Tuesday, June 30, 2009

Tunera Gold - Herba Homeopathy Untuk Kesihatan Seksual Wanita

Bila di sebut mati pucuk, kita tunding jari pada kaum Adam sahaja, tetapi wanita juga mengalami mati pucuk, ish...ish marah kaum Hawa bila saya kata begitu. Apa yang menarik mati pucuk dikalangan kaum wanita adalah lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Ambui...ambui doc ni meraban ke ? mesti la kaum wanita akan kata begitu kan.... Percaya ke tidak percaya fakta dari kajian menunjukkan lelaki hanya mewakili 31 peratus sementara wanita 43 peratus yang mengalami masalah disfungsi seksual.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm&arc=hive

Simptom Female Sexual Dysfunction (FSD) atau Disfungsi Seksual Wanita ialah seperti ketiadaan libido (kehendak seksual), sukar untuk merasa berahi dan kesakitan sewaktu melakukan hubungan intim.

Punca atau atau sebab-sebab terjadinya FSD ?

Secara psikologi punca-punca terjadi FSD adalah diakibatkan oleh .... pasangan yakni suami , baru nak tunding jari kat kaum isteri tetiba suami pula jadi punca... ni yang payah kan tetapi itulah hakikatnya. Akibat dari kelemahan seksual si suami seperti mengalami ED (mati pucuk) dan mengalami pancutan ejakulasi terlalu cepat sehingga isteri merasa tidak ada kepuasan kepada hubungan seksual tersebut lalu menjurus kepada FSD. Kalau tak percaya sila baca kajian yang di siarkan di Utusan Online pada link diatas.

Rawatan

Pelbagai ubat dan penawar boleh didapati dipasaran, cuma yang selamat atau tidak selamat sahaja menjadi persoalanya. Pil biru yang amat popular di katakan berkemampuan untuk "mati atas perut" sewaktu bersama. Reputasinya amat baik untuk membantu masalah ED namun kesan sampingannya aduhaiii... amat menakutkan.

Remedi Homeopati Untuk FSD & ED

Seperti gambar di atas yang berlabel biru bernama Tunera Gold with Ginko Biloba dan yang berlabel hijau Damiana Gold yang telah lama berada dipasaran dan telah mampu merawat ED walaupun mengambil sedikit masa. Sekiranya isteri anda mengalami FSD berkemungkinan anda mengalami ED juga , tahap ED anda berkemungkinan masih mampu melakukan hubungan seksual cuma pancutan terlalu awal menjadikan isteri anda secara psikologi menjurus FSD. Oleh itu saya mencadangkan isteri dan suami mengambil remedi dan harapan malam anda sentiasa seperti MALAM PERTAMA layaknya.

Herba Homeopathy yang dirumus dalam persediaan Tunera Gold with Ginko Biloba adalah hampir sama dengan tetapi perbezaannya Tunera Gold with Ginko Biloba mempunyai Pulsatila dan Ginko Biloba. Hasil uji kaji makmal remedi ini amat selamat dan bebas dari bahan logam berat (heavy metals) , bukan kumpulan rock tau tetapi bahan-bahan merbahaya seperti Arsenic , Cadmium , Lead dan Mercury.

Tunera Gold with Ginko Biloba mempunyai esan terapuetik seperti berikut bila anda mengamalkan,
  • Menambah baik libido yang hilang
  • Menambah baik simptom kekeringan di vagina sewaktu bersama
  • Menambah baik stamina dan mengurangkan kelesuan
  • Menambah kesuburan
  • Menjadikan klitoris merasa lebih sensasi sewaktu hubungan intim
  • Bertindak menjadi remedi diet, kerana bila mengamalkan Tunera Gold with Ginko Biloba anda akan merasa lambat lapar.
Harga

Harga Tunera Gold with Ginko Biloba ialah RM170 sebotol didalam botol 50ml yang cantik seperti didalam gambar , pakej untuk suami dan isteri yang ingin membeli sekaligus saya menawarkan promosi terhad RM295 termasuk penghantaran. Anda jimat RM45 ... apa lagi pesanlah sekarang ....:)


