Friday, February 22, 2008

Adakah Otak Setanding Komputer Atau Sebaliknya?






Apa itu IQ ?

IQ adalah akronim bagi Intelligent Quotient, ia merujuk kepada markah yang diperolehi semasa mengadakan ujian standard bagi beberapa orang atau kanak-kanak, dan markah tersebut akan dikira mengikut pengiraan markah yang dijawab oleh seseorang atau kanak-kanak tersebut , contohnya, kanak-kanak berumur 10 tahun mendapat markah setaraf atau lebih tinggi dari kanak-kanak 13 tahun, maka kanak-kanak tersebut mempunyai IQ pada kadar mengikut kiraan seperti dibawah.*

*

Contoh mengira IQ* , sekiranya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun memperolehi markah setaraf dengan kanak-kanak berumur 13 tahun, maka pengiraannya 100 x 13 bahagi 10 = 130, maka IQ kanak-kanak yang berumur 10 tahun tersebut ialah 130.

Seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai EQ yang tinggi juga, kerana IQ hanyalah ukuran untuk menilai kepandaian seseorang didalam bidang ilmiah seperti bidang mathematik dan sains, ia bukanlah merujuk pada emosi dan lain-lain skil.



Ujian IQ ini dicipta oleh seorang Ahli psikologi Peranchis, Alfred Binet pada tahun 1905.

Apa itu EQ ?

EQ adalah akronim bagi Emotional Quotient atau juga di sebut emotional intelligent. EQ ialah mengenai kapasiti seseorang mengawal emosi diri sendiri dan juga berkebolehan mengawal emosi orang lain, seseorang yang mempunyai tahap yang tinggi EQnya selalunya akan menjadi pemimpin didalam satu kumpulan atau komuniti.

EQ memainkan peranan untuk menjadikan seseorang itu lebih berjaya didalam kehidupan, perhubungan dan juga karier. Sekiranya seorang pelajar itu mempunyai tahap EQ yang baik, ia mampu mengawal diri dari dari terjebak kearah aktiviti tidak sihat, berkebolehan dan mempunyai skil sebagai pemimpin.

Mengikut kajian juga tidak semestinya seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi , juga mempunyai EQ yang baik. Ini ialah kerana IQ ialah kebolehan mengira, menghafal dan lebih kepada kepandaian akademik semata-semata tapi EQ pula ia menjurus kearah kawalan emosi, skil, pergaulan, mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain dan kecenderungan untuk menjadi ketua didalam satu-satu kumpulan.

Bagaimana Penawar Homeopathy Membantu Otak?

Homeopathy Biochemic Cell Salt (garam tisu) mengimbangi dan memelihara hormon penting iaitu adrenalin (ephinepherine), norepinephrine, atau dopamine. Ini ialah kerana Biochemic Cell Salt (garam tisu) adalah Potassium Phosphate (kalium Phosporicum) adalah sebahagian dari sel-sel didalam otak. Apabila adrenalin pada tahap yang terbaik otak juga berfungsi dengan baik maka keseluruhan tubuh mendapat manfaatnya.

saraf elektrik (electrical nerve)

Otak mempunyai 100 billion sel yang kebanyakkannya terdiri dari saraf-saraf (nerve). Pada asasnya saraf-saraf in boleh dikawal bila anda ingin membuka / tutup, semacam suis lampu di rumah anda, saraf ini (tutup) bila anda berehat atau tidur dan akan (buka) bila saraf itu mengeluarkan atau mencetuskan impuls kearah badan sel yang terdiri dari satu saraf (atau wayar kecil) kecil yang panjang di panggil “axon” dan dihujungnya akan mengeluarkan kimia ke “synapse” di mana akan mencetuskan satu lagi neurons untuk menghantar mesej, sepanjang proses itu berbilion “axon” memproses kuantiti kecil caj elektrik yang dianggarkan kuasa elektriknya seakan mentol elektrik 60 watt!.

Sel saraf

Disinilah zat Potassium phosphate (kali.Phos) diperlukan untuk melancarkan aliran elektrik tersebut. Alat untuk mengukur aktiviti elektrik didalam otak dipanggil EEG (electroencephalograph).

Info:

· axon (akson) suatu serat saraf, satu unjuran yang memanjang dari badan ke sel neuron dan membawa impuls-impuls saraf jauh darinya

  • Synapse (sinaps), ialah celah yang amat kecil pada hujung suatu serat saraf dan melaluinya impuls-impuls saraf melintas dari suatu neuron ke neuron berikutnya. Apabila sampai ke sinaps, suatu impuls menyebabkan pembebasan satu neurotransmitter yang meresap seberang celah sinaps dan mencetuskan suatu impuls elektrik pada neuron berikutnya.
neuron

Setiap dari berbilion neuron itu akan “memuntahkan” kimia yang akan mencetuskan neuron-neuron baru. Setiap neuron menggunakan kimia yang berlainan, kimia in dipanggil "transmitters", dan diberi nama seperti epinephrine, norepinephrine, atau dopamine.

Memang terdapat segelintar insan yang dianugerah Allah dengan kadar IQ yang tinggi, tetapi golongan ini tidak ramai. Percayakah anda ? Anak-anak anda yang dilahirkan dengan kadar IQ yang biasa (average) boleh menjadi anak-anak yang genius?.



Saya sering berhadapan jawapan dari segelintir ibu bapa seperti ini,

“anak saya tidak makan apa-apa ubat pun, tapi score 5A”

Memang benar anak-anak itu mampu memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, tapi tahukah anda minda juga memerlukan nutrisi atau “baja” bagi mencetus impuls-impuls positif.

Kekurangan zat nutirisi menjadikan anak-anak itu seorang murid yang pasif dan hanya pintar sewaktu menjawab peperiksaan kerana, soalan peperiksaan adalah hasil dari latihan ulang kaji dan latih tubi. Anak-anak itu akan menjadi seperti robot yang mahir menjawab soalan sahaja, tetapi mereka tidak ada pencetus untuk berdikari di masa zaman pekerjaan mereka nanti.

Apa itu adrenalin?, adrenalin ialah hormon terpenting yang dirembeskan oleh bahagian medulla kelenjar adrenal. Ia mempunyai kesan-kesan yang meluas ke atas peredaran, otot-otot dan metabolisme gula. Tindakan jatung bertambah, kadar dan tingkat pernafasan bertambah, kadar metabolik meningkat: daya pengecutan otot bertambah baik manakala permulaan kelesuan otot diperlambatkan. Pada masa yang sama bekalan darah ke pundi kencing dan usus-usus dikurangkan.

Sementara norepinephrine (norepinefrin) atau noradrenaline (noradrenalin) ialah hormon yang berhubung rapat dengan adrenalin, dirembeskan oleh medulla kelenjar adrenal dan juga dikeluarkan sebagai satu neurotransmitter pada hujung saraf simpatetik. Di antara tindakan-tindakannya ialah penyempitan pembuluh darah kecil – pembuluh darah yang mengakibatkan kenaikan tekanan darah sekiranya proses ini tidak terkawal. Dopamine ialah sebagai agen penghantar.K

Kesimpulannya komputer yang direka oleh manusia bukanlah tandingan bagi otak manusia yang dicipta oleh Allah.

2 comments:

  1. Artikel tuan amat berinformasi, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan/Puan di atas komen tersebut

    ReplyDelete

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com