Wednesday, April 21, 2010

Waktu period je jerawat makin teruk! Pulsatilla sebagai penyelamat


Pulsatilla didalam botol 40ml

"Doktor..jerawat saya dah mula kecut dan hilang, tapi bila time bulan mengambang aje (datang bulan) semacam diseru-seru aje datangnya (jerawat le apa lagi), macam mana ni doktor?"
Saya mula "interview" simptom-simptom gadis tersebut, yang amat berharap untuk mendapat muka yang licin bak bulan mengambang bila bersanding pada hujung tahun ini.


Bunga Wind flower atau Pulsatilla


Simptom yang ketara ialah bila kitaran haid terjadi, jerawat akan naik dengan banyak, besar, sakit dan gatal.Kadang-kadang mengalami masalah penghadaman. Gadis itu juga mudah mengalirkan air mata walaupun kerana hal-hal yang dianggap remeh, tidak suka pada cuaca sejuk, lebih gemar berada di luar dari berada didalam bilik tertutup. Haidnya biasanya lewat dan agak pekat. Ia juga sering keresahan tanpa sebab dan degupan jantung yang agak laju.

Simptom diatas menjurus kepada Pulsatilla. Pulsatilla atau dipanggil Wind flower dianggap sebagai remedi kaum wanita walaupun ia juga sesuai untuk lelaki seperti masalah resdung.
Tidak semestinya semua simptom seperti diatas adalah sama kepada semua wanita, tetapi memadai jika ia ada simptom seperti:

  • Waktu kitaran haid makin teruk jerawatnya dan ada masalah resdung juga
  • Mudah bersedih, risau tidak menentu
  • Tidak suka cuaca sejuk, dan berada didalam bilik dan lebih gemar berada diluar.
Saya lebih gemar menyediakan remedi dari asas biochemic atau garam tisu atau cell salt remedy (remedi yang dianggap sama dengan homeopati kerana konsep dan cara penyediaan remedi adalah sama) kerana biochemic ternyata lebih lembut ia seolah-olah sudah berada didalam tubuh kita berbanding remedi homeopati yang berjumlah lebih 8,000 jenis. Namun bila perlu saya akan "menjodohkan" remedi yang dipanggil "polycrest" atau remedy serbaguna dan paling utama didalam perubatan homeopati seperti Pulsatilla.

Terutama bila menangani masalah jerawat dan parut. BC01 , BC04 dan terbaru BC16 telah berjaya menyembuhkan hampir 90% masalah jerawat samada kronik ataupun sekadar biasa-biasa, dengan menambah Pulsatilla sebagai remedi penyelamat peratusan kes-kes yang sembuh telah meningkat dengan bantuan pilihan terbaru Carmino complexion cream (CCC) dan sabun complexion soap (CCS).

Akhirnya saya mendapat mesej gembira ini .

Salam.. doc.. pe khabar? heheh...sorry lama xbertnya kabbar..bz ckit.. huhuhu..saje nk update.. hampir 2 minggu sy try remedy terbaru doc... mmg EXCELLENT la...... jrwt besar2 merah2 da xde... hanya ada jrwt kecik2 tu pn 2 3 ketul jek dan tinggal parut lama... hari ni baru bulan mengambang.. timing cpt sikit. so keadaan muke sy xde tewok sgt. Saya sgt HAPPY... My TARGET nk licin kan seluruh muke....Thanks DOC. :)



Harga RM 80 penghantaran percuma