Wednesday, April 29, 2009

Pesanan Dan Bayaran

Bagaimana hendak membeli dan membayar di online

Di zaman serba moden dan canggih ini , pembelian di online telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tidak ada halangan walaupun anda berada ratusan atau ribuan kilometer dari saya, adalah amat mudah untuk membeli produk yang saya paparkan di blog ini. Anda dinasihatkan supaya mengikuti langkah-langkah dibawah untuk mempercepatkan proses penghantaran.

Perhatian :

Setiap hari BEKERJA ISNIN - JUMAAT, pesanan dan bayaran sebelum pukul 3 akan di POS pada hari yang sama dan tertakluk pada STOK. Jika Pesanan dan bayaran selepas pukul 3 akan dipos pada keesokkan harinya.

Anda boleh memperolehi produk tersebut didalam tempoh 1-3 hari selepas pesanan dan pembayaran dibuat. Mudahkan ...

Untuk membeli produk yang bermutu, selamat dan tanpa kesan sampingan ini di online sila ikut langkah-langkah seperti dibawah:

1. Pastikan nama produk , kalau harga dah dinyatakan termasuk penghantaran maka anda tidak perlu menambah untuk kos penghantaran.

2. Selepas itu anda bolehlah email atau SMS kepada saya untuk pengesahan ( guna kedua-dua kemudahan adalah digalakkan untuk mendapat respon segera)

a. email - anwar@solaris-marketing.com atau sales@solaris-marketing.com

b. SMS 019-309 8980 atau 019-257 0023

3. Selepas pengesahan anda perlu membuat pembayaran di Maybank atau CIMB, terdapat 3 cara untuk pembayaran iaitu melalui pembayaran online atau di mesin deposit wang tunai di Maybank atau CIMB dan menggunakan WANG POS MALAYSIA.

Cara-cara untuk membuat pemindahan (transfer) wang melalui talian (online):

Pemindahan wang melalui Maybank2u, masukan email anwar@solaris-marketing atau khairulanwar.mustafa@gmail.com di RECIPIENT EMAIL dan kami akan mendapat maklum balas mengenai pembayaran anda melalui email.

Pemindahan wang melalui CIMBclick, masukan email anwar@solaris-marketing atau khairulanwar.mustafa@gmail.com di RECIPIENT EMAIL dan no.telefon dan kami akan mendapat maklum balas mengenai pembayaran anda melalui SMS dan email

a. Akaun Maybank - 5142 - 2600 - 3428


b. Akaun CIMB - 1215-0005195-20-5 / 1223-0073031-52-8



c. Akaun Bank Islam - 12-029-02-064257-5

Kesemua akaun ini di atas nama : Khairul Anwar Bin Mustafa. Sekiranya membuat pembayaran di online sila sertakan email seperti diatas sebagai "recipient email", ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pengesahan bayaran. Sekiranya di mesin deposit wang tunai anda hanya perlu scan atau SMS no rujukan pembayaran. Sekiranya anda menggunakan WANG POS MALAYSIA sila tulis Bayar Kepada / Pay To : Khairul Anwar Mustafa di WANG POS MALAYSIA tersebut.

Selepas itu sila nyatakan , nama penuh anda, alamat lengkap dan nombor telefon. Anda dinasihatkan memberi alamat pejabat atau alamat yang boleh dihubungi sewaktu penghantaran. POS LAJU akan menghantar seawal jam 9.00 pagi sewaktu waktu pejabat.

4. Pihak kami akan menyediakan pesanan anda dan akan dikurierkan terus ke alamat anda ia akan mengambil masa 2-3 hari bekerja (tidak termasuk cuti am dan cuti umum). Kami akan menggunakan perkhidmatan POS LAJU. Sekiranya stok mencukupi atau destinasi berdekatan bandar-bandar besar biasanya 1 hari bekerja sahaja.

