Showing posts with label a.produk kecantikan homeopati. Show all posts
Showing posts with label a.produk kecantikan homeopati. Show all posts

Friday, April 15, 2011

8 Remedi Homeopathy Untuk Wanita


8 jenis aje ke doc? , tentu itulah soalan pertama yang bermain difikiran para wanita semua.. relak-relak habiskan membaca dulu baru buat soalan ok..:). Walaupun saya bukan Pakar Sakit Puan, 99% pesakit saya adalah wanita. Cuba lihat senarai masalah kesihatan yang amat unik, hanya wanita sahaja yang mengalaminya ... kalau ada lelaki yang mengadu mengalami masalah seperti senarai ini, dia adalah dikategori geng "anu dalam botol"..

  1. PMS
  2. Senggugut (cramps)
  3. Infeksi di vagina dan pundi (vaginitis & bladder)
  4. Keputihan (leukorrhea)
  5. Fibroid
  6. Cyst
  7. Masalah payudara sama ada kanser atau ketulan
Kalau nak buat list memang tak habis kan.. anda sebagai wanita lebih arif dari saya rasanya..kan kan. Dari pengalaman saya dan rakan-rakan pengamal homeopathy, kami amat berminat untuk merawat wanita ..eh maaf kaum lelaki, saya bukan memilih kasih atau double standard. Kaum lelaki biasanya agak tegar dan kebal, bukan remedi homeopathy tidak bagus untuk lelaki tetapi kerana gaya kehidupan lelaki amat berbeza dari wanita, dari segi pemakanan dan habit.


Memandangkan wanita mempunyai gaya hidup yang lebih lembut berbanding lelaki. Remedi homeopathy amat berkesan untuk wanita dan pantas merawat pelbagai masalah wanita. Tetapi mungkin fakta saya ini tidak benar.. kenapa saya cakap begitu?. Jawapannya ialah lelaki tidak kisah sangat pasal kesihatan dan kerap kali dah sampai tahap kronik barulah mencari ubatnya dan kerap kali kes-kes yang melibatkan lelaki adalah diperingkat super chronic.. ubat kuat macam mana pun nampak tidak berkesan kan..betul tak ?


Berbalik kepada 8 remedi untuk wanita, 8 remedi ialah ;

  • Belladonna - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan kepenatan
  • Chamomilla - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan perasaan tidak menentu, cepat marah
  • Cantharis - Infeksi di pundi kencing
  • Sepia - Masalah jangkitan di vagina hingga menyebabkan anda sukar membuang air kecil walaupun keinginan ada (vaginitis)
  • Lachesis - Simptom menopaus termasuk rasa panas menyerbu ke muka (hot flashes)
  • Cimicifuga Racemosa - Simptom menopaus termasuk cepat marah dan tidak bermaya
  • Nux Vomica - Rasa teruk, tidak bermaya di waktu pagi (morning sickness)
  • Pulsatilla - Masalah haid yang tidak teratur
Kesemua remedi ini amat berkesan untuk melegakan simptom-simptom ringan seperti yang dinyatakan. Boleh diambil sebagai remedi tunggal (hanya 1 remedi dalam 1 masa atau single remedy) atau secara kombinasi atau combo (lebih dari 1 remedi dalam 1 masa)


Boleh diamalkan sebelum kitaran haid sebagai persediaan mengurangkan simptom-simptom yang menjadikan anda takut setiap kali kitaran haid. Paling penting remedi-remedi ini tidak akan menganggu sistem reproduktif, tidak meninggal kesan-kesan sampingan dan ketagihan.


Biasanya pesakit tetap saya akan SMS atau email "doc macam biasa stok dah habis, dah transfer"... Jika simptom masih tidak berkurangan, bukan hanya 8 remedi sahaja yang boleh diberi tetapi banyak lagi remedi. Jadi janganlah malu-malu untuk berjumpa dengan doktor homeopathy yang berhampiran anda...Insya Allah ada remedinya untuk anda ceria walaupun ketika anda sedang menstruasi.

Saturday, May 1, 2010

Krim Sulphur - Untuk Jerawat Yang Gatal Serta Bernanah


Semua orang akan berpesan , supaya tidak menggaru atau memicit jerawat yang amat gatal, namun ramai yang gagal untuk menahan tangan mereka dari “mengerjakan” jerawat tersebut.

Ramai yang mengadu mengenai jerawat yang gatal, jerawat yang bernanah serta besar-besar. Selepas meneliti beberapa produk yang sesuai, SULPHUR CREAM merupakan antara yang terbaik bagi merawat jerawat yang gatal, bernanah dan besar-besar, selain dari penggunaan krim-krim jerawat yang lain seperti Complexion cream (CCC), Aquifolium, Soundarya, Witch Hazel dan lain-lain.

Jerawat gatal yang boleh dirawat oleh Sulphur

Apa itu Sulphur?

Homeopati mempunyai remedi secara oral (cecair atau tablet) dan juga krim untuk sapuan, hanya perubatan homeopati sahaja yang menyediakan Sulphur untuk diambil secara oral, bagi lain-lain kaedah perubatan Sulphur hanyalah digunakan secara luaran sahaja. Didalam perubatan penggunaan Sulphur adalah bertujuan untuk membunuh bacteria dikulit untuk merawat jerawat, eczema dan psoriasis.

