Showing posts with label homeopathy. Show all posts
Showing posts with label homeopathy. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Bio-T3 Cream - Natural Acne Treatment


Saya menerima 1 panggilan dari Pulau Pinang, suaranya agak sedih dan kecewa. Mengapa dia sedih dan kecewa?, tentulah pasal jerawat di muka yang tak pernah kenal jemu nak menyusahkan dia. Pelbagai produk sudah dicuba, duit dah beribu-ribu dan treatment bermacam cara treatment sudah dibuat. Hasilnya muka dia semakin teruk!.

Saya sendiri pun ligat memikirkan apakah yang sesuai dengan gadis ini?, mukanya merah jelas dengan jerawat yang galak membiak, berminyak dan lambat sembuh. Lepas pening-pening lalat saya minta dia masa untuk membuat kajian...

Dengan Izin Allah, saya mendapat ilham ... Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment digunakan sebagai Facial Cleanser, HSC30 dan Bio-T3 Acne Lift On Gel.



7 Langkah yang perlu di ambil seperti berikut:

  • Langkah 1 - pastikan tangan anda bersih dan basahkan muka dengan air suam (jangan air panas tau nanti melecur pula hehe)
  • Langkah 2 - ambil krim secukupnya letak di tapak tangan atau guna kapas yang lembut
  • Langkah 3 - Sapu Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment dengan cara putaran keseluruh muka dan biarkan beberapa minit untuk memastikan Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment telah meresap kedalam kulit.
  • Langkah 4 - Guna kapas lembut dan lap muka dengan rata untuk membuang kotoran seperti minyak, debu dan alat make-up yang berminyak. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam sehingga semua krim telah dibersihkan, akhiri dengan membasuh muka mengguna air sejuk atau air biasa atau mineral (yang paling bagus air mineral tudung botol warna hijau kerana ia adalah air mineral yang asli). Air sejuk akan mengecutkan pori yang terbuka dan menambah baik kitaran darah.
  • langkah 5 - keringkan muka dengan tuala bersih, jika ingin mendapat kesan yang bagus jangan guna tuala yang sama. Pastikan anda mempunyai 2-3 helai tuala yang bersih untuk guna setiap hari.
  • Langkah 6 - Guna kapas dan picit Bio-T3 Acne Lift On Gel secukupnya dan sapu HANYA ke jerawat yang sedang bernanah atau kemerahan sahaja. Jika jerawat itu sudah kering anda boleh hentikan penggunaan Bio-T3 Acne Lift On Gel.
  • Langkah 7 - Ambil HSC30 4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sewaktu perut kosong.


Selain dari penggunaan produk di atas, saya juga menasihatkan gadis tersebut untuk;

  • Kerap cuci muka selepas keluar, kerana udara yang tercemar juga akan mengakibatkan jerawat.
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak untuk membantu hati membuang toxin
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurangkan makanan berminyak dan berperisa
  • Guna make-up yang tidak berminyak, make-up berminyak akan menyekat liang pori dari berpeluh dan memerangkap bakteria.
  • Guna moisturizer yang rendah pHnya.
  • Tidur dan rehat dengan secukupnya untuk menghindari dari stress.
  • kerap basuh sarung bantal dan cadar.
Bukan pantang larang tau , kerana berpantang bermaksud anda pantang lepas bersalin ..hehe. Anda hanya perlu KURANGKAN pengambilan tetapi kalau tidak mengambil langsung makanan berminyak atau berperisa lagi la baguskan.

Selepas 2 minggu saya mendapat berita gembira, jerawat gadis tersebut mula terkawal dan berkurangan....Alhamdulilahhh

Thursday, October 28, 2010

Sambungan - Jerawat 11 Tahun Nak Sembuh Dalam Masa 1 Minggu ?

Sambungan...

Cuaca hari itu hujan dan kilat sabung menyabung, angin pun kuat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. "Kalau angin semakin kuat kene azan ni" saya terdetik untuk azan sekiranya angin semakin kuat, mana la tahu nanti terbang pula atap pejabat saya ni, tak pasal-pasal masuk "paper" dan Astro Awani, bertambah glamour la saya...

Selepas 5 minit desiran angin yang menyeramkan serta kuat itu, mula memperlahankan momentumnya.. saya bersyukur dan merasa lega. Handphone saya berbunyi memberi isyarat bahawa ada SMS masuk, "doc saya nak update pasal muka saya..ada di office kan, tunggguuu!!". Alamak angin ribut sudah reda, tetapi datang ribut lagi satu, pula!! yang menyeramkan ayat penghujung nya "tunggguuu!!" siap ada tanda seru tu..

