Thursday, April 5, 2012

Kaki Dah Tak "Cun" Akibat Varicose Veins

Varicose Veins ? Mudahkan cerita ia adalah seperti di gambar di atas, dulu kaki "cun" tapi sekarang nak pakai skirt minta maaflah "kaki I dah tak cun macam dulu". Wanita muslimin tak jadi masalah sangat,  kerana wanita muslimah tak perlu tayang kaki kerana ia adalah aurat, tetapi si suami pula yang pandang "semacam" je. "Apa dah jadi kaki isteri aku ni?", begitulah kot si suami merungut sorang-sorang. Oleh itu mari kita cuba fahami secara ringkas dengan mengguna ayat-ayat yang mudah tanpa perlu mengguna terma-terma perubatan.

Sebagai permulaan, jangan salah anggap "statement" di atas yer. Varicose Veins bukan hanya terjadi kepada wanita sahaja, ia tidak memilih jantina kerana ia juga terjadi kepada lelaki!. Saya refer kepada wanita kerana kaki yang cantik sememangnya idaman setiap wanita, bagi lelaki ia tak lah penting sangat kan ... walaubagaimana pun Varicose Veins adalah masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian dan rawatan.

Varicose Veins, veins jika di terjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud urat, saraf  atau saluran yang mengandungi darah yang mengalir masuk dan keluar dan mempunyai injab. Varicose Veins terjadi apabila injab lemah atau langsung tidak berfungsi atau aliran darah yang sepatutnya mengalir keluar dan masuk tidak mencukupi maka urat itu akan mengembang dan membengkak. Seseorang itu akan merasa tidak selesa, sakit, gatal dan kekejangan akan terjadi. (jika anda mempunyai terjemahan yang lebih padu dan jelas sila kongsi bersama ye)

Ia juga merupakan "harta" warisan yang diperturunkan kepada waris-warisnya, jika ibu atau ayah anda telah terjadi Varicose Veins maka besar kemungkinan anda juga akan mengalami Varicose Veins. Urat-urat akan timbul di permukaan kulit dengan jelas apabila seseorang itu semakin meningkat umur seperti gambar di atas.

Beberapa faktor yang akan memungkinkan terjadinya Varicose Veins.

  • Varicose Veins terjadi sewaktu mengandung.kerana sewaktu mengandung kuantiti darah akan bertambah. Tekanan yang bertambah ke kaki akibat kandungan semakin membesar merupakan salah satu faktor terjadinya Varicose Veins.
  • Pekerjaan atau aktiviti yang memerlukan seseoarang itu untuk berdiri di dalam jangkamasa yang lama
  • Obesiti
  • Trauma dari surgeri yang menyekat aliran darah dari melalui saluran darah
Varicose Veins boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh tetapi spot popularnya ialah kaki dan peha.

Sebagai perubatan alternatif  ubat Homeopathy untuk Varicose Veins amat popular kerana ubat atau remedi homeopathy berupaya untuk mencegah dan menyembuhkan Varicose Veins tanpa meninggalkan kesan sampingan. Remedi utama untuk mencegah Varicose Veins ialah CAL FLOUR. CAL FLOUR merupakan remedi yang perlu di ambil oleh ibu-ibu mengandung dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan anak (program supplemen biochemic untuk ibu mengandung). Bukan setakat menghalang dari terjadinya Varicose Veins, CAL FLOUR juga mampu menghalang dari terjadinya stretch mark di perut selepas bersalin. Selain dari itu terdapat lebih kurang lima remedi yang boleh membantu seperti ARNICA, CAL CARB, CARBO VEG, HAMAMELIS dan LYCOPODIUM. 


