Thursday, November 22, 2012

Satu Mulut Tetapi Manfaat Kepada Dua Orang


 Program Biochemic Untuk Ibu Mengandung 
                   
Ibu yang sedang mengandung memerlukan nutrient dan mineral yang mencukupi untuk menempuh 9 bulan yang penuh dengan cabaran, begitu juga bayi yang dikandung akan mendapat mineral yang diperlukan melalui program biochemic atau garam tisu seperti di bawah.  Program supplemen yang dicadangkan ini telah endos oleh pakar-pakar homeopathy diseluruh dunia termasuk Dr.Gowry Matha, Obstetrics terkenal yang berpangkalan di United Kingdom.

Remedi dan tablet disediakan oleh Masood Homeopathic Stores and Hospital, Pakistan. The 1st ISO 9001, 14001 & OHSAS 18001. Oleh itu status halal adalah terjamin kerana remedi dan tablet dihasilkan oleh orang Islam yang mengikut sunnah dan syariah dan garis panduan pengilang GMP dan IMP.

Bulan 2 dan 6: Calc Fluor, Mag Phos, Ferrum Phos
Bulan 3 dan 7: Calc Fluor, Mag Phos, Nat Mur
Bulan 4 dan 8: Calc Fluor, Nat Mur, Silica
Bulan 5 dan 9: Calc Fluor, Ferrum Phos, Silica



Sekiranya dipecahkan mengikut bulan adalah seperti berikut

Bermula bulan ke 2
 Cal Flour, Mag Phos dan Ferrum Phos
Bulan ke 3
Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur
Bulan Ke 4
Cal Flour, Nat Mur dan Silica
Bulan ke 5
Cal Flour, Ferrum Phos dan Silica
Bulan ke 6
Cal Flour, Mag Phos dan Ferrum Phos
Bulan ke 7
Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur
Bulan ke 8
Cal Flour, Nat Mur dan Silica
Bulan ke 9
Cal Flour, Ferrum Phos dan Silica

Jika di pecah mengikut trimester;

  • Trimester 1 - Cal Flour, Mag Phos, Ferrum Phos dan Nat.Mur
  • Trimester 2 - Cal Flour, Nat Mur, Silica, Ferrum Phos dan Mag Phos
  • Trimester 3 - Cal Flour, Mag Phos dan Nat.Mur, Silica dan Ferrum Phos

     Dos : Ambil 1 biji setiap satu remedi dikemam 2 kali sehari sebelum makan (pagi dan malam).

Setiap satu remedi di anggarkan boleh digunakan selama 3 bulan. Hanya Cal Flour yang di ambil dari awal kehamilan sehinggalah melahir bayi . Saya warnakan setiap remedi untuk memudahkan para ibu mengingati setiap remedi.

Remedi-remedi seperti dia atas secara asasnya sudah merangkumi untuk meringankan kesan “morning sickness”. Sekiranya terdapat juga morning sickness remedi yang boleh diamalkan ialah Ipecac 30 untuk menghalang simptom morning sickness, Pulsatilla 30 untuk ibu-ibu yang mudah sedih dan rasa tidak dihiraukan dan Sepia 30 di mana ibu-ibu yang sedang mengandung sering merasa tidak puas hati dan bergaduh dengan suami dan keluarganya.
Di akhir Trimester (bulan 7,8 dan 9) adalah dicadangkan untuk mengambil Caulophyllum 30 seiring dengan remedi biochemic. Remedi ini amat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin.  Caulophyllum juga di anggap sebagai “selusoh homeopathy” bagi kebanyakan pengamal homeopathy kerana fungsinya yang dikatakan mampu untuk menguatkan otot-otot peranakan. 

Manfaat dan kepentingan setiap remedi biochemic
  • Cal Flour amat berguna untuk pembentukan tulang dan merupakan komponen utama untuk menambah baik keanjalan (elasticity)  tisu penyambung (connective tissues). Kualiti yang terdapat di dalam Cal Flour ini amat membantu untuk menghalang parut di perut selepas bersalin atau stretch marks. Cal Flour juga amat membantu untuk melancarkan perjalanan darah (circulatory system), oleh itu Cal Flour amat membantu untuk menghalang dari terjadi varicose veins (urat yang timbul seperti membengkak yang biasanya terjadi di kaki dan betis).

