Showing posts with label bc16. Show all posts
Showing posts with label bc16. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Ubat Jerawat Homeopati , Mengikut Simptom

Jerawat..dulu kini dan ubatnya… Causticum 30

  • face; skin; out-breaks on skin; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; in groups;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; on nose; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; forehead; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; nose; ;
  • nose; skin or lining of nose; small swellings; surrounded by red swelling like acne;
  • face; lips; out-breaks on lips; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; near a fire; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chin; ;

Ada lagi ubat jerawat rupanya, mesti ada yang mengeluh kan .. , bukan nak kasi anda semua pening kepala tetapi ubat-ubat ini adalah pilihan untuk kes yang tidak berapa “sembuh” hanya dengan BC01, BC04 , BC16 dan lain-lain.

Sengaja saya tidak terjemahkan ke Bahasa Malaysia simptom-simptom yang berkaitan jerawat di atas, bukan malas tetapi tidak mahu fakta simptom itu “lari dari tajuknya” bila di Bahasa Malaysia kan..

BC01, BC04, BC16, HSC30, Sulphur 30, Pulsatilla 30, krim CCC dan sabun CCS sememangnya telah sinonim dengan masalah jerawat atau bahasa perubatan menyebut Acne vulgaris. Kini anda ada pilihan terbaru… mengikut simptom seperti dibawah.

  • face; skin; out-breaks on skin; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; in groups;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; on nose; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; forehead; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; nose; ;

Mengikut simptom di atas ubat yang paling sesuai ialah CAUSTICUM 30 ,

  • back; skin; out-breaks on skin; acne; neck; ; ubat yang boleh di kombo (combo/gabung) bersama-sama Causticum ialah JUGLAN REGIA
  • back; skin; out-breaks on skin; acne; kalau jerawat di belakang badan tidak teruk hanya CARBO.V di kombo dengan Causticum
  • chest; skin; out-breaks on skin; pimples; acne; jika terdapat jerawat di dada BRYTA CARB
  • Saya mencadangkan ubat-ubat atau remedi ini diambil , selepas (susulan) anda mengguna BC01, BC04 dan BC16. Jika terdapat nanah bersama-sama jerawat tersebut, SULPHUR atau HSC30 boleh dimasukkan didalam list pengambilan remedi, TETAPI eloklah sekurang-kurang hanya 3 ubat makan sahaja di dalam satu-satu masa.

Cara pengambilan :

Jika dua ubat dalam satu masa;

  • Selang (jarakkan) sekurang-kurangnya 30 minit di antara setiap ubat, 3 kali sehari

Jika tiga ubat dalam satu masa;

  • Ambil Causticum di sebelah pagi, ubat ke dua pada tengah hari dan ubat ketiga pada sebelah malam (mana-mana satu dulu pun ok)

Seboleh-bolehnya biarlah sewaktu perut kosong dan lidah anda bersih.

Nota : Ubat homeopati tidak terdapat kesan ubat, dan telah disahkan oleh KKM sendiri. Jika tidak ada kesan ubat, bagaimana ubat homeopati boleh merawat?, jawapannya ialah , kesan ubat bermaksud ada bahan-bahan berunsur drugs atau kimia seperti ubat perubatan moden, ubat homeopati tidak terdapat kesan ubat kerana cara penyediaannya yang menjadikan ia sebagai dos yang amat-amat kecil. Tidak ada dos maut (fatal) di dalam ubat-ubat homeopati dan boleh dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan selagi 100% ubat itu adalah PERSEDIAAN HOMEOPATI.


