Showing posts with label combo homeopathy. Show all posts
Showing posts with label combo homeopathy. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

biohomeopati.com




Assalamualaikum wbt..

Kerap kali pembaca blog homeopathy2u akan merungut, pening kepala, tak tahu macam mana nak surf blog ini yang agak kelam kabut susunannya. Hendak membaca artikel atau ingin memesan remedi pun amat payah kerana tidak ada "products page" yang khusus.

Saya pun nekad beli domain dan hosting baru, maka lahirlah biohomeopati.com seperti gambar di atas. Para pembeli diharap dapat membuat pembelian di biohomeopati.com (bagi produk yang tersenarai di "products page). biohomeopati.com mempunyai products page yang tersusun. Walaupun belum siap 100%, semua fungsi web seperti "cart" dan borang pertanyaan sudah berfungsi 100%. Saya akan upload ke semua produk ke biohomeopati.com dengan seberapa segera..insya Allah.

Jika remedi atau produk yang anda cari tidak ada di biohomeopati.com atau belum terdapat di products page. Anda boleh sms saya ke 019-30 989 80 atau 017-22 444 27.

Anda masih boleh mengguna blog ini, masih aktif dan berfungsi. Di sini infonya lebih padat. Mana tak padatkan, banyak artikel dan info telah saya upload ke sini sejak sekian lama. Lama suda saya "memblogging" di homeopathy2u, semenjak 2006.. wow sudah 5 tahun tu!!.

biohomeopati.com sudah siap 30%, tetapi untuk memesan dan info ringkas setiap remedi sudah boleh dilihat di biohomeopati.com. Kalau tak berniat untuk membeli pun lawat-lawatlah ke biohomeopati.com, paling-paling pun anda boleh memberi komen atau klik LIKE di laman Fan Page biohomeopati.com. Teguran membina dari anda amat-amat-amat (3x tu hehe) dihargai.

Terima kasih kerana memberi sokongan.. anda semua memang best!!

Friday, December 10, 2010

Tip Kecantikan Rambut


Tip Untuk Mendapat Rambut Yang Cantik

Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…

    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat

Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)

Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.

Uban juga boleh terjadi pada usia muda walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :

    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk

Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :

  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.

Masalah rambut gugur, beruban pada usia muda (premature greying hair) dan botak telah menjadi lumrah di kehidupan serba moden ini. Jika dahulu 20-30 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang beruban atau mengalami botak. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan bila umur semakin meningkat. Kini akibat dari pemakanan dan gaya hidup yang penuh dengan gaya “segera” , masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.

Rawatan Secara Homeopathy

Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Kini terdapat combo terbaru bagi menterbalikkan proses uban seperti combo Lycopodium dan Phoporic acid bersama Arnica Oil. Akan dipasarkan didalam masa terdekat.