Showing posts with label ubat homeopathy. Show all posts
Showing posts with label ubat homeopathy. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Vita-C R15 Dr.Reckeweg - Tonik Untuk Saraf




Di zaman serba mencabar dengan pelbagai komitmen yang perlu di tepati,  akan menjadikan seseorang itu akan mengalami tekanan, keletihan tubuh dan fizikal dan akan menjurus kepada depresi atau stress. Depresi pula akan menjadikan individu tersebut akan mengalami komplikasi seperti susah untuk tidur malam atau insomnia, sakit kepala dan kegagalan sewaktu perhubungan intim, hilang selera makan dan pelbagai komplikasi kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau pun tekanan darah rendah.

Ada kajian menunjukkan, kitaran haid yang terganggu sehingga menjadi punca utama kepada  ketidaksuburan bagi wanita ialah depresi. Keturunan telah jatuh di tempat kedua, ini menunjukkan depresi amat bahaya jika tidak dirawat dengan segera!



Seringkali saya sarankan kepada mereka yang alami depresi, insomnia dan terlalu kurus untuk mengambil Vita-C R15 bersama dengan R95 Alfalfa Tonic with Ginseng. Begitu juga yang inginkan kulit yang cantik dan menawan atau yang mengalami masalah kelemahan seksual. Indikasi yang tercatat pada label tidak semestinya menceritakan segala-galanya melainkan ada yang tahu mengenai khasiat tambahan sesuatu produk homeopathy seperti Vita-C R15.

Formula Vita-C R15 bertujuan untuk melegakan apa jua masalah yang terjadi kepada saraf-saraf. Sebab itulah ia di panggil “tonik”. Tonic secara perubatan bermaksud, melegakan ketegangan yang berterusan, melegakan pengecutan (spasma otot) otot. Tonik ialah persediaan yang mempunyai bahan terapuetik untuk meningkat tenaga dan mencetus rasa selesa.

Indikasi 

Vita-C R15 membantu melegakan;

1.    Kepenatan dan kelemahan saraf (nervous exhaustion, nervous weakness)
2.    Kerisauan tanpa sebab
3.    Insomnia (tidak boleh tidur) akibat konflik hidup,
4.    Sakit kepala,
5.    Mudah penat,
6.    Neurasthenia (gejala psikologi dan fizikal termasuk kelesuan, iritabiliti, pening dan sakit kepala),
7.    Tiada tenaga atau lemah dan tidak mampu untuk fokus kepada tugasan

Dos : 1 sudu teh 3 kali sehari pada awal pengambilan, dos di kurangkan kepada 2 kali sehari dan 1 kali sehari selepas simptom sudah pulih.

Jika ingin memesan, buat masa ini ada promosi sempena 7 TAHUN saya di online, sila biohomeopati.com untuk membuat pesanan.



Tuesday, October 30, 2012

R55 Dr Reckeweg, Cantik Luar dan Cantik Dalaman






R55 Dr Reckeweg Remedi Universal

 Salam Aidil Adha kepada semua, semoga anda dan keluarga sentiasa ceria. Jangan makan sup gear box banyak sangat ok hehe ..nanti sakit jantung pula .. jika anda terasa pening-pening kepala cepat-cepatlah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai “hero yang tidak didendangkan atau unsung hero”. R55 adalah remedy “multi purposes” untuk pelbagai kegunaan bagi kaum wanita atau lelaki. R55 adalah produk keluaran Dr Reckeweg yang terkenal di seluruh dunia, formula-formula yang digabungkan di dalam satu botol ini amat hebat dan mendapat pengiktirafan daripada doktor Alopati dan pengamal perubatan alternative lain.

