Showing posts with label melasma free. Show all posts
Showing posts with label melasma free. Show all posts

Sunday, August 4, 2019

SMF with Beberis Aquifolium Remedi Jeragat 3 + 1

Phieww dah lama tak menulis di dalam blog ni, sebab dok sibuk update di fb je. Sampai hampir terlupa nak log in hehe.. harap-harap masih ada yang sudi membaca.Saya teruskan menulis yer ...

Bagi yang pernah membeli set jeragat SMF pasti masih ingat 3 botol Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca. Set ini sangat laris jualannya dan sangat berkesan membantu pesakit yang berjeragat. Set SMF memang power, mana tak power dalam masa 2 minggu dah bersih muka yang kusam dan berjeragat.

Cuba tengok gambar di bawah, gambar ni adalah original dan diizinkan oleh pembeli tersebut untuk di jadikan testimoni SMF tau ..

Puan ini sungguh bersabar dan mengikut aturan mengamal remedi seperti yang dicadangkan walaupun terdapat 3 botol, hasilnya sangat mengkagumkan!. Ramai juga yang merungut, payah la doc 3 botol, susah nak bawa jika travel. Ada yang tertinggal, terlupa nak makan remedi hehe.. jadi terhasillah SMF di dalam 1 botol. Bukan hanya SMF tetapi di tambah Beberis Aquifolium yang sangat hebat reputasinya. Mari kita lihat manfaat yang ada di dalam SMF with Beberis Aquifolium.

Sepia 200 - remedi paling utama, dan terhebat sepanjang saya menjadi pengamal homeopathy untuk membantu memudarkan dan menghilangkan jeragat.

Sepia 200 sangat efektif dan berkesan untuk jeragat yang kekuningan dan kecoklatan. Jeragat bertumpu di hidung, pipi dan kulit muka kelihatan kusam. Kadang-kadang terjadi lingkaran biru sekitar mata.

Sepia 200 sangat berkesan mengurangkan simptom jeragat yang terjadi sewaktu kehamilan dan menopos.

Jeragat akibat haid tidak teratur dan sering terjadi senggugut sewaktu haid sehingga terpaksa membongkok menahan kesakitan. 


Fragaria vesca - sangat hebat untuk mengatasi masalah berkaitan usus dan penghadaman. Masalah kulit terutama di muka sangat berkait rapat dengan kesihatan usus. Fragaria vesca juga sangat membantu buah pinggang untuk bekerja secara optimum dan membantu menghalang dari terjadi batu di dalam buah pinggang. Fragaria juga sangat hebat untuk mempercepatkan poses penyembuhan dan mencerahkan kulit.

Cal Sulph - Cal sulph adalah biochemic mineral dan terdapat di dalam kulit. Cal sulph membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Menjadi sebagai agen detox kepada hati yang banyak bertoksik. Cal sulph juga sangat hebat membantu menghalang masalah kesihatan dan jangkitan am.

Beberis Aquifolium - Merupakan remedi utama (top remedy) untuk jeragat dan juga jerawat. Sepanjang pengalaman saya menjadi pengamal homeopathy Beberis sangat hebat untuk menjadikan kulit seseorang glowing, bersih dan nampak sihat sedangkan sebelum itu boyfriend dia pun lari (memang tak patut). Selepas mukanya glowing dan bersih ada hati pula nak berbaik semula ermmm..

Beberis sangat hebat untuk mencerahkan serta menaikkan seri di muka (glowing) memudar dan menghapus jeragat termasuk kesan parut. Beberis juga sangat membantu menghilangkan parut jeragat, jerawat, kesan tidak rata di muka, muka yang berminyak dan kelihatan seperti wax, kering dan bersisik.

Harga SMF with Beberis Aquifolium juga sangat murah, harga sebenar RM80 tapi kini PROMOSI PENGENALAN hanya RM60 termasuk pos. 1 botol ini boleh tahan untuk lebih 25-30 hari. Jika nak order sila whatsapp 019-257 00 23.


Friday, March 7, 2014

Sepia 200 dan Melasma Free Berkesan Sangat Ke?


Orang kata mustahil tapi saya kata Homeopathy boleh!!. 

Dari maklum balas pembeli biasanya di dalam masa 30-40 hari untuk jeragat akan mula pudar. Walaubagaimana pun jeragat dimuka Cik Wayan dan Cik Edith dari Sarawak hanya mengambil masa 14 hari sahaja untuk pudar. 




Seperti biasa soalan para pembeli ialah "berapa lama akan nampak kesan?". Remedi Homeopathy bukanlah produk yang mampu untuk menjanjikan masa sekian-sekian untuk sembuh kerana remedi Homeopathy tidak ada kesan "ubat*" di dalamnya. 

