Showing posts with label set jeragat smf. Show all posts
Showing posts with label set jeragat smf. Show all posts

Sunday, August 4, 2019

SMF with Beberis Aquifolium Remedi Jeragat 3 + 1

Phieww dah lama tak menulis di dalam blog ni, sebab dok sibuk update di fb je. Sampai hampir terlupa nak log in hehe.. harap-harap masih ada yang sudi membaca.Saya teruskan menulis yer ...

Bagi yang pernah membeli set jeragat SMF pasti masih ingat 3 botol Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca. Set ini sangat laris jualannya dan sangat berkesan membantu pesakit yang berjeragat. Set SMF memang power, mana tak power dalam masa 2 minggu dah bersih muka yang kusam dan berjeragat.

Cuba tengok gambar di bawah, gambar ni adalah original dan diizinkan oleh pembeli tersebut untuk di jadikan testimoni SMF tau ..

Puan ini sungguh bersabar dan mengikut aturan mengamal remedi seperti yang dicadangkan walaupun terdapat 3 botol, hasilnya sangat mengkagumkan!. Ramai juga yang merungut, payah la doc 3 botol, susah nak bawa jika travel. Ada yang tertinggal, terlupa nak makan remedi hehe.. jadi terhasillah SMF di dalam 1 botol. Bukan hanya SMF tetapi di tambah Beberis Aquifolium yang sangat hebat reputasinya. Mari kita lihat manfaat yang ada di dalam SMF with Beberis Aquifolium.

Sepia 200 - remedi paling utama, dan terhebat sepanjang saya menjadi pengamal homeopathy untuk membantu memudarkan dan menghilangkan jeragat.

Sepia 200 sangat efektif dan berkesan untuk jeragat yang kekuningan dan kecoklatan. Jeragat bertumpu di hidung, pipi dan kulit muka kelihatan kusam. Kadang-kadang terjadi lingkaran biru sekitar mata.

Sepia 200 sangat berkesan mengurangkan simptom jeragat yang terjadi sewaktu kehamilan dan menopos.

Jeragat akibat haid tidak teratur dan sering terjadi senggugut sewaktu haid sehingga terpaksa membongkok menahan kesakitan. 


Fragaria vesca - sangat hebat untuk mengatasi masalah berkaitan usus dan penghadaman. Masalah kulit terutama di muka sangat berkait rapat dengan kesihatan usus. Fragaria vesca juga sangat membantu buah pinggang untuk bekerja secara optimum dan membantu menghalang dari terjadi batu di dalam buah pinggang. Fragaria juga sangat hebat untuk mempercepatkan poses penyembuhan dan mencerahkan kulit.

Cal Sulph - Cal sulph adalah biochemic mineral dan terdapat di dalam kulit. Cal sulph membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Menjadi sebagai agen detox kepada hati yang banyak bertoksik. Cal sulph juga sangat hebat membantu menghalang masalah kesihatan dan jangkitan am.

Beberis Aquifolium - Merupakan remedi utama (top remedy) untuk jeragat dan juga jerawat. Sepanjang pengalaman saya menjadi pengamal homeopathy Beberis sangat hebat untuk menjadikan kulit seseorang glowing, bersih dan nampak sihat sedangkan sebelum itu boyfriend dia pun lari (memang tak patut). Selepas mukanya glowing dan bersih ada hati pula nak berbaik semula ermmm..

Beberis sangat hebat untuk mencerahkan serta menaikkan seri di muka (glowing) memudar dan menghapus jeragat termasuk kesan parut. Beberis juga sangat membantu menghilangkan parut jeragat, jerawat, kesan tidak rata di muka, muka yang berminyak dan kelihatan seperti wax, kering dan bersisik.

Harga SMF with Beberis Aquifolium juga sangat murah, harga sebenar RM80 tapi kini PROMOSI PENGENALAN hanya RM60 termasuk pos. 1 botol ini boleh tahan untuk lebih 25-30 hari. Jika nak order sila whatsapp 019-257 00 23.


Sunday, September 14, 2014

Ubat Jeragat Homeopathy Fragaria Vesca


Setiap kali saya mengkaji tumbuhan mahupun buah-buahan, walaupun sudah beribu-ribu jumlahnya saya masih terpegun dengan ciptaan Allah untuk kita. Fragaria vesca atau Strawberi adalah salah satu darinya.  

Fragaria vesca adalah buah liar atau juga dipanggil wild berry  yang mempunyai rasa yang enak berasal dari Hemisfera Utara dan popular diseluruh dunia. American Journal of Clinical Nutrition telah mengklasifikasikan Fragaria vesca  mempunyai antioxidant yang tinggi dan diantara berries, Fragaria vesca ditempat ketiga mempunyai antioxidant tertinggi.

Fragaria vesca yang diproses secara homeopathy telah diamalkan secara meluas di Eropah sebagai suplemen untuk penjagaan gigi kerana kemampuan Fragaria vesca untuk memutihkan gigi dan membuang tar. Selain dari itu Fragaria vesca juga berkeupayaan untuk menghalang dari terjadinya calculi (batu karang) di organ-organ seperti buah pinggang, hempedu dan saluran kencing.

Fragaria mempunyai manfaat yang tidak terhingga untuk kulit kerana ia juga mempunyai fungsi antioxidant. Seperti yang diketahui antioxidant berfungsi menghalang sel-sel dari rosak dan melambatkan proses penuaan. maka ianya juga mampu menghalang atau membina sel kulit baru untuk menghalang jeragat dari terjadi atau menghilangkan jeragat yang sudah terjadi. 

Secara mudahnya jika Fragaria vesca mampu memutihkan gigi, tidak hairanlah jika Fragaria vesca juga boleh mencerahkan kulit. Hasil dari pengalaman saya, para pengamal Fragaria vesca akan mendapat kulit yang lebih cerah, gebu dan menawan selepas 3-6 bulan mengamalnya.

Puan Julia mendapat manfaat seawal 9 hari selepas mengamal Set 5SMF

Bagaimana saya tidak terpegun dengan anuegerah Allah melalui Fragaria vesca. Sila lihat bahan yang terkandung didalamnya ;

• Cissotanic
• Malic and citric acids
• Sugar
• Pectin
• Vitamin C
• Potassium
• Manganese
• Fiber
• Ellagitannins
• Pelargonidin
• Cyanidin
• Anthocyanins (menjadikan buah berry merah, dan ini menjadikan Fragaria vesca sebagai antioxidant yang kuat menghalang sel dari rosak)
• Ellagic Acid
• Iodine
• Folate
• Riboflavin
• Vitamin B5
• Omega-3 fatty acids
• Vitamin B6
• Vitamin K
• Magnesium
• Copper



Daunnya mengandungi;

• Tannins
• Ellagitannins ( Agrimoniin, Pedunculagin, Proanthocyanins, Flavonoids)
• Salicylic Acid
• Caffeic Acid
• Chlorogenic Acid

Set Jeragat SMF

Fragaria vesca bertindak sebagai;

• Antioxidant
• Laxative
• Diuretic
• Astringent
• Anti-inflammatory
• Calmative
• Anti-Carcinogenic
• Tonic

Set Jeragat 5SMF untuk mengatasi jeragat yang degil

Untuk mendapat harga diskaun sila LIKE page homeopathy2u .. Homeopathy lembut, selamat, bebas dari bahan ubat tetapi boleh diharapkan.