Showing posts with label r23. Show all posts
Showing posts with label r23. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Tip Atasi Pori-Pori Terbuka


Soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah bagaimana untuk mengguna krim seperti Carmino complexion cream (CCC), Soundarya dan Aquifolium. Seringkali juga saya sarankan mengguna air suam untuk mencuci muka sedangkan yang bertanya itu sendiri pun tidak mengetahui keadaan pori-pori mukanya, dan jika orang tersebut mempunyai masalah pori-pori terbuka …maka dalam 1-2 hari menjerit-jeritlah dia SMS saya ..kenapa jerawat makin naik docc?!!. Jika ini terjadi jangan sesekali panic atau hysteria kerana selain ubat-ubat, atau kosmetik yang mahal terdapat bahan-bahan disekeliling kita yang boleh digunakan untuk meredakan “serangan” jerawat yang maha hebat tersebut.

Secara mudahnya jika anda mempunyai pori-pori yang terbuka janganlah guna air suam tetapi gunalah air sejuk untuk mencuci muka. Ubat atau remedy yang sesuai untuk masalah pori-pori terbuka adalah BC04, kerana BC04 mempunyai collagen yang akan mengecutkan pori-pori tersebut dari dalam.

Kenapa terjadi pori-pori terbuka?

Folikel rambut adalah lubang yang sangat kecil yang akan berada di sekitar kulit di seluruh tubuh kita, tugasnya untuk menyokong akar rambut. Setiap folikel mengandungi kelenjar sebaceous yang membekal pelincir kepada kulit yang di panggil sebum.Sebum adalah campuran minyak bersama sel kulit mati dan nutrisi. Bergantung kepada tahap kebersihan lubang folikel ini, saiz akar rambut akan menentukan saiz lubang tersebut. Lubang ini dipanggil pori-pori (pores). Pori-pori yang luas akan diwarisi secara genetik, perubahan umur dan tahap kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat penggunaan kosmetik yang melampau atau kosmetik yang menjadikan kulit muka mengelupas.


Selain dari ubat dan krim, untuk merawat pori-pori terbuka, cuba buka peti ais dan lihat apa yang ada, jika tidak ada apa-apa pun didalamnya, ais pun boleh digunakan . Yang penting kena rajinlah kalau malas tu payahlah.., selain dari itu bersabar amat penting untuk mengelak dari stress, kerana stress juga adalah penyebab jerawat yang utama!!. Kawal makanan berlemak, makanan segera, makan buah, sayur dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya untuk mengelak dari sembelit, ini kerana sembelit juga adalah penyebab utama terjadi jerawat. Sembelit akan menjadikan hati amat “sibuk” untuk menyahtoksik, faham-fahamlah kan jika sibuk, akan terjadilah kerja-kerja yang tidak habis begitu jugalah hati. Apabila hati gagal untuk membuang segala toxic, kulit muka adalah tempat yang paling mudah untuk discaj (membuang) toxic dan terjadilah jerawat yang pelbagai jenis bentuknya.

Ubat untuk membantu hati supaya lebih cekap untuk membuang toxic adalah R7 Dr.Reckeweg, dibantu oleh R37 untuk melembutkan najis, R23 dan R53 untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Selain ubat-ubat Homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan, kaedah mudah dan murah boleh digunakan untuk merawat jerawat dan pori-pori terbuka.

  1. Tahukah anda bahawa tomato adalah toner asli yang amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan pori-pori terbuka. Caranya guna jus tomato atau ramas-ramas tomato tersebut, sapu ke seluruh muka dan biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Cubalah setiap hari dan tengoklah hasilnya.
  2. Buah lemon juga mempunyai khasiat yang baik, caranya panaskan jus lemon dan perlahan-lahan campurkan dengan putih telur dan kacau selama 20 saat, selepas ia sejuk sapu ke muka dan biarkan untuk 10-15 minit.
  3. Buah betik juga adalah toner yang hebat, guna buah betik yang masak ..hancurkan dan sapu ke muka anda dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Anda juga boleh mencampurkan jus lemon bersama-sama dengan betik tadi untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.
  4. Ais juga boleh membantu untuk merawat pori-pori terbuka, caranya basuh muka dengan air suam dengan mengguna sabun yang lembut seperti Merrygold dan Carmino Complexion soap (CCS) untuk membuang segala kotoran. Ambil ais dan urut-urut ke seluruh muka. Ais bukan hanya untuk diminum tetapi boleh juga membuat anda cantik ..pelik tapi benar.

Friday, October 29, 2010

Oh Jerawat Dan Parut . Kenapa Kau Pilih Muka Aku!



