Showing posts with label ubat diet. Show all posts
Showing posts with label ubat diet. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Diet Separuh Mati Untuk Kurus



Diet Separuh Mati Tapi Masih Gemuk

Nak kurus jer mesti diet, itu adalah mitos yang dipercayai sejak zaman berzaman. Malangnya kalau 10 orang yang amalkan hanya mungkin 1 orang je yang kurus, itu pun sampai kena gastrik. Dah kurus tetapi penyakit pula yang datang.

Mitos kedua yang amat dipercayai ramai ialah, seseorang itu perlu "stop" atau kurangkan lemak. Maka bermulalah episod diet rendah lemak, anda berlapar separuh mati tetapi berat badan seolah-olah alat penimbang itu sudah rosak kerana anda masih gemuk!!. Angan-angan hanya tinggal kenangan sahaja.

Berjaya atau gagalnya sesuatu perancangan, akan bergantung kepada satu perkataan iaitu “sistematik”. Untuk kurus pun perlu perancangan yang sistematik. Kita perlu tahu kaedah sistematik untuk diet dan beristiqomah kepada system diet itu. Jika anda seorang yang obes**, maka anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Kerana menjadi obes anda akan mengundang pelbagai penyakit... berusahalah kerana diri anda sangat berharga!!

*Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Pakar-pakar pemakanan telah mengkaji kaedah pemakanan seimbang dan diet yang bersistematik untuk menurunkan berat badan atau mengekal berat yang ideal. Terdapat kaedah diet rendah lemak dan diet kurangkan pengambilan karbohidrat. 

Ok mari kita fahami apa itu Low fat diet dan Low carb diet,


  • Low fat diet seperti yang dicadangkan oleh USDA ialah diet yang rendah lemak terutama yang mempunyai lemak tepu* dan kolesterol. Pengambilan makanan berlemak dan berkolestrol akan menjurus seseorang itu kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Lemak mengandungi dua kali ganda lebih kalori berbanding karbohidrat. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding 1 gram karbohidrat atau protein mengandungi 4 kalori.
    ** 
    Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi termasuklah produk susu terutamanya krim dan keju, lemak haiwan seperti lemak babi dan lemak daging, minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak inti sawit, coklat, dan beberapa makanan siap

  • Low carb diet yang diperkenal oleh Dr.Robert C.Atkins ialah konsep diet rendah karbohidrat sejak tahun 1970an tetapi kurang mendapat sambutan kerana lebih ramai yang yakin kepada kaedah low fat diet.  Karbohidrat ialah makanan dan minuman yang berasaskan gula. Pengambilan berlebihan karbohidrat akan menjurus kepada penyakit kencing manis. Kaedah diet ini ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat tetapi mengambil makanan lebih lemak. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
  • Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Panduan lengkap diet Dr Atkins akan disediakan bersama-sama pembelian set 1 bulan Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 Dr Reckeweg, selain BC20 untuk membantu membuang toksik didalam tubuh. Harga promosi terhad ialah RM250 RM190 termasuk penghantaran.


Kaedah mana yang terbaik?

Hasil dari kajian dan pengalaman selama bertahun-tahun sistem diet Atkins lebih berkesan untuk mendapat berat badan yang ideal dan kekal langsing selepas itu. Selain dari itu pengamal diet Atkins juga akan lebih sihat dan bebas dari penyakit 3 serangkai yang popular iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Sunday, July 10, 2011

Ubat Kurus Homeopathy


BC20 – Bio Slim Combo

Bio Slim Combo adalah persediaan 100% Biochemic ( garam mineral ) yang amat berkesan untuk mengawal berat badan kepada individu yang sudah mendapat mendapat berat badan yang ideal atau mengalami berat badan di paras “border”.

Gabungan 3 remedi yang hebat dan mendapat testimonial yang memberangsangkan untuk mengawal paras kolesterol, penghadaman dan menjaga kesihatan organ-organ penting otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament.

Gabungan 3 remedi Biochemic yang hebat ini ialah :

  • Kali.phos – Nutrisi semulajadi kepada saraf-saraf dari potassium phosphate yang sememangnya sudah terdapat di dalam sel otak dan tisu di saraf-saraf.
  • Cal.flour – Remedi ini untuk menjadikan otot dan tisu yang sesuai dan elastik. Calcium fluoride amat diperlukan oleh otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament. Fungsi paling utama remedi ini ialah untuk memastikan dan mengekalkan keadaan fiber tisu yang elastisiti, membolehkan fiber untuk meregang dan kembali kepada bentuk asalnya.
  • Cal.phos – bertindak sebagai pemangkin kepada penghadaman yang sihat di tahap selular. Ia juga membantu di dalam proses terjadinya sel darah baru yang terdapat di tisu-tisu penyambung dan jus-jus penghadaman, yang menjadikan bahan amat penting kepada nutrisi tubuh untuk memproses dari khasiat dari penghadaman. Ia merupakan tonik yang amat baik bagi semua peringkat umur untuk penyerapan tenaga.

