Showing posts with label sabun marigold. Show all posts
Showing posts with label sabun marigold. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Sabun Carmino Complexion Soap (CCS) Dah Ada Stok!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Sabun Carmino Complexion Soap (CCS), telah sampai lebih awal dari yang dijadualkan.. alhamdulilah anda sudah boleh mula order CCS semula...

Ceria-ceria selalu....

Friday, April 29, 2011

Sabun CCS Kehabisan Stok!

Assalamualaikum wbt ..selamat hari Jumaat. Moga-moga anda semua sentiasa ceria, sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta di hari minggu.

Arakian adanya..eh sastera pula bahasa saya kali ni hehe.. nak maklumkan pada pembeli, bakal pembeli dan yang sudah order , sabun CCS (Carmino complexion soap) telah kehabisan stok dan setelah mendapat info dari pegilang yang nun jauh di India... sambil dia mengunyah sirih dia memberitahu yang stok CCS akan sampai lebih kurang 2 minggu lagi .... adoyaii biasalakan jauh kene merentas Lautan Hindi , Lautan Pasifik serta menempuh lanun-lanun dan juga ombak mengganas, perjalanan di lautan yang luas saujana memandang memang mencabar, sehinggalah sampai ke Selat Melaka mengambil masa lebih kurang 14 hari. Mencabarkan perjalanan sabun CCS ni. Hairan saya kenapa la pengilang ni tak guna kapalterbang je kan?

Dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Mei 2010..

Tetapi jangan risau dan gundah gulana, sabun Merrygold dan yang terbaru Bio-T3 Deep Cleanser boleh mengganti tugas CCS. Kesan Merrygold pun sama hebat dengan CCS, bahan-bahan Merrygold pun tidak banyak bezanya dengan CCS jadi saya sarankan anda ambil Merrygold but masa ini ... ATAU

Bio-T3 Deep Cleanser pun hebat dengan bahan-bahan yang "power" untuk kulit muka seperti Aloe Vera, Calendula, Echinacea, Kolagen dan lain-lain. Sila lihat formula Bio-T3 Deep Cleanser;

99% of AQUA and MILK and 1% in equal portion of CALENDULLA Q, ECHINACEA Q, (and) HUMULUD LUPULUS (HOPS) EXTRACT (and) CUCUMIS SATIVUS (CUCUMBER) EXTRACT (and) ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT (and) SAPONARIA OFFICINALIS EXTRACT (and) CHAMOMIL RECUTITA (MATRICARIA) EXTRACT (and) ELASTIN (and) COLLAGEN (and), TEA TREE OIL, LAVENDER AUGUSTIFOLIA (LAVENDER) OIL.

Jadi saya rasa anda tidak akan merindui CCS buat sementara waktu ini kan....

Tuesday, January 26, 2010

Testimonial BC01, Carmino Cream, Aquifolium Set Dan Sabun Merrygold

Terharu juga bila membaca luahan perasaan gembira oleh pembeli-pembeli BC01, BC04, Aquifolium Set, Carmino Cream dan Sabun Merrygold di Shout box dan SMS. Produk-produk ini walaupun bebas bahan kimia ia amat berkesan dan membantu para pembeli kembali ceria dan tampil dengan penampilan muka yang cantik dan licin walaupun tidak secantik Siti Nurhaliza ataupun Maya Karin he he he... apa yang penting penampilan penuh bergaya dan yakin seperti gambar dibawah.


Perasaan bersyukur yang dihantar melalui SMS:

Name: Minta dirahsiakan
Number: +6019
Content:
Alhamdullilah jerawt sy dh kurng walau masih ada yg kcl tumbuh 2,3 tmpt.sy nk bli aquifolium cream,marygold,w.hazel n bc 1. Bc 1 kwn nk ordr.dulu sy yg sms doc lwt mlm.doc suggst bc1 n bc4 n 2 krim tu.sy nk bnk in dlm 25 hb or 26.tunggu gaji.agak2 smua 4 brg ada tk doc tarikh tu.
Time: 26/01/2010 10:22:04

Testimonial di Shout Box :





STOK AQUIFOLIUM CREAM TELAH SAMPAI!! Bagaikan satu keajaiban dijangka 2 minggu TUP!! TUP!! hari ini dah sampai.


Saturday, June 6, 2009

Krim Carmino Dan Sabun Marigold


Cantik Dan Selamat Dengan AnugerahNya Melalui Alam Semulajadi, Katakan Tidak Pada Jerawat Dan Parut!!.


Krim Carmino Dan Sabun Marigold adalah hasil adunan ekstrak bunga-bungaan dan daun yang digunakan oleh ahli herba pada zaman silam untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kulit. Kini kajian yang agak intensif sedang dan telah dijalankan oleh para saintis diseluruh dunia dan mereka telah mengesahkan tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut mempunyai nilai therapeutic actions terutama Calendula. Saintis juga mengesahkan Calendula mempunyai agen anti-oxidant dan anti-aging effects.