Sepanjang saya menjadi pengamal,  feedback dari kaum wanita lebih memberangsangkan, telah banyak SMS dan email yang membuatkan saya mengelar R55 adalah "unsung hero". Ini bukan bermakna tidak “menjadi” bagi kaum lelaki. Cuma kaum lelaki ni tak suka kongsi cerita. Contoh terbaru seorang lelaki yang mengalami kemalangan yang agak parah, di mana tulang punggungnya telah patah. Ibu beliau meminta saya untuk mencadangkan remedi yang terbaik untuk anaknya..... saya tanpa berfikir panjang R55 adalah remedi yang perlu di ambil sepanjang tempoh surgery dan selepas surgery untuk memasukkan besi ke punggung anaknya,....... Subhanallah selepas 3 minggu walaupun dengan bantuan "standing aid", anaknya sudah boleh berdiri tegak tanpa memegang standing aid tersebut.


Kenapa R55 saya gelar sebagai “unsung hero”?

Sekiranya anda mengalami masalah penyakit yang tidak pasti puncanya, saya akan cadangkan R55 sebagai remedy permulaan untuk anda ambil. R55 mengandungi formula yang sangat hebat dan merangkumi perlbagai masalah tubuh bermula dari sistem darah, saraf sehingga ke tulang.

Malah amat membantu para ibu yang telah melahirkan anak tidak kiralah baru atau sudah bertahun-tahun lamanya, R55 masih mampu memberi kesan yang sangat baik. Contohnya Puan Nor dari Terengganu yang tercari-cari suplemen untuk dirinya yang telah melahirkan 4 orang anak. Saya mencadangkan Puan Nor untuk mengambil R55 secara berterusan selama 3 bulan berturut-turut. Selepas 3 bulan Puan Nor membuat pesanan untuk dirinya dan adiknya. Komen beliau selepas 3 bulan dia terasa tenaganya seperti di zaman remaja dan suaminya pula membuat komen yang cukup membanggakan. Mana tidak bangga bila suami dia komen, payudara dan pinggulnya semakin mantap.



Formula R55
-
Arnica: Acts on the arterial system, regularizing effect on the blood circulation, eliminates stoppages.
Belladonna: Against inflammation.
Calendula: especially in contusion.
Echinacea angustifolia: Against inflammation and septic complications.
Hamamelis: Bleeding and venous stasis.
Rhus toxicodendron: Consequences of overexertion and dislocation.
Ruta: Unduly strenuous efforts.
Symphytum: In fracture.

R55 sangat hebat untuk merawat pelbagai masalah kecederaan lama dan baru seperti kecederaan akibat kemalangan, surgery, kecederaan sewaktu bersukan, pembedahan sewaktu bersalin, cedera akibat tembakan atau senjata tajam, setiap kecederaan yang mengalami pendarahan dan lain-lain.



Kecederaan sewaktu bersukan


Dos pengambilan:

-          Kes kecederaan akiut (acute) : ambil 10-15 titis dan dicampur dengan sedikit air setiap 10 minit
-          Kecederaan melibatkan tulang, ambil remedy setiap ¼ jam, hari kedua setiap ½ jam dan hari ketiga setiap jam, selepas itu 3-6 kali sehari sebelum makan setiap hari, 10-15 titis.
-          Selesema atau masalah jantung (akibat kerja kuat), ambil ubat-ubatan klinik biasa dan selang seli dengan R55 3-6 kali sehari.
-          Untuk suplemen 15 titis dicampur dengan sedikit air 3 x sehari sebelum makan.

Remedi yang boleh di ambil bersama atau susulan


-          R3 untuk merawat otot jantung yang lemah
-          R6 untuk merawat symptom jangkitan sehingga mengakibatkan demam
-          R11 untuk masalah rhuematik (saraf-saraf seperti sakit pinggang)
-          R46 kecederaan di tangan
-          R16 masalah migraine dan neuralgia (masalah kesakitan di saraf)

Saya berharap artikel ini mampu untuk memberi info dan manfaat kepada anda, keluarga dan sahabat handai 

 