Setelah semua proses telah dibuat anda hanya perlu menunggu van atau motosikal POS LAJU sahaja, sekiranya ingin mengetahui status atau di mana pesanan anda berada, anda boleh "tracking" pesanan anda dengan menaip kod slip POS LAJU dengan lengkap contohnya didalam Malaysia semua kod bermula dengan EN 123456 MY tetapi bila menggunakan "online tracking sila taip EN123456MY. (akan diberikan kepada yang ingin kod tersebut melalui sms) . Untuk tracking sila klik sini

Perhatian :

Setiap hari BEKERJA ISNIN - JUMAAT, pesanan dan bayaran sebelum pukul 3 akan di POS pada hari yang sama dan tertakluk pada STOK. Jika Pesanan dan bayaran selepas pukul 3 akan dipos pada keesokkan harinya.


Semoga anda ceria-ceria selalu





Wednesday, April 15, 2009

Dibonil - Amat Berkesan Untuk Kencing Manis (Diabetes)


Sewaktu kecil dahulu saya sering terdengar ibu memarahi Allahyarham ayah saya supaya mengawal gula dan makanan yang masin. Terdetik dihati apakah itu kencing manis? manis ke kencing tu? nak rasa eeeee tak lalu ler aku , namun naluri kanak-kanak yang pada waktu hanya untuk bermain ia hanyalah satu persoalan orang dewasa yang tidak perlu difikirkan sangat. Persoalan itu terjawab sehinggalah saya mula mempelajari ilmu perubatan, maka terjawablah persoalan tersebut.


Apa itu kencing manis ?


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.


Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis


Rawatan Dan Remedi


Homeopathy merupakan satu-satunya konsep perubatan alternatif yang mempunyai kajian klinikal, kajian keberkesanan setiap remedi bagi setiap penyakit dan direkod didalam Materia Medica. Terdapat 2 fahaman atau kaedah rawatan Homeopathy iaitu Classical atau Combination. Classical merupakah kaedah merawat dengan single remedy yakni merawat sesuatu penyakit dengan hanya satu remedi, manakala combination biasanya dijadikan produk, produk tersebut merupakan kombinasi beberapa remedy untuk merawat sesuatu penyakit. Pasti anda tertanya-tanya konsep manakah yang lebih berkesan?.

Jawapannya, kedua-dua konsep berkesan namun single remedy biasanya agak perlahan sewaktu proses penyembuhan. Fahaman mudah konsep kombinasi ialah beberapa remedi digabungkan dalam dos yang amat kecil untuk merawat beberapa penyakit didalam satu masa, konsep ini sepanjang pengalaman saya ia nampaknya lebih pantas dan berkesan.


Produk ini menggabungkan 8 jenis remedi didalam satu botol bagi menangani beberapa masalah diabetes didalam satu amsa dan hasil laporan klinikal ialah seperti berikut;

Dibonil – Remedi Cecair Untuk Diabetes

Kombinasi ideal untuk mengawal glycemia dan mampu :

  • Mengurangkan kekerapan membuang air kecil
  • Mengurangkan kehausan yang melampau
  • Melegakan dan menghalang kekejangan dan kesakitan otot
  • Membina tisu baru dan mencegah dari keletihan melampau fizikal dan minda
  • Tidak ada gangguan perut seperti gastric
  • Tiada risiko untuk terjadi hypoglycaemia (paras gula yang rendah)
  • Tiada kesan sampingan terhadap organ-organ utama seperti terjadinya mati pucuk
  • Tiada laporan mengenai kesan sampingan sekiranya mengambil dalam tempoh yang panjang

Indikasi : Remedi ini amat berkesan kepada pesakit diabetes yang tidak menggunakan suntikan insulin (non insulin dependant Diabetes Mellitus (NIDDM) ) atau MOD iaitu Diabetes jenis II , jenis diabetes yang ringan biasanya terjadi pada orang dewasa, disebabkan oleh obesity, stress yang teruk dan menopos.


Bagaimana untuk memesannya?

Ia adalah mudah sila rujuk di :

http://www.solaris-marketing.com/cara%20memesan%20produk.html


Tuesday, April 14, 2009

5 hari turun 2 kilo!!