Jerawat! Mengapa kau pilih aku!! begitulah jeritan batin si gadis ayu, Sebelum ini muka gadis itu bersih, gebu dan mulus tanpa sebarang cacat cela, tetapi apabila umurnya menghampiri puberty spot merah akan timbul di dahi, pipi, hidung dan dagu mencacatkan wajah mulus gadis tadi. Hampir 80% remaja yang sedang mengalami puberty atau akil baligh akan ditumbuhi jerawat dengan pelbagai sebab seperti dibawah :

1. Perubahan hormone, kejutan hormone androgenic yang banyak secara luar biasa kuantitinya, seperti lintas pintas yang mengalirkan hormone dan menjadikan sebum keliru dan memproses minyak dengan kuantiti yang banyak. Hati (liver) menjadi “jam” dengan traffic yang luar biasa, maka proses penuetralan menjadi perlahan. Proses-proses ini akan menjadikan serangan jerawat yang kadang-kadang seperti “diternak” , di mana jerawat akan membiak dengan suburnya.

2. Pori yang bermasalah. Sebum akan bercampur dengan Propionibacterium acne (bacteria yang menyebabkan jerawat). Hasil dari gabungan ini akan terjadi letusan di kulit iaitu jerawat.

3. Penjagaan kebersihan yang tidak teratur, sarung bantal yang hampir hilang warnanya kerana tidak basuh yang sering dipanggil bantal busuk juga boleh menyumbang kepada jerawat. Penggunaan tuala yang sama untuk lap muka dan badan.

4. Sembelit, kurang minum air, tidak ambil sayur-sayuran dan tidak makan buah-buahan.

Penyebab utama , jerawat tejadi ialah;

1. Kegagalan hati untuk menyahtoksik. Sembelit adalah penyumbang utama. Bila anda kerap sembelit, hati terpaksa bekerja keras untuk meneutral toksin yang terhasil. Kegagalan untuk menyahtoksin akan mengakibatkan toksin akibat sembelit itu keluar secara terpaksa, dan malangnya kulit muka adalah platform yang paling mudah untuk toksin tersebut meloloskan diri. Proses ini akan mengakibatkan terjadinya jerawat.

2. Ubat atau remedy Homeopathy yang cukup berkesan untuk “mencaj turbo” hati untuk menambah kecekapan bekerja ialah R7 – Dr.Reckeweg dan Echi-a Blood Detox. Bagi melembutkan najis R37 – Dr.Reckeweg, amat membantu didalam kes-kes sebelum ini selain pengambilan makanan yang berserat, buah-buahan dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya.

3. Hormon merupakan factor utama yang kedua. Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan” Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.

4. Produk Biochemic Cell Salt (Garam tisu) adalah solusi terbaik untuk mengimbang “litar pintas” hormone. BC01, BC04 dan BC16 adalah produk yang telah membantu ramai pengguna sebelum ini. Selain dari itu bagi gadis dan wanita yang kerap mengalami jerawat sewaktu datang haid, boleh mengambil Pulsatilla. Sekiranya jerawat itu bernanah dan merah, gatal serta sakit, melarat apabila membasuh muka, Sulphur adalah ubat atau remedy yang amat membantu.

Proses penyembuhan mengguna ubat homeopathy, seringkali akan terjadi “penolakkan” keluar nanah. Ini adalah positif, kenapa pula positif sedangkan ramai yang hampir hysteria bila proses ini terjadi?. Jika anda mengguna produk membenamkan jerawat seperti yang dijual dipharmasi, anda akan dapat hasil yang pantas 2 – 3 hari jerawat sudah “TIADA”, wah gembira bukan kepalang kerana muka kembali gebu, tetapi pada hakikatnya “lahar gunung berapi” masih , merapi-merapi meluap-luap untuk keluar, jika terus dibenam dan dibenam letusannya , tidak mustahil pada satu hari nanti anda akan disahkan sebagai pesakit kanser kulit, Tahniah!

Proses penolakkan atau letusan jerawat, boleh dirawat dengan beberapa krim seperti Carmino Calendula Healing (CHC) yang sesuai untuk disapu pada spot-spot jerawat yang tidak begitu kronik, Krim Sulphur untuk jerawat yang bernanah, gatal dan sakit. Selepas jerawat kering dan tinggal parut sahaja Krim Carmino Complexion Cream (CCC) boleh membantu untuk memudarkan dan menghapus terus parut-parut dengan bantuan Sabun Carmino Complexion (CCS) atau Merrygold. Jika CCC tidak serasi dengan anda Krim Soundarya atau Aquifolium boleh dicuba. Semua produk-produk ini adalah selamat, tanpa hydroquinone dan bahan-bahan kimia, AHA atau EHEHE (gurau-gurau jangan marah) . Semua produk disediakan sebagai produk Homeopathy dan herba , ia bukan produk kosmetik.

Oleh itu anda jangan stress bila baca artikel ini, kerana stress juga adalah penyumbang utama kepada jerawat. Ceria-ceria selalu!

Thursday, October 28, 2010

Sambungan - Jerawat 11 Tahun Nak Sembuh Dalam Masa 1 Minggu ?

