Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Selamat Tinggal Baju Raya Ku!!

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk baju pilihan oh.. di bulan Syawal
Mulanya keseronokkan bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Syawal

Kecantikkan dan labucimu
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Baju cantik tidak boleh dipakai tiba-tiba

Terkenang kembali tubuhku yang lama
Kisah baju rayaku yang tak muat dipakai
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal untuk bergaya di Hari Raya
Mengapa boleh dipakai hanya sementara
Angan-angan yang menyala padam tiba-tiba

Sepasang baju raya merah sebuah puisi
Di bulan Syawal

Dinyayikan mengikut melodi lagu "Sekuntum Mawar Merah" oleh Alleycats


Begitulah ratapan pilu sorang gadis yang hanya mampu melihat, baju raya yang kainnya dari Gulatis tapi apakan daya tubuhnya seolah-olah dipam-pam selepas Hari Raya tahun lepas. Sedih, pilu dan gemuk, gemuk? .. adakah gemuk itu ciptaan Allah, ish tidak sama sekali .. gemuk adalah ciptaan manusia itu sendiri. Jangan salahkan takdir kerana makanan sedap-sedap, kalori berkilo-kilo makan sajalah sedap la katakan. Makan je jangan risau nanti "exercise" la, tapi alih-alih asyik "exercise" atas katil dan depan tv je.

Oh takpe ubat kurus ada jangan risau , eh risau "side efect" la pula, dengar kawan cerita sampai tak boleh tidur, dengar cerita pula sampai ada yng kene kurung untuk jadi kurus lepas tu jadi bahan testimonial, ish..ish menakutkan.

Eh .. ada ubat (remedi) Homeopati Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 garlic harga pakej untuk sebulan RM250 .. hermm selamat ke? betul ke? .. Salam doc bla.. bla.. bla hermm ada logiknya patutla aku gemuk kerana metabolisma rendah, selera menjadi-jadi. "ok doc saya dah transfer bila boleh dapat yer?"

Senyuman mula terukir di wajah gadis tersebut dan mula membelai-belai baju kurung mahalnya yang hanya sempat dipakai 1-2 kali sahaja tahun lepas, angan-angannya tidak mustahil kerana selepas sebulan dia dah dapat kurang 4 kilo dan puasa semakin hampir, "hermm pose boleh dapat 4 -5 kilo lagi turun .. yahoo boleh bergaya semula di Hari Raya..ngeh..ngeh" , gadis itu tersenyum sendirian. Maknya heran dan gusar apa sudah jadi dengan anak dara aku tu yer ?

Saturday, September 12, 2009

Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol di hari raya

Hari Raya Aidil Fitri Dan Masalah Kesihatan

Selamat …. Selamat .. selamat hari raya … minta mak kuih sepotong kerana perut sudah kosong. Begitulah lagu raya yang sering berkumandang bila hari lebaran menjelma tiba. Bila hari raya pasti ada yang merungut mengenai kolesterol atau tekanan darah yang meningkat akibat dari juadah-juadah yang dimakan sewaktu jamuan hari raya.

Ketupat, rendang, nasi tomato, nasi briyani, rendang tok dan bermacam-macam lagi juadah ditambah kelazatan dengan air sirap, bikarbonat dan pelbagai perisa yang lazat. Para penderita tekanan darah tinggi dan kencing manis pasti akan merungut kerana terpaksa hanya melihat juadah-juadah tersebut. Pantang? Ada yang pantang tengok habis dibedalnya , ada yang benar-benar pantang, aduhai tak best kan.

Berat badan juga akan naik dek kerana “meriahnya” jemputan rumah terbuka. Semua baju-baju raya hanya akan menjadi perhiasan almari selepas hari raya. Sedihnya baju mahal tetapi hanya jadi perhiasan almari.

Untuk mengatasi gejala sindrom hari raya ini produk yang amat membantu ialah seperti berikut ,

1. Garlic R79 – untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan komplikasi jantung



2. Dibonil – untuk pesakit kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin (tahap 2).



3. Card Aid & Beepee Aid – untuk masalah jantung dan tekanan darah



4. Phytolacca Americana 3 in 1 – untuk mengawal berat badan dan nafsu pemakanan.



Saya sendiri walaupun tidak mengalami masalah penyakit seperti jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi, produk-produk ini sentiasa menjadi bekalan didalam beg sebagai persediaan dan langkah pencengahan selepas mengambil makanan berlemak dan minuman yang manis. Saya akan mengambil 1 biji Garlic R79 untuk mengawal kolesterol dan 10 titis Dibonil untuk mengawal paras glukos. Produk-produk ini juga boleh membantu sekiranya terjadi serangan seperti darah tinggi dan peningkatan paras glukos yang sering terjadi kepada ibu, bapa , datuk dan nenek sewaktu anda dikampung.

Langkah pencegahan adalah rawatan yang terbaik dari merawat , oleh itu saya sarankan anda ambillah langkah berjaga-jaga di hari raya nan mulia ini.

Pakej Hari Raya : Garlic R79 + Dibonil + Card Aid + Beepee Aid RM190 (selagi stok masih ada dan sah sehingga 15 Oktober). Pakej ini tidak termasuk Phytolacca Americana 3 in 1.

Link : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online