Saturday, March 24, 2012

Ubat Homeopathy Untuk Ibu Mengandung

Pulsatilla

Homeopathy Selamat Untuk Ibu Mengandung Dan Bayi


Secara berseloroh saya akan menjawab, “amat selamat dan puan sangat beruntung kerana puan hanya membayar harga remedy untuk seorang tetapi boleh dimakan untuk dua orang”. Walaupun berseloroh, saya tidak menipu kerana pada hakikatnya adalah benar.  Setiap ibu yang sedang mengandung akan menyalurkan khasiat-khasiat remedy terus kepada fetus (bayi ) yang dikandunginya. Begitu juga kesan-kesan negative dari ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan ubat seperti yang dipreskripsi di klinik ataupun hospital.

Ubat VS Remedi Homeopathy

Saya tidak bermaksud setiap ubat konvensional perlu dilupakan dan hanya homeopathy yang terbaik. Konvensional dan alternative bersifat lengkap melengkapi. Hasil dari pengalaman yang lepas termasuklah isteri dan anak saya sendiri yang mendapat manfaat dari remedy sejak awal kehamilan sehinggalah kelahiran anak saya. Walaupun usia isteri saya pada ketika itu telah menjangkau 35 tahun tetapi beliau mampu melahirkan bayi secara normal dan sihat.


Remedy homeopathy amat membantu ibu-ibu yang sedang mengandung dari seawal 2 bulan sehinggalah saat-saat akhir  ibu tersebut melahirkan anak. Homeopathy juga mempunyai remedy sewaktu berpantang yang lengkap untuk merawat luka incision (torehan surgeri) sehinggalah untuk merawat saraf dan rahim.

Setiap ibu dan bapa pasti akan mengharapkan bayi yang bakal lahir akan sihat dan cerdik, cita-cita ini boleh direalisasikan kerana hampir 70 peratus remedy untuk ibu mengandung ialah dari remedy biochemic atau garam tisu (mineral) yang lengkap untuk kesihatan ibu dan bayi dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.


Mengapa Homeopathy Selamat ?


Jawapan mudah ialah homeopathy bukanlah ubat dan tidak mempunyai kesan ubat didalam remedy homeopathy. Mengapa tidak mempunyai kesan ubat? Pelik juga kan jika tidak mempunyai kesan ubat bagaimana remedy homeopathy boleh merawat dan memberi manfaat kepada yang memerlukan seperti ibu dan bayi? Ini ialah kerana setiap remedy homeopathy “dilute” dengan nisbah yang sangat tinggi.


Contohnya;

Pulsatilla nigrican, sumber dari bunga yang sangat cantik tetapi mempunyai kesan toksik yang sangat merbahaya. Walaubagaimana pun dengan kaedah “highly diluted” (campuran yang tinggi) homeopathy, contohnya 1 titis ekstrak (1 bahagian)  Pulsatilla Q akan dicampur dengan 1 trillion air suling -  1/1,000,000,000,000. Lagi tinggi campurannya lagi tinggi potensi (kekuatan remedy) tersebut. Campuran ini jika diuji dengan kaedah saintifik di makmal ujian toksik, ia akan menandakan “ND” iaitu Not Detected sebarang toksik atau logam berat (heavy metal). Ajaibnya Pulsatilla mampu merawat pelbagai masalah wanita bermula dari masalah haid hinggalah kepada masalah kulit. Begitu juga kaedah penyediaan remedy biochemic atau garam tisu yang biasanya di sebut juga dengan panggilan cell salts.

Pulsatilla menjadi salah satu remedy utama kepada setiap masalah wanita. Pulsatilla mampu membetulkan posisi fetus yang sonsang ke posisi yang sepatutnya. Proven (buktinya) isteri saya sendiri mengalami posisi fetus yang songsang pada trimester yang terakhir (bulan 7,8 & 9), dengan bantuan (dengan Izin-Nya) Pulsatilla, posisi bayi telah berada di posisi yang sepatutnya setelah discan pada 2 minggu terakhir sebelum “due date”.

Oleh itu kepada yang menghantar email atau sms, saya pasti anda telah mendapat jawapannya. Bertemu lagi dengan update terbaru mengenai produk Homeopathy & Biochemic Remedy - Pregnancy and Childbirth Supplement

7 comments:

  1. salam...
    saya sekarang pregnant 37 minggu. tapi kedudukan bayi masih songsang. saya ada mengambil pulsatilla 200 tapi saya minum sekali sahaja. adakah saya perlu minum pulsatilla setiap hari sehingga kedudukan bayi normal?

    ReplyDelete
  2. Wasalam nampaknya dah hampir sangat utk bersalin, puan perlu ambil Pulsatila 30 3x sehari. Tapi mungkin agak sukar utk baby berubah arah. Biasanya 3 bulan sebelum due date puan perlu ambil Pulsatila dan Cauloppylum.

    ReplyDelete
  3. Slm..sy mengandung 32 mggu..kepala bayi sy disahkan mengandungi lebihan cecair atau hydrocephalus..adakah ubat homeopathy yg mmpu membantu?

    ReplyDelete
  4. Wasalam Puan,

    Disebabkan bayi puan belum dilahirkan, ubat homeopathy yang boleh membantu ialah biochemic gabungan 5 phos, sebotol untuk sebulan RM80. Untuk memesan sila email ke 2uhomeopathy@gmail.com

    ReplyDelete
  5. SALAM..APE YG SY PERLU AMBIK UTK DPTKN KULIT ANAK YG SIHAT DAN OTAK YG CERGAS?SKRG SY MENGANDUNG 5 BLN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply .. saya cadangkan puan ambil Iq & EQ Booster atau BIOFIVE PHOS ... boleh lihat di biohomeopati.com/shop

      Delete
  6. Assalam,
    Isteri saya pregnant 7 bulan dan di sahkan oleh doktor baby mengungi hydocephalus.Boleh kah hemopathy membantu

    ReplyDelete

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com