Untuk pesanan sms ke 019-257 00 23 atau email ke sales@solaris-marketing.com

Saturday, June 27, 2009

Phytolacca Americana 3 in 1 - Testimonial

Walaupun tanpa bahan merbahaya didalam formula Phytolacca Americana 3in1, kesan kepada pengguna amatlah dikagumi. Tanpa perlu senaman yang berat dan diet yang melampau-melampau, berikut testimonial pengguna Phytolacca Americana 3in1:


Shamsul, 38 Bandar Baru Bangi Selangor.

Phyto ni pada mulanya saya ambil just nak try aje, tapi selepas 1 minggu mengambil saya terasa agak dahaga dan kerap minum air, selera makan pun berkurangan. Saya terus membeli alat timbang , dan amat gembira berat saya sudah kurang 2 kilo dalam 1 minggu. Berat saya 120 kilo dan akan berusaha untuk mendapatkan 80 kilo dulu.

Noor Azian, Ipoh Perak

Saya tak alami masalah gemuk , cuma rasa nak kuruskan sikit. Rasa bila pakai baju yang lama agak ketat. Saya memang telah lama amalkan remedi homeopati untuk migrain , dan kini dah ok migrain saya. Kini saya mencuba Phytolacca Americana 3in1 dan rasa amat bagus. Berbaloi dalam seminggu saya dapat turunkan 2 kilo dan tak jadi macam ubat kurus yang lain-lain asyik nak buang air besar dan air kecil jer

Shahril, Kuala Lumpur

Lepas kahwin badan saya macam di pam-pam, dari 60 kilogram naik hingga 95 kilo. Jongging , main futsal dan terbaru main basikal pun payah nak turun berat badan. Lepas terbaca diblog saya order Phytolacca Americana dan doktor homeopathy mencadangkan saya ambil bersama garlic R79. Selama 3 bulan saya amalkan dengan disiplin tanpa henti-henti. Saya amat gembira bila dalam 3 bulan saya dapat turun 15 kilo lebih.

Iza, Alor Star Kedah

Mula-mula risau juga menjadi ke tidak Phytolacca ni, lepas 15 hari pakai kesannya amat memuaskan hati saya, apa lagi kawan-kawan yang jadikan “bahan kajian” pun terus order 6 kotak sekaligus. Siap-siap nak raya ni kan.

Nik, Puchong Selangor

Saya ni suka bertanya sebelum membeli , biar faham betul-betul. Mujur la doktor rajin menjawab. Biasa la orang perempuan bila dah berkahwin dapat anak badan pun mula la membesar. Syukur Phytolacca memberikesan positif suami dan kawan-kawan tegur saya nampak kurus sikit sekarang

Ani, Bangsar

Ubat kurus yang pernah saya makan, sampai tak boleh tidur dibuatnya, serik saya. Tapi Phytolacca Americana 3in1 ni lain dari ubat-ubat yang pernah saya makan. Saya dapat turunkan 4 kilo lebih dalam 2 minggu ok la kan kesan dia pun tak teruk. Cuma rasa dahaga , tapi elok juga kerana saya minum air kosong dengan banyak sekarang.



Monday, June 22, 2009

Biochemic , Garam Tisu ?

Apa itu Biochemic?

Bertambah-tambah pening pembaca blog ni kan , Biochemic la pula ..... Garam Tisu ? Tisu muka ke atau tisu tandas?. Seronok bagi orang saspen-saspen ni. Ada yang macam pernah dengar, ada yang tak pernah dengar apatah lagi tahu apa itu Biochemic atau Garam Tisu.

Saya terang cara yang paling mudah , moga-moga lepas ni tak ada yang pening kepala, tambah-tambah kalau keluar istilah-istilah sains dan perubatan. Bio mengikut Kamus Jururawat , terbitan Fajar Bakti cetakan tahun 1995 , bermasud "awalan menunjukkan kehidupan atau organisma-organisma hidup". Biochemistry (Biokimia) mengikut Kamus Jururawat bermaksud "kajian tentang proses-proses kimia dan bahan-bahan yang terdapat didalam benda hidup".

