Secara peribadinya, saya dan keluarga saya akan mengamalkan Biochemic untuk kesihatan umum dan juga dijadikan sebagai "Immune Booster" bagi menghalang pelbagai penyakit terutama batuk, demam dan selsema. Biochemic merupakan kaedah perubatan yang sinonim dengan Homeopathy, malah telah dianggap sebagai sebahagian dari perubatan Homeopathy.Kaedah penyediaan remedi adalah sama tetapi perbezaannya Biochemic adalah bersifat mineral dan bio (benda hidup). Biochemic adalah apa yang ada ditubuh kita. "You are what you eat" begitulah sifatnya, kekurangan bahan mineral akan menjadikan tubuh kita ketidakselesaan atau disease. Biochemic secara asasnya hanya mempunyai 12 remedi utama yang telah diasaskan oleh Dr. Shuessler. Mengikut kajian beliau manusia terdiri dari 12 mineral seperti di artikel Mineral-Mineral Penting Didalam Tubuh - 12 Garam Tisu
Homeopathy bersifat alam semulajadi, sebahagian besar remedi Homeopathy adalah dari tumbuhan yang diproses secara Homeopathy dan di "potentized" lalu diberi skala kekuatan remedi mengikut skala numeric bermula dari 6, 30, 200, 1000, 10000 dan 100000. Secara amnya remedi Homeopathy mempunyai lebih dari 8,000 jenis. Wow banyaknya kan... tetapi kami sebagai pengamal akan mengamalkan Remedi Polycrest (pelbagai guna) sahaja. Remedi Polycrest secara amnya terdapat lebih dari 80 jenis.
Semoga anda bergembira bersama keluarga di hujung minggu ini ... Assalamualaikum..