Friday, August 16, 2013

Ubat Jeragat Terhangat Dipasaran Sepia 200 & Melasma Free



Beberapa hari lepas saya menerima kunjungan seorang anak yang sangat perihatin mengenai masalah ibunya, dan kelihatan gembira untuk membeli Sepia 200 & Melasma Free dan sabun Merrygold atau Carmino Complexion soap (CCS) atau disebut set Jeragat M3 untuk kali yang kedua. Sejak 14 tahun lepas ibunya telah mengalami fenomena melasma yang menjadikan wajah ibunya agak "comot". Pelbagai kaedah perubatan telah dicuba termasuk rawatan laser, yang kosnya berjumlah RM30,000!!.  Jeragat yang dilaser memang telah hilang tetapi jeragat baru pula muncul... kecewa tahap gaban dibuatnya...

Kembali kepada anak yang perihatin tadi, beliau ingin membeli Sepia 200 dan Melasma Free Carmino Complexion soap (CCS) untuk kali kedua kerana jeragat yang "mencomotkan" wajah ibunya sudah semakin pudar selepas 30 hari. Kos untuk lebih 40 hari hanya RM150 berbanding krim kosmetik dan rawatan laser yang mencecah ribuan malah puluhan ribu.

Bagus sangat ke remedi homeopathy ni?

Tidak ada satu pun ubat atau remedi di dunia yang boleh disifatkan sebagai sangat bagus. Ini pandangan saya kerana setiap ubat atau remedi ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Maka kadang-kadang kita perlu menganding ubat dan remedi di dalam satu masa untuk mendapat kesan terbaik.  Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat "sniper" iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep "drug". Sebaliknya remedi homeopathy menjadi "askar peninjau" yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.

Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan. Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).

Cara pengambilan terbaik Sepia 200 dan Melasma Free


Cara terbaik untuk "consume" kedua-dua remedi ini dengan mengguna kaedah selang-seli , kalau orang kampung saya kata "alternate". Contohnya begini tidak semestinya di mulai dengan Sepia 200 atau Melasma Free. Jika anda bermula dengan mengambil Melasma Free contoh hari pada hari Isnin, esoknya hari Selasa Sepia 200 pula. 
  • Isnin - 4 biji Melasma Free di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Selasa - 4 biji Sepia 200 di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Rabu - Melasma free, ulang langkah seperti di atas
  • Khamis - Sepia 200, ulang langkah seperti di atas
  • Jumaat - dan seterusnya sampai habis dan order yang baru hehe...
Disarankan untuk mengambil selama 90 hari berturut-turut untuk mendapat kesan yang terbaik

Jika anda ingin memberi pandangan atau soalan, sila ke FACEBOOK atau email 2uhomeopathy@gmail.com. Untuk membuat pesanan bolehlah ke KLIK SINI atau SMS set <M3> ke 019-3098980 atau Whatsapp.






Tuesday, August 13, 2013

Diet Separuh Mati Untuk Kurus



Diet Separuh Mati Tapi Masih Gemuk

Nak kurus jer mesti diet, itu adalah mitos yang dipercayai sejak zaman berzaman. Malangnya kalau 10 orang yang amalkan hanya mungkin 1 orang je yang kurus, itu pun sampai kena gastrik. Dah kurus tetapi penyakit pula yang datang.

Mitos kedua yang amat dipercayai ramai ialah, seseorang itu perlu "stop" atau kurangkan lemak. Maka bermulalah episod diet rendah lemak, anda berlapar separuh mati tetapi berat badan seolah-olah alat penimbang itu sudah rosak kerana anda masih gemuk!!. Angan-angan hanya tinggal kenangan sahaja.

Berjaya atau gagalnya sesuatu perancangan, akan bergantung kepada satu perkataan iaitu “sistematik”. Untuk kurus pun perlu perancangan yang sistematik. Kita perlu tahu kaedah sistematik untuk diet dan beristiqomah kepada system diet itu. Jika anda seorang yang obes**, maka anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Kerana menjadi obes anda akan mengundang pelbagai penyakit... berusahalah kerana diri anda sangat berharga!!

*Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Pakar-pakar pemakanan telah mengkaji kaedah pemakanan seimbang dan diet yang bersistematik untuk menurunkan berat badan atau mengekal berat yang ideal. Terdapat kaedah diet rendah lemak dan diet kurangkan pengambilan karbohidrat

Ok mari kita fahami apa itu Low fat diet dan Low carb diet,


  • Low fat diet seperti yang dicadangkan oleh USDA ialah diet yang rendah lemak terutama yang mempunyai lemak tepu* dan kolesterol. Pengambilan makanan berlemak dan berkolestrol akan menjurus seseorang itu kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Lemak mengandungi dua kali ganda lebih kalori berbanding karbohidrat. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding 1 gram karbohidrat atau protein mengandungi 4 kalori.
    ** 
    Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi termasuklah produk susu terutamanya krim dan keju, lemak haiwan seperti lemak babi dan lemak daging, minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak inti sawit, coklat, dan beberapa makanan siap

  • Low carb diet yang diperkenal oleh Dr.Robert C.Atkins ialah konsep diet rendah karbohidrat sejak tahun 1970an tetapi kurang mendapat sambutan kerana lebih ramai yang yakin kepada kaedah low fat diet.  Karbohidrat ialah makanan dan minuman yang berasaskan gula. Pengambilan berlebihan karbohidrat akan menjurus kepada penyakit kencing manis. Kaedah diet ini ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat tetapi mengambil makanan lebih lemak. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
  • Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Panduan lengkap diet Dr Atkins akan disediakan bersama-sama pembelian set 1 bulan Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 Dr Reckeweg, selain BC20 untuk membantu membuang toksik didalam tubuh. Harga promosi terhad ialah RM250 RM190 termasuk penghantaran.


Kaedah mana yang terbaik?

Hasil dari kajian dan pengalaman selama bertahun-tahun sistem diet Atkins lebih berkesan untuk mendapat berat badan yang ideal dan kekal langsing selepas itu. Selain dari itu pengamal diet Atkins juga akan lebih sihat dan bebas dari penyakit 3 serangkai yang popular iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Thursday, June 6, 2013

Bio-T3 For Acne Menghapus, Melembab, Menghilangkan Parut dan Mencerahkan Kulit



Krim Bio-T3 atau dulu Bio-T3 Skin Forte kini berwajah baru, diperkayakan dengan kolagen, Vitamin-E dan Aloe Vera. Bahan-bahan lain yang terdiri dari ekstrak bunga-bungaan Homeobotanical seperti Humulus lupulus, Cucumis sativus, Saponaria officinalis, Chamomilla Recutta Matricaria,  Lavender dan Aloe vera.



Gandingan formula ini mempunyai kesan yang sangat hebat untuk kulit muka seperti antiseptik, membekal nutrisi, melembabkan, mengimbang pengeluaran minyak oleh sebum dan merawat pori yang telah tersumbat oleh sebum yang telah bercampur dengan bakteria. Paling pantas proses pengecutan jerawat boleh terjadi selepas 2-3 hari dan proses penyembuhan sepenuhnya akan terjadi sepantas dua - empat minggu jika keadaan jerawat yang tidak teruk. Kolagen dan Vitamin-E akan memudarkan parut dan menjadikan kulit lebih segar, lembut dan bersinar.

Bio-T3 For Acne cream boleh dipesan di biohomeopati.com

Friday, February 1, 2013

R79 Dr Reckeweg Dalam Pek Baru





Salam Februari, sedar-sedar dah masuk bulan Februari di tahun 2013. Orang-orang di Wilayah Persekutuan seperti di Kuala Lumpur, hari ini adalah hari cuti umum...seronoknya hehe.. Dah lama saya tak buat pos di blog, kali ini saya ingin memaklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa garlic R79 Dr. Reckeweg sudah bertukar "baju" seperti gambar di atas. Isinya tetap sama, 48 biji. Jadi anda semua janganlah terperanjat pula bila R79 sudah bertukar kotaknya. Ini adalah R79 Dr.Reckeweg yang asli.

R79 Dr. Reckeweg sangat hebat dan berkesan untuk pelbagai masalah seperti tekanan darah tinggi (high blood pressure) dan kawan-kawannya seperti kolesterol, masalah pembuluh darah, obesiti dan lain-lain. Saya sendiri jadikan R79 Dr. Reckeweg ini sebagai suplemen wajib untuk mengekalkan tahap tekanan darah saya pada kadar yang ideal. 

R79 Dr. Reckeweg adalah "partner" yang popular berganding bahu dengan produk Phytolacca Americana 3 in 1 bagi mengawal berat badan atau menurunkan berat badan. 

Jika sabahat-sahabat semua ingin membuat pesanan silalah ke 



Jangan lupa LIKE page FACEBOOK kami dan minta 10% diskaun selepas sahabat-sahabat  LIKE   page kami.