Oleh itu kajian Biochemistry telah dijalankan dan diperkenalkan oleh Dr.Willhelm H. Schuessler (seperti di gambar) seorang doktor perubatan Allopathy (perubatan moden sekarang) dan juga seorang Homeopath yang giat memperkenalkan konsep Biochemistry pada umum. Scuessler telah memperkenalkan konsep terapi biokimia ini pada tahun 1832 tetapi didedahkan pada umum di tahun 1873. Terapi Biokimia ini diperkenalkan selepas 177 tahun konsep penyembuhan Homeopathy yang berfalsafah "serupa menyembuhkan serupa" yang diperkenalkan oleh Dr.Hahnemann. Secara kebetulan kedua-kedua pelopor perubatan yang selamat ini berasal dari Jerman.

Walaupun Schcuessler mengamalkan Homeopathy beliau tidak begitu bersetuju dengan konsep remedi Homeopathy yang boleh dikatakan mempunyai beribu-ribu remedi atau penawar dan merumitkan. Ia berpendapat dua belas (12) remedi garam tisu sudah mencukupi untuk merawat pelbagai penyakit. Namun Schuessler tetap menerapkan konsep perubatan dan penyediaan remedi garam tisu menyamai konsep Homeopathy menyediakan remedi.


Salah satu masalah umum yang dederitai oleh majoriti remaja ialah jerawat dan parut, mengikut kaedah biochemic saya namakan BC-1 Acne & Scar. Hasil dari kajian masalah jerawat mampu ditangani dalam masa sebulan dan parut-parut lama mengambil masa 2-3 bulan dengan bantuan Carmino Cream dan Sabun Marigold yang bertindak membantu dari kawasan atas kulit.

Saturday, June 6, 2009

Krim Carmino Dan Sabun Marigold


Cantik Dan Selamat Dengan AnugerahNya Melalui Alam Semulajadi, Katakan Tidak Pada Jerawat Dan Parut!!.


Krim Carmino Dan Sabun Marigold adalah hasil adunan ekstrak bunga-bungaan dan daun yang digunakan oleh ahli herba pada zaman silam untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kulit. Kini kajian yang agak intensif sedang dan telah dijalankan oleh para saintis diseluruh dunia dan mereka telah mengesahkan tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut mempunyai nilai therapeutic actions terutama Calendula. Saintis juga mengesahkan Calendula mempunyai agen anti-oxidant dan anti-aging effects.

Pengasas Homeopathy sendiri telah mengkaji tumbuhan ini sejak lebih 200 yang lampau dan merekodkan kedalam materia medica (buku panduan , rujukan perubatan Homeopathy) dan kini pakar-pakar Homeopathy merealisasikan dengan menjadikan ia produk yang selamat kepada pengguna, yang telah lama mencari-cari produk yang tidak memudaratkan kulit mereka.

Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat didalam Krim Carmino Dan Sabun Marigold.


Calendula officianalis




Calendula atau marigold mempunyai 20 lebih spesis Calendula juga didalam kumpulan bunga daisy yang tumbuh di Mediterranean sehinggalah ke Iran. Manfaat Calendula kepada kesihatan telah dibuktikan sewaktu kajian pharmacological, yang mendapati Calendula mempunyai bahan anti-viral (merawat kesan infeksi yang diakibatkan oleh virus), anti-genotoxic (agen penghalang kanser) dan anti-inflammatory (anti keradangan), anti-oxidant dan anti-aging effects dan dicadangkan ekstrak atau tincture digunakan secara luaran untuk mengawal dan merawat jerawat, mengawal pendarahan dan melegakan otot-otot yang sakit. Estrak Calendula digunakan secara meluas di barat untuk dijadikan mandian kepada bayi yang diserang ruam, bahan kumuran untuk meredakan infeksi di gusi dan pelbagai kegunaan lagi.


