Di mailbox saya kerap juga ada pertanyaan mengenai produk homeopathy yang murah, kenapa harga saya "begini" dan di blog lain harga "begitu"? dan di label ubat-ubat* homeopathy tersebut tidak ada tertera bahan-bahan yang dicampurkan?. Malah ada blog lain yang mengandungi artikel "sebiji" seperti yang terdapat di blog saya?. Adakah saya yang "menciplak" artikel tersebut?. Isu menciplak, nampaknya artikel saya yang kerap diceduk oleh blog-blog lain memandangkan saya adalah salah seorang pioneer di online. Seingat saya semua artikel adalah asli dan dibuat hasil dari kajian dan pengalaman. Tanpa keizinan saya, ada yang selamba je copy paste dan tanpa ada perasaan bersalah atau malu langsung. Peliknya yang copy paste itu mengenalkan dirinya sebagai "DR". Jika dia hubungi untuk mengambil artikel diblog saya sebagai bahan di blognya, Insya Allah saya izinkan tetapi edit-edit la sikit kan....
Jawapan untuk pertanyaan mengenai perbezaan harga; adalah amat mengejutkan saya kerana terdapat blog yang menjual produk yang sama dengan saya tetapi harganya amat rendah. Harga tersebut seolah-olah blog itu menjual tanpa mengambil sedikit untung pun (sedangkan harga belian saya adalah lebih mahal dari harga jualannya). Hebatkan kerana dia amat pemurah..semoga Allah murahkan lagi rezeki dia, tetapi apa yang merisaukan saya ialah niat penulis blog tersebut adalah sebaliknya, bukan bersedekah tetapi mungkin produk itu adalah produk tiruan, maka amatlah merbahaya untuk pengguna membelinya, atau yang mungkin menyedihkan blog tersebut berniat untuk membunuh pasaran (dan membunuh penjual lain juga) dengan menjual pada harga yang rendah. Mungkin pada fikirannya dia bijak mengatur strategi pemasaran dengan menjual satu produk dengan harga "murah gila" untuk menarik pelanggan ke blognya dan ambil untung dengan produk lain. Ini adalah amalan tidak sihat. Saya dan rakan-rakan network saya, akan menjual pada harga yang sama walaupun untungnya kadang-kadang tidak seberapa tetapi biarlah hasil dari ubat tersebut memberi manfaat kepada pembeli. Kami mengamalkan walaupun sedikit biarlah berkat, pembeli mendapat manfaat dan mencadangkan kepada adik beradiknya, saudaranya dan kawan-kawannya.
Jika anda berpeluang ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur atau Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan. Jalan Pudu di kawasan tersebut kaum Cina menjalankan perniagaan alat-alat elektrik dan elektronik sementara Nilai 3 menjual tekstil, alat kelengkapan perkahwinan, cadar dan lain-lain. Hampir semua kedai menjual barang yang sama, contoh di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, apa yang mengkagumkan saya ialah harganya adalah terkawal. Walaupun tawar menawar dibenarkan diskaun hanya di antara RM5-10 dan yang paling beretika, sekiranya kedai yang kita berurusan tidak menjual atau kehabisan stok, peniaga Cina yang bukan beragama Islam itu akan menyuruh kita ke kedai sebelah tanpa rasa dengki. Malangnya penulis blog dan pengamal homeopathy di Malaysia ini, majoritinya adalah orang Melayu dan Islam.
Jawapan untuk memaparkan bahan ramuan di label: Saya berpendapat pengeluar ubat-ubat termasuklah ubat yang paling selamat pun seperti ubat homeopathy adalah perlu untuk memberitahu pengguna mengenai apa yang terdapat di dalam ubat tersebut. Amat tidak beretika jika gemar menyembunyikan bahan-bahan yang dicampurkan untuk sesuatu produk tersebut. Amalan ini tidak baik untuk imej perubatan homeopathy amnya.
Begitu juga amalan untuk preskripsi ubat, bila pesakit membawa ubat yang diambil di klinik homeopathy lain untuk saya kenal pasti nama ubat, pasti tidak tercatit nama-nama ubat yang dipreskripsikan. Maka saya tidak berpeluang untuk meneruskan atau membantu pesakit tersebut. Saya terpaksa bermula dari awal dan ini akan membosankan pesakit dan mula menjauhi perubatan homeopathy akibat dari pengamal yang terlalu berahsia. Alhamdulilah semua produk yang saya jual tercatit bahan-bahannya di label setiap produk, saya juga akan tuliskan nama ubat-ubat di label ubat untuk kemudahan pesakit mendapat nasihat dari pengamal homeopathy yang lain jika tidak berkesempatan menemui saya. Kerana saya percaya rezeki hanya dengan Izin-Nya.
