Wednesday, April 21, 2010

Waktu period je jerawat makin teruk! Pulsatilla sebagai penyelamat


Pulsatilla didalam botol 40ml

"Doktor..jerawat saya dah mula kecut dan hilang, tapi bila time bulan mengambang aje (datang bulan) semacam diseru-seru aje datangnya (jerawat le apa lagi), macam mana ni doktor?"
Saya mula "interview" simptom-simptom gadis tersebut, yang amat berharap untuk mendapat muka yang licin bak bulan mengambang bila bersanding pada hujung tahun ini.


Bunga Wind flower atau Pulsatilla


Simptom yang ketara ialah bila kitaran haid terjadi, jerawat akan naik dengan banyak, besar, sakit dan gatal.Kadang-kadang mengalami masalah penghadaman. Gadis itu juga mudah mengalirkan air mata walaupun kerana hal-hal yang dianggap remeh, tidak suka pada cuaca sejuk, lebih gemar berada di luar dari berada didalam bilik tertutup. Haidnya biasanya lewat dan agak pekat. Ia juga sering keresahan tanpa sebab dan degupan jantung yang agak laju.

Simptom diatas menjurus kepada Pulsatilla. Pulsatilla atau dipanggil Wind flower dianggap sebagai remedi kaum wanita walaupun ia juga sesuai untuk lelaki seperti masalah resdung.
Tidak semestinya semua simptom seperti diatas adalah sama kepada semua wanita, tetapi memadai jika ia ada simptom seperti:

  • Waktu kitaran haid makin teruk jerawatnya dan ada masalah resdung juga
  • Mudah bersedih, risau tidak menentu
  • Tidak suka cuaca sejuk, dan berada didalam bilik dan lebih gemar berada diluar.
Saya lebih gemar menyediakan remedi dari asas biochemic atau garam tisu atau cell salt remedy (remedi yang dianggap sama dengan homeopati kerana konsep dan cara penyediaan remedi adalah sama) kerana biochemic ternyata lebih lembut ia seolah-olah sudah berada didalam tubuh kita berbanding remedi homeopati yang berjumlah lebih 8,000 jenis. Namun bila perlu saya akan "menjodohkan" remedi yang dipanggil "polycrest" atau remedy serbaguna dan paling utama didalam perubatan homeopati seperti Pulsatilla.

Terutama bila menangani masalah jerawat dan parut. BC01 , BC04 dan terbaru BC16 telah berjaya menyembuhkan hampir 90% masalah jerawat samada kronik ataupun sekadar biasa-biasa, dengan menambah Pulsatilla sebagai remedi penyelamat peratusan kes-kes yang sembuh telah meningkat dengan bantuan pilihan terbaru Carmino complexion cream (CCC) dan sabun complexion soap (CCS).

Akhirnya saya mendapat mesej gembira ini .

Salam.. doc.. pe khabar? heheh...sorry lama xbertnya kabbar..bz ckit.. huhuhu..saje nk update.. hampir 2 minggu sy try remedy terbaru doc... mmg EXCELLENT la...... jrwt besar2 merah2 da xde... hanya ada jrwt kecik2 tu pn 2 3 ketul jek dan tinggal parut lama... hari ni baru bulan mengambang.. timing cpt sikit. so keadaan muke sy xde tewok sgt. Saya sgt HAPPY... My TARGET nk licin kan seluruh muke....Thanks DOC. :)



Harga RM 80 penghantaran percuma

Wednesday, April 14, 2010

Ketiak yang hitam boleh dicerahkan semula?

Pengumuman : Sabun CCS stok masih belum tiba... saya memohon maaf di atas kelewatan ini, tetapi sabun Merrygold juga mempunyai kesan yang hampir sama dengan CCS. Oleh jangan risau yer


Perghh!! bak kata kawan saya orang Muo (Muar), "power tu, ketiak yang hitam boleh dicerahkan semula?" (bahagian lain juga dapat dicerahkan seperti celah kangkang, minta maaf beribu maaf yer saya hanya ingin menyampaikan info kebetulan Cik Muo mencuba semua area yang didapati tidak menarik untuk dicerahkan). Dia menyapa saya di YM dikala anjing menyalak sayu-sayu, seram juga tapi biasalah anjingkan, dia tengah test vokal dia tu ... biarkan anjing dan salakkannya, berbalik kepada kawan a.k.a pengguna setia produk-produk homeopati yang saya pasarkan ini, ialah salah seorang sukarelawan untuk mencuba produk terbaru Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) untuk mencuba keberkesanannya sebelum saya membuat penampilan sulung untuk kedua-kedua produk tersebut di blog ini. Terdapat tiga orang yang menjadi sukarelawan untuk mencuba produk kecantikkan berasaskan herba homeopati ini, namun Cik Muo (saya namakan dia Cik Muo), memberi respon yang terpantas didalam masa 3 minggu.


