Showing posts with label buasir. Show all posts
Showing posts with label buasir. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Merawat Buasir Tanpa Surgeri




Merawat Buasir Tanpa Surgeri


Surgeri merupakan kaedah popular dikalangan pengamal perubatan Allopathy. Sebaliknya pengamal Homeopathy akan berusaha seboleh mungkin untuk merawat penyakit tanpa perlu surgeri. Tidak dinafikan terdapat sesetengah komplikasi penyakit memerlukan surgeri tetapi buasir atau haemorrhoids boleh dirawat tanpa perlu surgeri yang amat menyakitkan. Oleh itu jangan terburu-buru untuk melakukan surgeri jika anda belum mencuba perubatan Homeopathy

Homeopathy bukanlah konsep perubatan ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Homeopathy adalah konsep perubatan yang mempunyai kajian meluas mengenai rawatan buasir dan mempunyai senarai panjang remedi yang amat ajaib sekiranya diberi mengikut simptom setiap individu.

Beberapa remedi yang amat ajaib dan sering diguna oleh para pengamal Homeopathy untuk merawat buasir ialah Hamamelis, Aloe, Aesculus, Graphite dan lain-lain. Para pengkaji ubat-ubatan sendiri telah mengakui akan kehebatan remedi seperti Hamamelis dan Aesculus. Para pengeluar ubat-ubatan tidak kira Allopathy mahupun Homeopathy akan mengguna salah satu atau gabungan remedi ini sebagai ointment untuk disapu sebagai agen mengecutkan pembengkakkan buiasir dalaman atau luaran, untuk memberhentikan pendarahan dan sebagai pelincir sebagai bantuan untuk mengurangkan geseran di dubur sewaktu membuang air besar.

Ubah gaya hidup, anda sudah sembuh sebanyak 50%

Pengalaman merawat buasir selama berbelas tahun semenjak 1998, saya mendapati gaya hidup, pemakanan dan penjagaan diri yang betul akan mengurangkan simptom buasir seseorang sebanyak 50%. Remedi atau ubat-ubatan akan mengambil peranan sebanyak 50% lagi. Tidak kira sama ada anda penghidap buasir peringkat 1,2,3 atau 4. Pengurusan diri yang betul seperti dibawah akan merubah dan mengurangkan simptom buasir anda;

Minum air putih contohnya air mineral dengan banyak, untuk mengenal pasti air mineral atau hanya sekadar air minuman, pengilang di Malaysia diarahkan untuk mengguna tudung botol berwarna hijau. Tudung botol berwarna biru dan putih adalah air suling atau air yang ditapis mengguna alat penapis. Sering disebut sebagai RO water, drinking water dan lain-lain. Air kategori ini hanya menghilangkan dahaga tetapi tidak mempunyai zat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab air mineral semulajadi adalah plihan yang bijak.

Tabiat membaca sewaktu membuang air besar adalah tidak digalakkan

  1. Pendekkan masa “termenung” didalam tandas. Sebaik-baiknya buang air besar 2 kali sehari dan jangan memaksa untuk “mengosongkan” dubur sewaktu membuang air besar. Meneran untuk memaksa najis keluar akan menambah pembengkakkan didubur. Biar najis keluar secara tidak paksa dan setelah merasa tidak mahu keluar anda segera bersihkan dan keluar dari tandas.
  2. Elakkan dari mencangkung, guna tandas duduk akan lebih membantu mengurangkan tekanan di dubur. Ada yang berpendapat mengguna tandas mencangkung lebih baik dari tandas duduk, tetapi pada pandangan saya tandas duduk mengurangkan tekanan ke dubur dan lebih sesuai.
  3. Makan makanan yang mudah hadam, lembut dan tidak pedas. Mengikut pengalaman saya cili padi merupakan pencetus utama kepada pendarahan.
  4. Berhenti merokok atau kurangkan merokok terutama sewaktu membuang air besar. Merokok akan menambah tekanan ke dubur kerana sewaktu merokok suhu badan akan meningkat. Begitu juga jika anda mengambil alcohol.
  5. Jika anda obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan.
  6. Tidur awal dan kurangkan stress.