Beberis Aquifolium



Juga dipanggil Oregon-Grape atau Mahonia, ia berada didalam kumpulan barberry dimana buahnya menyerupai buah anggur.Tumbuhan ini digunakan oleh ahli herba untuk merawat penyakit atau penyakit keturunan yang diakibatkan oleh siplis (syphilis). Homeopathy menggunakan Beberis Aquifolium Q sebagai remedi utama untuk merawat jerawat dan juga dijadikan krim atau sabun juga merawat jerawat, psoriasis dan eczema.


Echinacea




Lain-lain nama bagi bunga ini ialah Purple cone flower, pale purple cone flower, black sampson, scurvy root, Indian head, black susans dan hedgehog. Hasil kajian menunjukkan bunga ini mengandungi polysaccharides (PS I - a 4-O-methylglucuronoarabinoxylan and PS II an acid rhamnoarabinogalactan), caffeic acid, lipophillic polyacetylenes dan alkylamides. Ia mempunyai keupayaan menguatkan dan stimulasi system imun, antimicrobial dan anti-inflammatory. Oleh itu remedi ini menjadi kombinasi yang hebat untuk merawat masalah kulit dengan bertindak mempercepatkan kesan penyembuhan yang lambat, menghapus jangkitan kulat dan antispetik.


Thuja Orientalis




Thuja tidak tergolong didalam keluarga bunga-bungaan , tetapi berbentuk daun hijau iaitu cypress family. Mengikut kajian tumbuhan ini kaya dengan Vitamin C. Minyak pati Thuja amat baik untuk dijadikan cleanser dan disinfectant. Perubatan Homeopathy menggunakan Thuja untuk merawat ketuat dan polip (polyp ialah daging yang tumbuh dikulit termasuk didalam hidung)


Ekstrak bunga-bungaan dan dedaun ini diadun dengan minyak dari petal Calendula sendiri dan pati minyak bunga-bungaan yang lain, ia tidak menggunakan sebarang minyak dari lemak haiwan, tidak ade gelatin atau glycerin. Produk sediaan Homeopathy tidak menggunakan bahan pengawet, benzoyl peroxide atau bahan mengelupas (peeling) seperti glycolic acid. Ia amat selamat untuk semua jenis kulit.

Walaupun tanpa bantuan bahan-bahan kimia Krim Carmino Dan Sabun Marigold mempunyai kesan penyembuhan yang sama hebat dengan produk yang menggunakan bahan kimia. Bukan cerita kosong , tapi ada kes jerawat yang boleh dirawat dalam masa yang singkat. 3-7 hari dan muka kembali licin, sementara parut-parut mula pudar dan hilang dalam tempoh 1 bulan.


Produk ini tidak dijual dimana-mana pharmasi buat masa ini kerana kesukaran untuk membuat edaran ke seluruh pelusuk Malaysia yang memerlukan kakitangan dan rantaian pemasaran yang amat besar, tetapi kami mengambil inisiatif dengan menggunakan konsep order melalui talian (online) dan kurier terus ke alamat pengguna walaupun dimana anda berada. Sepanjang tahun 2009 sahaja kami telah menguruskan lebih seribu pesanan pertama dan pesanan berulang ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Australia. Konsep order di online ini menjadikan produk bermutu Homeopathy dapat disampaikan ke seluruh pelusuk Malaysia amnya tanpa ada sekatan edaran yang memerlukan kakitangan yang amat ramai. Setiap pesanan akan diproses selepas bayaran di buat dan mengambil masa 2-4 (tertaklu kepada lokasi) hari bekerja untuk sampai kepada pengguna.

Untuk pesanan dan harga klik sini atau sila email sales@solaris-marketing.com atau sms 019-257 00 23


Friday, June 5, 2009

Garlic R79 Dr.Reckeweg - 48 Capsules For Hypertension & Obesity

Hypertension (HIGH BLOOD PRESSURE).