Friday, June 8, 2012

Detox Untuk Kurus - Set Detox Homeopathy Untuk Slim

Produk kadang-kadang tidak sama seperti digambar ini

Detox Untuk Kurus

Kerap kali mereka yang obes akan mencuba remedi homeopathy sebagai jalan terakhir selepas gagal untuk mendapat berat yang diidamkan. Beribu ringgit sudah dilaburkan, untuk membeli pelbagai produk di pasaran. Kalau dilihat testimonialnya yang amat hebat, disertakan gambar sebelum dan selepas amat menyakinkan. Tetapi bagi sesetengah orang sahaja, kerana setiap individu adalah berbeza!. Disebabkan setiap individu adalah berbeza, maka Homeopathy akan memberi fokus kepada "root of the problem" bukan kepada "diseases". Maka "akar" kepada masalah itu perlulah dibaja, dineutralkan dan diimbangkan ketidakseimbangannya supaya sistem antibodi lebih cekap untuk bekerja.

Jika produk yang paling "power" pun gagal untuk bekerja, ini bermakna tubuh mereka atau "root of the problem" memang bermasalah. Berkemungkinan besar tubuh mereka sudah di liputi dengan pelbagai jenis bahan atau "substances" yang terkumpul hasil dari pengambilan pelbagai produk sebelum ini dan berkemungkinan terdapat bahan-bahan kimia, dadah dan tidak ketinggalan vaksin yang diambil dari bayi sehinggalah ke dewasa. Tubuh mereka sudah menjadi seolah-olah kubu yang terbina dengan kukuhnya untuk menahan segala serangan penyakit, termasuklah ubat-ubat kurus. Tubuh anda sudah bertukar seperti “firewall” yang terdapat di dalam sistem pertahanan komputer anda!. Jika tidak "neutralkan" atau di alir keluar dari tubuh, ia akan menjadikan anda seorang yang akan gagal untuk kembali ramping dan menarik.

Bagaimana Untuk Kurus Dengan Detox?

Hasil dari kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar homeopathy secara holistiknya, terdapat gabungan 3 remedi Biochemic dan beberapa remedi Homeopathy yang berupaya untuk membantu sistem tubuh untuk menyahtoksik atau detox bahan-bahan yang menghalang tubuh anda untuk kembali mendapat berat badan yang ideal.

Program Detox Biochemic dan Homeopathy

  1. Kali phos – Perlu di ambil pada sebelah pagi, remedi ini amat membantu untuk menambah nutrient di saraf-saraf. Kali phos sangat berguna untuk menangani masalah berkaitan stress dan kepada mereka yang sukar untuk turun berat badan.
  2. Nat sulph – Perlu diambil sebelum makan tengah hari, Nat sulph bertindak sebagai pembersih dan menapis toksin, ia juga bertindak menghapus lebihan cecair di tisu-tisu. Nal sulph akan membantu hati untuk bekerja dengan lebih cekap menghapus toksin dan membantu menghalang sembelit dari terjadi.
  3. Nat phos – Perlu diambil pada sebelah malam, Nat phos bertindak sebagai pengimbang bahan yang berasid (acid base), menambah baik kadar metabolisma, menambah baik proses penghadaman dan menghapus pengumpulan cecair yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  4. Thuja 200 - 4 biji di ambil 1 kali sehari , selama 1 minggu. Thuja berfungsi untuk "flush out" kesan-kesan negatif yang ditinggalkan oleh vaksin, ubat-ubat kimia berjadual seperti sabutramin. 
Dos pengambilan

  • Ambil 4 biji setiap satu remedi mengikut waktunya, remedi perlu  kemam/hisap 15 minit sebelum mengambil makanan.
  • Tempoh masa yang perlu diambil – sekurangnya 2-3 bulan, boleh diambil bersama-sama Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 garlic Dr Reckeweg.
  • Kuantiti – 1 set mengandungi 3 botol , setiap satu remedi mengikut timbangan ialah 80 grams (sebotol di anggarkan mempunyai 330-350 biji)
  • Setiap set ini dianggarkan untuk 2 bulan. 
Homeopathy adalah konsep perubatan yang lembut, boleh diharapkan dan berkesan. Ia bukan hanya "target" kepada masalah seperti obes, tetapi ia merawat seluruh sistem tubuh. Konsep Homeopathy mudah dan jelas, rawat "root of the problem" bukan hanya merawat penyakit semata-mata. Ibarat seperti sepohon pokok, jika akarnya sihat maka daunnya pun lebat dan buahnya pun berkualiti!.