Jika ada kesan "ubat" biasanya akan ada time frame untuk hilang atau sembuh tetapi tidak kekal lama kesan tersebut, kerana ia disembunyikan oleh kesan ubat itu buat sementara waktu sahaja.

Terdapat juga pembeli yang tidak perasan akan perubahan jeragatnya selepas mengambil set jeragat M3 Sepia 200, Melasma Free dan sabun Merrygold atau CCS. Dia tidak perasan dan terperasan bila saya bertanya, apa komen rakan-rakan "ketat" beliau?. Baru dia tersedar "ya lah kawan I kata, jeragat I nampak kurang sedikit". Kadang-kadang bila jeragat dah mula "menyerang" , seseorang itu sudah malas nak membelek muka di cermin lama-lama.


* Definisi Ubat 
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.


Homeopathy boleh!!, wajah Cik Wayan selepas 2 minggu. Tidak ada krim pengelupasan atau laser hanya Sepia 200 dan Melasma Free berserta sabun Merrygold sahaja.

Ini Whatsapp dari Cik Edith
Tanpa saya memohon untuk dijadikan testimonial, Cik Wayan dengan sendirinya mengizinkan saya untuk memaparkan wajahnya di blog ini ..... Alhamdulillah


Berkesan ke tidak Sepia 200 dan Melasma Free ini? Maka jawapannya anda nilailah sendiri.



Kalau nak cuba sila type M3 atau M4 (ada krim CCC) dan SMS/Whatsapp ke 019-3098980 atau anda boleh juga Whatsapp ...free je kan guna Whatsapp ni hehehe...


Friday, August 16, 2013

Ubat Jeragat Terhangat Dipasaran Sepia 200 & Melasma Free



Beberapa hari lepas saya menerima kunjungan seorang anak yang sangat perihatin mengenai masalah ibunya, dan kelihatan gembira untuk membeli Sepia 200 & Melasma Free dan sabun Merrygold atau Carmino Complexion soap (CCS) atau disebut set Jeragat M3 untuk kali yang kedua. Sejak 14 tahun lepas ibunya telah mengalami fenomena melasma yang menjadikan wajah ibunya agak "comot". Pelbagai kaedah perubatan telah dicuba termasuk rawatan laser, yang kosnya berjumlah RM30,000!!.  Jeragat yang dilaser memang telah hilang tetapi jeragat baru pula muncul... kecewa tahap gaban dibuatnya...

Kembali kepada anak yang perihatin tadi, beliau ingin membeli Sepia 200 dan Melasma Free Carmino Complexion soap (CCS) untuk kali kedua kerana jeragat yang "mencomotkan" wajah ibunya sudah semakin pudar selepas 30 hari. Kos untuk lebih 40 hari hanya RM150 berbanding krim kosmetik dan rawatan laser yang mencecah ribuan malah puluhan ribu.

Bagus sangat ke remedi homeopathy ni?

Tidak ada satu pun ubat atau remedi di dunia yang boleh disifatkan sebagai sangat bagus. Ini pandangan saya kerana setiap ubat atau remedi ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Maka kadang-kadang kita perlu menganding ubat dan remedi di dalam satu masa untuk mendapat kesan terbaik.  Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat "sniper" iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep "drug". Sebaliknya remedi homeopathy menjadi "askar peninjau" yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.

Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan. Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).

Cara pengambilan terbaik Sepia 200 dan Melasma Free


Cara terbaik untuk "consume" kedua-dua remedi ini dengan mengguna kaedah selang-seli , kalau orang kampung saya kata "alternate". Contohnya begini tidak semestinya di mulai dengan Sepia 200 atau Melasma Free. Jika anda bermula dengan mengambil Melasma Free contoh hari pada hari Isnin, esoknya hari Selasa Sepia 200 pula. 
  • Isnin - 4 biji Melasma Free di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Selasa - 4 biji Sepia 200 di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Rabu - Melasma free, ulang langkah seperti di atas
  • Khamis - Sepia 200, ulang langkah seperti di atas
  • Jumaat - dan seterusnya sampai habis dan order yang baru hehe...
Disarankan untuk mengambil selama 90 hari berturut-turut untuk mendapat kesan yang terbaik

Jika anda ingin memberi pandangan atau soalan, sila ke FACEBOOK atau email 2uhomeopathy@gmail.com. Untuk membuat pesanan bolehlah ke KLIK SINI atau SMS set <M3> ke 019-3098980 atau Whatsapp.