Pengasas Homeopathy sendiri telah mengkaji tumbuhan ini sejak lebih 200 yang lampau dan merekodkan kedalam materia medica (buku panduan , rujukan perubatan Homeopathy) dan kini pakar-pakar Homeopathy merealisasikan dengan menjadikan ia produk yang selamat kepada pengguna, yang telah lama mencari-cari produk yang tidak memudaratkan kulit mereka.

Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat didalam Krim Carmino Dan Sabun Marigold.


Calendula officianalis




Calendula atau marigold mempunyai 20 lebih spesis Calendula juga didalam kumpulan bunga daisy yang tumbuh di Mediterranean sehinggalah ke Iran. Manfaat Calendula kepada kesihatan telah dibuktikan sewaktu kajian pharmacological, yang mendapati Calendula mempunyai bahan anti-viral (merawat kesan infeksi yang diakibatkan oleh virus), anti-genotoxic (agen penghalang kanser) dan anti-inflammatory (anti keradangan), anti-oxidant dan anti-aging effects dan dicadangkan ekstrak atau tincture digunakan secara luaran untuk mengawal dan merawat jerawat, mengawal pendarahan dan melegakan otot-otot yang sakit. Estrak Calendula digunakan secara meluas di barat untuk dijadikan mandian kepada bayi yang diserang ruam, bahan kumuran untuk meredakan infeksi di gusi dan pelbagai kegunaan lagi.


Beberis Aquifolium



Juga dipanggil Oregon-Grape atau Mahonia, ia berada didalam kumpulan barberry dimana buahnya menyerupai buah anggur.Tumbuhan ini digunakan oleh ahli herba untuk merawat penyakit atau penyakit keturunan yang diakibatkan oleh siplis (syphilis). Homeopathy menggunakan Beberis Aquifolium Q sebagai remedi utama untuk merawat jerawat dan juga dijadikan krim atau sabun juga merawat jerawat, psoriasis dan eczema.


Echinacea




Lain-lain nama bagi bunga ini ialah Purple cone flower, pale purple cone flower, black sampson, scurvy root, Indian head, black susans dan hedgehog. Hasil kajian menunjukkan bunga ini mengandungi polysaccharides (PS I - a 4-O-methylglucuronoarabinoxylan and PS II an acid rhamnoarabinogalactan), caffeic acid, lipophillic polyacetylenes dan alkylamides. Ia mempunyai keupayaan menguatkan dan stimulasi system imun, antimicrobial dan anti-inflammatory. Oleh itu remedi ini menjadi kombinasi yang hebat untuk merawat masalah kulit dengan bertindak mempercepatkan kesan penyembuhan yang lambat, menghapus jangkitan kulat dan antispetik.


Thuja Orientalis




Thuja tidak tergolong didalam keluarga bunga-bungaan , tetapi berbentuk daun hijau iaitu cypress family. Mengikut kajian tumbuhan ini kaya dengan Vitamin C. Minyak pati Thuja amat baik untuk dijadikan cleanser dan disinfectant. Perubatan Homeopathy menggunakan Thuja untuk merawat ketuat dan polip (polyp ialah daging yang tumbuh dikulit termasuk didalam hidung)


Ekstrak bunga-bungaan dan dedaun ini diadun dengan minyak dari petal Calendula sendiri dan pati minyak bunga-bungaan yang lain, ia tidak menggunakan sebarang minyak dari lemak haiwan, tidak ade gelatin atau glycerin. Produk sediaan Homeopathy tidak menggunakan bahan pengawet, benzoyl peroxide atau bahan mengelupas (peeling) seperti glycolic acid. Ia amat selamat untuk semua jenis kulit.

Walaupun tanpa bantuan bahan-bahan kimia Krim Carmino Dan Sabun Marigold mempunyai kesan penyembuhan yang sama hebat dengan produk yang menggunakan bahan kimia. Bukan cerita kosong , tapi ada kes jerawat yang boleh dirawat dalam masa yang singkat. 3-7 hari dan muka kembali licin, sementara parut-parut mula pudar dan hilang dalam tempoh 1 bulan.


Produk ini tidak dijual dimana-mana pharmasi buat masa ini kerana kesukaran untuk membuat edaran ke seluruh pelusuk Malaysia yang memerlukan kakitangan dan rantaian pemasaran yang amat besar, tetapi kami mengambil inisiatif dengan menggunakan konsep order melalui talian (online) dan kurier terus ke alamat pengguna walaupun dimana anda berada. Sepanjang tahun 2009 sahaja kami telah menguruskan lebih seribu pesanan pertama dan pesanan berulang ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Australia. Konsep order di online ini menjadikan produk bermutu Homeopathy dapat disampaikan ke seluruh pelusuk Malaysia amnya tanpa ada sekatan edaran yang memerlukan kakitangan yang amat ramai. Setiap pesanan akan diproses selepas bayaran di buat dan mengambil masa 2-4 (tertaklu kepada lokasi) hari bekerja untuk sampai kepada pengguna.

Untuk pesanan dan harga klik sini atau sila email sales@solaris-marketing.com atau sms 019-257 00 23