Begitulah luahan perasaan gembira seorang pengguna produk BC01, BC04, BC16, CCC dan CCS. Tetapi kali ini saya amat bertuah kerana diizinkan untuk menyiarkan wajah ala-ala "Ayu Raudah" seperti yang kerap dipuji oleh suaminya, dia rasa suaminya hanya ingin mengambil hati sahaja, tetapi rakan-rakan sekerja pun sudah "jealous" dengan wajah barunya.
Jeragat, whitehead, blackhead dan kesan-kesan parut boleh dikatakan 95% hilang didalam tempoh 3 bulan dia mengguna produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Siapa kata bahan kosmetik sahaja yang mampu mencantikkan wajah, bahan-bahan dari alam semulajadi juga mampu mencantikkan wajah seperti di atas.
Wanita yang cantik adalah wanita yang sihat dalamannya dan cantik luarannya. Betul tak?
Nota : Gambar dan testimonial yang disiarkan ini telah mendapat keizinan secara lisan dari tuan punya gambar, dan yang pertama disiarkan disiarkan di online. Jika ada mana-mana web atau blog yang ingin mengguna gambar ini sebagai testimonial, adalah perlu menghubungi DrCoOL untuk memohon keizinan, ia adalah tertakluk kepada kebenaran tuan punya gambar ini.
"Doktor..jerawat saya dah mula kecut dan hilang, tapi bila time bulan mengambang aje (datang bulan) semacam diseru-seru aje datangnya (jerawat le apa lagi), macam mana ni doktor?"
Saya mula "interview" simptom-simptom gadis tersebut, yang amat berharap untuk mendapat muka yang licin bak bulan mengambang bila bersanding pada hujung tahun ini.
Bunga Wind flower atau Pulsatilla
Simptom yang ketara ialah bila kitaran haid terjadi, jerawat akan naik dengan banyak, besar, sakit dan gatal.Kadang-kadang mengalami masalah penghadaman. Gadis itu juga mudah mengalirkan air mata walaupun kerana hal-hal yang dianggap remeh, tidak suka pada cuaca sejuk, lebih gemar berada di luar dari berada didalam bilik tertutup. Haidnya biasanya lewat dan agak pekat. Ia juga sering keresahan tanpa sebab dan degupan jantung yang agak laju.
Simptom diatas menjurus kepada Pulsatilla. Pulsatilla atau dipanggil Wind flower dianggap sebagai remedi kaum wanita walaupun ia juga sesuai untuk lelaki seperti masalah resdung.
Tidak semestinya semua simptom seperti diatas adalah sama kepada semua wanita, tetapi memadai jika ia ada simptom seperti:
Waktu kitaran haid makin teruk jerawatnya dan ada masalah resdung juga
Mudah bersedih, risau tidak menentu
Tidak suka cuaca sejuk, dan berada didalam bilik dan lebih gemar berada diluar.
Saya lebih gemar menyediakan remedi dari asas biochemic atau garam tisu atau cell salt remedy (remedi yang dianggap sama dengan homeopati kerana konsep dan cara penyediaan remedi adalah sama) kerana biochemic ternyata lebih lembut ia seolah-olah sudah berada didalam tubuh kita berbanding remedi homeopati yang berjumlah lebih 8,000 jenis. Namun bila perlu saya akan "menjodohkan" remedi yang dipanggil "polycrest" atau remedy serbaguna dan paling utama didalam perubatan homeopati seperti Pulsatilla.
Terutama bila menangani masalah jerawat dan parut. BC01 , BC04 dan terbaru BC16 telah berjaya menyembuhkan hampir 90% masalah jerawat samada kronik ataupun sekadar biasa-biasa, dengan menambah Pulsatilla sebagai remedi penyelamat peratusan kes-kes yang sembuh telah meningkat dengan bantuan pilihan terbaru Carmino complexion cream (CCC) dan sabun complexion soap (CCS).
Akhirnya saya mendapat mesej gembira ini .
Salam.. doc.. pe khabar? heheh...sorry lama xbertnya kabbar..bz ckit.. huhuhu..saje nk update.. hampir 2 minggu sy try remedy terbaru doc... mmg EXCELLENT la...... jrwt besar2 merah2 da xde... hanya ada jrwt kecik2 tu pn 2 3 ketul jek dan tinggal parut lama... hari ni baru bulan mengambang.. timing cpt sikit. so keadaan muke sy xde tewok sgt. Saya sgt HAPPY... My TARGET nk licin kan seluruh muke....Thanks DOC. :)
Satu lagi produk bermutu yang telah diimpot dari India untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna iaitu Carmino Complexion Cream (CCC). Jika sebelum ini Carmino Calendula Healing Cream(CCHC) mengguna ekstrak Calendula (marigold), CCC juga menggunakan bahan yang hampir sama iaitu Calendula (marigold) tetapi diperkayakan dengan Aloe vera, Mahonia aqui, Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air.