Ubat Homeopathy

Jika di senaraikan terdapat 278 remedi yang mampu untuk merawat dan melegakan simptom buasir, senarainya amat panjang untuk ditulis tetapi ubat atau remedi yang sering membuahkan hasil dengan jayanya ialah Aesculus, Aloe, Collinsonia, Hammamelis, Lachesis, Muratic acid, Nitric acid, Nux vomica dan Arnica.

Remedi ini boleh disediakan dalam kombinasi bagi buasir peringkat 1, tetapi bagi buasir peringkat 2,3 dan 4 memerlukan remedi mengikut simptom secara individu.

Contohnya Aesculus untuk buasir yang besar, sakit dan dubur terkeluar. Aloe untuk buasir yang terkeluar, bila dirasa dengan jari seolah-olah berbiji-biji seperti anggur dan rasa lega bila dibasuh dengan air sejuk. Hamamelis pula amat pantas memberhentkan pendarahan.

Kategori Buasir

Buasir boleh dikategorikan kepada 4 peringkat. Peringkat 1 buasir tidak akan "terkeluar" dari dubur. Peringkat 2 buasir akan "terkeluar" dari dubur setiap kali membuang air besar tetapi akan "masuk semula" selepas itu. Peringkat ke 3 agak sama dengan peringkat ke 2 tetapi dubur akan masuk semula selepas ditekan. Peringkat 4 dubur akan sentiasa terkeluar.

Simptom
Peringkat 1 kadang tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Simptom awal ialah sering terjadi pendarahan yang berwarna merah segar selepas membuang air besar. Biasanya akan terasa gatal di dubur. Peringkat 3 dan 4 pesakit akan merasa sakit dan memeritkan, biasanya akan ada discaj seolah-olah lendir bersama-sama najis. Tidak semestinya seseorang itu buasir bila terjadi pendarahan selepas membuang air besar, ia mungkin diakibatkan oleh komplikasi yang lain. Adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti samada anda mengalami buasir atau disebabkan oleh lain-lain masalah.

Sekiranya anda ingin mendapat rawatan sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com

Saturday, August 21, 2010

Buasir dan Puasa

PAKEJ REMEDI BUASIR DR.RECKEWEG.


Kerap kali bila bulan Ramadan, gastrik merupakan masalah utama (he he ada juga yang mengambil kesempatan) , tetapi buasir juga kerap terjadi kepada yang menghidap buasir. Kenapa boleh terjadi buasir di bulan penuh Barakah bulan Ramadan?. Kekurangan pengambilan serat dan fiber serta cecair menjadikan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.

Buasir atau dalam English, disebut piles atau haemorrhoids, memang menyusahkan hidup, ada terasa pedih nak duduk pun susah, nak jalan pun susah, ada yang terasa gatal nak garu macam mana? Terasa pedih menyucuk-nyucuk, perut kembung dan tidak selesa dan yang paling tidak "bes", terdapat buasir berdarah.. aduhai memeritkan.



Buasir tidak mengenal bangsa dan darjat keturunan , umur serta lelaki dan wanita. Antara penyakit yang sukar untuk disembuhkan sepenuhnya. Melainkan mengamal diet yang amat teratur san pegambilan ubat serta remedi yang sesuai. Paling kronik pembedahan juga sering dilakukan oleh pengamal perubatan konvensional.



Remedi Homeopati Untuk Buasir

Terdapat puluhan remedi yang boleh dipreskripsi untuk pelbagai simptom individu dan pelbagai peringkat buasir yang dideritai. Ia memerlukan "temubual" yang panjang untuk mengenal pasti simptom dan "characteristic" penyakit bagi setiap individu, nampak seolah-olah sukarkan nak berubat dengan kaedah Homeopati.

Saya permudahkan kepada beberapa remedi yang dihasilkan dengan kaedah kombinasi, yang dihasilkan oleh kilang-kilang bertaraf dunia dari Germany, India dan Pakistan. Hasil dari peratusan penyembuhan dan kepantasan remedi untuk meringankan kesakitan saya memilih untuk memperkenalkan PAKEJ REMEDI BUASIR DR.RECKEWEG.

