Friday, February 22, 2008

Menjana “Booster” IQ & EQ, Kisah Benar atau Gimik?


Menjana “Booster” IQ & EQ, Kisah Benar atau Gimik?

Mengimbau kembali kisah silam saya sendiri di sekitar tahun 1974 sewaktu itu saya berumur lima tahun, sudah boleh membaca Majalah Dewan Pelajar, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Paling saya minati ialah komik yang berkonsepkan pengajaran yang didukung oleh watak BUJAL.

Sewaktu di darjah satu pada waktu itu kanak-kanak yang celik huruf amatlah sedikit, oleh itu guru kelas saya sewaktu ketiadaannya didalam kelas , akan meamanahkan saya menjadi “guru” kerdil pada kawan-kawan saya didalam kelas.

Saya tidak dilahirkan sebagai genius, malah ibu saya yang mengajar saya membaca itu pun hanya bersekolah sekadar darjah enam pada penghujung 40an. Tetapi ibu saya mempunyai perwatakan yang garang dan serius, mungkin kerana itulah yang membolehkan saya membaca pada usia semuda itu. Pada waktu itu juga pemakanan seharian lebih kepada makanan tradisi yang menyihatkan, tidak bercampur bahan pengawet dan perasa yang berlebihan seperti sekarang.

Boleh di katakan anak-anak zaman millennium, amat bertuah kerana terdapat “bantuan” untuk merangsang minda. Pil minda Homeopathy memang terbukti berkeupayaan membantu sebagai “booster” pada minda anak-anak kerana penawar atau pil minda Homeopathy mempunyai Biochemic Cell Salts (Garam tisu) yang terdiri daripada Potassium Phosphate atau dalam Homeopathy dipanggil Kalium Phosporicum. Ia Menjadi pemangkin pada otak dengan kaedah yang selamat, tanpa bahan kimia terlarang dan tidak ada kesan sampingan.

Saya telah menjalankan ujian dan pemerhatian pada kes-kes yang saya telah rawati, saya sendiri merasa takjub dengan izin Allah penawar homeopathy yang saya preskripsikan dapat membantu ramai penuntut-penuntut memperolehi keputusan cemerlang seperti UPSR, PMR, SPM malah diperingkat universiti juga.

Sepanjang tahun 2000 – 2005 , saya telah mempreskripsikan beberapa ibu mengandung termasuk isteri saya sendiri dari awal trimester sehinggalah ke akhir trimester.Hasilnya amat memberangsangkan, seperti bayi saya sendiri pada umur 30 hari , pergerakkan tubuhnya menampakkan kekuatan tulangnya, pandangannya memfokus pada sesuatu dengan baik dan tidak selalu kembung perut (colic).

Ibu-ibu lain juga memberi maklum balas yang hampir sama mengenai bayi-bayi mereka. Bayi-bayi tersebut termasuk bayi saya sudah menjangkau umur 3 tahun. Saya memberi contoh bayi saya sendiri kerana saya memantau dan memberi tugasan seperti menghafal, mengira menggunakan jari, membuat tugasan mudah seperti memberitahu jika dia ingin membuang air besar dan kecil.

Saya amat bersyukur pada Allah kerana, anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan tersebut mampu mengingati tugasan, hafalan, mengira menggunakan jari dan memberitahu bila ingin membuang air besar dan kecil, pertuturannya juga begitu jelas dan sudah tentulah begitu aktif bermain, anak-anak yang bijak sememangnya aktif dan memenatkan ibu bapa.

Saya menggelar anak saya ini Baby IQ , ketika berumur 2 bulan

Itulah hasil percubaan yang amat menggalakkan, pada asalnya saya hanya memberi Kalium Phos semenjak awal pembabitan saya didalam Homeopathy, oleh kerana saya amat berminat mengkaji hasil penawar-penawar Homeopathy ini pada kanak-kanak berkaitan minda, maka saya terus mengkaji dan terhasilah IQ & EQ Booster yang mampu menangani IQ dan juga EQ sekaligus.

Saya menggabungkan garam tisu dan beberapa penawar homeopathy yang lazimnya digunakan untuk merawat kekurangan didalam otak, terutama kepenatan minda, kelesuan tubuh, lemah daya hafalan walaupun kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji, tumbesaran yang tidak sekata, kerap diserang selsema, kes-kes sawan (epilepsy), kahak-kahak, tingkah laku yang liar dan pelbagai masalah kanak-kanak dan remaja.