  • Mag Phos juga di kenali sebagai “homeopathic aspirin”. Mag Phos amat membantu untuk melegakan kekejangan yang terjadi di saraf dan otot. Mag Phos juga amat membantu melegakan rasa pedih di ulu hati atau heartburn.

  • Ferrum Phos akan membantu untuk menyalur oksigen secukupnya ke darah, proses ini dapat mengurangkan pengambilan zat besi (iron) yang sering dipreskripsi kepada ibu mengandung yang anaemia atau darah rendah. Pengambilan zat besi biasanya akan menjadikan ibu yang mengandung akan mengalami sembelit. Oleh itu pengambilan Ferrum Phos akan membantu seseorang itu mengekal tahap zat besi pada kadar yang sepatutnya secara semulajadi.

  • Nat Mur akan mempengaruhi keseimbangan kuantiti air di dalam tubuh. Pengambilan remedi ini akan membantu menstabilkan cecair yang dan mengurangkan kemungkinan pembengkakan buku lali dan jari. Nat Mur juga akan membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal dan menyokong  system saraf dan otot.

  • Silica adalah komponen utama yang terdapat di rambut, kuku, gigi dan kulit. Ia akan menyumbang kekuatan secara keseluruhan kepada ibu dan bayi yang dikandung.
Ada pepatah English berkata "You are what you eat" , oleh itu suplemen ini amat membantu untuk memudahkan proses melahirkan anak, kesihatan yang baik kepada ibu dan bayi dan juga kualiti susu ibu juga mempunyai kualiti yang terbaik dan berkhasiat. Jika ingin memesan sila ke biohomeopati.com/shop

Monday, November 19, 2012

R30 Universal Ointment



"Krim ini untuk apa sebenarnya doc?". Confuse pesakit saya tu... R30 Universal Ointment setahu dialah hanya untuk urat (saraf) kata pesakit tu lagi. Sebelum ini dia hanya "sapu" R30 untuk merawat ketegangan atau untuk merawat kaki yang terseliuh atau bengkak akibat bermain futsal. Mestilah  dia  confuse kan , bila saya suruh dia sapu R30 Universal Ointment di duburnya untuk mengecutkan dan menghentikan pendarahan buasirnya, selain minum R13.

Secara tradisinya jika di sebut ointment ianya semata-mata untuk "sakit urat", apa lagi yang boleh kan?

Bukan itu sahaja masalah kaki makan air atau Athletes Foot yang tak pernah "settle" yang dialami oleh kawan saya seorang askar yang kerap mengguna boot sudah "settel" bila sapu R30 Universal Ointment selama 1 minggu , eczema, kulit gatal akibat gigitan serangga, ruam-ruam orang dewasa dan bayi, dan boleh di katakan semua masalah kulit, hebat "gila" ointment ni kan .... "you name it"  dan  R30 Universal Ointment boleh membantu. 



Sesuai dengan maksud "universal" yang bermaksud tidak terhad atau "unlimited". R30 Universal Ointment memang tidak terhad kepada satu kegunaan sahaja. R30 Universal Ointment agak berminyak dan sesuailah dengan nama "ointment" yang bahan asasnya ialah minyak Petrolatum, Zaitun dan Lavender.



R30 Universal Ointment keluaran Dr.Reckeweg adalah pengilang produk homeopathy yang terkenal di seluruh dunia. Kajiannya pula telah dijalankan se awal tahun 1947 lagi.Berikut ialah indikasi R30 Universal Ointment secara detail;



R30 Dr.Reckeweg Sehebat Namanya

R30 Universal Ointment 

Membantu melegakan kesakitan saraf otot dan sendi, kesakitan neuralgia iaitu kesakitan yang amat sakit serta menyucuk-yucuk dan sciatica (siatika ialah kesakitan yang dirasai dibelakang dan sisi luar peha, betis dan kaki, keadaan ini disebabkan oleh degenerasi pada diska antara vertebra yang tersembul secara lateral dan menekan akar saraf spina), kesakitan neuralgia akibat pembuangan satu anggota atau sebahagian anggota (amputation neuralgia), osteoarthritis (rawan sendi), osteochondritis (inflamasi tulang) , kelumpuhan akibat strok, kelumpuhan facial (bahagian muka), akibat hentakan benda tumpul, sakit otot, terseliuh, ruam, bisul dan pekung.



