Wednesday, August 6, 2008

Buasir - Berdarah (Hemorrrhoid)

Bulan lepas sewaktu melayan anak-anak mengaji Al-Quran, satu panggilan telefon memaksa saya kerumah beliau, mujurlah pesakit tersebut tinggal disekitar 2-5 km sahaja dari rumah saya, apabila beliau memberi kata berdarah terus terlintas penawar yang bernama Hamamelis, dengan berbekalkan penawar itu dan Calendula Magic Spray saya terus kerumah Encik A. (Kita namakan A saja atas permintaan beliau).

Setibanya saya dirumah Encik A. Muka beliau agak pucat, masih berada didalam bilik air dan nampak kebingungan dengan keadaan beliau. "Doc , kenapa dengan saya ni"? sambil menunjukkan kain pelikat yang basah dengan darah. "relak A ini perkara biasa, kejab lagi stop la darah tu". Jawab saya sambil tersenyum.

Saya meminta sedikit air panas lebih kurang 2 sudu besar dan mencampurkan 10 titik Hamamelis dan hulur kepada Encik A untuk minum. Saya mengarahkan beliau membasuh dubur dan menyembur Calendula Magic Spray ke dubur yang berdarah akibat buasir. Selepas 1 minit Encik A sendswa panjang, dan mendapati hemorrrhoid telah berhenti cuma duburnya masih terasa pedih.

Rupa-rupanya Encik A telah makan Masak Lemak Cili Padi, kebetulan terdapat usus yang luka dan masalah buasir sebelum ini. Cili Padi tersebut menjadi bom jangka pada permasalah buasir itu, apabila membuang air , najis Encik A agak keras dan melukakan dubur beliau.

Saya mengarahkan Hamamelis diambil 10 titik dicampur dengan air panas (lebih kurang 2 sudu makan) setiap 10 minit, sehingga rasa pedih dan seolah-olah dubur terkeluar berkurangan barulah diambil setiap 8 jam.

Baru tadi Encik A telefon saya, memberitahu dengan nada gembira bahawa beliau sudah boleh menikmati Masak Lemak Cili Padi tanpa terjadi hemorrrhoid.

Saya menulis cerita Encik A kerana ia agak unik kerana saya terpaksa pergi kerumah beliau dan beliau kerap memberi info-info kesan penawar itu pada beliau untuk dikongsi bersama.

Harga & Kuantiti : RM65 & 30 ml (harga termasuk pos)

Nema penuh penawar : Hamamelis Virginica

Fungsi Utama : Venous congestion, hemorrhages, varicose veins, and hemorrhoids, with Bruised soreness of affected parts, seem to be the special sphere of this remedy. Acts upon the coats of the veins causing relaxation with consequent engorgement. Passive venous hemorrhages from any part. Great value in open, painful wounds, with weakness from loss of blood. After operations, super cedes the use of Morphia

5 comments:

  1. bagaimana saya boleh mendapatkan Hamamelis Virginica?

    ReplyDelete
  2. Tuan boleh mendapatkan di klinik2 homeopathy , akan tetapi biasanya klinik2 homeopathy akan memberi remedi jenis tablet sahaja. Remedi berbentuk tablet juga bagus cuma ia agak lambat berbanding remedi cecair. Untuk mendapatkan remedi cecair hamamelis tuan boleh order dengan saya dan akan dikurier ke alamat tuan

    ReplyDelete
  3. saya mengalami masalah hampir sama dengan en A. apabila buang air besar berdarah. tapi saya langsung tak merasa sakit. Malah saya tak mengalami masalah najis keras atau sembelit. Adakah ini juga masalah buasir Dr? jika Dr boleh bagi pendapat emailkan kepada saya di amer_mix80@yahoo.com. penerangan daripada dr amat-amat saya hargai dalam mengurangkan kerisauan. terima kasih ya...

    ReplyDelete
  4. Selain hamamelis , boleh diambil ficus.r dan BC14

    ReplyDelete
  5. En Anwar, pada saya pula, melalui pembacaan saya, cili padi adalah ubat kepada pelbagai masalah. Saya amalkan cili padi pada setiap pengambilan makanan yg mempunyai lebihan kolesterol, purine atau difikir merbahaya pada kesihatan terutama seafood dan allergic.

    Contoh, bila makan mee goreng dan saya teringin menambah kuantiti, ini perlukan bantuan cili padi untuk bantuan pembakaran dalaman. Ia memudahkan dan melancarkan pembuangan air besar disebabkan sifatnya yg panas dan membantu menghadamkan makanan. Begitu juga jika saya khuatir memakan makanan laut akan memudharatkan kesihatan saya, mungkin allergic walaupun saya dalam keadaan sihat, ia membantu pembakaran dalaman, melancarkan darah dsbg.

    Bagi masalah buasir, rawatan menggunakan cili padi cukup sesuai menghentikan pendarahan dalaman. Cuma dos cili padi tu, pesakit perlu tahu ukur atau pelajari sendiri perubatan murah menggunakan cili padi @ cabai melaka atau cabai burung.

    Dengan sediakan cili ini sebanyak kurang 20 sen setiap kali memakan makanan berat, pada saya produk2 kesihatan dan segala ubat hospital boleh dielakkan dan dikurangkan. Jadikan cili melaka makanan harian, dibuat ulam, saya percaya hampir segala penyakit dapat diatasi.

    Bagi yg berminat, bolehlah baca sendiri keberkesanan cili dan dos2nya dari google. Bukan saja menjimatkan, malah dpt elakkan dan atasi penyakit2 pelik2 dan kronik dgn amalan memakan ulam cili padi dgn betul, dos yg sesuai dan tidak berlebihan. Saya tak pasti yg cili padi boleh merawat sehingga ke penyakit gila babi/ sawan atau post demam panas sehingga menjadi terencat akal, namun mungkin cili padi berupaya membantu.

    ReplyDelete

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com