Saya menghitung sendirian selepas menyemak rekod gadis garang yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja. "oh dah 3 minggu" saya bercakap sendirian, pembantu saya pun menoleh kehairanan. "Assalamualaikum.. mujur doc ada, ni saya bawa 2 orang kawan sepejabat nak ambil ubat jerawat juga" Fuh... saya tersandar di kerusi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Muka gadis tersebut amat berbeza, jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas, jerawat yang besar tidak "bermata dan yang bermata" dan bernanah telah kering dan hanya tinggal parut-parut yang agak pudar, mukanya yang berminyak dan kusam pun dah kembali bermaya dan nampak segar menyerlahkan keayuan gadis tersebut. Dia tersenyum manis, amat manis sekali. "Doc, tolong cadangkan pada kawan saya yer apa yang perlu di ambil?". Gadis tersebut dengan suara yang merdu meminta.. "eh Echi-a berapa ringgit yer doc?, saya nak bayar ni". Dia tidak lupa rupanya.

Kawan kepada gadis tadi mempunyai 2 permasalahan yang berbeza, Gadis A akan berjerawat teruk, seminggu sebelum datang haid dan Gadis B pula hidapi sembelit yang kronik. Bentuk jerawat hampir sama kombinasi jerawat besar dan kecil-kecil, muka berminyak dan berkulit cerah.

Gadis garang yang bertukar mesra, saya cadangkan mengguna Krim Soundarya untuk menghapus parut, Sabun CCS dan BC16 Skin Repair Formula.

Solusinya :

  • Gadis A saya cadangkan BC01, Pulsatilla 30, Krim CCC dan sabun CCS
  • Gadis B saya cadangkan mengambil Set Komprehensif R7 Detox untuk membuang toxin didalam hati akibat sembelit, R23 untuk merawat jerawat yang bernanah dan juga untuk membina tisu baru bagi menghapus parut, R53 untuk mengimbang hormon yang tidak stabil, R37 untuk melembutkan najis dan menghalang dari terjadinya sembelit. CCC dan sabun CCS.
Cara pengambilan remedi yang dicadangkan :

  • BC01 dan Pulsatilla adalah remedi berbentuk tablet diambil 3 kali sehari, ambil BC01 4 biji dan dihisap hingga larut kedalam mulut dan selepas 30 minit ambil Pulsatilla 30. Begitulah seterusnya
  • R7, R23, R37 dan R53 adalah remedi Dr.Reckeweg berbentuk cecair, dicadangkan R7 dan R53 diambil 3 kali sehari seperti turutan di atas, sementara R23 dan R53 hanya di ambil pada sebelah malam sebelum tidur dan diselang selama 15-30 minit.
  • Krim CCC hanya di guna pada sebelah malam, selepas mencuci muka mengguna sabun CCS, kalau boleh mengguna air suam. Krim hendak disapu secara putaran ke seluruh muka dan dibiarkan semalaman. Begitu juga Krim Soundarya.
Ketiga-tiga gadis tadi pulang dengan muka penuh harapan, untuk kembali cantik dan kembali yakin untuk bergaul mesra bersama-sama teman, sekarang mereka merasa rendah diri dengan muka yang penuh berjerawat. Saya sentiasa mendoakan semoga semua pembeli mendapat manfaat sebaik-baiknya dari ubat-ubat saya...aminnnnnn

Moral dari cerita ini : Remedi atau ubat Homeopathy adalah bebas dari bahan kimia atau bahan-behan beracun, amat selamat dan tidak ada kesan sampingan. Proses penyembuhannya kadang-kadang mempunyai "outbreak" atau keluar dahulu baru sembuh dan ada yang terus sembuh. Ini mengikut keadaan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perubatan Homeopathy tidak membenam penyakit seperti membenam jerawat kedalam kulit untuk kelihatan sihat. Perubatan Homeopathy merawat individu bukan hanya merawat penyakit tertentu sahaja. Rawatan Homeopathy memerlukan kesabaran dan berdisiplin sewaktu mengambil ubat atau remedi.



Saturday, February 27, 2010

Insomnia - Masalah Utama Di Zaman Moden

When used correctly, sleep medications may provide rapid relief of the symptoms of insomnia. But not all options have been shown to be effective for long-term treatment of insomnia. And many of these medicines can cause side effects such as low blood pressure, anxiety, and nausea. Evidence suggests that these medicines also may become less effective when your body gets used to them.