Tidak rugi untuk mencuba tetapi anda akan rugi jika di biarkan saja kaki yang membengkak itu tanpa sebarang usaha... semoga kaki anda akan "cun" semula selepas ini... aminnn. selain dari itu remedi homeopathy juga boleh awet muda tau, rahsianya syy.... jangan heboh-heboh tau, amalkan CAL FLOUR sebagai supplemen. Sebab tu lah ramai yang komen, Drcool ni awet muda je .... jangan marah ek gurau-gurau jer hehehe.... kalau nak pesan

Nota :  Cal flour 6x sangat bagus jika diambil bersama-sama Silica 6x. Silica adalah remedy untuk kulit, kuku dan rambut. Gandingan kedua-dua Biochemic ini akan mempercepatkan proses menghalang atau merawat Varicose vein, selulit, mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan tubuh, menghalang uban terjadi sebelum waktunya dan merawat salur salur darah yang bermasalah.



Saturday, March 24, 2012

Ubat Homeopathy Untuk Ibu Mengandung

Pulsatilla

Homeopathy Selamat Untuk Ibu Mengandung Dan Bayi


Secara berseloroh saya akan menjawab, “amat selamat dan puan sangat beruntung kerana puan hanya membayar harga remedy untuk seorang tetapi boleh dimakan untuk dua orang”. Walaupun berseloroh, saya tidak menipu kerana pada hakikatnya adalah benar.  Setiap ibu yang sedang mengandung akan menyalurkan khasiat-khasiat remedy terus kepada fetus (bayi ) yang dikandunginya. Begitu juga kesan-kesan negative dari ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan ubat seperti yang dipreskripsi di klinik ataupun hospital.

Ubat VS Remedi Homeopathy

Saya tidak bermaksud setiap ubat konvensional perlu dilupakan dan hanya homeopathy yang terbaik. Konvensional dan alternative bersifat lengkap melengkapi. Hasil dari pengalaman yang lepas termasuklah isteri dan anak saya sendiri yang mendapat manfaat dari remedy sejak awal kehamilan sehinggalah kelahiran anak saya. Walaupun usia isteri saya pada ketika itu telah menjangkau 35 tahun tetapi beliau mampu melahirkan bayi secara normal dan sihat.


Remedy homeopathy amat membantu ibu-ibu yang sedang mengandung dari seawal 2 bulan sehinggalah saat-saat akhir  ibu tersebut melahirkan anak. Homeopathy juga mempunyai remedy sewaktu berpantang yang lengkap untuk merawat luka incision (torehan surgeri) sehinggalah untuk merawat saraf dan rahim.

Setiap ibu dan bapa pasti akan mengharapkan bayi yang bakal lahir akan sihat dan cerdik, cita-cita ini boleh direalisasikan kerana hampir 70 peratus remedy untuk ibu mengandung ialah dari remedy biochemic atau garam tisu (mineral) yang lengkap untuk kesihatan ibu dan bayi dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.


Mengapa Homeopathy Selamat ?


Jawapan mudah ialah homeopathy bukanlah ubat dan tidak mempunyai kesan ubat didalam remedy homeopathy. Mengapa tidak mempunyai kesan ubat? Pelik juga kan jika tidak mempunyai kesan ubat bagaimana remedy homeopathy boleh merawat dan memberi manfaat kepada yang memerlukan seperti ibu dan bayi? Ini ialah kerana setiap remedy homeopathy “dilute” dengan nisbah yang sangat tinggi.


Contohnya;

Pulsatilla nigrican, sumber dari bunga yang sangat cantik tetapi mempunyai kesan toksik yang sangat merbahaya. Walaubagaimana pun dengan kaedah “highly diluted” (campuran yang tinggi) homeopathy, contohnya 1 titis ekstrak (1 bahagian)  Pulsatilla Q akan dicampur dengan 1 trillion air suling -  1/1,000,000,000,000. Lagi tinggi campurannya lagi tinggi potensi (kekuatan remedy) tersebut. Campuran ini jika diuji dengan kaedah saintifik di makmal ujian toksik, ia akan menandakan “ND” iaitu Not Detected sebarang toksik atau logam berat (heavy metal). Ajaibnya Pulsatilla mampu merawat pelbagai masalah wanita bermula dari masalah haid hinggalah kepada masalah kulit. Begitu juga kaedah penyediaan remedy biochemic atau garam tisu yang biasanya di sebut juga dengan panggilan cell salts.