Is a risky business ....specially when the readings are beyond a certain threshold. For a healthy person above 35 years of age: A reading of 140 / 90 is considered to be requiring no medication. A more healthy reading is 120 / 80. When the reading is abnormally high
with a reading beyond of 160 / 100 is in the range of mild hypertension. Any thing over that is considered to be in the danger zone. I strongly dissuade the persons to take the Dr.Reckeweg products and the first remedy to start with is R79 garlic capsules.

Why R79 ?

Description

For regulation of blood pressure and blood circulation, in weakening capability of the heart, attacks of vertigo, dyspnoea, weariness, forgetfulness, arteriosclerosis, hyperlipidaemia, angina complaints (Angina pectoris).


Ingredients

Allium sativum (garlic oil macerate), Crataegus /hawthorn oil macerate) and Viscum album (mistletoe macerate).


Insert

Allium sativum: Vasodilator; very useful in vertigo associated with arteriosclerosis, its health building action has been known for many years. The Bulgarians' longevity seems to be connected to their regular ingestion of Allicin, one of the active constituents of Allium sativum which exerts a regenerative function and preservative effect on the cells. Allium sativum invigorates the stomach and intensifies the gastric secretion. This increases the choleresis (secretion of bile) Intestinal infection and constipation will be prevented as Allium sativum hampers bacterial multiplication.

Crataegus: Heart tonic, enhances the functional capacity of the heart and prevents disordered actions of the heart if taken regularly. Reduces blood pressure, strengthens the myocardium and dilates the coronary vessels.

Useful in arteriosclerosis; dissolves fatty deposits on the arteries. Angina pectoris, especially on exertion, depression and premature fatigue are prevented if under stress.

Viscum album: Reduces the blood viscosity, effects a capillary dilatation and normalizes the heart rate causing a decompression. Sensations of dizziness and increased congestion of blood with its often related headaches may be prevented.

Dosage and directions:

Swallow one capsule whole three times daily before meals.


Warning : If your reading is above 180 / 110 please continue with allopathic medicine and side by side take benefit of a homeopathic medicine. This should continue until a lower / manageable range is achieved on a regular basis.

Ordering through online please email to : sales@solaris-marketing.com






Thursday, June 4, 2009

Buasir Berdarah - Bila Anda Sembuh Saya Tersenyum Puas

Masa : Lebih kurang 35 hari yang lepas

Baru nak landingkan badan ke sofa , telefon pula menjerit-menjerit minta dijawab.
"macam tau tau je handphone ni orang nak berehat dia berbunyi" saya merungut dalam hati. Kadang-kadang tu yang tension panggilan dari syarikat telesales yang asyik menjemput entah apa-apa majlis nak suruh kita join program sales dorang. Entah dari mana maklumat dorang dapat siap sebut nama penuh tu. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak boleh membiarkan telefon tu berbunyi tanpa dijawab, rasa bersalah jer.

Suara seorang wanita dengan nada yang agak stress, "saya Ina (bukan nama sebenar) dari *** dah dua tahun ada buasir, mula-mula just terkeluar dan masuk balik in a few minutes, then last few months dia terkeluar dan mengambil masa untuk masuk balik, nak kerja susah, nak jalan susah....and the worst pagi tadi berdarah la doktor" . Suara wanita tu mula bercampur panik.

"Hermm jangan risau cik, kalau cik ikut secara disiplin remedi homeopathy dapat berhentikan darah dan mengecutkan buasir tersebut, tapi saya memerlukan info tentang diri cik terlebih dulu untuk preskripsi remedi" Saya menenangkan wanita tersebut dan dia agak gembira dengan harapan baru tapi dia agak sangsi kerana telah bermacam-macam ubat telah diambil, namun buasirnya makin teruk jadinya.