Remedi berbentuk cecair
  • R1 - untuk kes akiut (buasir yang tiba-tiba terjadi), berupaya mengurangkan kesakitan akibat buasir.
  • R13 - amat berguna untuk mengawal pendarahan, kesakitan di rectum (dubur), simptom di mana rectum terasa panas dan gatal.
  • R37 - membantu melembutkan najis dan pada masa yang sama akan membantu menghalang buasir dari terjadi semula.


  • R30 - berbentuk krim (ointment) yang boleh disapu dikawasan rectum untuk mempercepatkan rectum yang terkeluar atau bengkak untuk kecut, juga boleh menghilangkan rasa gatal di rectum.
Harga :

  • Setiap remedi yang diimport dari Germany, didalam botol 22ml seperti R1,R13 dan R37, berharga RM65 setiap satu. Penghantaran adalah percuma.
  • R30 didalam bekas 80gram berharga RM80 dan penghantaran adalah percuma.

Harga Pakej Lengkap :

Harga pakej lengkap R1, R13,R37 dan R30 hanya RM210 jimat RM65 . Cara memesan klik sini

Saturday, May 16, 2009

Buasir Dan Produk Terbaru

Saya tertarik dengan satu email yang bertanyakan tentang remedi dan produk-produk untuk merawat buasir. "saya takut untuk buang air besar kerana risau akan sakit atau berdarah selepas itu" , salah satu ayat yang sering saya dengar atau terbaca dari pesakit-pesakit saya sewaktu mereka datang bertemu saya atau di online.

Selain dari remedi seperti Hamamelis, Aesculus, Aloe, Graphite dan lain-lain yang telah berjaya menyembuhkan pesakit-pesakit buasir. Saya juga telah berjaya merawat puluhan pesakit dengan remedi yang diimpot dari Jerman yang diberi nama Dr.Reckeweg yang mempunyai rangkaian remedi hampir untuk semua penyakit. Senarai penuh bagi setiap penyakit boleh di lihat di http://www.solaris-marketing.com/remedy.html .

Produk Dr.Reckeweg semuanya bermula dengan kod R, gabungan remedi-remedi ini telah berjaya mencatatkan rekod penyembuhan yang tinggi sepanjang 10 tahun saya mengamalkan Perubatan Homeopathy. R1, R13, R30 dan R37.



Indikasi Remedi/Produk

  1. R1 - Pesakit buasir akan mengalami simptom di mana akan terjadi ketidakselesaan di abdomen (perut) seperti kembung, berangin dan pedih-pedih atau disebut localised inflammation in cases of acute hemorrhoids. R1 bertindak melegakan ketiadakselesaan inflamasi yang terjadi di perut.
  2. R13 - Remedi ini bertindak melegakan kesakitan yang terasa seperti terbakar dan pedih di dubur, dubur terasa terkeluar dan gatal-gatal.
  3. R30 atau Krim Hamamelis atau Krim Aesculus - Krim-krim ini bertindak sebagai agen melegakan kesakitan secara luaran dan mempercepatkan pengecutan inflamasi yang terjadi di dubur seperti berdarah, membengkak dan terkeluar.
  4. R37 - Remedi ini akan bertindak melembutkan najis atau meregulasikan najis (regulate the stool) supaya buasir tidak akan terjadi lagi.
Remedi ini dipanggil combination remedy (remedi kombinasi) , ia menggabungkan beberapa remedi yang amat berkesan untuk merawat buasir didalam 1 produk. Kombinasi remedi ini disediakan didalam dos yang amat rendah dan tidak terdapat sebarang aduan komplikasi kesan sampingan.

Kebaikan combination remedy , ia dapat merangsang penyembuhan mengikut keserasian remedi-remedi didalam satu masa berbanding single remedy.

Presentasi produk ialah di pek didalam botol kaca 22ml kecuali R30 ia didalam bentuk ointment (krim) 85g* dalam bekas plastik.

* R30 selain dapat mengecut dan meredakan inflamasi buasir ia juga boleh menyembuhkan jerawat, sakit atau sengal sendi, terseliuh dan inflmasi kulit. Ia adalah krim pelabagai guna.

Sila hubungi saya untuk info dan pesanan di 019-257 00 23 atau email di sales@solaris-marketing.com

Cara order di online : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online