Apakah rahsia Cik Muo?

Cik Muo telah menggunakan Carmino Complexion Soap (CCS) bukan hanya di muka tetapi diseluruh kawasan yang difikirkan untuk mencuba dicerahkan terutama di ketiak, celah kangkang dan kesan hitam akibat pemakaian kasut dan seluruh tubuhnya. Carmino Complexion Cream (CCC) hanya sesekali disapu pada kawasan-kawasan tersebut kerana Cik Muo khuatir cepat pula habis krim tersebut. Dalam masa 3 minggu gabungan Carmino Complexion Soap (CCS) dan Carmino Complexion Cream (CCC) sudah berupaya mencerahkan kulit muka, ketiak dan kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi, menghapus jerawat, menghapus jeragat, menghapus blackhead dan whitehead dan memudarkan parut-parut lama. Senyum lebar Cik Muo kerana tidaklah semahal mana pun produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti Carmino Complexion Cream (CCC) dan Complexion Soap (CCS) ini, tetapi boleh memberi kesan yang "impak maksima"

Bahan-bahan yang digunakan didalam Carmino Complexion Soap (CCS) adalah sama dengan Carmino Complexion Cream (CCC) tetapi Carmino Complexion Soap (CCS) ditambah Echinacea iaitu bunga yang mendapat nama besar sebagai "pencuci darah" atau "detox" bagi merawat pesakit-pesakit kulit.

100% bahan-bahan yang dirumuskan untuk kedua-dua produk ini ialah bebas dari bahan yang berasaskan haiwan tetapi menggunakan bahan-bahan berasas tumbuhan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran untuk asas krimnya, bahan-bahan utama ialah Aloe vera, Calendula (Bunga Marigold), Mahonia aqui (tumbuhan yang berbuah beri), Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ, Sandalwood oil (minyak beraroma) dan krim yang telus air (berasaskan dari sayur-sayuran).



Dua orang sukarelawan lagi saya namakan mereka Cik Kedah dan Cik Ganu juga memberi respon yang memberangsangkan. Mereka juga amat berpuashati kerana muka mereka yang kusam, nampak berminyak, berjeragat, berparut dan berjerawat semakin menunjukkan perubahan yang ketara baiknya, makin cerah makin berseri-seri ujar mereka. Cik Kedah dan Cik Ganu menggunakan Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) setiap hari selama 3 minggu dan CCC digunakan setiap malam dengan membiarkan semalaman.

Nota : Cara penggunaan Carmino Complexion Cream (CCC) ialah dengan mencuci muka dengan air suam mengguna Carmino Complexion Soap (CCS). Selepas dikeringkan muka dengan tuala bersih mereka akan menyapu keseluruhan muka dengan Carmino Complexion Cream (CCC) secara kaedah putaran jam dan biarkan semalaman.

Tanpa berlengah-lengah lagi saya pun terus mencuba kedua-dua produk ini, saya pun ingin kelihatan berseri-seri dan gebukan.....

Untuk pesanan sila SMS ke 019-309 89 60 atau email ke sales@solaris-marketing.com, untuk info cara pembayaran sila ke sini

Harga :

  • Carmino Complexion Cream (CCC) harga promosi RM70
  • Carmino Complexion Soap (CCS) harga promosi RM40
  • Pakej untuk kedua-dua produk RM100.
Penghantaran adalah percuma keseluruh Malaysia.

Tuesday, April 13, 2010

Carmino Complexion Cream



Satu lagi produk bermutu yang telah diimpot dari India untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna iaitu Carmino Complexion Cream (CCC). Jika sebelum ini Carmino Calendula Healing Cream (CCHC) mengguna ekstrak Calendula (marigold), CCC juga menggunakan bahan yang hampir sama iaitu Calendula (marigold) tetapi diperkayakan dengan Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air.