Pulsatilla menjadi salah satu remedy utama kepada setiap masalah wanita. Pulsatilla mampu membetulkan posisi fetus yang sonsang ke posisi yang sepatutnya. Proven (buktinya) isteri saya sendiri mengalami posisi fetus yang songsang pada trimester yang terakhir (bulan 7,8 & 9), dengan bantuan (dengan Izin-Nya) Pulsatilla, posisi bayi telah berada di posisi yang sepatutnya setelah discan pada 2 minggu terakhir sebelum “due date”.

Oleh itu kepada yang menghantar email atau sms, saya pasti anda telah mendapat jawapannya. Bertemu lagi dengan update terbaru mengenai produk Homeopathy & Biochemic Remedy - Pregnancy and Childbirth Supplement

Sunday, November 27, 2011

Testimonial - Inner Cure

Semenjak mula dipasarkan, Inner Cure mendapat perhatian dari pembaca blog dan web saya. Disebabkan keputihan adalah perkara yang amat sensitif kepada sesetengah wanita, maka biasanya SMS atau email sahaja pilihan mereka untuk bertanya dan meluahkan perasaan. Paling sedih sehingga ke peringkat bercerai berai kerana masalah keputihan.. wahai kaum lelaki bersabarlah dan berusaha untuk merawat bukan untuk menunjukkan kuasa sahaja kan....


Saya mendapat feedback dan testimonial yang sangat memberangsangkan seperti dari ;



  • Cik Ira, Selangor - Salam dr saya mula ambil awal bulan november, sekarang dah 2 minggu. Nampaknya keputihan dan bau mula berkurangan. TQ dr saya nak order lagi sebotol, masih harga yang sama ke? - SMS
  • Puan Mas, Kajang Selangor - Keputihan saya ni dari masa anak dara lagi, saya ingat Inner Cure tak dapat "cure" keputihan saya. Tapi nampaknya kesan kuning di panty dah makin kurang. Ada ubat-ubat lain yang boleh hilangkan terus tak doc? - Email
Remedi Homeopathy dan wanita memang amat berkesan, itu pandangan peribadi saya. Boleh dikatakan pesakit dan pembeli remedi Homeopathy dari homeopathy2u atau biohomeopati.com adalah 99% dari kaum wanita. Alhamdulillah remedi Homeopathy memang sangat berkesan kepada kaum hawa.

Wednesday, November 9, 2011

Ubat Keputihan


Sebelum Inner Cure mula dijual, seorang suami telah menghantar SMS kepada saya. Tujuan hanya satu kerana tidak tahan bau kemaluan isterinya yang amat meloyakan. Bau hanyir amat ketara sewaktu hubungan intim,  sehingga menjejas nafsunya. Berbincang secara terbuka mengenai masalah bau yang tidak menyenangkan itu, pasti isterinya akan kecil hati dan merajuk, tetapi dia sudah tidak tahan dengan bau hanyir yang menusuk hidungnya setiap kali bersama isterinya.


Bau hanyir tersebut bukan hanya terbau sewaktu melakukan hubungan intim sahaja tetapi akan terbau sesekali bila dia duduk bersebelahan isterinya. Pelbagai pencuci wanita telah digunakan tetapi hanya sementara waktu sahaja, masalah masih sama dan tetap hanyir.






Sehinggalah dia terbaca artikel Leucorrhoea atau Keputihan yang di post pada 24 Oktober lepas. Si suami terus memesan Inner Cure untuk si isteri tersayang. Harapannya amat mudah untuk memulihkan si isteri tersayang dan juga mengembalikan suasana keintiman yang romantis seperti "dolu-dolu" katanya. 


