Apa itu Biochemic?
Bertambah-tambah pening pembaca blog ni kan , Biochemic la pula ..... Garam Tisu ? Tisu muka ke atau tisu tandas?. Seronok bagi orang saspen-saspen ni. Ada yang macam pernah dengar, ada yang tak pernah dengar apatah lagi tahu apa itu Biochemic atau Garam Tisu.
Saya terang cara yang paling mudah , moga-moga lepas ni tak ada yang pening kepala, tambah-tambah kalau keluar istilah-istilah sains dan perubatan. Bio mengikut Kamus Jururawat , terbitan Fajar Bakti cetakan tahun 1995 , bermasud "awalan menunjukkan kehidupan atau organisma-organisma hidup". Biochemistry (Biokimia) mengikut Kamus Jururawat bermaksud "kajian tentang proses-proses kimia dan bahan-bahan yang terdapat didalam benda hidup".
Oleh itu kajian Biochemistry telah dijalankan dan diperkenalkan oleh Dr.Willhelm H. Schuessler (seperti di gambar) seorang doktor perubatan Allopathy (perubatan moden sekarang) dan juga seorang Homeopath yang giat memperkenalkan konsep Biochemistry pada umum. Scuessler telah memperkenalkan konsep terapi biokimia ini pada tahun 1832 tetapi didedahkan pada umum di tahun 1873. Terapi Biokimia ini diperkenalkan selepas 177 tahun konsep penyembuhan Homeopathy yang berfalsafah "serupa menyembuhkan serupa" yang diperkenalkan oleh Dr.Hahnemann. Secara kebetulan kedua-kedua pelopor perubatan yang selamat ini berasal dari Jerman.
Walaupun Schcuessler mengamalkan Homeopathy beliau tidak begitu bersetuju dengan konsep remedi Homeopathy yang boleh dikatakan mempunyai beribu-ribu remedi atau penawar dan merumitkan. Ia berpendapat dua belas (12) remedi garam tisu sudah mencukupi untuk merawat pelbagai penyakit. Namun Schuessler tetap menerapkan konsep perubatan dan penyediaan remedi garam tisu menyamai konsep Homeopathy menyediakan remedi.
Salah satu masalah umum yang dederitai oleh majoriti remaja ialah jerawat dan parut, mengikut kaedah biochemic saya namakan BC-1 Acne & Scar. Hasil dari kajian masalah jerawat mampu ditangani dalam masa sebulan dan parut-parut lama mengambil masa 2-3 bulan dengan bantuan Carmino Cream dan Sabun Marigold yang bertindak membantu dari kawasan atas kulit.