Friday, April 10, 2009

Remedi Buasir Berdarah

Remedi Yang Boleh Diharapkan, Berkesan dan Selamat

Saya telah mendapat feedback yang amat mengembirakan apabila pesakit-pesakit memberi maklum balas yang positif selepas mengambil remedi homeopathy, terutama masalah bausir berdarah. Saya merasa kagum dengan kebolehan remedi Hamamelis, Aesculus , Hamamelis Cream atau pun Aesculus Cream yang berjaya merawat permasalahan buasir dengan jayanya.

Bagi seorang perawat atau doktor berita yang paling mengembirakan ialah mendapat maklum balas yang mengatakan remedi yang dipreskripsikan telah membuat sesorang itu sihat dan boleh kembali menjalani akitiviti seharian tanpa gangguan yang menyakitkan.

Kisah paling terbaru, seorang pembaca blog saya yang telah menghubungi saya dengan membawa berita gembira bahawa pendarahan yang terjadi setiap kali membuang air telah tidak terjadi, malah pembengkakan di rectum juga telah berkurangan. Beliau menjadi pobia setiap kali ingin ke tandas setiap pagi, risau, gelisah dan bersiap sedia dengan "pad" untuk digunakan sekiranya terdapat pendarahan selepas membuang air besar, namun kini beliau sudah kembali normal dan terus menjaga pemakanan dan meminum air dengan kuantiti yang banyak.

Haemorrhoides atau buasir adalah nama umum bagi permasalahan yang amat memeritkan dan sehingga ada yang takut untuk membuang air besar. Ia boleh dikatakan penyakit keturunan, walaubagaimana pun buasir mengikut kajian ia tidak terhad kepada faktor genetik sahaja.

Punca Terjadinya Buasir

Sembelit atau cirit birit merupakan gejala utama penyebab buasir , berikut ialah antara lain-lain penyebab buasir:


  • Darah tinggi (hypertension) - ialah kerana sambungan diantara portal vein (vena atau saluran yang membawa darah dari gaster ke usus, limpa dan pankreas) dan vena cava (salah satu saluran atau vena utama yang menghantar darah ke vena-vena lain) yang terjadi di rectal wall (dinding usus)
  • Obesiti - kegemukkan akan mengakibatkan tekanan terjadi vena usus
  • Situasi kerja yang memerlukan untuk duduk pada satu jangka waktu yang lama
  • Kehamilan
  • Merokok sewaktu membuang air besar
  • Pengambilan alkohol atau kafein yang berlebihan
Remedi Homeopathy Untuk Buasir Berdarah

1. Hamamelis Drops - Remedi oral untuk diminum bagi mengawal buasir & pendarahan

2. Aesculus Drops - Meredakan pembengkakan buasir

Botol remedy oral tidak semestinya sama seperti gambar ini

3. Krim Hamamelis dan Aesculus





Krim-krim atau disebut ointment ini dilengkapi tip atau penutup yang membolehkan suntikan krim tersebut dimasukkan kedalam rectum (dubur). Applikasi ini membantu melicinkan saluran rectum dan mengurangkan risiko terjadinya pendarahan, malah ia bertindak mengecutkan buasir.

Cadangan pengambilan remedi

Saya menggalakkan pesakit-pesakit mengambil Hamamelis dan Aesculus drops bersama-sama dengan krim , ini ialah kerana setiap pesakit buasir akan menerima risiko pendarahan walaupun ada sesetengah pesakit hanya mengalami buasir tetapi tidak berdarah. Namun ia seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja mengikut aktiviti-aktiviti di usus seperti yang diterangkan diatas.

Selain dari pengambilan remedi, pesakit-pesakit juga digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran didalam diet pemakanan. Meminum air kosong, mineral dan lain dengan kuantiti yang banyak juga membantu melembutkan najis.

Senarai Harga

1. Hamamelis drops - 30 ml dianggarkan untuk kegunaan 4 minggu berharga RM55
2. Aesculus drops - 30 ml dianggarkan untuk kegunaan 4 minggu berharga RM55
3. Krim Hamamelis atau Aesculus setiap satu berharga RM25

Harga Set

Sekiranya memesan Hamamelis dan Aesculus drops bersama-sama dengan salah satu krim diatas harga termasuk penghantaran ialah RM120.00 jimat RM15


No comments:

Post a Comment

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com