi homeopathy membongkar jerawat tersebut ?.
Homeopathy berkonsepkan "menghapuskan penyakit tetapi BUKAN menghapuskan simptom (contoh jerawat)", bermaksud remedi homeopathy menghapuskan penyebab kepada penyakit (contoh jerawat) bukan menghilangkan buat sementara (palliate) simptom tersebut.
*nota :
- Simptom- contoh jerawat yang tumbuh di muka
- Penyakit - penyebab kepada terjadinya jerawat di muka, seperti jerawat tersebut berpunca dari resdung, darah yang kotor, alahan dan pelbagai sebab.
Langkah dan remedi susulan
Adalah dicadangkan untuk meneruskan remedi sedia ada dan mengambil remedi susulan. Selepas mengambil BC01 dan BC04 kini terdapat pelbagai produk susulan yang boleh diambil seperti Aquifolium drops, Aquifolium cream, Soundarya cream, Witch Hazel cream, R53, Detox & Blood Purifier Ech-Q, Carmino cream, Merrygold soap dan remedi secara single bagi setiap kategori karekter seseorang itu.
Mengikut rekod kes-kes outbreak, remedi atau produk yang amat berjaya meredakan outbreak ialah 3 trio Aquifolium drops dan krim serta Detox & Blood Purifier Ech-Q. Saya juga mencadangkan Witch Hazel cream digunakan sebagai "sunblock" dan selepas jerawat-jerawat surut, Soundarya cream boleh membantu mempercepatkan memudarkan parut serta mencerahkan kulit muka.
Pemakanan juga perlu diawasi, hindarkan diri atau mengambil dengan kuantiti yang sedikit bila mengambil makanan yang resipinya seperti kacang tanah, belacan, budu tempoyak dan makanan yang berlemak
Salah satu testimonial yang saya ambil dari blog sahabat saya :
Untuk mendapat view yang lebih terang sila click pada pada testimonial untuk ke window lain di browser. Ceria-ceria selalu!!