Showing posts with label hapuskan blackhead. Show all posts
Showing posts with label hapuskan blackhead. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Biochemic Untuk Jerawat Dan Parut

Biochemic (Garam tisu) Untuk Masalah Jerawat dan Parut


Produk yang bermula dengan awalan BC bermaksud Biochemic atau garam tisu yang menjadi sebahagian daripada perubatan homeopati. Seringkali disebut Homeopathic Biochemic adalah menggunakan konsep penyediaan remedi yang sama dengan perubatan homeopati tetapi tidak tertakluk kepada konsep seperti homeopati iaitu “serupa menyembuhkan yang serupa”, kerana biochemic membantu membekal garam tisu yang berkurangan didalam tubuh sehingga menjadi punca kepada sesuatu penyakit dan bukan kepada persamaan sesuatu simptom dengan remedi seperti homeopati.

Perubatan alternatif Biochemic sering dipraktik oleh sebahagian besar doktor-doktor homeopati termasuk saya kerana cara pemilihan remedi yang tidak terlalu banyak iaitu hanya sekadar 12 remedi yang mewakili 12 mineral atau garam tisu yang sedia ada di dalam tubuh , ia lembut dan selamat untuk semua peringkat umur, termasuk ibu-ibu mengandung dan bayi.

Biochemic telah menunjukan prestasi yang cemerlang untuk menangani pelbagai penyakit yang terjadi akibat kekurangan mineral di dalam tubuh. Paling utama ialah masalah kulit seperti jerawat yang terjadi akibat kekurangan beberapa garam tisu yang terdapat di dalam tubuh seseorang itu.

Mengapa perlu mengambil Biochemic?

Ini ialah kerana Biochemic mampu merawat tanpa meninggalkan kesan sampingan seperti produk kosmetik atau berteraskan bahan kimia yang pasti akan menjadikan anda hanya cantik di luaran sahaja kelihatan bersih dan bebas jerawat, dengan membenam jerawat dan akhirnya menjadi nanah di bawah permukaan kulit anda tanpa anda sedari.


Muka kita secara konsisten bergelut untuk terus berada pada tahap terbaik pada setiap hari kerana sering terdedah kepada pelbagai unsur negatif seperti pencemaran udara. Kerap kali juga muka akan mengalami kekeringan atau terlalu berminyak. Selain dari itu, hormon yang tidak menentu juga memainkan peranan yang penting, kecelaruan aktiviti hormon seperti terlalu rendahatau kadang-kadang terlalu tinggi, menambah kepada masalah yang sedia ada.


Apabila jerawat mula naik,situasi panik akan membuatkan setiap individu mula mencari ubat-ubat dan krim untuk merawat dan menghapus jerawat. Bahan-bahan merawat digunakan seperti krim-krim pencuci dan penghapus jerawat yang mengguna bahan kimia yang berunsurkan “membenam” jerawat ke bawah lapisan kulit dan menanggalakan kulit (mengelupas) akan menambah derita, seperti perumpaan “sudah jatuh ditimpa tangga”. Oleh itu kita perlu bijak memilih konsep rawatan yang selamat, bebas bahan kimia dan yang penting tdak meninggalkan kesan sampingan seperti biochemic dan homeopati.


Perbezaan Di Antara BC-01, BC-04 dan BC-16

Perbezaan di antara produk ini hanyalah kombinasi remedi untuk masalah seperti jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah dan menghilangkan parut hasil dari jerawat tersebut.

  • BC-01 – Acne & Scar (jerawat dan parut) yang biasanya dicadangkan kepada individu yang berjerawat pasir dan ringan, ia amat sesuai digandingkan dengan Carmino Healing Cream (CHC) serta Sabun Merrygold

  • BC-04 With Biochemic Collagen adalah bertujuan untuk menambah protein yang berkurangan didalam kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan cerah. Ia juga membantu menambah keanjalan kulit agar Nampak segar , menghapus lebihan minyak, menegangkan kulit muka dan memudarkan parut-parut.

  • BC-04 juga sesuai digandingkan dengan krim Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) atau Merrygold Soap (MGS). Selain CCC, Soundarya atau Aquifolium Cream juga boleh digandingkan bersama-sama BC-04 begitu juga dengan BC-01 dan BC-16. BC-04 boleh diambil sebagai remedi “maintenance” selepas mengambil BC-01 dan BC-16.