Setelah bersoal jawab antara simptom utama yang perlu diambil kira ialah:

  • Obesiti, beliau mempunyai berat badan 80kg dengan ketinggian 155cm
  • Suka makan pedas
  • Tidak minum air mencukupi
  • Tidak suka makan sayur dan buah-buahan
  • Kerja beliau sedentary, duduk jer dari pagi hingga ke petang.
  • Ayahnya juga pesakit buasir kronik
Remedi :

  • Hamamelis (oral) - remedi ini sangat berkesan untuk buasir berdarah, buasir berdarah terjadi kerana tekanan di saluran dubur. Di dubur terdapat banyak saluran darah dan telah membengkak akibat tekanan ke saluran darah terutama akibat obesiti dan sembelit.
  • Aesculus (oral) - remedi ini untuk buasir yang duburnya terkeluar dan bila dirasa ia seperti berbiji-biji seolah-olah buah anggur.
  • Krim Hamamelis - berfungsi mengecutkan dubur yang membengkak dan menghentikan pendarahan.
Remedi diatas amat sukses dengan kadar penyembuhan yang tinggi.

Masa : Selepas 5 hari mengambil remedi

"Alamak , aduii tadi dikedai makan telefon ni tak berbunyi , baru nak memandu dia berbunyi pula" . Nombor telefon ini saya kenal dan ingat Cik Ina yang alami buasir berdarah.

" Hai doc sorry ganggu pagi-pagi, just nak bagitau. Hermmm lepas few minutes guna Krim Hamamelis seperti doc suruh bleeding dah berhenti". Saya tersenyum sendirian dan bersyukur.

"Alhamdulilah, yang oral remedi dah ambil ke?".

"Dah, sejak remedi sampai... perut yang rasa tak sedap pun dah ok... tapi hehehe (malu-malu) dia buang angin la doc ...tapi lega tak memulas dah"

"Ha Ha takpe kan asal buasir tu tak berdarah"

"Owh lagi satu yang rasa terkeluar pun dah kecut doc , thanks a lot doc!" wah bukan main gembira tonasi suara Cik Ina.

"Owh ... saya seronok dengar perubahan positif yang terjadi, tapi lepas ni Cik Ina kena pantang cili dan .......hermm jangan kecik hati yer ... kena turunkan berat badan sama"

"Eh takdelah doc ... berapa kos untuk ubat kurus tu?" Bersemangat dia saya tersenyum dan ketawa kecil dan menajwab.

"One by one la Cik Ina ... bagi buasir ok dulu lepas ni ubat kurus pula yer.... nanti 5-10 hari lagi Cik Ina report lagi yer perubahan yang terjadi ok"

"He he he yer doc betul juga tu ... budget pun kurang ni ...ok nanti saya call atau SMS yer"

kami mengakhiri perbualan dengan ceria berbanding sewaktu mula-mula Cik Ina menelefon saya.

Selepas 35 hari Cik Ina sudah tidak mengalami buasir berdarah, beliau juga mengamalkan diet yang baik dengan meminum air pada kuantiti yang banyak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran didalam diet pemakanan beliau dan katanya beliau mengambil cili didalam kuantiti yang amat sedikit (sekadar lepas gian jer).

Cik Ina juga berusaha menurunkan berat badan dengan mengambil Phytolacca 3in1 dan yang terbaru berat badan beliau sudah berkurangan 5 kilo!.

Bila Anda Sembuh Saya Tersenyum Puas ..... kerana berjaya merawat dan memberi harapan yang positif kepada mereka yang menderita akibat masalah kesihatan yang mereka alami.

Wednesday, June 3, 2009

Damiana Gold: Harapan Atau Imaginasi Untuk Kembali Power?


Kerap kali saya menerima email atau panggilan telefon, pasti akan bertanya "Damiana Gold dengar ceritanya sama bagus dengan Viagra betul ke?". Rata-rata yang mengalami mati pucuk atau ED tidak sabar-sabar untuk kembali "bertenaga" dalam sekelip mata selepas mengambil Damiana Gold. Ia adalah mustahil mengikut konsep penyembuhan Homeopathy yang lembut dan selamat.

