Sunday, April 8, 2012

ABPBH, Baju Sendat Dan Ubat Kurus



Tengok ABPBH seumpama tengok pertunjukan fesyen. Rata-rata artis wanita yang hadir mengenakan pakaian yang sendat-sendat, sampai nak bernafas pun susah rasanya. Shila Hamzah pun tak terkecuali "dressing sendat" sampai nak langkah untuk naik tangga pun terkedek-kedek..opss terngumpat lak hehe.. 


Artis pakai sendat itu hak mereka la kan.. so biarlah mereka dan gaya mereka.. tetapi yang menyampah dan sakit telinga mendengar.. suara-suara (penonton)  yang menjerit-menjerit bila ada pengumuman atau selepas persembahan dibuat.. adoii please lah kita orang Malaysia dan rasanya mereka tu Melayu kan..(atau mereka tu dipaksa suruh jerit-jerit gitu kot?)

Saya sebenarnya nak komen mengenai ubat kurus, nampaknya Dato' Siti Nurhaliza semakin anggun, agak lansing  dan agak sendat juga hehe tapi masih sopan disamping Dato' K. Ubat kurus apa la agaknya Dato' Siti ambil ek ?. Pasti ada rahsianya ...

Mengikut kajian, setiap individu boleh mendapat berat badan yang ideal di dalam masa 90 hari dengan bantuan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 sekiranya mampu mengamalkan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 secara berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang rendah lemak serta mengamalkan senaman yang bersistematik sekurangnya 15-30 setiap sesi senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Untuk kurus seperti Aizat yang dulunya obes memerlukan kesabaran, tak percaya tanyalah Aizat sendiri, bagaimana beliau berjaya menjadi kurus seperti yang anda lihat dia dipentas bersama Dato' M.Nasir malam ni. 


Phytolacca Americana 3 in 1 sudah sinonim dengan program untuk kurus semenjak 2-3 tahun lepas.  Phytolacca Americana 3 in 1 semenjak itu menjadi pilihan ramai kerana bersifat "natural" tanpa bahan merbahaya seperti Duramin. feedback dan testimonial cukup banyak cuma saya aje yang tak sempat nak nak upload ke blog. Paling sukses yang pernah dilaporkan kepada saya (cuma dia tak sudi menjadi glamour untuk disiarkan gambarnya aje hehe) ialah En.Shahril yang pada awalnya mempunyai berat badan 90 kg dan selepas 3 bulan beliau sudah "handsome" dengan berat badan 60 kg dan tubuh yang berotot-otot macho gitu.. bagaimana beliau berjaya? Beliau mengamalkan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 selama 3 bulan secara berdisiplin. Beliau juga bersenaman secara sistematik walaupun sibuk dengan tugas sebagai pegawai kerajaan yang perlu berulang alik dari Bangi ke KL setiap hari.

Moral of the story, nothing comes easy.. betul tak?
















Thursday, April 5, 2012

Kaki Dah Tak "Cun" Akibat Varicose Veins

Varicose Veins ? Mudahkan cerita ia adalah seperti di gambar di atas, dulu kaki "cun" tapi sekarang nak pakai skirt minta maaflah "kaki I dah tak cun macam dulu". Wanita muslimin tak jadi masalah sangat,  kerana wanita muslimah tak perlu tayang kaki kerana ia adalah aurat, tetapi si suami pula yang pandang "semacam" je. "Apa dah jadi kaki isteri aku ni?", begitulah kot si suami merungut sorang-sorang. Oleh itu mari kita cuba fahami secara ringkas dengan mengguna ayat-ayat yang mudah tanpa perlu mengguna terma-terma perubatan.

Sebagai permulaan, jangan salah anggap "statement" di atas yer. Varicose Veins bukan hanya terjadi kepada wanita sahaja, ia tidak memilih jantina kerana ia juga terjadi kepada lelaki!. Saya refer kepada wanita kerana kaki yang cantik sememangnya idaman setiap wanita, bagi lelaki ia tak lah penting sangat kan ... walaubagaimana pun Varicose Veins adalah masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian dan rawatan.

Varicose Veins, veins jika di terjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud urat, saraf  atau saluran yang mengandungi darah yang mengalir masuk dan keluar dan mempunyai injab. Varicose Veins terjadi apabila injab lemah atau langsung tidak berfungsi atau aliran darah yang sepatutnya mengalir keluar dan masuk tidak mencukupi maka urat itu akan mengembang dan membengkak. Seseorang itu akan merasa tidak selesa, sakit, gatal dan kekejangan akan terjadi. (jika anda mempunyai terjemahan yang lebih padu dan jelas sila kongsi bersama ye)

Ia juga merupakan "harta" warisan yang diperturunkan kepada waris-warisnya, jika ibu atau ayah anda telah terjadi Varicose Veins maka besar kemungkinan anda juga akan mengalami Varicose Veins. Urat-urat akan timbul di permukaan kulit dengan jelas apabila seseorang itu semakin meningkat umur seperti gambar di atas.

Beberapa faktor yang akan memungkinkan terjadinya Varicose Veins.

  • Varicose Veins terjadi sewaktu mengandung.kerana sewaktu mengandung kuantiti darah akan bertambah. Tekanan yang bertambah ke kaki akibat kandungan semakin membesar merupakan salah satu faktor terjadinya Varicose Veins.
  • Pekerjaan atau aktiviti yang memerlukan seseoarang itu untuk berdiri di dalam jangkamasa yang lama
  • Obesiti
  • Trauma dari surgeri yang menyekat aliran darah dari melalui saluran darah
Varicose Veins boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh tetapi spot popularnya ialah kaki dan peha.

Sebagai perubatan alternatif  ubat Homeopathy untuk Varicose Veins amat popular kerana ubat atau remedi homeopathy berupaya untuk mencegah dan menyembuhkan Varicose Veins tanpa meninggalkan kesan sampingan. Remedi utama untuk mencegah Varicose Veins ialah CAL FLOUR. CAL FLOUR merupakan remedi yang perlu di ambil oleh ibu-ibu mengandung dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan anak (program supplemen biochemic untuk ibu mengandung). Bukan setakat menghalang dari terjadinya Varicose Veins, CAL FLOUR juga mampu menghalang dari terjadinya stretch mark di perut selepas bersalin. Selain dari itu terdapat lebih kurang lima remedi yang boleh membantu seperti ARNICA, CAL CARB, CARBO VEG, HAMAMELIS dan LYCOPODIUM


Tidak rugi untuk mencuba tetapi anda akan rugi jika di biarkan saja kaki yang membengkak itu tanpa sebarang usaha... semoga kaki anda akan "cun" semula selepas ini... aminnn. selain dari itu remedi homeopathy juga boleh awet muda tau, rahsianya syy.... jangan heboh-heboh tau, amalkan CAL FLOUR sebagai supplemen. Sebab tu lah ramai yang komen, Drcool ni awet muda je .... jangan marah ek gurau-gurau jer hehehe.... kalau nak pesan

Nota :  Cal flour 6x sangat bagus jika diambil bersama-sama Silica 6x. Silica adalah remedy untuk kulit, kuku dan rambut. Gandingan kedua-dua Biochemic ini akan mempercepatkan proses menghalang atau merawat Varicose vein, selulit, mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan tubuh, menghalang uban terjadi sebelum waktunya dan merawat salur salur darah yang bermasalah.