Saturday, November 27, 2010

Ubat Botak Homeopathy




Botak Di Usia Muda

Man bertubuh tegap, tinggi dan berwajah yang cukup “handsome”, berumur 38 tahun tetapi merasa rendah diri kerana dia sudah botak sebahagian atas kepalanya. Teman rapatnya ialah baseball cap tetapi bila ke pejabat teman rapatnya tidak mampu untuk menutup kepalanya yang botak kerana etika berpakaian di pejabatnya tidak membenarkan Man memakai baseball cap. Man telah alami masalah alopecia areata semenjak 3 tahun lepas. Masalah Man bermula bila rambutnya mula gugur dan meninggalkan kesan (berbentuk bulat setempat) botak setempat yang kecil. Man pada mulanya tidak memperdulikan masalah tersebut sehinggalah bulatan tersebut mula membesar sehingga sekarang bahagian atas kulit kepalanya mula terjadi botak.

Bagi wanita pula kerap kali akan terjadi rambut gugur hingga menampakkan kulit kepala selepas bersalin , seperti Moon berumur 23 tahun, selepas melahirkan anak yang pertama, rambutnya yang dahulu lebat dan bersinar kini telah menipis dan amat merisaukan Moon sehingga terjadi stress.Mengapa ini terjadi?

Tahukah Anda ?

Setiap hari secara purata terdapat lebih 100 helai rambut yang akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru, kitaran ini akan terjadi setiap hari. Folikel rambut akan melalui 3 fasa iaitu fasa anagen (long growing phase), fasa catagen (short transitional phase) dan telogen (short resting phase). Apabila terjadi gangguan kitaran ini akan terjadilah proses rambut gugur berlebihan dan rambut baru gagal dihasilkan maka terjadilah alopecia atau botak.

Pelbagai sebab yang mengakibatkan botak terjadi, antara mitos yang paling popular ialah disebabkan oleh tabiat memakan mee segera. Genetik juga memainkan peranan utama namun beberapa lain yang kenal pasti ialah ialah akibat kekurangan zat besi, jangkitan thyroid dan pelbagai sebab dan ada yang tidak diketahui akibatnya.

Rawatan Mengguna Kaedah Homeopathy.

Hasil dari pengalaman lepas, saya telah merawat hampir ratusan kes-kes alopecia areata yang kerap terjadi kepada lelaki muda yang berumur di antara semuda 18 dan 38 tahun. Statistik kejayaan juga amat membanggakan dengan peratusan hampir 99% kes telah sembuh. Berita yang kurang enak ialah 99% ini ialah dari kes-kes yang baru bukanlah kes-kes yang telah lama. Kes-kes botak yang lama memang sukar untuk disembuhkan dan mengambil masa tetapi tidak mustahil untuk berusaha, terdapat hanya 5% dari kes lama yang tidak botak keseluruhan tetapi mengalami rambut nipis dan menampakkan kulit kepala telah mendapat pertambahan rambutnya.

Biochemic atau garam tisu adalah remedi yang telah menunjukkan statistic tertinggi didalam kes penyembuhan, remedi atau garam tisu yang telah digunakan ialah seperti dibawah;

· Cal.phos – rambut gugur selepas demam, Cal.phos merupakan remedy utama untuk pelbagai masalah rambut

· Silicea – remedi untuk mengembalikan kesuburan rambut, remedi ini adalah remedi combo (gabungan terbaik bagi setiap simptom rambut gugur)

· Kali carb – untuk rambut kering dan nipis

· Kali sulphuricum – individu yang mempunyai kelemumur berwarna kuning, lembab dan melekit. Mengakibatkan rambut akan gugur setempat dan meninggalkan tompok botak.

· Nat mur – rambut gugur akibat kelemumur, kelemumur akan kelihatan memutih di kulit kepala. Di hujung rambut kelihatan berminyak

· Selenium – Kulit kepala akan terasa sakit bila disentuh. Rambut akan gugur dari kulit kepala dan di tubuh.

Selain Biochemic atau garam tisu , beberapa remedy lain boleh membantu masalah alopecia, seperti;

· Flouric.ac – masalah rambut yang rapuh dan mudah putus

· Lycopodium – rambut beruban sebelum waktunya (premature), rambut gugur selepas bersalin dan seringkali terjadi eczema di belakang telinga.

· Phosphorus – rambut gugur segumpal, remedy ini juga boleh diambil setiap 6-8 jam untuk mengurangkan tekanan akibat terjadinya botak atau keguguran rambut.

Setiap kes saya sering memberi remedi secara single remedi (remedi tunggal) dan sekiranya terdapat lebih dari satu remedy digabungkan, remedi gabungan akan diambil selepas 30 minit mengambil remedi pertama, dan 30 minit selepas itu untuk remedi ketiga sekiranya ada.

Semua remedi disediakan didalam bentuk tablet manis (seperti produk BC01,BC04 dan BC16 untuk jerawat). 4 biji dikemam atau dihisap dan dibiarkan melarut ke dalam mulut 3-4 kali sehari.

Selain dari ubat makan istilah mudahnya untuk remedi oral terdapat juga produk kegunaan luar seperti Shampoo dan Arnica Oil dengan gabungan Jaborandi untuk menguatkan akar-akar rambut.

Remedi combo yang dicadangkan :

· Cal.phos dan Selenium

· Cal.phos dan Silicea

· Cal.Phos dan Lycopodium untuk rambut gugur selepas bersalin

· Silicea dan remedi yang menyamai simptom masalah anda

Setiap remedi combo ini akan diberi secara percuma Shampoo dan Arnica Oil.

