Showing posts with label sabun ccs. Show all posts
Showing posts with label sabun ccs. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Sambungan - Jerawat 11 Tahun Nak Sembuh Dalam Masa 1 Minggu ?

Sambungan...

Cuaca hari itu hujan dan kilat sabung menyabung, angin pun kuat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. "Kalau angin semakin kuat kene azan ni" saya terdetik untuk azan sekiranya angin semakin kuat, mana la tahu nanti terbang pula atap pejabat saya ni, tak pasal-pasal masuk "paper" dan Astro Awani, bertambah glamour la saya...

Selepas 5 minit desiran angin yang menyeramkan serta kuat itu, mula memperlahankan momentumnya.. saya bersyukur dan merasa lega. Handphone saya berbunyi memberi isyarat bahawa ada SMS masuk, "doc saya nak update pasal muka saya..ada di office kan, tunggguuu!!". Alamak angin ribut sudah reda, tetapi datang ribut lagi satu, pula!! yang menyeramkan ayat penghujung nya "tunggguuu!!" siap ada tanda seru tu..

Saya menghitung sendirian selepas menyemak rekod gadis garang yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja. "oh dah 3 minggu" saya bercakap sendirian, pembantu saya pun menoleh kehairanan. "Assalamualaikum.. mujur doc ada, ni saya bawa 2 orang kawan sepejabat nak ambil ubat jerawat juga" Fuh... saya tersandar di kerusi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Muka gadis tersebut amat berbeza, jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas, jerawat yang besar tidak "bermata dan yang bermata" dan bernanah telah kering dan hanya tinggal parut-parut yang agak pudar, mukanya yang berminyak dan kusam pun dah kembali bermaya dan nampak segar menyerlahkan keayuan gadis tersebut. Dia tersenyum manis, amat manis sekali. "Doc, tolong cadangkan pada kawan saya yer apa yang perlu di ambil?". Gadis tersebut dengan suara yang merdu meminta.. "eh Echi-a berapa ringgit yer doc?, saya nak bayar ni". Dia tidak lupa rupanya.

Kawan kepada gadis tadi mempunyai 2 permasalahan yang berbeza, Gadis A akan berjerawat teruk, seminggu sebelum datang haid dan Gadis B pula hidapi sembelit yang kronik. Bentuk jerawat hampir sama kombinasi jerawat besar dan kecil-kecil, muka berminyak dan berkulit cerah.

Gadis garang yang bertukar mesra, saya cadangkan mengguna Krim Soundarya untuk menghapus parut, Sabun CCS dan BC16 Skin Repair Formula.

Solusinya :

  • Gadis A saya cadangkan BC01, Pulsatilla 30, Krim CCC dan sabun CCS
  • Gadis B saya cadangkan mengambil Set Komprehensif R7 Detox untuk membuang toxin didalam hati akibat sembelit, R23 untuk merawat jerawat yang bernanah dan juga untuk membina tisu baru bagi menghapus parut, R53 untuk mengimbang hormon yang tidak stabil, R37 untuk melembutkan najis dan menghalang dari terjadinya sembelit. CCC dan sabun CCS.
Cara pengambilan remedi yang dicadangkan :

  • BC01 dan Pulsatilla adalah remedi berbentuk tablet diambil 3 kali sehari, ambil BC01 4 biji dan dihisap hingga larut kedalam mulut dan selepas 30 minit ambil Pulsatilla 30. Begitulah seterusnya
  • R7, R23, R37 dan R53 adalah remedi Dr.Reckeweg berbentuk cecair, dicadangkan R7 dan R53 diambil 3 kali sehari seperti turutan di atas, sementara R23 dan R53 hanya di ambil pada sebelah malam sebelum tidur dan diselang selama 15-30 minit.
  • Krim CCC hanya di guna pada sebelah malam, selepas mencuci muka mengguna sabun CCS, kalau boleh mengguna air suam. Krim hendak disapu secara putaran ke seluruh muka dan dibiarkan semalaman. Begitu juga Krim Soundarya.
Ketiga-tiga gadis tadi pulang dengan muka penuh harapan, untuk kembali cantik dan kembali yakin untuk bergaul mesra bersama-sama teman, sekarang mereka merasa rendah diri dengan muka yang penuh berjerawat. Saya sentiasa mendoakan semoga semua pembeli mendapat manfaat sebaik-baiknya dari ubat-ubat saya...aminnnnnn

Moral dari cerita ini : Remedi atau ubat Homeopathy adalah bebas dari bahan kimia atau bahan-behan beracun, amat selamat dan tidak ada kesan sampingan. Proses penyembuhannya kadang-kadang mempunyai "outbreak" atau keluar dahulu baru sembuh dan ada yang terus sembuh. Ini mengikut keadaan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perubatan Homeopathy tidak membenam penyakit seperti membenam jerawat kedalam kulit untuk kelihatan sihat. Perubatan Homeopathy merawat individu bukan hanya merawat penyakit tertentu sahaja. Rawatan Homeopathy memerlukan kesabaran dan berdisiplin sewaktu mengambil ubat atau remedi.