Dengan izin-Nya, lebih kurang dua minggu selepas isterinya mengambil Inner Cure, bau hanyir semakin berkurangan. Lelehan keputihan yang sering membataskan pergerakkan si isteri juga semakin berkurangan. Warna lelehan atau discaj juga semakin jernih jika dibandingkan sebelum ini warnanya seolah-olah kehijauan akibat infeksi yang terjadi akbat toksin yang berlebihan di tubuh isterinya.


Fakta : 
Secara Ringkas Punca Keputihan
Keputihan akan terjadi  bila toksin berkumpul didalam tubuh akibat dari diet dan pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat. Kegagalan organ yang biasanya menghapus atau menyah toksik  seperti kulit, hati, paru-paru dan buah pinggang akan mengakibatkan toksin tersebut akan mencari jalan keluar dari tubuh. Maka terjadilah discaj keputihan yang akan keluar melalui uterus dan mucous membrane (kulit lendir)  yang dipanggil keputihan.
Jika terdapat lelehan atau discaj yang disertai nanah, berbau busuk, berwarna seperti  krim (kekuningan), dan sedikit kehijaun. Kes seperti ini disifatkan sebagai kes yang perlu diberi perhatian dan memerlukan ubat serta remedi untuk mengawal lelehan yang tidak dikehendaki ini. 
Simptomnya hanya sekadar lelehan keputihan yang berlendir, seolah berbuih dan melekit dan berwarna serta berbau.Terdapat beberapa simptom penting yang mungkin terdapat, 
  • Trichomonal vaginitis – berbuih, lelehan kekuningan adalah simptom utama. Merasa gatal-gatal.
  • Monolial vaginitis – biasanya akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi kencing manis atau mengandung atau pengambilan antibiotik atau pil perancang keluarga.
  • Cervicitis –  pesakit ini biasanya akan disertai dengan sakit pinggang
Mujurlah si suami seorang yang penyabar dan penyayang, berusaha mencari jalan penyelesaian secara sihat, bukan menurut kata hati sehingga berlaku perceraian hanya kerana keputihan!.


KLIK SINI untuk order

Monday, October 31, 2011

Berpindah Ke Pejabat Baru



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,


Semoga anda semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya.. Saya memohon maaf sangat-sangat kerana  banyak juga email yang lambat berbalas, bukan tak sudi balas email-email tersebut tetapi agak kelam kabut sedikit minggu ini dengan proses berpindah ke pejabat baru. Tak la jauh sangat dari lokasi dulu cuma kali ini saya berpindah ke Bandar Baru Bangi, berhampiran Hotel Bangi Lanai, Kolej Professional Teknologi Mara (KPTM) , MFI dan UniKL untuk memudahkan bagi yang ingin datang sendiri ke pajabat kami untuk membeli "direct" tanpa perlu tunggu posmen yang kadang-kadang semput hehe..


Ini alamat terbaru jemputlah datang tapi belum "settle" lagi, papan tanda pun belum siap dan  masih bersepah lagi, tapi tak mengapa janji hajat anda tertunai kan. Alamat seperti berikut;


Homeopathy dan Biochemic Solaris
No.15A Pusat Komersial Teras Jernang
Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya
43000 Bandar Baru Bangi Kajang 
Selangor.


Disebabkan rumah kedai baru siap, "line" telefon belum ada tak taulah berapa lama kena tunggu sampai pihak TM tarik kabel untuk talian tetap termasuklah Streamyx, tu yang sedih tu kenapa la TM tak sediakan line siap-siap ek? Tidak mesra pelanggan betullah kan, apa la salahnya setiap perumahan atau Pusat Komersial yang baru dibina akan disyaratkan "mesti" TM menyediakan talian tetap sebagai "pakej" bersama-sama untuk menjadi pra-syarat kelulusan CF. Jadi terpaksalah para usahawan menggunakan telefon bimbit .. kalau nak fax terpaksalah cari kedai yang menawarkan perkhidmatan fax. Sabar je la kan .... SMS atau call lah 019-3098980 atau 017-2244427 yer kalau perlukan bantuan untuk sampai ke pejabat kami.