Harga pakej : RM150 – 2 botol remedi oral, 1 botol Shampoo Arnica dan 1 botol Arnica Oil. Cara untuk memesan dan membuat pembayaran

Harga sebotol : RM80

Penghantaran : Percuma ke seluruh Malaysia

Sunday, November 7, 2010

Kenduri Ketam Kerana Carmino Memang Power






Biasanya hari Ahad saya hanya bermalas-malas di rumah sahaja jika tidak ada temujanji, tetapi kali ini isteri saya mengajak untuk "shopping" ikan di Pasar Borong Bandar Seri Kembangan atau Puchong. Saya memang tidak gemar ke pasar kerana pasar di Malaysia adalah tempat paling lecak , kotor dan pastinya baju yang dipakai akan berbau paling tengik bila selesai membeli belah tambahan bau yang cukup menyucuk lubang hidung dan pekerja-pekerja "oversea" pun ramai, kadang-kadang dia seolah-olah "toke" atau memang di "toke", berkemungkinan tapak tersebut di "ali baba" kan... tak serik-serik orang kita ni kan!!. Pasar di "oversea" terutama negara maju anda boleh berbaring dilantai pasarnya tetapi di Malaysia jika anda berbaring di lantai itu bermakna anda sudah tergolek di lantai yang basah lagi licin!!.

Konsep pasar moden telah diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (contoh Pasar Moden Gombak), tetapi bila pasar itu bersih dan tidak lecak, ia tidak mendapat sambutan pula. Ini berkemungkinan lokasi pasar itu juga yang tidak berada di lokasi yang sepatutnya atau pembeli khuatir harga barangan akan melambung tinggi.." tempat cantik pasti mahal ", itu persepsi awal orang ramai, pastinya itu kerja DBKL dan badan-badan berkaitan untuk memberi info kepada orang awam. Pasar yang bersih juga mencerminkan budaya orang Malaysia yang bertaraf dunia dan salah satu langkah ke arah negara Malaysia yang maju pada 2020 bukan hanya sekadar berpendapatan tinggi sahaja.

Lihatlah lantai pasar di Malaysia, cukup merbahaya ..anda boleh tergolek pada bila-bila masa

Apakan daya suka atau tidak, saya gagahi juga melangkah ke pasar setelah diperli oleh isteri saya "makan tak malas yer .. nak ke pasar malas isk isk". Di pasar yang serba lecak itu juga saya direnung dari jauh oleh sepasang mata yang cantik yang dipunyai oleh tuannya yang juga cantik menawan. "Alamak siapa la pula yang main tenung-tenung ni?" saya berfikir sendirian tapi jeling-jeling juga kearah wanita tersebut. Wanita itu tersenyum manis sambil menuju terus ke arah saya.

"Assalamualaikum, ini DrCool yang doktor didalam blog tu kan?" sapa wanita cantik tadi , "owhh peminat rupanya" hati saya mula berbunga-bunga. "Ya saya, awak ni siapa?" saya bertanya sopan, isteri saya sedang sibuk memilih ikan.. tidak sedar saya sedang berbual-bual dengan wanita cantik tersebut, kalau dia nampak mahu dia jeling "power" ..sayang suami la katakan hehe....

"Doktor tak kenal saya ..tapi saya cam gambar doktor didalam blog" wanita cantik itu meneruskan perbualan dengan sopan. "Saya Rina dah hampir 4-5 kali saya "order" dengan doktor, sms atau email je, Alhamdulilah saya guna krim Carmino, Carmino Complexion Cream, Carmino Healing Cream, sabun Merrygold dan produk BC semua saya guna dari awal BC01, BC04 dan BC16, yang mana doktor rekemenkan saya ambil je macam Pulsatilla pun saya guna, inilah hasilnya doktor muka saya sekarang" Wanita cantik itu menerang dengan panjang lebar. "Alhamdulilah.. saya cukup gembira mendengar dan lihat muka awak yang cukup bersih dan cantik, sekarang awak ambil apa yer" Saya merasa amat gembira melihat wajah gadis tersebut yang cantik, gebu dan bersih hasil nasihat saya.



"Saya dah beli ketam , 10 ekor nak hadiahkan pada doktor dan bagi alamat lengkap doktor saya nak pos surat jemputan kahwin" Wanita tersebut terus menghulur sekarung ketam kepada saya. " Ya Allah tak payah la susah-susah Rina , saya hanya berusaha membantu Rina sahaja , semua hasil ni dari Allah" Saya cuba menolak pemberian wanita wanita tersebut dengan sopan. " Tak apa doktor saya dah niat nak hadiahkan ni, doktor terima lah yer kalau tidak saya sedih ni" Wanita tersebut membuat muka sedihnya, "Ok, ok saya terima kalau gitu belanja la ayam 5 ekor dan daging 10 kilo ke ... hahahhaa ...gurau-gurau yer , terima kasih banyak-banyak moga-moga Rina pun berbahagia nanti , Insya Allah saya akan hadir kenduri kahwin Rina ok" saya pun menerima pemberian Rina dan dia pun tersenyum puas... isteri saya terpinga-pinga kerana dia juga membeli ketam ... hermmm hari ni kenduri ketam la nampaknya kita ... isteri saya tersenyum dengan muka kehairanan dan curiga kerana ada wanita cantik memberi saya ketam!!

**Nota gambar-gambar pasar dari blog amirulsafri photography