Bila seseorang itu mengalami insomnia (masalah untuk tidur), pelbagai ubat-ubatan yang boleh dibeli dikaunter dan jika melibatkan bahan-bahan yang mempunyai kesan dadah yang kuat seseorang itu perlu mendapatkan preskripsi dari doktor sebelum mengambil pil-pil tersebut bagi membolehkan seseorang itu untuk tidur pada malam tersebut.Tidak dinafikan ubat-ubatan ini boleh melegakan simptom insomnia secara pantas namun telah dibuktikan ia tidak dapat membantu pada jangkawaktu yang panjang bila tubuh sudah "biasa" dengan ubat-ubat tersebut. Malah jika diguna secara berterusan ia akan mendatangkan kesan sampingan (side effects) seperti tekanan darah rendah, kerisauan yang tidak menentu dan loya-loya.


Homeopati menawarkan remedi yang amat "lembut" untuk membantu masalah insomnia seperti V-C15 Forte, selain itu juga secara semulajadi ia akan mereda stres. Stres merupakan simptom utama penyebab kepada terjadinya insomnia.


V-C15 forte has anti-fatigue and anti stress properties. It acts as a tonic for the entire nervous system. This formula provides energy and vitality quickly due to its content of vitamin B complex (Riboflavin B1 and Thiamin B2), vitamin C and ginseng which contributes to the activation of cellular metabolism. An adequate intake of these vitamins will help the organism to develop resistance to stress. V-C15 forte will help anyone who needs a boost of energy to help cope with a busy daily schedule.


V-C15 Forte adalah remedi anti keletihan melampau dan anti stress. Ia bertindak sebagai tonik untuk keseluruhan system tubuh. Formula homeopati ini akan mempertingkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan pada amnya, ini ialah kerana ia mengandungi vitamin B complex (Riboflavin B1 and Thiamin B2), vitamin C dan ginseng yang menyumbang kepada terjadinya sel-sel metabolisma. Pengambilan yang vitamin-vitamin ini dengan kadar yang secukupnya akan membantu organisma untuk membina pertahanan kepada stress. V-C15 Forte akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga yang berlebihan untuk menjalankan urusan seharian yang padat dan sibuk.


Price : RM165 including shipment / termasuk penghantaran


Packing : 12 x 10ml drinking ampoules / 12 x 10ml botol kecil untuk diminum


Bagaimana hendak pesan dan pembayaran sila klik sini





Monday, August 31, 2009

Merdeka, Pandemic, Bulan Puasa Dan Topeng Muka

31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 Hijrah kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 didalam suasana yang diselubungi oleh kegawatan ekonomi dan juga pandemic Selsema Babi.

Pautan ke laman Kementerian Kesihatan Malaysia untuk info terkini http://h1n1.moh.gov.my/

Setakat 31 Ogos 2009 , jam 9.00 pagi . Seperti lapuran laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 72

Dimaklumkan sehingga 31 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 286 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (70%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (9), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).


Walaupun wabak ini pada tahap kritikal , tinjauan saya di pusat tumpuan umum seperti pasar raya dan lain-lain kawasan membeli belah pemakaian topeng dikalangan pengunjung adalah amat mendukacitakan. WHO sendiri mengatakan bahawa penduduk Malaysia tidak mendapat info yang secukupnya untuk berbuat sedemikian. Di mana silapnya?.

Tambahan pula di bulan Ramadhan umat Islam sedang berpuasa dan semestinya tumpuan orang ramai untuk keluar membeli belah, namum dengan situasi ini saya khuatir penyebaran AH1N1 akan bertambah dengan teruknya. Adalah wajar bagi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghebahkan kepada orang ramai untuk menggunakan topeng muka dengan menghantar kakitangan dan sukarelawan di seluruh kawasan tumpuan membeli belah dengan pemasangan poster, kain rentang, risalah-risalah dan topeng muka untuk diberi secara percuma mahupun dijual dengan harga minima dan memberi informasi tentang kebersihan diri. Langkah seperti ini walaupun agak drastik tetapi mampu menghalang wabak ini dari menular, ini ialah kerana Malaysia mencatatkan kematian tertinggi di Asia dan Asia Tenggara.

Saya menekankan pemakaian topeng ini kerana vaksin belum ditemui, hanya penggunaan topeng dan penjagaan kebersihan sahaja yang mampu menghalang dari terkena jangkitan wabak maut ini. Sebagai langkah proaktif Kementerian Kesihatan juga disarankan berkerjasama dengan pakar-pakar perubatan alternatif terutama homeopathy untuk membuat kajian keberkesanan remedi homeopathy yang telah berjaya mengawal wabak Spanish Flu pada 1918/1919. Tidak ada ruginya untuk berbuat demikian dari hanya menunggu vaksin yang dikeluarkan oleh negara luar yang entah bila untuk disiapkan,

Sebagai rakyat Malaysia saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia, amat bersyukur kita kini telah mencapai usia 52 tahun merdeka. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!