Sunday, January 16, 2011

Hepar Sulphuris Calcareum (HSC30) Ubat Jerawat Homeopathy Yang Hebat





HSC30
atau Hepar Sulphuris Calcareum boleh dikatakan ubat Homeopathy yang hebat dan amat berkesan untuk merawat jerawat, tetapi populariti HSC ini bayangi oleh kehebatan BC01, BC04 dan BC16. Kenapa ada 30 dihujung namanya? 30 bermaksud kekuatan atau potensi ubat tersebut, di dalam perubatan Homeopathy setiap ubat atau remedi akan dilabel dengan potensi 6,30,200,1000 dan 10,000. Biasanya potensi 6 dan 30 akan diberi kepada kanak-kanak dan boleh diulang dengan kekerapan setiap 10 minit kerana ia berbentuk tindakan "short acting". Potensi 200 dan ke atas akan bertindak lebih lama dan dos pengambilannya 1 kali sehari atau sebulan sekali. Setiap kes orang dewasa akan dimulakan dengan potensi 30 dan akan disambung ke potensi 200 dan seterusnya. Berbeza dengan Biochemic seperti BC01, BC04 dan BC16 yang diberi pada potensi 6x . Pening kepala kan ? Anggap ini sebagai info sahaja tidak perlu pening-pening kepala.. :)


Siapa yang sesuai dengan HSC30 ?. Jika anda alami jerawat yang besar, bernanah, berbau, lambat untuk sembuh, muka nampak kusam, berminyak dan berulang-ulang ( baik dan jadi semula) HSC30 adalah ubat untuk anda. Paling bagus jika digandingkan dengan BC01, krim dan sabun Carmino Complexion.


Pakej : HSC30+BC01+CCC+CCS - RM210 (Jimat RM60) - Penghantaran adalah percuma

Cara Pengambilan : 3 kali sehari sebelum makan. Ambil HSC30 2-4 biji dan dikemam (hisap jangan dikunyah). Selepas 30 minit ambil BC01 sebanyak 2-4 biji dan dikemam. Ulang cara yang sama sebanyak 3 kali sehari. Krim CCC adalah krim malam, selepas mencuci muka dengan sabun CCS, keringkan muka dengan tuala bersih. Sapu krim CCC dengan nipis secara putaran ke seluruh muka dan biarkan semalaman. Krim ini tidak sesuai digunakan sewaktu siang ketika anda berada dibawah sinaran matahari kerana krim ini bukan krim kosmetik.


INFO : Jika anda ingin tahu ubat atau remedi yang sesuai untuk anda, mudah sahaja ... gambarkan keadaan jerawat anda seperti jerawat besar atau kecil, bernanah atau tidak, anda sembelit atau tidak, jerawat makin teruk sebelum dan sewaktu period, muka berminyak dan sebagainya. Lebih baik kalau sertakan gambar anda ke email anwar@solaris-marketing.com dan cc ke khairulanwar.mustafa@gmail.com sebagai langkah berjaga-jaga, kadang-kadang server solaris-marketing.com down :).... Jika saya mendapat maklumat yang "power" maka saya boleh mencadangkan ubat yang "power" juga kan...

Ingin menderma untuk bekalan akhirat ? boleh lawat ke DrCoOL's Blog


Thursday, October 28, 2010

Sambungan - Jerawat 11 Tahun Nak Sembuh Dalam Masa 1 Minggu ?

Sambungan...

Cuaca hari itu hujan dan kilat sabung menyabung, angin pun kuat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. "Kalau angin semakin kuat kene azan ni" saya terdetik untuk azan sekiranya angin semakin kuat, mana la tahu nanti terbang pula atap pejabat saya ni, tak pasal-pasal masuk "paper" dan Astro Awani, bertambah glamour la saya...

Selepas 5 minit desiran angin yang menyeramkan serta kuat itu, mula memperlahankan momentumnya.. saya bersyukur dan merasa lega. Handphone saya berbunyi memberi isyarat bahawa ada SMS masuk, "doc saya nak update pasal muka saya..ada di office kan, tunggguuu!!". Alamak angin ribut sudah reda, tetapi datang ribut lagi satu, pula!! yang menyeramkan ayat penghujung nya "tunggguuu!!" siap ada tanda seru tu..