Monday, October 25, 2010

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?




BC01 ada kesan sampingan ke?

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?

Tengah asyik melihat post dan comment di dalam Facebook, muncul seorang gadis di pejabat konsultasi dengan muka masam mencuka. Sambil memberi salam dia terus berkata “doc kata tak da kesan sampingan, ni apa yang jadi kat muka saya ni?”. Saya terus tersandar di kerusi yang kurang empuk sambil lihat wajahnya dengan teliti. Ohh baru saya ingat, gadis ini pernah datang ke pejabat konsultasi saya lebih kurang 1 minggu lepas.

“Jab yer saya tengok rekod awak, hermm baru seminggu ambil ubat yer”, saya terus melihat rekod ubat atau remedy yang di ambil pada minggu lepas. “Ok awak ambil Biochemic BC01, Sulphur 30, Pulsatilla 30, sabun CCS dan krim CCC.” Dia angguk lemah dan berkata “Ni saya bawa sekali , nak pulangkan dan nak duit saya semula!”, gadis itu berkata dengan agak tegas. “oh boleh-boleh saya akan pulangkan duit awak tapi sebelum tu saya nak awak jawab beberapa soalan dulu yer” , dia angguk-angguk lagi, mukanya masih masam mencuka. Kalau lah ada yang nak mengorat pasti takut tengok muka gadis itu, nampak garang betul. Saya pun naik seriyau, risau nanti diterkamnya saya …

“Ok awak nak tanya apa?”, gadis itu menyoal tegas. “Awak ingat tak, saya beritahu awak yang berkemungkinan healing crisis akan terjadi, seperti eruption atau jerawat akan naik kerana dibawah kulit muka awak tu sememangnya terdapat *nanah, sel kulit mati yang telah bercampur dengan bakteria… awak ingat tak?” Saya menyoal lembut. “iye ada tapi tak sangka la teruk macam ni” gadis itu menjawab dengan gaya agak begang. Muka gadis ini pada minggu lepas sememangnya sudah berjeawat yang besar, ada yang “bermata” dan ada yang tidak bermata. Sedikit bernanah dan keadaannya kalau dikategorikan memang agak teruk dan akibat dari “penolakkan keluar” bahan-bahan kotor di bawah lapisan kulit mukanya lagi la bertambah teruk wajahnya. “ini bukan kesan sampingan, tetapi adalah kesan positif yang menunjukkan proses penyembuhan didalam proses, kesan sampingan atau side effect bukan boleh nampak dalam masa 1 minggu” saya berhujah lagi untuk memberi fakta sebenar.

* Sebaceous gland adalah kelenjar yang menghasilkan minyak, di panggil sebum. Sebum akan terjadi dengan kuantiti yang berlebihan jika kebersihan diabaikan (sebum akan bercampur dengan bakteria dan akan ditolak keluar menjadi jerawat), diet pemakanan yang salah dan kerap kali mengambil makanan berlemak dan stress.

“ Jerawat awak sudah 11 tahun tak surut-surut dan bermacam-macam produk membenam jerawat sudah digunakan… betul tak?” , saya menyoal lagi. “Betul lah, tapi apa kaitannya dengan keadaan muka saya sekarang?”. Gadis itu bertanya dengan muka begang lagi. “Awak baru ambil ubat-ubat saya baru 1 minggu kan?, jadi saya rasa tak adil jika masalah lama nak salahkan ubat-ubat yang baru seminggu awak makan dan gunakan?”. “Habis tu apa cadangan doc?”, gadis itu mula bersuara lunak sedikit. “Saya cadangkan awak teruskan dengan ubat-ubat sekarang, seperti yang saya arahkan, Sulphur 30 ambil lagi seminggu (ambil untuk 2 minggu sahaja) dan berhenti, BC01 dan Pulsatilla 30 seperti biasa 3 kali sehari 30 min sebelum makan. (selang seli jarakkan waktu antara BC01 dan Pulsatilla 30 selama 30 minit), cukupkan sebulan dan jika masih tak berkurangan saya akan pulangkan duit awak semula, dan saya akan beri awak 1 remedi detox, Echi-a, ambil selepas berhenti ambil sulphur, ubat ini awak bayar kalau puas hati kalau tidak saya niat sedekah je” Panjang lebar saya bercakap dan gadis itu nampak akur dengan permintaan saya. “Ok. Saya akan teruskan, dan akan update dengan doc dari masa ke semasa”. Gadis itu terus keluar tanpa memberi salam perpisahan.

Bersambung ….