Monday, October 24, 2011

Leucorrhoea atau Keputihan

 Masalah keputihan boleh menjejaskan hubungan suami isteri

Wanita memang komplek dan mempunyai pelbagai permasalahan kesihatan bermula dari awal puberti (akil baligh) seperti masalah keputihan. Keputihan atau leucorrhoea adalah satu perkara yang sinonim bagi setiap gadis dan wanita dewasa. Jika hanya discaj keputihan sahaja dianggap masalah biasa tetapi discaj ini kadang-kadang mengeluarkan bau yang tidak enak. Discaj keputihan yang banyak apabila disusuli oleh bau yang tidak menyenangkan adalah tanda terdapat infeksi di vagina atau uterus. Jika tidak dirawat pada peringkat awal akan mengakibatkan komplikasi yang pelbagai. Seringkali simptom keputihan akan diiringi oleh sembelit, sakit kepala dan gatal di vagina. Gadis atau wanita yang mengalami keputihan akan merasa letih dan lemah serta perasaan tidak selesa di abdomen.



Remedi Homeopati Untuk Keputihan

Jika disenaraikan remedi Homeopathy untuk merawat keputihan terdapat puluhan remedi yang boleh diberi, paling popular dikalangan homeopath ialah Sepia, Sulphur, Cal.Carb dan lain-lain, tetapi anda pasti pening kepala untuk "berhomeopati", terlalu banyak sangat "songehnya" sudahlah kena pantang  macam-macam seperti orang lepas bersalin serta disoal dengan pelbagai soalan pula tu. Disebabkan rungutan tersebut, pengeluar remedi homeopathy menyediakan remedi yang dikombokan (combo). Satu remedi terdapat 3 atau lebih kombinasi untuk merawat setiap simptom yang mewakili masalah kesihatan tersebut. Remedi ini dipanggil Inner Cure yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Rawatan Herba

Bagi wanita di zaman dahulu amalan pemakanan herba menjadi kemestian bagi setiap wanita yang masih dara ataupun yang sudah berumahtangga. Kesan herba terhadap sistem reproduksi wanita juga sangat hebat, contohnya Manjakani dan rempah ratus seperti Halba. Manjakani sering digunakan untuk wanita yang lepas bersalin dan Halba untuk kecantikan payudara, berdekad lamanya Halba digunakan untuk meningkatkan kuantiti susu bagi ibu yang menyusu bayi.

Saya mencadangkan Trigonella Plus dan Oak Galls Plus kerana ia adalah persediaan herba dan rempah ratus yang 100% tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Trigonella Plus sudah mendapat feedback yang amat hebat . Pelbagai komen di SMS dan email yang dihantar menceritakan kesan yang amat "special" yang dihasilkan oleh Trigonella Plus seperti tubuh berbau harum dan vagina juga berbau sensual bagi para suami.  

Oak Gall Plus akan dipasarkan tidak lama lagi, tetapi ia bukan formula baru tetapi formula yang telah berdekad lamanya digunakan oleh kaum hawa yang diperkaya dengan herba lain lagi untuk wanita yang inginkan kecantikan dan sihat secara selamat. Formula ini adalah formula herbalist sedunia yang mengikitiraf Manjakani sebagai herba yang hebat, seperti pengiktirafan dunia herbalist terhadap Tongkat Ali atau Long Jack terhadap lelaki.

Oleh itu jika anda seorang wanita yang membaca artikel ini , senyum lah tak perlu kata apa-apa,, :) kerana anda sememangnya dihargai dan terdapat pelbagai solusi untuk permasalahan kesihatan anda. 
Ceria-cerialah selalu..