Pesanan dan bayaran sila klik sini

Thursday, May 6, 2010

Gagal Untuk Kurus ?



Mengapa anda gagal untuk kurus?


Bila anda ingin kurus, perkara pertama yang menjadi agenda utama ialah DIET!. Diet sudah menjadi kemestian, sehingga ada yang pengsan, mendapat gastrik dan menjadi lemah akibat tidak mendapat kalori yang mencukupi bagi menjana tenaga.

Apa yang terjadi, tubuh anda melawan balik dan anda tetap tidak kurus. Tubuh anda memberi isyarat menunjukan bahawa kadar metabolisma anda berada didalam situasi yang tidak betul akibat dari diet yang anda cipta sendiri. Oleh itu diet bukanlah jalan terbaik untuk kurus, kajian menunjukan bahawa kadar metabolisma anda akan berada pada tahap normal apabila anda mengambil kalori pada kadar yang secukupnya.

Masalah : Tubuh anda melawan balik, isyarat menunjukan kadar metabolisma anda pada tahap yang tidak betul.

Penyelesaian : Berhenti diet atau menyiksa diri anda. Ambil makanan secara sihat, kawal pengambilan gula, lelemak, karbohidrat. Karbohidrat (carbs) adalah penjana tenaga seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang seperti bendi, kacang merah dan lain-lain.

Jika anda makan dengan betul dan bersenam secara sistematik ia merupakan cara terbaik untuk kurus . Mengikut kajian jika anda hanya berharap pada diet, penurunan berat badan akan menjadi terlalu perlahan, tetapi bila anda mengambil medikasi sebagai bantuan, mengambil pemakanan sihat dan senaman secara berterusan, perubahan akan terjadi dengan lebih pantas.

Masalah : Anda langsung tidak bersenam

Penyelesaian : Bermula dengan senaman yang mudah , seperti membuat senaman ringan selama 15 minit sehingga anda berpeluh didalam rumah anda, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kajian telah membuktikan kombinasi makanan sihat dan bersenaman akan mempercepatkan proses untuk kurus.


Seperti contoh pil homeopati untuk menurunkan berat badan, Phytolacca Americana 3 in 1, R79 dan Phytofit , walaupun dirumus dengan bahan-bahan semulajadi yang mampu mengawal kadar metabolisma kepada sesetengah individu, tetapi tidak kepada individu lain kerana medikasi yang dirumus dengan bahan semulajadi akan tertakluk kepada hukum keserasian. Ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang boleh “memaksa tubuh” untuk tidak berselera makan dengan meningkat secara paksa kadar metabolisma anda.

Gaya hidup juga memainkan peranan penting, jika anda menjalani kehidupan yang amat padat jadualnya ia akan menjadikan anda letih, anda akan stress sehingga menggangu tidur dan hormon. Gaya kehidupan yang begini akan menjadikan impian anda untuk kurus agak sukar.

Masalah : Kehidupan anda tidak seimbang dan penuh dengan stress.

Penyelesaian : Susun atur semula hidup anda. Anda perlu menyusun waktu untuk senaman, untuk makan, untuk tidur, untuk kerja dan untuk rehat. Jika anda dapat mengawal stress, hormon anda juga terkawal. Oleh itu impian anda akan menjadi kenyataan.

Solusi

1. Berhenti diet yang bukan-bukan, sebaliknya ambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Medikasi seperti Phytolacca Americana 3 in 1, R79 dan Phytofit bertindak sebagai bantuan untuk mempercepatkan lagi proses menurun berat badan

2. Bersenam dengan sistematik, secara rutin dan tidak menipu diri sendiri dengan tidak bersenam dengan mengharap medikasi sahaja.

3. Bersenam sehingga anda mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya 15 minit didalam rumah. Lebih baik sekiranya anda membeli alat-alat senaman seperti basikal senaman, treadmill, aerobic dan lain-lain.

4. Menyusun jadual kehidupan anda , untuk mengurangkan stress.