Nota : 

R30 adalah untuk kegunaan luaran sahaja, adalah disarankan untuk mengambil;

-          R11 untuk masalah kesakitan sendi dan otot, osteoarthritis dan osteochondritis
-          Untuk siatika (sciatica) – R71
-          Sakit saraf yang melibatkan di kepala – R16
-          Masalah saraf di bahu dan bahagian atas tubuh – R46
-          Masalah sakit belakang terutama wanita – R50
-          Osteoarthritis R73 (atau diambil bersama-sama R11).
-          Buasir – R13

R30 Universal ointment bagi saya adalah "item wajib" di dalam FIRST AID KIT, sewaktu berkelah, sewaktu berkhemah kerana amat membantu jika terjadi kemalangan selain R55 remedi minum untuk merawat pesakit sewaktu kecemasan sebelum bantuan tiba. 

Jika berminat untuk membuat pesanan, harga promosi sehingga 31 Disember 2012 sila klik SINI 
 





Monday, November 12, 2012

R4 & R5 Dr Reckeweg - Rawat Cirit Birit dan Sakit Perut



Assalamualaikum wbt dan Happy Diwali kepada semua penganut agama Hindu  .. semoga di musim hujan ini anda semua sihat-sihat selalu. Musim hujan dan banjir ni banyak juga kes-kes cirit-birit dan sakit perut, ada yang terlupa nak masak air terus minum je dan lepas sejam dua .. dah kena berulang alik ke tandas sebab perut memulas nak "membuang" jer sampai badan pun jadi lemah dan tidak berdaya. Bagi yang ada buasir lagilah menderita kan...

Cirit-birit ni kadang-kadang menyerang tanpa amaran, sedar-sedar je perut dah memulas, rasa nak membuang air besar yang tidak dapat ditahan-tahan, ada juga yang diselang seli dengan muntah.Sebab tu lah saya akan sentiasa sediakan R4 dan R5 di rumah , kalau pergi bercuti atau ke outstation pun, R4 dan R5 mesti menjadi "list" utama ubat-ubat yang "mesti" bawa. Berjaga-jaga adalah langkah terbaik ..

Begitu juga dengan masalah gastrik, lambat je makan atau salah makan mesti perut akan pedih "semacam" sehingga ada yang terpaksa untuk ke klinik ambil suntikan ... 

Kini kita sudah ada pilihan, perubatan alternatif yang boleh di harap dan selamat. Seperti yang kita tahu produk Dr Reckeweg amat terkenal di seluruh dunia.

Berikut ialah indikasi bagi R4 dan juga R5;



R 4 Dr.Reckeweg  - Diarrhoea drops

Semua jenis gangguan pada usus besar dan usus kecil akut dan kronik. Cirit birit yang disebabkan oleh makanan sejuk atau salah makan. Gangguan usus yang melibatkan sistem pernafasan. Cirit birit yang disertai demam biasa, demam panas atau beserta ruam. Cirit birit berdarah. 

(Acute and chronic gastro-entero-colitis of all types. Summer diarrhoea after a chill or faulty diet. Intestinal catarrh, intestinal influenza, diarrhoea with fever, typhoid fever, dysentery.)

R 5  Dr Reckeweg - Stomach drops

Semua jenis sakit perut gastrik atau kronik. Senak-senak perut. Gas kronik yang disertai muntah-muntah. Ulser usus. Pedih hati. Mulut rasa tidak menyenangkan. Kerap sendawa. Kembung perut.

 (Acute and chronic gastritis, dyspepsia, chronic relapsing gastritis with or without ulceration. Especially ulcus parapyloricum. Heartburn, bad taste in mouth, frequent belching, flatulence, meteorism. Acts on the inflamed mucosa of stomach, on the physiology of stomach.)

