Showing posts with label bio-t3 deep cleanser. Show all posts
Showing posts with label bio-t3 deep cleanser. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Bio-T3 Cream - Natural Acne Treatment


Saya menerima 1 panggilan dari Pulau Pinang, suaranya agak sedih dan kecewa. Mengapa dia sedih dan kecewa?, tentulah pasal jerawat di muka yang tak pernah kenal jemu nak menyusahkan dia. Pelbagai produk sudah dicuba, duit dah beribu-ribu dan treatment bermacam cara treatment sudah dibuat. Hasilnya muka dia semakin teruk!.

Saya sendiri pun ligat memikirkan apakah yang sesuai dengan gadis ini?, mukanya merah jelas dengan jerawat yang galak membiak, berminyak dan lambat sembuh. Lepas pening-pening lalat saya minta dia masa untuk membuat kajian...

Dengan Izin Allah, saya mendapat ilham ... Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment digunakan sebagai Facial Cleanser, HSC30 dan Bio-T3 Acne Lift On Gel.



7 Langkah yang perlu di ambil seperti berikut:

  • Langkah 1 - pastikan tangan anda bersih dan basahkan muka dengan air suam (jangan air panas tau nanti melecur pula hehe)
  • Langkah 2 - ambil krim secukupnya letak di tapak tangan atau guna kapas yang lembut
  • Langkah 3 - Sapu Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment dengan cara putaran keseluruh muka dan biarkan beberapa minit untuk memastikan Bio-T3 Cream Natural Acne Treatment telah meresap kedalam kulit.
  • Langkah 4 - Guna kapas lembut dan lap muka dengan rata untuk membuang kotoran seperti minyak, debu dan alat make-up yang berminyak. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam sehingga semua krim telah dibersihkan, akhiri dengan membasuh muka mengguna air sejuk atau air biasa atau mineral (yang paling bagus air mineral tudung botol warna hijau kerana ia adalah air mineral yang asli). Air sejuk akan mengecutkan pori yang terbuka dan menambah baik kitaran darah.
  • langkah 5 - keringkan muka dengan tuala bersih, jika ingin mendapat kesan yang bagus jangan guna tuala yang sama. Pastikan anda mempunyai 2-3 helai tuala yang bersih untuk guna setiap hari.
  • Langkah 6 - Guna kapas dan picit Bio-T3 Acne Lift On Gel secukupnya dan sapu HANYA ke jerawat yang sedang bernanah atau kemerahan sahaja. Jika jerawat itu sudah kering anda boleh hentikan penggunaan Bio-T3 Acne Lift On Gel.
  • Langkah 7 - Ambil HSC30 4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sewaktu perut kosong.


Selain dari penggunaan produk di atas, saya juga menasihatkan gadis tersebut untuk;

  • Kerap cuci muka selepas keluar, kerana udara yang tercemar juga akan mengakibatkan jerawat.
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak untuk membantu hati membuang toxin
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurangkan makanan berminyak dan berperisa
  • Guna make-up yang tidak berminyak, make-up berminyak akan menyekat liang pori dari berpeluh dan memerangkap bakteria.
  • Guna moisturizer yang rendah pHnya.
  • Tidur dan rehat dengan secukupnya untuk menghindari dari stress.
  • kerap basuh sarung bantal dan cadar.
Bukan pantang larang tau , kerana berpantang bermaksud anda pantang lepas bersalin ..hehe. Anda hanya perlu KURANGKAN pengambilan tetapi kalau tidak mengambil langsung makanan berminyak atau berperisa lagi la baguskan.

Selepas 2 minggu saya mendapat berita gembira, jerawat gadis tersebut mula terkawal dan berkurangan....Alhamdulilahhh

Friday, May 27, 2011

Rasa Rendah Diri Kerana Berparut?


Promosi - Pembelian pakej krim dan remedi oral (makan) akan mendapat 1 sabun Carmino complexion soap (CCS) PERCUMA

Harga pakej RM140 (jimat RM30 dan dapat hadiah PERCUMA CCS), penghantaran adalah percuma

Buai laju-laju,
Sampai kecut perut,
apa dalam baju?,
Setompok parut



Jangan marah yer hanya gurau-gurau di pagi Jumaat, pantun di atas adalah pantun kanak-kanak yang di "modified", yang sebenarnya anda semua sudah tahu kan?

Parut jika tersembunyi di dalam baju, bukanlah masalah besar. Pakai baju dah "settle" masalah anda. Tak bestnya bila parut tersebut di muka, di pipi, di lengan, di kaki aduhai terasa anda kerdil jer di sebelah orang ramai. Hasil dari kolaborasi beberapa pakar homeopati, saya telah berjaya menyediakan pilihan untuk anda kembali yakin dengan keterampilan yang bebas dari parut ... Insya Allah.

Bagaimana tu?

Terdapat 2 produk, produk oral (hisap/kemam) yang sinonim dengan perubatan homeopati dan krim topikal untuk sapuan di kulit anda.

1. Homeopathic Combo - For Scar Treatment (hisap/kemam)

2. Bio-T3 Scar Free (Reducer) Cream



Harga : RM80, penghantaran adalah percuma



Apa fungsi Homeopathic Combo - For Scar Treatment dan kesannya?



