Monday, November 19, 2012

R30 Universal Ointment



"Krim ini untuk apa sebenarnya doc?". Confuse pesakit saya tu... R30 Universal Ointment setahu dialah hanya untuk urat (saraf) kata pesakit tu lagi. Sebelum ini dia hanya "sapu" R30 untuk merawat ketegangan atau untuk merawat kaki yang terseliuh atau bengkak akibat bermain futsal. Mestilah  dia  confuse kan , bila saya suruh dia sapu R30 Universal Ointment di duburnya untuk mengecutkan dan menghentikan pendarahan buasirnya, selain minum R13.

Secara tradisinya jika di sebut ointment ianya semata-mata untuk "sakit urat", apa lagi yang boleh kan?

Bukan itu sahaja masalah kaki makan air atau Athletes Foot yang tak pernah "settle" yang dialami oleh kawan saya seorang askar yang kerap mengguna boot sudah "settel" bila sapu R30 Universal Ointment selama 1 minggu , eczema, kulit gatal akibat gigitan serangga, ruam-ruam orang dewasa dan bayi, dan boleh di katakan semua masalah kulit, hebat "gila" ointment ni kan .... "you name it"  dan  R30 Universal Ointment boleh membantu. 



Sesuai dengan maksud "universal" yang bermaksud tidak terhad atau "unlimited". R30 Universal Ointment memang tidak terhad kepada satu kegunaan sahaja. R30 Universal Ointment agak berminyak dan sesuailah dengan nama "ointment" yang bahan asasnya ialah minyak Petrolatum, Zaitun dan Lavender.



R30 Universal Ointment keluaran Dr.Reckeweg adalah pengilang produk homeopathy yang terkenal di seluruh dunia. Kajiannya pula telah dijalankan se awal tahun 1947 lagi.Berikut ialah indikasi R30 Universal Ointment secara detail;



R30 Dr.Reckeweg Sehebat Namanya

R30 Universal Ointment 

Membantu melegakan kesakitan saraf otot dan sendi, kesakitan neuralgia iaitu kesakitan yang amat sakit serta menyucuk-yucuk dan sciatica (siatika ialah kesakitan yang dirasai dibelakang dan sisi luar peha, betis dan kaki, keadaan ini disebabkan oleh degenerasi pada diska antara vertebra yang tersembul secara lateral dan menekan akar saraf spina), kesakitan neuralgia akibat pembuangan satu anggota atau sebahagian anggota (amputation neuralgia), osteoarthritis (rawan sendi), osteochondritis (inflamasi tulang) , kelumpuhan akibat strok, kelumpuhan facial (bahagian muka), akibat hentakan benda tumpul, sakit otot, terseliuh, ruam, bisul dan pekung.



Nota : 

R30 adalah untuk kegunaan luaran sahaja, adalah disarankan untuk mengambil;

-          R11 untuk masalah kesakitan sendi dan otot, osteoarthritis dan osteochondritis
-          Untuk siatika (sciatica) – R71
-          Sakit saraf yang melibatkan di kepala – R16
-          Masalah saraf di bahu dan bahagian atas tubuh – R46
-          Masalah sakit belakang terutama wanita – R50
-          Osteoarthritis R73 (atau diambil bersama-sama R11).
-          Buasir – R13

R30 Universal ointment bagi saya adalah "item wajib" di dalam FIRST AID KIT, sewaktu berkelah, sewaktu berkhemah kerana amat membantu jika terjadi kemalangan selain R55 remedi minum untuk merawat pesakit sewaktu kecemasan sebelum bantuan tiba. 

Jika berminat untuk membuat pesanan, harga promosi sehingga 31 Disember 2012 sila klik SINI 
 





No comments:

Post a Comment

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com