Tuesday, August 13, 2013

Diet Separuh Mati Untuk Kurus



Diet Separuh Mati Tapi Masih Gemuk

Nak kurus jer mesti diet, itu adalah mitos yang dipercayai sejak zaman berzaman. Malangnya kalau 10 orang yang amalkan hanya mungkin 1 orang je yang kurus, itu pun sampai kena gastrik. Dah kurus tetapi penyakit pula yang datang.

Mitos kedua yang amat dipercayai ramai ialah, seseorang itu perlu "stop" atau kurangkan lemak. Maka bermulalah episod diet rendah lemak, anda berlapar separuh mati tetapi berat badan seolah-olah alat penimbang itu sudah rosak kerana anda masih gemuk!!. Angan-angan hanya tinggal kenangan sahaja.

Berjaya atau gagalnya sesuatu perancangan, akan bergantung kepada satu perkataan iaitu “sistematik”. Untuk kurus pun perlu perancangan yang sistematik. Kita perlu tahu kaedah sistematik untuk diet dan beristiqomah kepada system diet itu. Jika anda seorang yang obes**, maka anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Kerana menjadi obes anda akan mengundang pelbagai penyakit... berusahalah kerana diri anda sangat berharga!!

*Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Pakar-pakar pemakanan telah mengkaji kaedah pemakanan seimbang dan diet yang bersistematik untuk menurunkan berat badan atau mengekal berat yang ideal. Terdapat kaedah diet rendah lemak dan diet kurangkan pengambilan karbohidrat

Ok mari kita fahami apa itu Low fat diet dan Low carb diet,


  • Low fat diet seperti yang dicadangkan oleh USDA ialah diet yang rendah lemak terutama yang mempunyai lemak tepu* dan kolesterol. Pengambilan makanan berlemak dan berkolestrol akan menjurus seseorang itu kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Lemak mengandungi dua kali ganda lebih kalori berbanding karbohidrat. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding 1 gram karbohidrat atau protein mengandungi 4 kalori.
    ** 
    Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi termasuklah produk susu terutamanya krim dan keju, lemak haiwan seperti lemak babi dan lemak daging, minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak inti sawit, coklat, dan beberapa makanan siap

  • Low carb diet yang diperkenal oleh Dr.Robert C.Atkins ialah konsep diet rendah karbohidrat sejak tahun 1970an tetapi kurang mendapat sambutan kerana lebih ramai yang yakin kepada kaedah low fat diet.  Karbohidrat ialah makanan dan minuman yang berasaskan gula. Pengambilan berlebihan karbohidrat akan menjurus kepada penyakit kencing manis. Kaedah diet ini ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat tetapi mengambil makanan lebih lemak. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
  • Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Panduan lengkap diet Dr Atkins akan disediakan bersama-sama pembelian set 1 bulan Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 Dr Reckeweg, selain BC20 untuk membantu membuang toksik didalam tubuh. Harga promosi terhad ialah RM250 RM190 termasuk penghantaran.


Kaedah mana yang terbaik?

Hasil dari kajian dan pengalaman selama bertahun-tahun sistem diet Atkins lebih berkesan untuk mendapat berat badan yang ideal dan kekal langsing selepas itu. Selain dari itu pengamal diet Atkins juga akan lebih sihat dan bebas dari penyakit 3 serangkai yang popular iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.