Remedi ini digabungkan dengan beberapa remedi yang telah terbukti dapat merawat pelbagai jenis parut, kutil, dan tahi lalat yang tumbuh seolah-olah daging berlebihan , kombo ini berdasarkan buku Materia Medica homeopathy.

Mengikut konsep klasik homeopathy hanya satu remedi yang akan diberi kepada pesakit mengikut simptom pesakit tersebut, walaubagaimana pun konsep ini jarang digunakan di dalam sesuatu produk. Ini tidak bermakna produk-produk yang mengandungi campuran komplek seperti Homeopathic Combo For Scar Treatment tidak berkesan. Malah remedi kombo akan merawat pelbagai masalah di dalam satu masa.

Remedi ini disediakan di dalam potensi yang rendah untuk mengelak aggravasi (melarat) sesuatu simptom. Ia amat lembut dan perlu untuk di ambil di dalam jangkamasa yang lama kerana tisu-tisu baru yang sihat akan mengambil masa untuk menutup sel-sel kulit mati yang terdapat di parut. Tidak ada jalan pintas untuk mendapat tisu sihat untuk merawat parut. Hanya dengan bantuan applikasi luaran seperti krim akan mempercepatkan proses rejunavasi sel-sel kulit dari luar. Krim yang di maksudkan ialah Bio-T3 Skin Forte – Body Scar Free (Reducer) Cream. Homeopathic Combo For Scar Treatment amat di galakan untuk diguna bersama Bio-T3 Skin Forte Body Scar Free (Reducer) Cream.

Bagaimana pula
Bio-T3 Scar Free Cream bekerja?


Harga : RM90 (50gm), penghantaran adalah percuma

Krim hebat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapus terus parut-parut di tubuh. Krim herba yang diperkaya dengan Calendula, Echinacea dan Hydroxproxsilane ( bahan yang diekstrak secara bioteknologi) yang selamat dengan mengguna teknik nano dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan.

Krim ini pantas bertindak dan menjadi pemangkin kepada aktiviti enzim yang menghasilkan protein untul mendorong pembinaan tisu baru, menguatkan dan melindungi serat kolagen dan elastin. Protein yang dihasilkan akan menjadikan tisu penyambung (connective tissue) akan bertindak lebih cekap untuk mengawal elastisiti dan tekstur kulit, krim ini juga akan bertindak sebagai anti-penuaan (anti-ageing) kepada kulit.
Kegunaan krim ini:

· Untuk parut di tubuh

· Parut akibat surgery

· Parut akibat kebakaran

· Parut akibat kemalangan

· Strecth mark

· Parut jerawat

Untuk info lanjut email saya di anwar@solaris-marketing.com atau khairulanwar.mustafa@gmail.com atau SMS 019-3098980


Friday, April 29, 2011

Sabun CCS Kehabisan Stok!

Assalamualaikum wbt ..selamat hari Jumaat. Moga-moga anda semua sentiasa ceria, sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta di hari minggu.

Arakian adanya..eh sastera pula bahasa saya kali ni hehe.. nak maklumkan pada pembeli, bakal pembeli dan yang sudah order , sabun CCS (Carmino complexion soap) telah kehabisan stok dan setelah mendapat info dari pegilang yang nun jauh di India... sambil dia mengunyah sirih dia memberitahu yang stok CCS akan sampai lebih kurang 2 minggu lagi .... adoyaii biasalakan jauh kene merentas Lautan Hindi , Lautan Pasifik serta menempuh lanun-lanun dan juga ombak mengganas, perjalanan di lautan yang luas saujana memandang memang mencabar, sehinggalah sampai ke Selat Melaka mengambil masa lebih kurang 14 hari. Mencabarkan perjalanan sabun CCS ni. Hairan saya kenapa la pengilang ni tak guna kapalterbang je kan?

Dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Mei 2010..

Tetapi jangan risau dan gundah gulana, sabun Merrygold dan yang terbaru Bio-T3 Deep Cleanser boleh mengganti tugas CCS. Kesan Merrygold pun sama hebat dengan CCS, bahan-bahan Merrygold pun tidak banyak bezanya dengan CCS jadi saya sarankan anda ambil Merrygold but masa ini ... ATAU

Bio-T3 Deep Cleanser pun hebat dengan bahan-bahan yang "power" untuk kulit muka seperti Aloe Vera, Calendula, Echinacea, Kolagen dan lain-lain. Sila lihat formula Bio-T3 Deep Cleanser;

99% of AQUA and MILK and 1% in equal portion of CALENDULLA Q, ECHINACEA Q, (and) HUMULUD LUPULUS (HOPS) EXTRACT (and) CUCUMIS SATIVUS (CUCUMBER) EXTRACT (and) ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT (and) SAPONARIA OFFICINALIS EXTRACT (and) CHAMOMIL RECUTITA (MATRICARIA) EXTRACT (and) ELASTIN (and) COLLAGEN (and), TEA TREE OIL, LAVENDER AUGUSTIFOLIA (LAVENDER) OIL.

Jadi saya rasa anda tidak akan merindui CCS buat sementara waktu ini kan....