Thursday, April 5, 2012

Kaki Dah Tak "Cun" Akibat Varicose Veins

Varicose Veins ? Mudahkan cerita ia adalah seperti di gambar di atas, dulu kaki "cun" tapi sekarang nak pakai skirt minta maaflah "kaki I dah tak cun macam dulu". Wanita muslimin tak jadi masalah sangat,  kerana wanita muslimah tak perlu tayang kaki kerana ia adalah aurat, tetapi si suami pula yang pandang "semacam" je. "Apa dah jadi kaki isteri aku ni?", begitulah kot si suami merungut sorang-sorang. Oleh itu mari kita cuba fahami secara ringkas dengan mengguna ayat-ayat yang mudah tanpa perlu mengguna terma-terma perubatan.

Sebagai permulaan, jangan salah anggap "statement" di atas yer. Varicose Veins bukan hanya terjadi kepada wanita sahaja, ia tidak memilih jantina kerana ia juga terjadi kepada lelaki!. Saya refer kepada wanita kerana kaki yang cantik sememangnya idaman setiap wanita, bagi lelaki ia tak lah penting sangat kan ... walaubagaimana pun Varicose Veins adalah masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian dan rawatan.

Varicose Veins, veins jika di terjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud urat, saraf  atau saluran yang mengandungi darah yang mengalir masuk dan keluar dan mempunyai injab. Varicose Veins terjadi apabila injab lemah atau langsung tidak berfungsi atau aliran darah yang sepatutnya mengalir keluar dan masuk tidak mencukupi maka urat itu akan mengembang dan membengkak. Seseorang itu akan merasa tidak selesa, sakit, gatal dan kekejangan akan terjadi. (jika anda mempunyai terjemahan yang lebih padu dan jelas sila kongsi bersama ye)

Ia juga merupakan "harta" warisan yang diperturunkan kepada waris-warisnya, jika ibu atau ayah anda telah terjadi Varicose Veins maka besar kemungkinan anda juga akan mengalami Varicose Veins. Urat-urat akan timbul di permukaan kulit dengan jelas apabila seseorang itu semakin meningkat umur seperti gambar di atas.

Beberapa faktor yang akan memungkinkan terjadinya Varicose Veins.

  • Varicose Veins terjadi sewaktu mengandung.kerana sewaktu mengandung kuantiti darah akan bertambah. Tekanan yang bertambah ke kaki akibat kandungan semakin membesar merupakan salah satu faktor terjadinya Varicose Veins.
  • Pekerjaan atau aktiviti yang memerlukan seseoarang itu untuk berdiri di dalam jangkamasa yang lama
  • Obesiti
  • Trauma dari surgeri yang menyekat aliran darah dari melalui saluran darah
Varicose Veins boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh tetapi spot popularnya ialah kaki dan peha.

Sebagai perubatan alternatif  ubat Homeopathy untuk Varicose Veins amat popular kerana ubat atau remedi homeopathy berupaya untuk mencegah dan menyembuhkan Varicose Veins tanpa meninggalkan kesan sampingan. Remedi utama untuk mencegah Varicose Veins ialah CAL FLOUR. CAL FLOUR merupakan remedi yang perlu di ambil oleh ibu-ibu mengandung dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan anak (program supplemen biochemic untuk ibu mengandung). Bukan setakat menghalang dari terjadinya Varicose Veins, CAL FLOUR juga mampu menghalang dari terjadinya stretch mark di perut selepas bersalin. Selain dari itu terdapat lebih kurang lima remedi yang boleh membantu seperti ARNICA, CAL CARB, CARBO VEG, HAMAMELIS dan LYCOPODIUM. 


