Isi kandungan blog ini adalah berpandukan MATERIA MEDICA HOMEOPATHY yang digunakan di seluruh dunia oleh Pengamal Homeopathy sebagai rujukan.
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. SEMOGA AIDILFITRI INI MEMBAWA KECERIAAN KEPADA ANDA SEMUA... MAAFKAN SAYA JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP. TERIMALAH SALAM AIDILFITIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MINAL AIDIL WAL FAIZIN. BERHATI-HATI DAN BERSABAR SEMASA MEMANDU, MARI KITA TURUNKAN STATISTIK KEMALANGAN MAUT YANG AMAT MENAKUTKAN .... ANDA BOLEH, YAKIN BOLEH, PULANGLAH KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT DAN PULANGLAH KE RUMAH ANDA DENGAN SELAMAT... KAMI WARGA SOLARIS-MARKETING.COM, HOMEOPATHY2U DAN BIOHOMEOPATI.COM SENTIASA MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANDA SEMUA.. AMINN
Semoga kita tergolong dalam sifat sahabat Rasulullah yang bersedih bila Ramadhan berakhir kerana bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Semoga kita mencapai matlamat puasa yakni mencapai taqwa dan Allah menerima ibadah puasa kita, bukan sekadar lapar, dahaga & tak payah ganti puasa semata-mata
Monday, August 15, 2011
Merawat Buasir Tanpa Surgeri
Merawat Buasir Tanpa Surgeri
Surgeri merupakan kaedah popular dikalangan pengamal perubatan Allopathy. Sebaliknya pengamal Homeopathy akan berusaha seboleh mungkin untuk merawat penyakit tanpa perlu surgeri. Tidak dinafikan terdapat sesetengah komplikasi penyakit memerlukan surgeri tetapi buasir atau haemorrhoids boleh dirawat tanpa perlu surgeri yang amat menyakitkan. Oleh itu jangan terburu-buru untuk melakukan surgeri jika anda belum mencuba perubatan Homeopathy
Homeopathy bukanlah konsep perubatan ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Homeopathy adalah konsep perubatan yang mempunyai kajian meluas mengenai rawatan buasir dan mempunyai senarai panjang remedi yang amat ajaib sekiranya diberi mengikut simptom setiap individu.
Beberapa remedi yang amat ajaib dan sering diguna oleh para pengamal Homeopathy untuk merawat buasir ialah Hamamelis, Aloe, Aesculus, Graphite dan lain-lain. Para pengkaji ubat-ubatan sendiri telah mengakui akan kehebatan remedi seperti Hamamelis dan Aesculus. Para pengeluar ubat-ubatan tidak kira Allopathy mahupun Homeopathy akan mengguna salah satu atau gabungan remedi ini sebagai ointment untuk disapu sebagai agen mengecutkan pembengkakkan buiasir dalaman atau luaran, untuk memberhentikan pendarahan dan sebagai pelincir sebagai bantuan untuk mengurangkan geseran di dubur sewaktu membuang air besar.
Ubah gaya hidup, anda sudah sembuh sebanyak 50%
Pengalaman merawat buasir selama berbelas tahun semenjak 1998, saya mendapati gaya hidup, pemakanan dan penjagaan diri yang betul akan mengurangkan simptom buasir seseorang sebanyak 50%. Remedi atau ubat-ubatan akan mengambil peranan sebanyak 50% lagi. Tidak kira sama ada anda penghidap buasir peringkat 1,2,3 atau 4. Pengurusan diri yang betul seperti dibawah akan merubah dan mengurangkan simptom buasir anda;
Minum air putih contohnya air mineral dengan banyak, untuk mengenal pasti air mineral atau hanya sekadar air minuman, pengilang di Malaysia diarahkan untuk mengguna tudung botol berwarna hijau. Tudung botol berwarna biru dan putih adalah air suling atau air yang ditapis mengguna alat penapis. Sering disebut sebagai RO water, drinking water dan lain-lain. Air kategori ini hanya menghilangkan dahaga tetapi tidak mempunyai zat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab air mineral semulajadi adalah plihan yang bijak.- Pendekkan masa “termenung” didalam tandas. Sebaik-baiknya buang air besar 2 kali sehari dan jangan memaksa untuk “mengosongkan” dubur sewaktu membuang air besar. Meneran untuk memaksa najis keluar akan menambah pembengkakkan didubur. Biar najis keluar secara tidak paksa dan setelah merasa tidak mahu keluar anda segera bersihkan dan keluar dari tandas.
- Elakkan dari mencangkung, guna tandas duduk akan lebih membantu mengurangkan tekanan di dubur. Ada yang berpendapat mengguna tandas mencangkung lebih baik dari tandas duduk, tetapi pada pandangan saya tandas duduk mengurangkan tekanan ke dubur dan lebih sesuai.
- Makan makanan yang mudah hadam, lembut dan tidak pedas. Mengikut pengalaman saya cili padi merupakan pencetus utama kepada pendarahan.
- Berhenti merokok atau kurangkan merokok terutama sewaktu membuang air besar. Merokok akan menambah tekanan ke dubur kerana sewaktu merokok suhu badan akan meningkat. Begitu juga jika anda mengambil alcohol.
- Jika anda obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan.
- Tidur awal dan kurangkan stress.
Ubat Homeopathy
Jika di senaraikan terdapat 278 remedi yang mampu untuk merawat dan melegakan simptom buasir, senarainya amat panjang untuk ditulis tetapi ubat atau remedi yang sering membuahkan hasil dengan jayanya ialah Aesculus, Aloe, Collinsonia, Hammamelis, Lachesis, Muratic acid, Nitric acid, Nux vomica dan Arnica.
Remedi ini boleh disediakan dalam kombinasi bagi buasir peringkat 1, tetapi bagi buasir peringkat 2,3 dan 4 memerlukan remedi mengikut simptom secara individu.
Contohnya Aesculus untuk buasir yang besar, sakit dan dubur terkeluar. Aloe untuk buasir yang terkeluar, bila dirasa dengan jari seolah-olah berbiji-biji seperti anggur dan rasa lega bila dibasuh dengan air sejuk. Hamamelis pula amat pantas memberhentkan pendarahan.
Kategori Buasir
Buasir boleh dikategorikan kepada 4 peringkat. Peringkat 1 buasir tidak akan "terkeluar" dari dubur. Peringkat 2 buasir akan "terkeluar" dari dubur setiap kali membuang air besar tetapi akan "masuk semula" selepas itu. Peringkat ke 3 agak sama dengan peringkat ke 2 tetapi dubur akan masuk semula selepas ditekan. Peringkat 4 dubur akan sentiasa terkeluar.
Peringkat 1 kadang tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Simptom awal ialah sering terjadi pendarahan yang berwarna merah segar selepas membuang air besar. Biasanya akan terasa gatal di dubur. Peringkat 3 dan 4 pesakit akan merasa sakit dan memeritkan, biasanya akan ada discaj seolah-olah lendir bersama-sama najis. Tidak semestinya seseorang itu buasir bila terjadi pendarahan selepas membuang air besar, ia mungkin diakibatkan oleh komplikasi yang lain. Adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti samada anda mengalami buasir atau disebabkan oleh lain-lain masalah.
Sekiranya anda ingin mendapat rawatan sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com