Damiana atau Tunera Aphrodisiaca telah digunakan oleh kaum Mayan semenjak beribu tahun lagi, ia juga menjadi remedi Mexican folklore atau remedi yang diperturunkan melalui mulut ke mulut semenjak turun temurun bagi merawat kehilangan libido atau keinginan yang menurun untuk seksua. Apa yang menariknya ia bukan hanya untuk merawat ED pada kaum lelaki sahaja malah mempunyai manfaat kesihatan pada kaum wanita juga.

Mengapa Damiana bukan Tongkat Ali? Jawapannya mudah sahaja. Begitu banyak remedi yang berasaskan tumbuhan didakwa mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan seksual dan menambah keinginan libido seseorang, tetapi hanya segelintir yang dikaji kesahihannya dan tumbuhan yang paling mendapat perhatian untuk dikaji secara intensif ialah Damiana (Turnera aphrodisiaca).

Universiti yang giat menjalankan kajian ialah:

1. Faculty of Pharmacy and Biochemistry, University of Buenos Aires
2. Department of Biomedical Sciences, Section of Pharmacology, University of Modena and Reggio Emilia, di Italy
3. School of Medicine, University of Hawaii

Salah seorang Saintis dari Faculty of Pharmacy and Biochemistry, University of Buenos Aires amat aktif menjalankan kajian mengenai damiana . Hasil dari penyelidikannya mendapati Damiana bertindak mengatasi masalah ED sama seperti Viagra.
Hasil kajian itu mengesahkan, Damiana membolehkan otot-otot dan dinding arteri menjadi relak, ini penting kerana bila otot dan arteri menjadi relak ia meluaskan saluran darah (membolehkan saluran itu tidak tersumbat) dan membenarkan lebih kuantiti darah melaluinya. ini membolehkan erection (penis mengeras). Proses ini juga membolehkan penis menjadi lebih besar dan panjang

Proses yang sama dilakukan oleh Viagra. Viagra pada awalnya telah membuat seseorang yang mengalami mati pucuk untuk kembali ke kehidupan seksual yang normal semula dengan risiko yang amat tinggi.


Malah Damiana Berfungsi Lebih Baik Dari Viagra

Saintis itu juga mengesahkan Damiana mampu merawat ED pada dengan kesan ereksi 90 peratus lebih baik berbanding Viagra hanya 46 peratus sahaja. Phytomedicine. 2003 Nov; 10(8):669-74).
Viagra hanya merawat bukan menyembuhkan , tetapi Damiana menyembuhkan dan menyihatkan tubuh tanpa kesan sampingan. Penawar ini berkemampuan untuk merawat erectile dysfunction ED, bukan hanya setakat memberi kesan sementara seperti Viagra. Penemuan ini akan memberi sinar baru kepada lelaki-lelaki yang menghadapi masalah ED.
Malah para saintis juga mengesahkan Damiana juga memberi manfaat pada wanita juga seperti simptom menopos iaitu mengurangkan kekeringan di vagina, menambah keinginan seksual , memudahkan orgasm dan menambah sensasi di klitoris

Viagra adalah jalan terpantas untuk kembali "beraksi" , namun Viagra yang bahan utamanya ialah sidenafil citrate akan memberi anda "bonus tambahan" yang senarainya agak panjang, bila saya membaca "bonus tambahan" ini atau kesan sampingan yang juga power kepada pesakit ED saya hanya mampu menarik nafas panjang. Secara sinis ada orang mengatakan "boleh mati atas perut" sewaktu bersama dengan isteri sekiranya menggunakan Pil Biru yang ajaib lagi power itu.

Damiana seumpama kura-kura dan Viagra seumpama arnab , masih ingatkah "biar lambat asal selamat" , begitulah dengan kesihatan dan diri kita. Usahlah nak cepat aje kan. Walaupun ia agak lambat namun Damiana Gold selamat dan boleh dikatakan hampir sifar kesan sampingannya.

Hasil dari permintaan ramai, Damiana Gold pek ekonomi akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia akan dijual dengan harga ekonomi dibawah paras RM100. Moga-moga lebih ramai pesakit ED mampu mendapat manfaat dari kebaikan Damiana Gold ini.