Diet Separuh Mati Tapi Masih Gemuk
Nak kurus jer mesti diet, itu adalah mitos yang dipercayai
sejak zaman berzaman. Malangnya kalau 10 orang yang amalkan hanya mungkin 1
orang je yang kurus, itu pun sampai kena gastrik. Dah kurus tetapi penyakit
pula yang datang.
Mitos kedua yang amat dipercayai ramai ialah, seseorang itu
perlu "stop" atau kurangkan lemak. Maka bermulalah episod diet rendah lemak, anda berlapar separuh mati tetapi berat badan seolah-olah alat penimbang itu sudah rosak kerana anda masih gemuk!!. Angan-angan hanya tinggal kenangan sahaja.
Berjaya atau gagalnya sesuatu perancangan, akan bergantung
kepada satu perkataan iaitu “sistematik”. Untuk kurus pun perlu perancangan
yang sistematik. Kita perlu tahu kaedah sistematik untuk diet dan beristiqomah
kepada system diet itu. Jika anda seorang yang obes**, maka anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Kerana menjadi obes anda akan mengundang pelbagai penyakit... berusahalah kerana diri anda sangat berharga!!
*Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga
Pakar-pakar pemakanan telah mengkaji kaedah pemakanan
seimbang dan diet yang bersistematik untuk menurunkan berat badan atau mengekal
berat yang ideal. Terdapat kaedah diet rendah lemak dan diet kurangkan
pengambilan karbohidrat.
Ok mari kita fahami apa itu Low fat diet dan Low carb diet,
- Low fat diet seperti yang
dicadangkan oleh USDA ialah diet yang rendah lemak terutama yang mempunyai
lemak tepu* dan kolesterol. Pengambilan makanan berlemak dan berkolestrol
akan menjurus seseorang itu kepada penyakit jantung dan tekanan darah
tinggi. Lemak mengandungi dua kali ganda lebih kalori berbanding
karbohidrat. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding 1 gram karbohidrat
atau protein mengandungi 4 kalori.
** Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi termasuklah produk susu terutamanya krim dan keju, lemak haiwan seperti lemak babi dan lemak daging, minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak inti sawit, coklat, dan beberapa makanan siap
- Low carb diet yang
diperkenal oleh Dr.Robert C.Atkins ialah konsep diet rendah karbohidrat
sejak tahun 1970an tetapi kurang mendapat sambutan kerana lebih ramai yang
yakin kepada kaedah low fat diet. Karbohidrat ialah makanan dan minuman
yang berasaskan gula. Pengambilan berlebihan karbohidrat akan menjurus
kepada penyakit kencing manis. Kaedah diet ini ialah mengurangkan
pengambilan karbohidrat tetapi mengambil makanan lebih lemak. Dengan mengurangkan dan mengehadkan
makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula
membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula
menyusut.
- Melalui low-fat diet, ada
yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan
makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan
bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang
berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan
kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet
yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu
mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah
membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka
yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan
protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam
keadaan langsing seumur hidup.
Panduan lengkap diet Dr Atkins akan disediakan bersama-sama pembelian set 1 bulan Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 Dr Reckeweg, selain BC20 untuk membantu membuang toksik didalam tubuh. Harga promosi terhad ialahRM250RM190 termasuk penghantaran.
Kaedah mana yang terbaik?
Hasil dari kajian dan pengalaman selama
bertahun-tahun sistem diet Atkins lebih berkesan untuk mendapat berat badan
yang ideal dan kekal langsing selepas itu. Selain dari itu pengamal diet Atkins
juga akan lebih sihat dan bebas dari penyakit 3 serangkai yang popular iaitu
kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com