"Ha ha ha doc saya turun 2 kilo" Terkejut saya membaca sms tersebut. SMS itu datangnya dari seorang lelaki yang mempunyai berat badan 120kg , berumur 38 tahun dan belum berkahwin. Beliau juga tidak merokok tetapi mempunyai tabiat pemakanan yang agak ekstrem.

Saya panggil pesakit saya ini Sam, dia bercadang untuk berkahwin pada tahun hadapan tetapi memandangkan tubuhnya yang besar dia berusaha mencari ubat kurus dan telah mencuba pelbagai ubat dipasaran namun berat beliau tetap "degil" untuk turun.

5 hari lepas saya bertemu dengan Sam di Restoran Mamak di Bandar Baru Bangi, setibanya saya disitu Sam sudah makan mee goreng dan roti canai 2 keping dan air teh tarik 2 gelas dan air suam. Saya menggeleng kepala dan tersenyum dan Sam dengan senyum lebar berkata "ha ha ha doc ni yang saya cari doc ni".

Dipendekkan cerita saya serahkan PHYTOLACCA AMERICANA 3 in 1 pada beliau dan minta dia melapurkan pada saya setiap 7 hari. Tetapi akibat dari perasaan yang sangat gembira pada hari ke lima Sam telah menghantar SMS seperti di atas.

Apa kesannya ?

Sam mengambil remedi tersebut mengikut aturan dan berdisiplin, iaitu sewaktu perut kosong sebelum sarapan, makan tengah hari dan malam (3 major meals). Pada hari kedua adik Sam terperanjat melihat Sam hanya mengambil 1 keping roti canai sahaja sewaktu sarapan (habit pemakanan telah berubah). Metabolisma Sam pun bertambah baik dan makanan cepat dihadamkan. Beliau mendapati sepanjang 5 hari tersebut beliau akan membuang air besar dan (biasanya Sam hanya membuang air besar 1-3 kali dalam seminggu). Ini dibantu juga oleh Garlic R79 yang membantu mempertingkatkan metabolisma beliau.

Selamat dan berkesan.. itulah matlamat utama kita

Friday, April 10, 2009

Remedi Buasir Berdarah

Remedi Yang Boleh Diharapkan, Berkesan dan Selamat

Saya telah mendapat feedback yang amat mengembirakan apabila pesakit-pesakit memberi maklum balas yang positif selepas mengambil remedi homeopathy, terutama masalah bausir berdarah. Saya merasa kagum dengan kebolehan remedi Hamamelis, Aesculus , Hamamelis Cream atau pun Aesculus Cream yang berjaya merawat permasalahan buasir dengan jayanya.

Bagi seorang perawat atau doktor berita yang paling mengembirakan ialah mendapat maklum balas yang mengatakan remedi yang dipreskripsikan telah membuat sesorang itu sihat dan boleh kembali menjalani akitiviti seharian tanpa gangguan yang menyakitkan.

Kisah paling terbaru, seorang pembaca blog saya yang telah menghubungi saya dengan membawa berita gembira bahawa pendarahan yang terjadi setiap kali membuang air telah tidak terjadi, malah pembengkakan di rectum juga telah berkurangan. Beliau menjadi pobia setiap kali ingin ke tandas setiap pagi, risau, gelisah dan bersiap sedia dengan "pad" untuk digunakan sekiranya terdapat pendarahan selepas membuang air besar, namun kini beliau sudah kembali normal dan terus menjaga pemakanan dan meminum air dengan kuantiti yang banyak.

Haemorrhoides atau buasir adalah nama umum bagi permasalahan yang amat memeritkan dan sehingga ada yang takut untuk membuang air besar. Ia boleh dikatakan penyakit keturunan, walaubagaimana pun buasir mengikut kajian ia tidak terhad kepada faktor genetik sahaja.

