Assalamualaikum wbt dan Happy Diwali kepada semua penganut agama Hindu .. semoga di musim hujan ini anda semua sihat-sihat selalu. Musim hujan dan banjir ni banyak juga kes-kes cirit-birit dan sakit perut, ada yang terlupa nak masak air terus minum je dan lepas sejam dua .. dah kena berulang alik ke tandas sebab perut memulas nak "membuang" jer sampai badan pun jadi lemah dan tidak berdaya. Bagi yang ada buasir lagilah menderita kan...
Cirit-birit ni kadang-kadang menyerang tanpa amaran, sedar-sedar je perut dah memulas, rasa nak membuang air besar yang tidak dapat ditahan-tahan, ada juga yang diselang seli dengan muntah.Sebab tu lah saya akan sentiasa sediakan R4 dan R5 di rumah , kalau pergi bercuti atau ke outstation pun, R4 dan R5 mesti menjadi "list" utama ubat-ubat yang "mesti" bawa. Berjaga-jaga adalah langkah terbaik ..
Begitu juga dengan masalah gastrik, lambat je makan atau salah makan mesti perut akan pedih "semacam" sehingga ada yang terpaksa untuk ke klinik ambil suntikan ...
Kini kita sudah ada pilihan, perubatan alternatif yang boleh di harap dan selamat. Seperti yang kita tahu produk Dr Reckeweg amat terkenal di seluruh dunia.
Berikut ialah indikasi bagi R4 dan juga R5;
R 4 Dr.Reckeweg - Diarrhoea drops
Semua jenis gangguan pada usus besar dan usus kecil akut dan kronik. Cirit birit yang disebabkan oleh makanan sejuk atau salah makan. Gangguan usus yang melibatkan sistem pernafasan. Cirit birit yang disertai demam biasa, demam panas atau beserta ruam. Cirit birit berdarah.
R 5 Dr Reckeweg - Stomach drops
Semua jenis sakit perut gastrik atau kronik. Senak-senak perut. Gas kronik yang disertai muntah-muntah. Ulser usus. Pedih hati. Mulut rasa tidak menyenangkan. Kerap sendawa. Kembung perut.
(Acute and chronic gastritis, dyspepsia, chronic relapsing gastritis with or without ulceration. Especially ulcus parapyloricum. Heartburn, bad taste in mouth, frequent belching, flatulence, meteorism. Acts on the inflamed mucosa of stomach, on the physiology of stomach.)
Cara pengambilan :
Untuk kes akiut (tiba-tiba) , ambil setiap 1/4 - 1 jam, 20 titis (boleh ditits terus ke dalam mulut) atau dicampur dengan 1 sudu besar air. Bila simptom mula berkurangan kurangkan dos 10-15 titis dicampur 2 sudu besar air setiap 1-2 jam. Bila simptom sudah berakhir teruskan dos 10-15 titis dicampur 2 sudu besar 3 kali sehari. Di nasihatkan untuk teruskan pengambilan seterusnya selama satu minggu, sebelum makan sehingga benar-benar sembuh.
- Cirit birit biasa ambil 10-15 titis setiap 1-3 jam mengikut keadaan tahap serangan cirit birit tersebut.
- Jika disertai dengan demam, tanpa gangguan usus 10-15 titis setiap 1-2 jam.
- Cirit birit yang kronik (lama) 3 kali sehari 10-15 drops sebelum makan.
Nota:
Untuk kes yang lama dan lambat untuk pulih, anda di cadangkan menambah R26 10-15 titis satu kali sehari.
- Jika usus terasa kejang dan tidak kuat untuk bekerja tambah R37
- Kepenatan selepas serangan : Vita-C15 amat membantu.