Showing posts with label merrygold. Show all posts
Showing posts with label merrygold. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Sabun CCS Kehabisan Stok!

Assalamualaikum wbt ..selamat hari Jumaat. Moga-moga anda semua sentiasa ceria, sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta di hari minggu.

Arakian adanya..eh sastera pula bahasa saya kali ni hehe.. nak maklumkan pada pembeli, bakal pembeli dan yang sudah order , sabun CCS (Carmino complexion soap) telah kehabisan stok dan setelah mendapat info dari pegilang yang nun jauh di India... sambil dia mengunyah sirih dia memberitahu yang stok CCS akan sampai lebih kurang 2 minggu lagi .... adoyaii biasalakan jauh kene merentas Lautan Hindi , Lautan Pasifik serta menempuh lanun-lanun dan juga ombak mengganas, perjalanan di lautan yang luas saujana memandang memang mencabar, sehinggalah sampai ke Selat Melaka mengambil masa lebih kurang 14 hari. Mencabarkan perjalanan sabun CCS ni. Hairan saya kenapa la pengilang ni tak guna kapalterbang je kan?

Dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Mei 2010..

Tetapi jangan risau dan gundah gulana, sabun Merrygold dan yang terbaru Bio-T3 Deep Cleanser boleh mengganti tugas CCS. Kesan Merrygold pun sama hebat dengan CCS, bahan-bahan Merrygold pun tidak banyak bezanya dengan CCS jadi saya sarankan anda ambil Merrygold but masa ini ... ATAU

Bio-T3 Deep Cleanser pun hebat dengan bahan-bahan yang "power" untuk kulit muka seperti Aloe Vera, Calendula, Echinacea, Kolagen dan lain-lain. Sila lihat formula Bio-T3 Deep Cleanser;

99% of AQUA and MILK and 1% in equal portion of CALENDULLA Q, ECHINACEA Q, (and) HUMULUD LUPULUS (HOPS) EXTRACT (and) CUCUMIS SATIVUS (CUCUMBER) EXTRACT (and) ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT (and) SAPONARIA OFFICINALIS EXTRACT (and) CHAMOMIL RECUTITA (MATRICARIA) EXTRACT (and) ELASTIN (and) COLLAGEN (and), TEA TREE OIL, LAVENDER AUGUSTIFOLIA (LAVENDER) OIL.

Jadi saya rasa anda tidak akan merindui CCS buat sementara waktu ini kan....

Friday, December 17, 2010

Tip Atasi Pori-Pori Terbuka


Soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah bagaimana untuk mengguna krim seperti Carmino complexion cream (CCC), Soundarya dan Aquifolium. Seringkali juga saya sarankan mengguna air suam untuk mencuci muka sedangkan yang bertanya itu sendiri pun tidak mengetahui keadaan pori-pori mukanya, dan jika orang tersebut mempunyai masalah pori-pori terbuka …maka dalam 1-2 hari menjerit-jeritlah dia SMS saya ..kenapa jerawat makin naik docc?!!. Jika ini terjadi jangan sesekali panic atau hysteria kerana selain ubat-ubat, atau kosmetik yang mahal terdapat bahan-bahan disekeliling kita yang boleh digunakan untuk meredakan “serangan” jerawat yang maha hebat tersebut.

Secara mudahnya jika anda mempunyai pori-pori yang terbuka janganlah guna air suam tetapi gunalah air sejuk untuk mencuci muka. Ubat atau remedy yang sesuai untuk masalah pori-pori terbuka adalah BC04, kerana BC04 mempunyai collagen yang akan mengecutkan pori-pori tersebut dari dalam.

Kenapa terjadi pori-pori terbuka?

Folikel rambut adalah lubang yang sangat kecil yang akan berada di sekitar kulit di seluruh tubuh kita, tugasnya untuk menyokong akar rambut. Setiap folikel mengandungi kelenjar sebaceous yang membekal pelincir kepada kulit yang di panggil sebum.Sebum adalah campuran minyak bersama sel kulit mati dan nutrisi. Bergantung kepada tahap kebersihan lubang folikel ini, saiz akar rambut akan menentukan saiz lubang tersebut. Lubang ini dipanggil pori-pori (pores). Pori-pori yang luas akan diwarisi secara genetik, perubahan umur dan tahap kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat penggunaan kosmetik yang melampau atau kosmetik yang menjadikan kulit muka mengelupas.


Selain dari ubat dan krim, untuk merawat pori-pori terbuka, cuba buka peti ais dan lihat apa yang ada, jika tidak ada apa-apa pun didalamnya, ais pun boleh digunakan . Yang penting kena rajinlah kalau malas tu payahlah.., selain dari itu bersabar amat penting untuk mengelak dari stress, kerana stress juga adalah penyebab jerawat yang utama!!. Kawal makanan berlemak, makanan segera, makan buah, sayur dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya untuk mengelak dari sembelit, ini kerana sembelit juga adalah penyebab utama terjadi jerawat. Sembelit akan menjadikan hati amat “sibuk” untuk menyahtoksik, faham-fahamlah kan jika sibuk, akan terjadilah kerja-kerja yang tidak habis begitu jugalah hati. Apabila hati gagal untuk membuang segala toxic, kulit muka adalah tempat yang paling mudah untuk discaj (membuang) toxic dan terjadilah jerawat yang pelbagai jenis bentuknya.

Ubat untuk membantu hati supaya lebih cekap untuk membuang toxic adalah R7 Dr.Reckeweg, dibantu oleh R37 untuk melembutkan najis, R23 dan R53 untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Selain ubat-ubat Homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan, kaedah mudah dan murah boleh digunakan untuk merawat jerawat dan pori-pori terbuka.

  1. Tahukah anda bahawa tomato adalah toner asli yang amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan pori-pori terbuka. Caranya guna jus tomato atau ramas-ramas tomato tersebut, sapu ke seluruh muka dan biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Cubalah setiap hari dan tengoklah hasilnya.
  2. Buah lemon juga mempunyai khasiat yang baik, caranya panaskan jus lemon dan perlahan-lahan campurkan dengan putih telur dan kacau selama 20 saat, selepas ia sejuk sapu ke muka dan biarkan untuk 10-15 minit.
  3. Buah betik juga adalah toner yang hebat, guna buah betik yang masak ..hancurkan dan sapu ke muka anda dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Anda juga boleh mencampurkan jus lemon bersama-sama dengan betik tadi untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.
  4. Ais juga boleh membantu untuk merawat pori-pori terbuka, caranya basuh muka dengan air suam dengan mengguna sabun yang lembut seperti Merrygold dan Carmino Complexion soap (CCS) untuk membuang segala kotoran. Ambil ais dan urut-urut ke seluruh muka. Ais bukan hanya untuk diminum tetapi boleh juga membuat anda cantik ..pelik tapi benar.