Tidak rugi untuk mencuba tetapi anda akan rugi jika di biarkan saja kaki yang membengkak itu tanpa sebarang usaha... semoga kaki anda akan "cun" semula selepas ini... aminnn. selain dari itu remedi homeopathy juga boleh awet muda tau, rahsianya syy.... jangan heboh-heboh tau, amalkan CAL FLOUR sebagai supplemen. Sebab tu lah ramai yang komen, Drcool ni awet muda je .... jangan marah ek gurau-gurau jer hehehe.... kalau nak pesan

Nota :  Cal flour 6x sangat bagus jika diambil bersama-sama Silica 6x. Silica adalah remedy untuk kulit, kuku dan rambut. Gandingan kedua-dua Biochemic ini akan mempercepatkan proses menghalang atau merawat Varicose vein, selulit, mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan tubuh, menghalang uban terjadi sebelum waktunya dan merawat salur salur darah yang bermasalah.



Sunday, May 8, 2011

Ubat Tanpa Formula Di Label dan Murah

Di mailbox saya kerap juga ada pertanyaan mengenai produk homeopathy yang murah, kenapa harga saya "begini" dan di blog lain harga "begitu"? dan di label ubat-ubat* homeopathy tersebut tidak ada tertera bahan-bahan yang dicampurkan?. Malah ada blog lain yang mengandungi artikel "sebiji" seperti yang terdapat di blog saya?. Adakah saya yang "menciplak" artikel tersebut?. Isu menciplak, nampaknya artikel saya yang kerap diceduk oleh blog-blog lain memandangkan saya adalah salah seorang pioneer di online. Seingat saya semua artikel adalah asli dan dibuat hasil dari kajian dan pengalaman. Tanpa keizinan saya, ada yang selamba je copy paste dan tanpa ada perasaan bersalah atau malu langsung. Peliknya yang copy paste itu mengenalkan dirinya sebagai "DR". Jika dia hubungi untuk mengambil artikel diblog saya sebagai bahan di blognya, Insya Allah saya izinkan tetapi edit-edit la sikit kan....

Jawapan untuk pertanyaan mengenai perbezaan harga; adalah amat mengejutkan saya kerana terdapat blog yang menjual produk yang sama dengan saya tetapi harganya amat rendah. Harga tersebut seolah-olah blog itu menjual tanpa mengambil sedikit untung pun (sedangkan harga belian saya adalah lebih mahal dari harga jualannya). Hebatkan kerana dia amat pemurah..semoga Allah murahkan lagi rezeki dia, tetapi apa yang merisaukan saya ialah niat penulis blog tersebut adalah sebaliknya, bukan bersedekah tetapi mungkin produk itu adalah produk tiruan, maka amatlah merbahaya untuk pengguna membelinya, atau yang mungkin menyedihkan blog tersebut berniat untuk membunuh pasaran (dan membunuh penjual lain juga) dengan menjual pada harga yang rendah. Mungkin pada fikirannya dia bijak mengatur strategi pemasaran dengan menjual satu produk dengan harga "murah gila" untuk menarik pelanggan ke blognya dan ambil untung dengan produk lain. Ini adalah amalan tidak sihat. Saya dan rakan-rakan network saya, akan menjual pada harga yang sama walaupun untungnya kadang-kadang tidak seberapa tetapi biarlah hasil dari ubat tersebut memberi manfaat kepada pembeli. Kami mengamalkan walaupun sedikit biarlah berkat, pembeli mendapat manfaat dan mencadangkan kepada adik beradiknya, saudaranya dan kawan-kawannya.