Punca Terjadinya Buasir

Sembelit atau cirit birit merupakan gejala utama penyebab buasir , berikut ialah antara lain-lain penyebab buasir:


  • Darah tinggi (hypertension) - ialah kerana sambungan diantara portal vein (vena atau saluran yang membawa darah dari gaster ke usus, limpa dan pankreas) dan vena cava (salah satu saluran atau vena utama yang menghantar darah ke vena-vena lain) yang terjadi di rectal wall (dinding usus)
  • Obesiti - kegemukkan akan mengakibatkan tekanan terjadi vena usus
  • Situasi kerja yang memerlukan untuk duduk pada satu jangka waktu yang lama
  • Kehamilan
  • Merokok sewaktu membuang air besar
  • Pengambilan alkohol atau kafein yang berlebihan
Remedi Homeopathy Untuk Buasir Berdarah

1. Hamamelis Drops - Remedi oral untuk diminum bagi mengawal buasir & pendarahan

2. Aesculus Drops - Meredakan pembengkakan buasir

Botol remedy oral tidak semestinya sama seperti gambar ini

3. Krim Hamamelis dan Aesculus





Krim-krim atau disebut ointment ini dilengkapi tip atau penutup yang membolehkan suntikan krim tersebut dimasukkan kedalam rectum (dubur). Applikasi ini membantu melicinkan saluran rectum dan mengurangkan risiko terjadinya pendarahan, malah ia bertindak mengecutkan buasir.

Cadangan pengambilan remedi

Saya menggalakkan pesakit-pesakit mengambil Hamamelis dan Aesculus drops bersama-sama dengan krim , ini ialah kerana setiap pesakit buasir akan menerima risiko pendarahan walaupun ada sesetengah pesakit hanya mengalami buasir tetapi tidak berdarah. Namun ia seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja mengikut aktiviti-aktiviti di usus seperti yang diterangkan diatas.

Selain dari pengambilan remedi, pesakit-pesakit juga digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran didalam diet pemakanan. Meminum air kosong, mineral dan lain dengan kuantiti yang banyak juga membantu melembutkan najis.

Senarai Harga

1. Hamamelis drops - 30 ml dianggarkan untuk kegunaan 4 minggu berharga RM55
2. Aesculus drops - 30 ml dianggarkan untuk kegunaan 4 minggu berharga RM55
3. Krim Hamamelis atau Aesculus setiap satu berharga RM25

Harga Set

Sekiranya memesan Hamamelis dan Aesculus drops bersama-sama dengan salah satu krim diatas harga termasuk penghantaran ialah RM120.00 jimat RM15


Tuesday, April 7, 2009

Remedi Terbaru Untuk Turunkan Berat Badan

Tubuh Yang Cantik Idaman Semua


Setiap insan inginkan tubuh yang menarik, tidak kira wanita mahupun lelaki. Set ubat kurus kesemuanya mahal-mahal belaka. Saya sendiri pun mendapat maklum balas di email meminta saya menyediakan pilihan "ubat kurus" yang ekonomi dan yang berstatus "mewah", bagi memberi pilihan kepada para pembeli.

Oleh itu saya telah mengimport produk homeopathy ini dan ia hanya RM110 (termasuk kurier) untuk sekotak yang mempunyai 90 biji. Mengikut anggaran pengambilan 1 kotak untuk selama 13 hari penggunaan. Ia diberi nama Phytolacca Americana 3 in 1 Formula (seperti gambar dibawah).

Ia adalah formula 3 in 1 yang mampu mengawal berat badan dengan berkesan, tidak dinafikan remedi yang berkonsepkan cecair lebih effektif berbanding tablet tetapi sekiranya diamalkan dengan berdisiplin ia akan menunjukkan hasil juga.

Perbezaan saiz tablet dengan syiling 20 sen


Walaubagaimana pun saya bersyukur kerana telah ada remedi pilihan bagi semua peringkat kuasa membeli. Sila email ke sales@solaris-marketing.com atau sms 019-257 0023 / 019-233 12 46 untuk pesanan.

Garlic R79