Monday, October 10, 2011

email : anwar@solaris-marketing.com "down"


Bila anda terbaca tajuk ni, bunyi macam Blackhawk down je kan.. bukan helikopter je "down" tetapi website pun "down" juga, www.solaris-marketing.com dah "down" jadi semua yang berkaitan dengannya pun "down" termasuklah email anwar@solaris-marketing.com ... puncanya masih disiasat bukan 1 hari tetapi dah hampir 10 hari aduhaii. Oleh itu saya ingin memohon maaf jika ada yang email ke anwar@solaris-marketing.com , dan tidak ada reply saya memohon maaf berjuta-juta lemon adanyaa.... saya tidak dapat menjawabnya kerana saya tidak boleh "login" ke akaun email tersebut kerana masalah server Sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com atau solarismarketing@gmail.com... Maaf lagi sekali kerana menyusahkan anda dengan masalah "down" ini...:(

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
SEMOGA AIDILFITRI INI MEMBAWA KECERIAAN KEPADA ANDA SEMUA... MAAFKAN SAYA JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP. TERIMALAH SALAM AIDILFITIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MINAL AIDIL WAL FAIZIN. BERHATI-HATI DAN BERSABAR SEMASA MEMANDU, MARI KITA TURUNKAN STATISTIK KEMALANGAN MAUT YANG AMAT MENAKUTKAN .... ANDA BOLEH, YAKIN BOLEH, PULANGLAH KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT DAN PULANGLAH KE RUMAH ANDA DENGAN SELAMAT... KAMI WARGA SOLARIS-MARKETING.COM, HOMEOPATHY2U DAN BIOHOMEOPATI.COM SENTIASA MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANDA SEMUA.. AMINN

Semoga kita tergolong dalam sifat sahabat Rasulullah yang bersedih bila Ramadhan berakhir kerana bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Semoga kita mencapai matlamat puasa yakni mencapai taqwa dan Allah menerima ibadah puasa kita, bukan sekadar lapar, dahaga & tak payah ganti puasa semata-mata

Monday, August 15, 2011

Merawat Buasir Tanpa Surgeri




Merawat Buasir Tanpa Surgeri


Surgeri merupakan kaedah popular dikalangan pengamal perubatan Allopathy. Sebaliknya pengamal Homeopathy akan berusaha seboleh mungkin untuk merawat penyakit tanpa perlu surgeri. Tidak dinafikan terdapat sesetengah komplikasi penyakit memerlukan surgeri tetapi buasir atau haemorrhoids boleh dirawat tanpa perlu surgeri yang amat menyakitkan. Oleh itu jangan terburu-buru untuk melakukan surgeri jika anda belum mencuba perubatan Homeopathy

Homeopathy bukanlah konsep perubatan ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Homeopathy adalah konsep perubatan yang mempunyai kajian meluas mengenai rawatan buasir dan mempunyai senarai panjang remedi yang amat ajaib sekiranya diberi mengikut simptom setiap individu.

Beberapa remedi yang amat ajaib dan sering diguna oleh para pengamal Homeopathy untuk merawat buasir ialah Hamamelis, Aloe, Aesculus, Graphite dan lain-lain. Para pengkaji ubat-ubatan sendiri telah mengakui akan kehebatan remedi seperti Hamamelis dan Aesculus. Para pengeluar ubat-ubatan tidak kira Allopathy mahupun Homeopathy akan mengguna salah satu atau gabungan remedi ini sebagai ointment untuk disapu sebagai agen mengecutkan pembengkakkan buiasir dalaman atau luaran, untuk memberhentikan pendarahan dan sebagai pelincir sebagai bantuan untuk mengurangkan geseran di dubur sewaktu membuang air besar.