Sambungan...

Cuaca hari itu hujan dan kilat sabung menyabung, angin pun kuat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. "Kalau angin semakin kuat kene azan ni" saya terdetik untuk azan sekiranya angin semakin kuat, mana la tahu nanti terbang pula atap pejabat saya ni, tak pasal-pasal masuk "paper" dan Astro Awani, bertambah glamour la saya...

Selepas 5 minit desiran angin yang menyeramkan serta kuat itu, mula memperlahankan momentumnya.. saya bersyukur dan merasa lega. Handphone saya berbunyi memberi isyarat bahawa ada SMS masuk, "doc saya nak update pasal muka saya..ada di office kan, tunggguuu!!". Alamak angin ribut sudah reda, tetapi datang ribut lagi satu, pula!! yang menyeramkan ayat penghujung nya "tunggguuu!!" siap ada tanda seru tu..

Saya menghitung sendirian selepas menyemak rekod gadis garang yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja. "oh dah 3 minggu" saya bercakap sendirian, pembantu saya pun menoleh kehairanan. "Assalamualaikum.. mujur doc ada, ni saya bawa 2 orang kawan sepejabat nak ambil ubat jerawat juga" Fuh... saya tersandar di kerusi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Muka gadis tersebut amat berbeza, jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas, jerawat yang besar tidak "bermata dan yang bermata" dan bernanah telah kering dan hanya tinggal parut-parut yang agak pudar, mukanya yang berminyak dan kusam pun dah kembali bermaya dan nampak segar menyerlahkan keayuan gadis tersebut. Dia tersenyum manis, amat manis sekali. "Doc, tolong cadangkan pada kawan saya yer apa yang perlu di ambil?". Gadis tersebut dengan suara yang merdu meminta.. "eh Echi-a berapa ringgit yer doc?, saya nak bayar ni". Dia tidak lupa rupanya.

Kawan kepada gadis tadi mempunyai 2 permasalahan yang berbeza, Gadis A akan berjerawat teruk, seminggu sebelum datang haid dan Gadis B pula hidapi sembelit yang kronik. Bentuk jerawat hampir sama kombinasi jerawat besar dan kecil-kecil, muka berminyak dan berkulit cerah.

Gadis garang yang bertukar mesra, saya cadangkan mengguna Krim Soundarya untuk menghapus parut, Sabun CCS dan BC16 Skin Repair Formula.

Solusinya :

  • Gadis A saya cadangkan BC01, Pulsatilla 30, Krim CCC dan sabun CCS
  • Gadis B saya cadangkan mengambil Set Komprehensif R7 Detox untuk membuang toxin didalam hati akibat sembelit, R23 untuk merawat jerawat yang bernanah dan juga untuk membina tisu baru bagi menghapus parut, R53 untuk mengimbang hormon yang tidak stabil, R37 untuk melembutkan najis dan menghalang dari terjadinya sembelit. CCC dan sabun CCS.
Cara pengambilan remedi yang dicadangkan :

  • BC01 dan Pulsatilla adalah remedi berbentuk tablet diambil 3 kali sehari, ambil BC01 4 biji dan dihisap hingga larut kedalam mulut dan selepas 30 minit ambil Pulsatilla 30. Begitulah seterusnya
  • R7, R23, R37 dan R53 adalah remedi Dr.Reckeweg berbentuk cecair, dicadangkan R7 dan R53 diambil 3 kali sehari seperti turutan di atas, sementara R23 dan R53 hanya di ambil pada sebelah malam sebelum tidur dan diselang selama 15-30 minit.
  • Krim CCC hanya di guna pada sebelah malam, selepas mencuci muka mengguna sabun CCS, kalau boleh mengguna air suam. Krim hendak disapu secara putaran ke seluruh muka dan dibiarkan semalaman. Begitu juga Krim Soundarya.
Ketiga-tiga gadis tadi pulang dengan muka penuh harapan, untuk kembali cantik dan kembali yakin untuk bergaul mesra bersama-sama teman, sekarang mereka merasa rendah diri dengan muka yang penuh berjerawat. Saya sentiasa mendoakan semoga semua pembeli mendapat manfaat sebaik-baiknya dari ubat-ubat saya...aminnnnnn

Moral dari cerita ini : Remedi atau ubat Homeopathy adalah bebas dari bahan kimia atau bahan-behan beracun, amat selamat dan tidak ada kesan sampingan. Proses penyembuhannya kadang-kadang mempunyai "outbreak" atau keluar dahulu baru sembuh dan ada yang terus sembuh. Ini mengikut keadaan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perubatan Homeopathy tidak membenam penyakit seperti membenam jerawat kedalam kulit untuk kelihatan sihat. Perubatan Homeopathy merawat individu bukan hanya merawat penyakit tertentu sahaja. Rawatan Homeopathy memerlukan kesabaran dan berdisiplin sewaktu mengambil ubat atau remedi.