Cara pengambilan :

Untuk kes akiut (tiba-tiba) , ambil setiap 1/4 - 1 jam, 20 titis (boleh ditits terus ke dalam mulut) atau dicampur dengan 1 sudu besar air. Bila simptom mula berkurangan kurangkan dos 10-15 titis dicampur 2 sudu besar air setiap 1-2 jam. Bila simptom sudah berakhir teruskan dos 10-15 titis dicampur 2 sudu besar 3 kali sehari. Di nasihatkan untuk teruskan pengambilan seterusnya selama satu minggu, sebelum makan sehingga benar-benar sembuh.

- Cirit birit biasa ambil 10-15 titis setiap 1-3 jam mengikut keadaan tahap serangan cirit birit tersebut.
- Jika disertai dengan demam, tanpa gangguan usus 10-15 titis setiap 1-2 jam.
- Cirit birit yang kronik (lama) 3 kali sehari 10-15 drops sebelum makan.

Nota: 

Untuk kes yang lama dan lambat untuk pulih, anda di cadangkan menambah R26 10-15 titis satu kali sehari.

- Jika usus terasa kejang dan tidak kuat untuk bekerja tambah R37

- Kepenatan selepas serangan : Vita-C15 amat membantu.

























 





Friday, November 9, 2012

R2 Dr.Reckeweg - Untuk Masalah Jantung



Assalamualaikum wbt, semoga anda semua sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Kali ini saya ingin memperkenalkan R2 Dr.Reckeweg produk homeopathy yang amat terkenal dan dipercayai diseluruh dunia. Dr.Reckeweg mempunyai rangkaian produk yang lengkap untuk semua masalah penyakit dari A-Z.

Pada zaman dahulu pesakit jantung biasanya hanya orang-orang tua tetapi di zaman serba moden ini serangan jantung sudah mula menyerang golongan muda. Ini terjadi akibat dari gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak melakukan senaman, merokok, minum alkohol, dan makanan yang tidak sihat. 

Selain dari ubat-ubatan alopathy (perubatan moden biasa), ramai yang sudah sedar akan kesan sampingan akibat ubat-ubatan moden, oleh itu salah satu perubatan yang lengkap, mempunyai kajian klinikal dan selamat ialah perubatan homeopathy. Berikut ialah remedi yang boleh membantu pesakit jantung :





R2 Dr Reckeweg - Heart Efficiency - Gold Drops

Indikasi

Gangguan yang berkaitan dengan perubahan pada struktur organ dan tisu  jantung (organic). Masalah berkaitan jantung sehingga menjadi pesakit itu murung atau kekeliruan (cardiac neurosis), aritmia (arrhtymia) iaitu ritma jantung yang tidak normal, Takikardia (tachycardia) iaitu kenaikan kadar denyutan jantung lebih dari biasa, ekstrasistole (extrasystoles) iaitu denyutan jantung akibat impuls biasanya bagi perokok dan pengambilan kafein berlebihan, perasaan sesak dan sakit di dada (agina pectoris) dan kelemahan arteri darah untuk membekal darah.

Dos :
-          Mengikut keadaan pesakit jika keadaan tidak memuaskan pada awalnya ambil 3-6 kali, 10-15 titis dicampur dengan sedikit air dan diminum
-          Sewaktu serangan tiba-tiba ambil setiap ¼- ½  jam sehingga keadaan pulih berhenti dan ambil seperti dos biasa.
Nota :

- Jika berlaku kegagalan suatu segmen otot jantung sehingga berlaku gangguan bekalan darah (myocardial infarct) pada peringkat awal atau pertengahan R3 boleh membantu.
- Untuk cardiac arrhythmia R66 atau R22 boleh diambil serentak (selang jarak masa 15-30 minit)
- Akiut myocardial infarct beri secara selang seli setiap ½ - 1 atau 2 jam 10-15 titis R2, R67 dan R55

- Remedi susulan selepas itu R3 dan juga R44.

Remedi boleh dipesan di biohomeopati.com/shop/ - jika produk belum tersenarai sila email 2uhomeopathy@gmail.com atau SMS 019-3098980 atau 017-2244427