Preskripsi tersebut ialah:

  1. Kali Phosporicum
  2. Bryta Carbonicum
  3. Gelsemium Semperivenis
  4. Anarcadium Orientalis
  5. Argentum Nitricum

  • Setelah keberkesanan penawar-penawar tersebut telah didokumentasikan, maka saya menyediakan IQ & EQ Booster iaitu 5 penawar didalam 1 botol, memudahkan pengambilan dan menjimatkan kos. Ia dihasilkan berasingan, iaitu sewaktu penyediaan setiap penawar disediakan berasingan bukan dicampur sekaligus, tapi dicampurkan mengikut sama rata kuantitinya (tablet manis) didalam 1 botol IQ & EQ Booster. Maklumat lanjut di www.solaris-marketing.com

Hasil dari maklum balas pelanggan yang telah memberi anak-anak mereka IQ & EQ Booster, 95% dari mereka merakam tanda kesyukuran pada perubahan positif pada anak-anak mereka. 5% lagi tidak membuat maklum balas atau berhenti mengambil penawar ini.

Dari pemerhatian dari maklum balas tersebut, amat bertetapan dengan nama penawar ini, IQ & EQ Booster kerana selain dari “booster” IQ ia juga “booster” pada EQ anak-anak tersebut.

Anak-anak tersebut mampu memperolehi keputusan yang 1-2 kali ganda baik dari sebelumnya dan mereka boleh berkomunikasi, menerima arahan dengan baik, bergaul bersama rakan sebaya dengan yakin dan mampu beriteraksi dengan guru-guru dengan lebih baik.

Perilaku seolah-olah suka berkhayal, menyendiri dan susah untuk mengikut arahan dengan betul atau terlalu aktif, degil dan tidak menurut arahan pada kanak-kanak juga dapat diatasi selepas itu, ini menunjukkan gabungan garam tisu dan penawar-penawar seperti dibawah juga dapat merawat kes-kes ADD & ADHD yang ringan (mild).

Sekiranya ibu bapa memberi secara berterusan ADD & ADHD juga mampu ditangani.

Terdapat 1-2 kes epilepsy (sawan), dilaporkan semasa kanak-kanak tersebut mengambil IQ & EQ Booster , kanak-kanak tersebut tidak mengalami serangan sawan seperti kebiasaannya, epilepsy adalah kes yang tidak diketahui puncanya tetapi ada berkaitan dengan aliran lebihan caj-caj elektirk yang terjadi di otak. Kesan-kesan luar biasa yang terjadi di dalam otak akan mengakibatkan epilepsy.

Sekiranya anda mengatakan hanya gimik perniagaan sahaja, cubalah dan lihat hasilnya, ia juga mampu melambatkan proses atau mengekalkan prestasi otak dari terjadinya lupa dan hilang ingatan akibat tua atau nyayuk. Ini terjadi kerana tidak ada atau kekurangan bekalan sel-sel saraf baru yang dihantar atau sampai di otak, ia digelar short term memory loss, untuk mempastikan bekalan sel-sel saraf baru sentiasa cukup di otak Potassium phosphate amat penting di ambil setiap hari, Potassium phosphate didalam IQ & EQ Booster ialah Kalium Phospricum (kali.phos) yang memang sebahagian dari keperluan sel-sel saraf otak kita. Oleh itu "otak adalah boss kita" hargailah otak kita kerana tanpa otak yang sihat, seluruh tubuh akan terlibat dan menjadi lemah, berbagai penyakit akan menyerang kita selepas itu kerana "boss" tidak mampu mengawalnya.

IQ & EQ Booster untuk kegunaan semua lapisan umur bagi menangani masalah yang melibatkan minda, hafalan, menguatkan memori, melambatkan proses lupa akibat tua, otot-otot, percakapan dan lain-lain

2 comments:

  1. Saya berminat untuk memesan sebanyak 12 botol IQ & EQ Booster , bagaimana caranya. Hamid , Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  2. Mudah saja caranya, tuan hanya perlu memaklumkan saya alamat lengkap dan membuat pembayaran di Maybank2u atau di kaunter. Penghantaran adalah percuma disebabkan tuan memesan 12 botol sila email alamat dan no.rujukan bayaran ke sales@solaris-marketing.com

    ReplyDelete

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com