Semoga anda yang menghantar email mendapat jawapan yang memuaskan... :)

Perbezaan : Pembeli mempunyai kuasa memilih , tetapi anda perlu nilai kuantiti dan kualiti, khidmat selepas jualan seperti nasihat penggunaan dan pengambilan ubat dan produk. Anda sebagai pembeli bijak pasti akan menilai tahap kemesraan pengamal homeopathy, pantas dantidak lokek untuk menjawab soalan dan sentiasa memberi komen yang telus. setiap produk juga mempunyai bahan dan kuantiti yang berbeza. Contohnya pil kemam itu sendiri, jumlah pil kemam di dalam setiap botol. Kebanyakan produk homeopati di pasaran mengguna botol 20-30 gram sementara kami menggunakan botol bersaiz 80 grams yang mempunyai kuantiti 320-350 bii yang cukup untuk bekalan 1 bulan. Kualiti pil kemam yang baik akan memanjang usia ubat tersebut, pil kemam yang rendah kualitinya akan sering melekat dan cair jika disimpan lebih dari 6 bulan, pil kemam produk saya ialah dari pengeluar bertaraf dunia dan boleh tahan selama 2 tahun.Tidak dinafikan kami akan mengambil keuntungan, bohonglah jika kami penulis blog hanya bersedekah kerana setiap ubat mempunyai kosnya, untuk pos kepada pengguna juga mempunyai kosnya, jika rosak kami akan pos semula tanpa kos tambahan. Kami mengamalkan konsep perniagaan orang bukan Islam (sepatutnya orang bukan Islam yang mengikut gaya perniagaan Rasulullah), seperti yang diamalkan oleh kaum Cina, walaupun rata-rata kaum Cina bukan orang Islam tetapi etika perniagaan mereka amat mirip amalan yang digalak oleh Islam, harga terkawal dan tidak membunuh rakan-rakan niaga yang menjual produk yang sama. Mereka seolah-olah lebih mempercayai Qada dan Qodar berbanding orang Islam sendiri.
Jika anda berpeluang ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur atau Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan. Jalan Pudu di kawasan tersebut kaum Cina menjalankan perniagaan alat-alat elektrik dan elektronik sementara Nilai 3 menjual tekstil, alat kelengkapan perkahwinan, cadar dan lain-lain. Hampir semua kedai menjual barang yang sama, contoh di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, apa yang mengkagumkan saya ialah harganya adalah terkawal. Walaupun tawar menawar dibenarkan diskaun hanya di antara RM5-10 dan yang paling beretika, sekiranya kedai yang kita berurusan tidak menjual atau kehabisan stok, peniaga Cina yang bukan beragama Islam itu akan menyuruh kita ke kedai sebelah tanpa rasa dengki. Malangnya penulis blog dan pengamal homeopathy di Malaysia ini, majoritinya adalah orang Melayu dan Islam.
Saya bukanlah tamak, insya Allah kerana saya percaya kepada rezeki yang Allah janjikan, jika ada pengamal homeopathy yang ikhlas ingin memberi pandangan, pengalaman dan kerjasama, amat saya alu-alukan kerana saya insan yang lemah lagi hina berbanding ilmu Allah yang Maha luas. Jika kita bersikap cantas mencantas maka anda tidak percaya kepada Allah yang Maha Adil lagi Maha Kaya untuk memberi anda rezeki. Penduduk Malaysia sudah mencecah 30 juta orang, sedangkan pengamal homeopathy yang menjual dan mengeluarkan produk mungkin hanya berjumlah ratusan orang sahaja. Nisbahnya mungkin 1 orang pengamal homeopathy : (mungkin) 1 juta atau 5 juta orang atau 10 juta orang. Oleh itu tidak perlulah berhasad dengki, tetapi bekerjasamalah untuk merawat pesakit yang memerlukan para pengamal homeopathy untuk menyediakan produk berkualiti, selamat dan boleh diharapkan.