Perbezaan : Pembeli mempunyai kuasa memilih , tetapi anda perlu nilai kuantiti dan kualiti, khidmat selepas jualan seperti nasihat penggunaan dan pengambilan ubat dan produk. Anda sebagai pembeli bijak pasti akan menilai tahap kemesraan pengamal homeopathy, pantas dantidak lokek untuk menjawab soalan dan sentiasa memberi komen yang telus. setiap produk juga mempunyai bahan dan kuantiti yang berbeza. Contohnya pil kemam itu sendiri, jumlah pil kemam di dalam setiap botol. Kebanyakan produk homeopati di pasaran mengguna botol 20-30 gram sementara kami menggunakan botol bersaiz 80 grams yang mempunyai kuantiti 320-350 bii yang cukup untuk bekalan 1 bulan. Kualiti pil kemam yang baik akan memanjang usia ubat tersebut, pil kemam yang rendah kualitinya akan sering melekat dan cair jika disimpan lebih dari 6 bulan, pil kemam produk saya ialah dari pengeluar bertaraf dunia dan boleh tahan selama 2 tahun.
Tidak dinafikan kami akan mengambil keuntungan, bohonglah jika kami penulis blog hanya bersedekah kerana setiap ubat mempunyai kosnya, untuk pos kepada pengguna juga mempunyai kosnya, jika rosak kami akan pos semula tanpa kos tambahan. Kami mengamalkan konsep perniagaan orang bukan Islam (sepatutnya orang bukan Islam yang mengikut gaya perniagaan Rasulullah), seperti yang diamalkan oleh kaum Cina, walaupun rata-rata kaum Cina bukan orang Islam tetapi etika perniagaan mereka amat mirip amalan yang digalak oleh Islam, harga terkawal dan tidak membunuh rakan-rakan niaga yang menjual produk yang sama. Mereka seolah-olah lebih mempercayai Qada dan Qodar berbanding orang Islam sendiri.

Jika anda berpeluang ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur atau Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan. Jalan Pudu di kawasan tersebut kaum Cina menjalankan perniagaan alat-alat elektrik dan elektronik sementara Nilai 3 menjual tekstil, alat kelengkapan perkahwinan, cadar dan lain-lain. Hampir semua kedai menjual barang yang sama, contoh di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, apa yang mengkagumkan saya ialah harganya adalah terkawal. Walaupun tawar menawar dibenarkan diskaun hanya di antara RM5-10 dan yang paling beretika, sekiranya kedai yang kita berurusan tidak menjual atau kehabisan stok, peniaga Cina yang bukan beragama Islam itu akan menyuruh kita ke kedai sebelah tanpa rasa dengki. Malangnya penulis blog dan pengamal homeopathy di Malaysia ini, majoritinya adalah orang Melayu dan Islam.

Saya bukanlah tamak, insya Allah kerana saya percaya kepada rezeki yang Allah janjikan, jika ada pengamal homeopathy yang ikhlas ingin memberi pandangan, pengalaman dan kerjasama, amat saya alu-alukan kerana saya insan yang lemah lagi hina berbanding ilmu Allah yang Maha luas. Jika kita bersikap cantas mencantas maka anda tidak percaya kepada Allah yang Maha Adil lagi Maha Kaya untuk memberi anda rezeki. Penduduk Malaysia sudah mencecah 30 juta orang, sedangkan pengamal homeopathy yang menjual dan mengeluarkan produk mungkin hanya berjumlah ratusan orang sahaja. Nisbahnya mungkin 1 orang pengamal homeopathy : (mungkin) 1 juta atau 5 juta orang atau 10 juta orang. Oleh itu tidak perlulah berhasad dengki, tetapi bekerjasamalah untuk merawat pesakit yang memerlukan para pengamal homeopathy untuk menyediakan produk berkualiti, selamat dan boleh diharapkan.

Jawapan untuk memaparkan bahan ramuan di label: Saya berpendapat pengeluar ubat-ubat termasuklah ubat yang paling selamat pun seperti ubat homeopathy adalah perlu untuk memberitahu pengguna mengenai apa yang terdapat di dalam ubat tersebut. Amat tidak beretika jika gemar menyembunyikan bahan-bahan yang dicampurkan untuk sesuatu produk tersebut. Amalan ini tidak baik untuk imej perubatan homeopathy amnya.