Saya menghitung sendirian selepas menyemak rekod gadis garang yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja. "oh dah 3 minggu" saya bercakap sendirian, pembantu saya pun menoleh kehairanan. "Assalamualaikum.. mujur doc ada, ni saya bawa 2 orang kawan sepejabat nak ambil ubat jerawat juga" Fuh... saya tersandar di kerusi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Muka gadis tersebut amat berbeza, jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas, jerawat yang besar tidak "bermata dan yang bermata" dan bernanah telah kering dan hanya tinggal parut-parut yang agak pudar, mukanya yang berminyak dan kusam pun dah kembali bermaya dan nampak segar menyerlahkan keayuan gadis tersebut. Dia tersenyum manis, amat manis sekali. "Doc, tolong cadangkan pada kawan saya yer apa yang perlu di ambil?". Gadis tersebut dengan suara yang merdu meminta.. "eh Echi-a berapa ringgit yer doc?, saya nak bayar ni". Dia tidak lupa rupanya.

Kawan kepada gadis tadi mempunyai 2 permasalahan yang berbeza, Gadis A akan berjerawat teruk, seminggu sebelum datang haid dan Gadis B pula hidapi sembelit yang kronik. Bentuk jerawat hampir sama kombinasi jerawat besar dan kecil-kecil, muka berminyak dan berkulit cerah.

Gadis garang yang bertukar mesra, saya cadangkan mengguna Krim Soundarya untuk menghapus parut, Sabun CCS dan BC16 Skin Repair Formula.

Solusinya :

  • Gadis A saya cadangkan BC01, Pulsatilla 30, Krim CCC dan sabun CCS
  • Gadis B saya cadangkan mengambil Set Komprehensif R7 Detox untuk membuang toxin didalam hati akibat sembelit, R23 untuk merawat jerawat yang bernanah dan juga untuk membina tisu baru bagi menghapus parut, R53 untuk mengimbang hormon yang tidak stabil, R37 untuk melembutkan najis dan menghalang dari terjadinya sembelit. CCC dan sabun CCS.
Cara pengambilan remedi yang dicadangkan :

  • BC01 dan Pulsatilla adalah remedi berbentuk tablet diambil 3 kali sehari, ambil BC01 4 biji dan dihisap hingga larut kedalam mulut dan selepas 30 minit ambil Pulsatilla 30. Begitulah seterusnya
  • R7, R23, R37 dan R53 adalah remedi Dr.Reckeweg berbentuk cecair, dicadangkan R7 dan R53 diambil 3 kali sehari seperti turutan di atas, sementara R23 dan R53 hanya di ambil pada sebelah malam sebelum tidur dan diselang selama 15-30 minit.
  • Krim CCC hanya di guna pada sebelah malam, selepas mencuci muka mengguna sabun CCS, kalau boleh mengguna air suam. Krim hendak disapu secara putaran ke seluruh muka dan dibiarkan semalaman. Begitu juga Krim Soundarya.
Ketiga-tiga gadis tadi pulang dengan muka penuh harapan, untuk kembali cantik dan kembali yakin untuk bergaul mesra bersama-sama teman, sekarang mereka merasa rendah diri dengan muka yang penuh berjerawat. Saya sentiasa mendoakan semoga semua pembeli mendapat manfaat sebaik-baiknya dari ubat-ubat saya...aminnnnnn

Moral dari cerita ini : Remedi atau ubat Homeopathy adalah bebas dari bahan kimia atau bahan-behan beracun, amat selamat dan tidak ada kesan sampingan. Proses penyembuhannya kadang-kadang mempunyai "outbreak" atau keluar dahulu baru sembuh dan ada yang terus sembuh. Ini mengikut keadaan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perubatan Homeopathy tidak membenam penyakit seperti membenam jerawat kedalam kulit untuk kelihatan sihat. Perubatan Homeopathy merawat individu bukan hanya merawat penyakit tertentu sahaja. Rawatan Homeopathy memerlukan kesabaran dan berdisiplin sewaktu mengambil ubat atau remedi.