CCC bukanlah krim berstatus kosmetik tetapi dengan bahan-bahan dari alam semulajadi ini mampu memberi kesan yang menakjubkan. Pasti anda akan berpuashati dengan muka yang bercahaya , bersih dan lebih cerah dari sebelumnya.
Mengapa Jerawat Terjadi
Kehidupan masa kini yang sering terdedah kepada polusi menyebabkan kerosakan kepadakulit muka. Anda mesti menyangka jerawat terjadi pada waktu yang singkat mungkin 1-2 hari , ia tidak benar kerana jerawat mengambil masa selama 2-3 minggu sebelum jerawat akan timbul dikulit muka anda.
Jerawat yang timbul di muka anda adalah disebabkan oleh pori-pori dan folikel rambut telah tersumbat dengan sel-sel kulit yang mati dan juga akibat sebum terjadi dengan melebihi kuantitinya. Pori adalah lubang yang amat kecil dikulit anda dan sebenarnya folikel rambut yang mengandungi rerambut yang sangat halus. Setiap rerambut akan berkait dengan kelenjar sebaceous. Kelenjar sebaceous menghasilkan substan berminyak yang dipanggil sebum. Sebum tugasnya memastikan kulit menjadi lembut
Jerawat terjadi bila lubang halus ini tersumbat dan sebum gagal untuk naik ke permukaan kulit, proses folikel tersumbat adalah gabungan sebum dan sel-sel kulit yang sudah mati dan mengakibatkan bacteria bertindak untuk menggalakkan sel darah putih menyerang , bila proses ini terjadiakan mengakibatkan inflamasi dikulit. Jerawat akan timbul bila dinding folikelterhakis dan akan menjadikan serangan jerawat samada ringin , sederhana atau teruk.
Mengapa perlu Carmino Complexion Cream
Bahan CCC yang 100% dari alam semulajadibukan sahaja mampu mencerahkan kulit malah mampu membuka pori-pori yang tersumbat dengan khasiat-khasiat semulajadi seperti Vitamin E atau anti-oxidant dari susu kacang almond. Hasil dari kajian almond amat kaya dengan pelbagai mineral sepertipotassium, copperand magnesium dan boleh bertindak sebagai “detox”.
Formula CCC adalah gabungan herba dan bunga-bungaan yang tidak dapt disangkal lagi amat berkesan pada kulit sepert i Aloe vera, Mahonia aqui,Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ dan krim yang telus air .
Aloe vera atau sering di gelar “medicinal aloe” merupakan tumbuhan yang cukup popular dan telah diproses untuk kegunaan perubatan dan kosmetik. Aloe vera mempunyai nilai perubatan yang tinggi,telah dikaji dan disahkan boleh menjadi agen untuk mempercepatkan proses penyembuhan , anti-kulat dan anti-bakteria.
Mahonia aqui atau Beberis aqui adalah tumbuhan yang amat terkenal bagi pengamal homeopati , dan terdapat produk yang mengambil nama tumbuham ini iaitu Aquifolium drops dan krim. Kegunaan produk ini ialah untuk jerawat dan juga parut-parut.
Cane flower adalah bunga yang seakan-akan Marigold juga , nilai therapuetiknya juga menyamai Marigold (calendula) iaitu mempunyai nilai anti-oxidant, antiseptic dan lain-lain.
Minyak wheat germ mempunyai nilai Vitamin E yang paling tinggi bagi semua kategori minyak, ia berfungsi menghapus dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Vitamin Eadalah vitamin yang amat diperlukan oleh kulit.
Sandalwood ialah tumbuhan yang mengeluarkan aroma wangi dan sering dijadikan bahan untuk fragrant . Sandawood oil ialah minyak yang mempunyai kualiti tinggi untuk mengharumkan pelbagai produk termasuk krim Carmino complexion, selain mendapat manfaat kesihatan aroma yang wangi akan memberi kelegaan kepada mental anda. Sandalwood oil.
Cara mengguna
Cuci muka dengan air suam bersama-sama sabun Merrygold atau sabun Carmino Complexion. Sapu krim ke muka dengan cara putaran dan biarkan semalaman untuk kesan yang lebih baik.