Begitu juga amalan untuk preskripsi ubat, bila pesakit membawa ubat yang diambil di klinik homeopathy lain untuk saya kenal pasti nama ubat, pasti tidak tercatit nama-nama ubat yang dipreskripsikan. Maka saya tidak berpeluang untuk meneruskan atau membantu pesakit tersebut. Saya terpaksa bermula dari awal dan ini akan membosankan pesakit dan mula menjauhi perubatan homeopathy akibat dari pengamal yang terlalu berahsia. Alhamdulilah semua produk yang saya jual tercatit bahan-bahannya di label setiap produk, saya juga akan tuliskan nama ubat-ubat di label ubat untuk kemudahan pesakit mendapat nasihat dari pengamal homeopathy yang lain jika tidak berkesempatan menemui saya. Kerana saya percaya rezeki hanya dengan Izin-Nya.

Semoga anda yang menghantar email mendapat jawapan yang memuaskan... :)

Friday, April 15, 2011

8 Remedi Homeopathy Untuk Wanita


8 jenis aje ke doc? , tentu itulah soalan pertama yang bermain difikiran para wanita semua.. relak-relak habiskan membaca dulu baru buat soalan ok..:). Walaupun saya bukan Pakar Sakit Puan, 99% pesakit saya adalah wanita. Cuba lihat senarai masalah kesihatan yang amat unik, hanya wanita sahaja yang mengalaminya ... kalau ada lelaki yang mengadu mengalami masalah seperti senarai ini, dia adalah dikategori geng "anu dalam botol"..

  1. PMS
  2. Senggugut (cramps)
  3. Infeksi di vagina dan pundi (vaginitis & bladder)
  4. Keputihan (leukorrhea)
  5. Fibroid
  6. Cyst
  7. Masalah payudara sama ada kanser atau ketulan
Kalau nak buat list memang tak habis kan.. anda sebagai wanita lebih arif dari saya rasanya..kan kan. Dari pengalaman saya dan rakan-rakan pengamal homeopathy, kami amat berminat untuk merawat wanita ..eh maaf kaum lelaki, saya bukan memilih kasih atau double standard. Kaum lelaki biasanya agak tegar dan kebal, bukan remedi homeopathy tidak bagus untuk lelaki tetapi kerana gaya kehidupan lelaki amat berbeza dari wanita, dari segi pemakanan dan habit.


Memandangkan wanita mempunyai gaya hidup yang lebih lembut berbanding lelaki. Remedi homeopathy amat berkesan untuk wanita dan pantas merawat pelbagai masalah wanita. Tetapi mungkin fakta saya ini tidak benar.. kenapa saya cakap begitu?. Jawapannya ialah lelaki tidak kisah sangat pasal kesihatan dan kerap kali dah sampai tahap kronik barulah mencari ubatnya dan kerap kali kes-kes yang melibatkan lelaki adalah diperingkat super chronic.. ubat kuat macam mana pun nampak tidak berkesan kan..betul tak ?


Berbalik kepada 8 remedi untuk wanita, 8 remedi ialah ;

  • Belladonna - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan kepenatan
  • Chamomilla - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan perasaan tidak menentu, cepat marah
  • Cantharis - Infeksi di pundi kencing
  • Sepia - Masalah jangkitan di vagina hingga menyebabkan anda sukar membuang air kecil walaupun keinginan ada (vaginitis)
  • Lachesis - Simptom menopaus termasuk rasa panas menyerbu ke muka (hot flashes)
  • Cimicifuga Racemosa - Simptom menopaus termasuk cepat marah dan tidak bermaya
  • Nux Vomica - Rasa teruk, tidak bermaya di waktu pagi (morning sickness)
  • Pulsatilla - Masalah haid yang tidak teratur
Kesemua remedi ini amat berkesan untuk melegakan simptom-simptom ringan seperti yang dinyatakan. Boleh diambil sebagai remedi tunggal (hanya 1 remedi dalam 1 masa atau single remedy) atau secara kombinasi atau combo (lebih dari 1 remedi dalam 1 masa)


Boleh diamalkan sebelum kitaran haid sebagai persediaan mengurangkan simptom-simptom yang menjadikan anda takut setiap kali kitaran haid. Paling penting remedi-remedi ini tidak akan menganggu sistem reproduktif, tidak meninggal kesan-kesan sampingan dan ketagihan.