Selepas 3 minggu menggunakan sulphur, Carmino Complexion Cream (CCC) dan Sabun Complexion (CCS)

Selepas 3 minggu, kesan gatal-gatal seperti, spot kehitaman (blackhead) dan jerawat yang bernanah mula kecut, kering. Ada sesetengah individu yang memerlukan Sulphur drop untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan ada individu yang hanya perlu krim sahaja. Ini bermakna setiap individu tidak sama proses penyembuhannya. Itulah keindahan homeopati ia merawat individu bukan hanya merawat penyakit!.

Bagi kes-kes jerawat atau masalah kulit yang kronik, remedi oral seperti Psorinum dan Graphite sering menjadi gandingan yang hebat kepada Sulphur. Untuk konsultasi sila hubungi saya melalui email atau SMS.

Harga termasuk penghantaran ialah RM69.90

Cara memesan dan pembayaran sila klik sini



Tuesday, April 13, 2010

Carmino Complexion Cream



Satu lagi produk bermutu yang telah diimpot dari India untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna iaitu Carmino Complexion Cream (CCC). Jika sebelum ini Carmino Calendula Healing Cream (CCHC) mengguna ekstrak Calendula (marigold), CCC juga menggunakan bahan yang hampir sama iaitu Calendula (marigold) tetapi diperkayakan dengan Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air.

CCC bukanlah krim berstatus kosmetik tetapi dengan bahan-bahan dari alam semulajadi ini mampu memberi kesan yang menakjubkan. Pasti anda akan berpuashati dengan muka yang bercahaya , bersih dan lebih cerah dari sebelumnya.

Mengapa Jerawat Terjadi

Kehidupan masa kini yang sering terdedah kepada polusi menyebabkan kerosakan kepada kulit muka. Anda mesti menyangka jerawat terjadi pada waktu yang singkat mungkin 1-2 hari , ia tidak benar kerana jerawat mengambil masa selama 2-3 minggu sebelum jerawat akan timbul dikulit muka anda.

Jerawat yang timbul di muka anda adalah disebabkan oleh pori-pori dan folikel rambut telah tersumbat dengan sel-sel kulit yang mati dan juga akibat sebum terjadi dengan melebihi kuantitinya. Pori adalah lubang yang amat kecil dikulit anda dan sebenarnya folikel rambut yang mengandungi rerambut yang sangat halus. Setiap rerambut akan berkait dengan kelenjar sebaceous. Kelenjar sebaceous menghasilkan substan berminyak yang dipanggil sebum. Sebum tugasnya memastikan kulit menjadi lembut

Jerawat terjadi bila lubang halus ini tersumbat dan sebum gagal untuk naik ke permukaan kulit, proses folikel tersumbat adalah gabungan sebum dan sel-sel kulit yang sudah mati dan mengakibatkan bacteria bertindak untuk menggalakkan sel darah putih menyerang , bila proses ini terjadi akan mengakibatkan inflamasi dikulit. Jerawat akan timbul bila dinding folikel terhakis dan akan menjadikan serangan jerawat samada ringin , sederhana atau teruk.

Mengapa perlu Carmino Complexion Cream

Bahan CCC yang 100% dari alam semulajadi bukan sahaja mampu mencerahkan kulit malah mampu membuka pori-pori yang tersumbat dengan khasiat-khasiat semulajadi seperti Vitamin E atau anti-oxidant dari susu kacang almond. Hasil dari kajian almond amat kaya dengan pelbagai mineral seperti potassium, copper and magnesium dan boleh bertindak sebagai “detox”.

Formula CCC adalah gabungan herba dan bunga-bungaan yang tidak dapt disangkal lagi amat berkesan pada kulit sepert i Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air .

Aloe vera atau sering di gelar “medicinal aloe” merupakan tumbuhan yang cukup popular dan telah diproses untuk kegunaan perubatan dan kosmetik. Aloe vera mempunyai nilai perubatan yang tinggi,telah dikaji dan disahkan boleh menjadi agen untuk mempercepatkan proses penyembuhan , anti-kulat dan anti-bakteria.

Mahonia aqui atau Beberis aqui adalah tumbuhan yang amat terkenal bagi pengamal homeopati , dan terdapat produk yang mengambil nama tumbuham ini iaitu Aquifolium drops dan krim. Kegunaan produk ini ialah untuk jerawat dan juga parut-parut.

Cane flower adalah bunga yang seakan-akan Marigold juga , nilai therapuetiknya juga menyamai Marigold (calendula) iaitu mempunyai nilai anti-oxidant, antiseptic dan lain-lain.

Minyak wheat germ mempunyai nilai Vitamin E yang paling tinggi bagi semua kategori minyak, ia berfungsi menghapus dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Vitamin E adalah vitamin yang amat diperlukan oleh kulit.


Sandalwood ialah tumbuhan yang mengeluarkan aroma wangi dan sering dijadikan bahan untuk fragrant . Sandawood oil ialah minyak yang mempunyai kualiti tinggi untuk mengharumkan pelbagai produk termasuk krim Carmino complexion, selain mendapat manfaat kesihatan aroma yang wangi akan memberi kelegaan kepada mental anda. Sandalwood oil.

Cara mengguna

Cuci muka dengan air suam bersama-sama sabun Merrygold atau sabun Carmino Complexion. Sapu krim ke muka dengan cara putaran dan biarkan semalaman untuk kesan yang lebih baik.

Harga RM80 promosi hanya RM70