  • BC-16 Skin repair formula yang mengandungi kombinasi untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan putih (blackhead & whitehead) ,dan detox serta membersih bahan-bahan yang tidak dikehendaki dibawah lapisan kulit seperti nanah,sel-sel kulit mati dan juga untuk alergik kepada makanan atau persekitaran yang tidak bersih. Hasilnya jika individu tersebut mempunyai nanah dan sel-sel kulit mati, akan terjadi penolakan keluar dan menjadikan jerawat tersebut akan lebih teruk buat sementara waktu. Ini adalah kesan positif, tetapi ramai yang tidak tahan dengan situasi ini dan sering panik, tetapi anda perlu bersyukur kerana nanah-nanah dan sel kulit mati itu jika dibiarkan bermastautin di bawah kulit muka anda, secara pastinya satu hari nanti anda berkemungkinan besar akan mendapat kanser kulit. Setelah bahan-bahan yang tidak berguna itu telah ditolak keluar dan formulasi biochemic akan mengimbangi bahan-bahan mineral yang berkurangan kepada paras yang selamat. Oleh itu anda akan memperolehi penyembuhan yang hampir sifar untuk mendapat jerawat semula.

  • Bagi individu yang mengalami masalah jerawat akibat dari resdung juga bermanfaat dengan remedi biochemic kerana kombinasi untuk jerawat juga akan merawat resdung pada masa yang sama.

Kesan Sampingan

Tidak ada kesan sampingan yang dilapurkan, biochemic adalah amat selamat untuk semua peringkat umur, ibu-ibu yang mengandung dan kepada warga emas.

Mengapa Anda Mudah “Sunburn”
?.

Hydroquinone, atau benzene-1,4-diol atau quinol .. Hydroquinone digunakan dialam produk kosmetik untuk mencerahkan kulit muka. Kebanyakan Negara termasuk Food and Drug Administration Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan Hydroquinone 2% semenjak 2006 lagi. Tidak dinafikan Hydroquinone bertindak dengan pantas seperti menghapus jerawat, mencerahkan kulit serta “menghakis” kulit muka yang kusam dan menjadikan kulit itu nipis serta licin. Kesan jangka panjang ialah lapisan kulit yang sepatutnya menjadi penghadang kepada sinaran UV telah “dihakis” oleh Hydroquinone sehingga menjadikan individu tersebut mudah “sunburn” walaupun terdedah kepada cahaya UV yang minima.


Nota :

Krim-krim homeopati adalah dari estrak bahan-bahan tumbuhan dan berasaskan bahan telap air, ia tanpa bahan berminyak dan tidak ada bahan-bahan dari ekstrak haiwan

Berikut ialah beberapa pertanyaan yang saya tidak sempat menjawab di SHOUT BOX:

era :Salam dr.tolong cnsult saya berkaitn parut jerawat + jrwt.sudah berthun2 saya mnglmi mslh jrawat..TQ
dee: ape beza bc01, bc 04 dan bc16?? CCC hanya tuk guna mlm je ke??

Effa: Doc, saya makan BC16 lepas bangun dari tidur tanpa gosok gigi boleh ke? Pastu saya makan pulak BC05 10 minit lepas tu saya makan brain buster.

Effa: Betul ke cara makan saya ni. Lagi satu sy kerap kembung lah doc kebelakangan ni. Nak mkn apa pulak ye?


Haris: doc,suggest kn sy produlk utk parut jwt yg berlubang


arina: salam doc. saya ada mslh jerawat disebbkan resdung.apa produk asas yang boleh sy cuba? n adkh ia betul2 berkesan?, arina n satu lg, ade x kesan smpingan kalau sy berhenti guna produk ni?


Tika: dr. masalah sya adalh alah pada maknan terutamnay sardin, ikan kering, tuna. klu saya kan muka saya akan terus naik jerawat dan kemerah2an. tika n akan tinggalkan parut dan jerawat tue susah nak baik. jadi ubat apa yg sesuai


ely: doc,memang bila pkai produk ccc n ccs dia akan kua dulu jerawat ke?e..makin byk jrawat berpasir kat pp.n dagu lak jrawat besar n bernanah.
sharu l : doc cream ape yg sesuai utk parut jerawat yang berlubang2

Semoga terjawab persoalan anda ..

Wednesday, April 14, 2010

Ketiak yang hitam boleh dicerahkan semula?