Biasanya pesakit tetap saya akan SMS atau email "doc macam biasa stok dah habis, dah transfer"... Jika simptom masih tidak berkurangan, bukan hanya 8 remedi sahaja yang boleh diberi tetapi banyak lagi remedi. Jadi janganlah malu-malu untuk berjumpa dengan doktor homeopathy yang berhampiran anda...Insya Allah ada remedinya untuk anda ceria walaupun ketika anda sedang menstruasi.

Tuesday, April 12, 2011

Remedi Untuk Warga Emas - SixtyPlus - Balance Disorder



Balance Disorder – Mak selalu nak terjatuh bila berjalan!

Bila umur meningkat biasanya bila melepasi umur 60 ke atas, balance disorder atau dalam bahasa Malaysia gangguan keseimbangan, akan menjadi gejala yang membantut segala aktiviti warga emas. Seringkali di diagnos sebagai vertigo (pandangan akan nampak berpusing-pusing) dan kerap kali doktor akan tersalah diagnos dengan memberi ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang dilapurkan boleh menjadikan tulang warga emas semakin rapuh. Ia amat berisiko tinggi, kerana warga emas yang mengalami balance disorder akan berkemungkinan besar akan terjatuh dan mengalami kecederaan akibat terjatuh seperti kerap kali terjadi kepada warga emas seperti kecederaan di tulang rusuk.

Bagaimana balance disorder terjadi?

Secara ringkasnya setiap gangguan di labyrinth iaitu di dalam telinga, gangguan di otak, gangguan di saluran darah (vascular) atau sistem saraf dan juga akibat pengambilan ubat-ubatan konvensional seperti ubat untuk mengawal darah tinggi.

Umur berisiko untuk mendapat balance disorder ialah 60 tahun ke atas, tetapi terdapat juga kes-kes pesakit yang berumur di bawah 60 tahun

Simptom balance disorder

  • Pening atau vertigo iaitu pandangan akan terjadi berpusing-pusing
  • Seringkali terjatuh atau perasaan tidak stabil dan rasa ingin terjatuh
  • Kepala terasa kosong, perasaan seolah ingin pitam dan terasa tubuh melayang-melayang
  • Perasaan yang keliru dan tidak terurus.


Remedi Homeopathy

Hasil dari kajian para saintis homeopathy dan bukan homeopathy telah mengiktraf beberapa remedi yang amat berkesan untuk merawat balance disorder seperti Lycopodium, Conium, Cocculus dan lain-lain. SixtyPlus – Balance Disorder ialah hasil dari kajian yang telah di “proving” amat berkesan untuk merawat atau menjadi supplemen kesihatan. Tambahan pula remedi homeopathy tidak dilapurkan akan terjadi sebarang kesan sampingan.

SixtyPlus – Balance Disorder disediakan dengan tablet tanpa gula untuk memudahkan warga emas yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. SixtyPlus – Balance Disorder mempunyai 2 kategori iaitu masalah balance disorder yang ringan akan mengambil SixtyPlus 30 – Balance Disorder dan masalah balance disorder yang kronik dicadangkan mengambil SixtyPlus 200 – Balance Disorder. 30 dan 200 mewakili 2 potensi kekuatan remedy yang disediakan.

Kuantiti dan Dos

Disediakan didalam botol 80gram, di anggarkan terdapat 320-350 biji setiap botol.

Dos : SixtyPlus 30 – Balance Disorder, 4 biji dikemam 30 minit sebelum makan 3-4 kali sehari, sementara SixtyPlus 200 – Balance Disorder, 4 biji dikemam 30 minit sebelum makan 3 kali sehari, selepas symptom berkurangan dos perlu dikurangkan kepada 1 kali sehari dan 1 minggu sekali mengikut nasihat pengamal homeopathy.

Harga dan penghantaran

SixtyPlus 30 – Balance Disorder berharga RM80 dan SixtyPlus 200 – Balance Disorder berharga RM90. Penghantaran adalah percuma.

Jika ibu atau ayah anda mengalami balance disorder, pesanlah 1 untuk ibu dan ayah anda sekarang. Cara memesan