CCC bukanlah krim berstatus kosmetik tetapi dengan bahan-bahan dari alam semulajadi ini mampu memberi kesan yang menakjubkan. Pasti anda akan berpuashati dengan muka yang bercahaya , bersih dan lebih cerah dari sebelumnya.

Mengapa Jerawat Terjadi

Kehidupan masa kini yang sering terdedah kepada polusi menyebabkan kerosakan kepada kulit muka. Anda mesti menyangka jerawat terjadi pada waktu yang singkat mungkin 1-2 hari , ia tidak benar kerana jerawat mengambil masa selama 2-3 minggu sebelum jerawat akan timbul dikulit muka anda.

Jerawat yang timbul di muka anda adalah disebabkan oleh pori-pori dan folikel rambut telah tersumbat dengan sel-sel kulit yang mati dan juga akibat sebum terjadi dengan melebihi kuantitinya. Pori adalah lubang yang amat kecil dikulit anda dan sebenarnya folikel rambut yang mengandungi rerambut yang sangat halus. Setiap rerambut akan berkait dengan kelenjar sebaceous. Kelenjar sebaceous menghasilkan substan berminyak yang dipanggil sebum. Sebum tugasnya memastikan kulit menjadi lembut

Jerawat terjadi bila lubang halus ini tersumbat dan sebum gagal untuk naik ke permukaan kulit, proses folikel tersumbat adalah gabungan sebum dan sel-sel kulit yang sudah mati dan mengakibatkan bacteria bertindak untuk menggalakkan sel darah putih menyerang , bila proses ini terjadi akan mengakibatkan inflamasi dikulit. Jerawat akan timbul bila dinding folikel terhakis dan akan menjadikan serangan jerawat samada ringin , sederhana atau teruk.

Mengapa perlu Carmino Complexion Cream

Bahan CCC yang 100% dari alam semulajadi bukan sahaja mampu mencerahkan kulit malah mampu membuka pori-pori yang tersumbat dengan khasiat-khasiat semulajadi seperti Vitamin E atau anti-oxidant dari susu kacang almond. Hasil dari kajian almond amat kaya dengan pelbagai mineral seperti potassium, copper and magnesium dan boleh bertindak sebagai “detox”.

Formula CCC adalah gabungan herba dan bunga-bungaan yang tidak dapt disangkal lagi amat berkesan pada kulit sepert i Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air .

Aloe vera atau sering di gelar “medicinal aloe” merupakan tumbuhan yang cukup popular dan telah diproses untuk kegunaan perubatan dan kosmetik. Aloe vera mempunyai nilai perubatan yang tinggi,telah dikaji dan disahkan boleh menjadi agen untuk mempercepatkan proses penyembuhan , anti-kulat dan anti-bakteria.

Mahonia aqui atau Beberis aqui adalah tumbuhan yang amat terkenal bagi pengamal homeopati , dan terdapat produk yang mengambil nama tumbuham ini iaitu Aquifolium drops dan krim. Kegunaan produk ini ialah untuk jerawat dan juga parut-parut.

Cane flower adalah bunga yang seakan-akan Marigold juga , nilai therapuetiknya juga menyamai Marigold (calendula) iaitu mempunyai nilai anti-oxidant, antiseptic dan lain-lain.

Minyak wheat germ mempunyai nilai Vitamin E yang paling tinggi bagi semua kategori minyak, ia berfungsi menghapus dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Vitamin E adalah vitamin yang amat diperlukan oleh kulit.


Sandalwood ialah tumbuhan yang mengeluarkan aroma wangi dan sering dijadikan bahan untuk fragrant . Sandawood oil ialah minyak yang mempunyai kualiti tinggi untuk mengharumkan pelbagai produk termasuk krim Carmino complexion, selain mendapat manfaat kesihatan aroma yang wangi akan memberi kelegaan kepada mental anda. Sandalwood oil.

Cara mengguna

Cuci muka dengan air suam bersama-sama sabun Merrygold atau sabun Carmino Complexion. Sapu krim ke muka dengan cara putaran dan biarkan semalaman untuk kesan yang lebih baik.

Harga RM80 promosi hanya RM70