Pengumuman : Sabun CCS stok masih belum tiba... saya memohon maaf di atas kelewatan ini, tetapi sabun Merrygold juga mempunyai kesan yang hampir sama dengan CCS. Oleh jangan risau yer


Perghh!! bak kata kawan saya orang Muo (Muar), "power tu, ketiak yang hitam boleh dicerahkan semula?" (bahagian lain juga dapat dicerahkan seperti celah kangkang, minta maaf beribu maaf yer saya hanya ingin menyampaikan info kebetulan Cik Muo mencuba semua area yang didapati tidak menarik untuk dicerahkan). Dia menyapa saya di YM dikala anjing menyalak sayu-sayu, seram juga tapi biasalah anjingkan, dia tengah test vokal dia tu ... biarkan anjing dan salakkannya, berbalik kepada kawan a.k.a pengguna setia produk-produk homeopati yang saya pasarkan ini, ialah salah seorang sukarelawan untuk mencuba produk terbaru Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) untuk mencuba keberkesanannya sebelum saya membuat penampilan sulung untuk kedua-kedua produk tersebut di blog ini. Terdapat tiga orang yang menjadi sukarelawan untuk mencuba produk kecantikkan berasaskan herba homeopati ini, namun Cik Muo (saya namakan dia Cik Muo), memberi respon yang terpantas didalam masa 3 minggu.


Apakah rahsia Cik Muo?

Cik Muo telah menggunakan Carmino Complexion Soap (CCS) bukan hanya di muka tetapi diseluruh kawasan yang difikirkan untuk mencuba dicerahkan terutama di ketiak, celah kangkang dan kesan hitam akibat pemakaian kasut dan seluruh tubuhnya. Carmino Complexion Cream (CCC) hanya sesekali disapu pada kawasan-kawasan tersebut kerana Cik Muo khuatir cepat pula habis krim tersebut. Dalam masa 3 minggu gabungan Carmino Complexion Soap (CCS) dan Carmino Complexion Cream (CCC) sudah berupaya mencerahkan kulit muka, ketiak dan kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi, menghapus jerawat, menghapus jeragat, menghapus blackhead dan whitehead dan memudarkan parut-parut lama. Senyum lebar Cik Muo kerana tidaklah semahal mana pun produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti Carmino Complexion Cream (CCC) dan Complexion Soap (CCS) ini, tetapi boleh memberi kesan yang "impak maksima"

Bahan-bahan yang digunakan didalam Carmino Complexion Soap (CCS) adalah sama dengan Carmino Complexion Cream (CCC) tetapi Carmino Complexion Soap (CCS) ditambah Echinacea iaitu bunga yang mendapat nama besar sebagai "pencuci darah" atau "detox" bagi merawat pesakit-pesakit kulit.

100% bahan-bahan yang dirumuskan untuk kedua-dua produk ini ialah bebas dari bahan yang berasaskan haiwan tetapi menggunakan bahan-bahan berasas tumbuhan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran untuk asas krimnya, bahan-bahan utama ialah Aloe vera, Calendula (Bunga Marigold), Mahonia aqui (tumbuhan yang berbuah beri), Cane flower, susu kacang almond (almond milk), minyak wheat germ, Sandalwood oil (minyak beraroma) dan krim yang telus air (berasaskan dari sayur-sayuran).



Dua orang sukarelawan lagi saya namakan mereka Cik Kedah dan Cik Ganu juga memberi respon yang memberangsangkan. Mereka juga amat berpuashati kerana muka mereka yang kusam, nampak berminyak, berjeragat, berparut dan berjerawat semakin menunjukkan perubahan yang ketara baiknya, makin cerah makin berseri-seri ujar mereka. Cik Kedah dan Cik Ganu menggunakan Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) setiap hari selama 3 minggu dan CCC digunakan setiap malam dengan membiarkan semalaman.

Nota : Cara penggunaan Carmino Complexion Cream (CCC) ialah dengan mencuci muka dengan air suam mengguna Carmino Complexion Soap (CCS). Selepas dikeringkan muka dengan tuala bersih mereka akan menyapu keseluruhan muka dengan Carmino Complexion Cream (CCC) secara kaedah putaran jam dan biarkan semalaman.

Tanpa berlengah-lengah lagi saya pun terus mencuba kedua-dua produk ini, saya pun ingin kelihatan berseri-seri dan gebukan.....

Untuk pesanan sila SMS ke 019-309 89 60 atau email ke sales@solaris-marketing.com, untuk info cara pembayaran sila ke sini

Harga :

  • Carmino Complexion Cream (CCC) harga promosi RM70
  • Carmino Complexion Soap (CCS) harga promosi RM40
  • Pakej untuk kedua-dua produk RM100.
Penghantaran adalah percuma keseluruh Malaysia.