Ubah gaya hidup, anda sudah sembuh sebanyak 50%

Pengalaman merawat buasir selama berbelas tahun semenjak 1998, saya mendapati gaya hidup, pemakanan dan penjagaan diri yang betul akan mengurangkan simptom buasir seseorang sebanyak 50%. Remedi atau ubat-ubatan akan mengambil peranan sebanyak 50% lagi. Tidak kira sama ada anda penghidap buasir peringkat 1,2,3 atau 4. Pengurusan diri yang betul seperti dibawah akan merubah dan mengurangkan simptom buasir anda;

Minum air putih contohnya air mineral dengan banyak, untuk mengenal pasti air mineral atau hanya sekadar air minuman, pengilang di Malaysia diarahkan untuk mengguna tudung botol berwarna hijau. Tudung botol berwarna biru dan putih adalah air suling atau air yang ditapis mengguna alat penapis. Sering disebut sebagai RO water, drinking water dan lain-lain. Air kategori ini hanya menghilangkan dahaga tetapi tidak mempunyai zat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab air mineral semulajadi adalah plihan yang bijak.

Tabiat membaca sewaktu membuang air besar adalah tidak digalakkan

  1. Pendekkan masa “termenung” didalam tandas. Sebaik-baiknya buang air besar 2 kali sehari dan jangan memaksa untuk “mengosongkan” dubur sewaktu membuang air besar. Meneran untuk memaksa najis keluar akan menambah pembengkakkan didubur. Biar najis keluar secara tidak paksa dan setelah merasa tidak mahu keluar anda segera bersihkan dan keluar dari tandas.
  2. Elakkan dari mencangkung, guna tandas duduk akan lebih membantu mengurangkan tekanan di dubur. Ada yang berpendapat mengguna tandas mencangkung lebih baik dari tandas duduk, tetapi pada pandangan saya tandas duduk mengurangkan tekanan ke dubur dan lebih sesuai.
  3. Makan makanan yang mudah hadam, lembut dan tidak pedas. Mengikut pengalaman saya cili padi merupakan pencetus utama kepada pendarahan.
  4. Berhenti merokok atau kurangkan merokok terutama sewaktu membuang air besar. Merokok akan menambah tekanan ke dubur kerana sewaktu merokok suhu badan akan meningkat. Begitu juga jika anda mengambil alcohol.
  5. Jika anda obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan.
  6. Tidur awal dan kurangkan stress.

Ubat Homeopathy

Jika di senaraikan terdapat 278 remedi yang mampu untuk merawat dan melegakan simptom buasir, senarainya amat panjang untuk ditulis tetapi ubat atau remedi yang sering membuahkan hasil dengan jayanya ialah Aesculus, Aloe, Collinsonia, Hammamelis, Lachesis, Muratic acid, Nitric acid, Nux vomica dan Arnica.

Remedi ini boleh disediakan dalam kombinasi bagi buasir peringkat 1, tetapi bagi buasir peringkat 2,3 dan 4 memerlukan remedi mengikut simptom secara individu.

Contohnya Aesculus untuk buasir yang besar, sakit dan dubur terkeluar. Aloe untuk buasir yang terkeluar, bila dirasa dengan jari seolah-olah berbiji-biji seperti anggur dan rasa lega bila dibasuh dengan air sejuk. Hamamelis pula amat pantas memberhentkan pendarahan.

Kategori Buasir

Buasir boleh dikategorikan kepada 4 peringkat. Peringkat 1 buasir tidak akan "terkeluar" dari dubur. Peringkat 2 buasir akan "terkeluar" dari dubur setiap kali membuang air besar tetapi akan "masuk semula" selepas itu. Peringkat ke 3 agak sama dengan peringkat ke 2 tetapi dubur akan masuk semula selepas ditekan. Peringkat 4 dubur akan sentiasa terkeluar.

Simptom
Peringkat 1 kadang tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Simptom awal ialah sering terjadi pendarahan yang berwarna merah segar selepas membuang air besar. Biasanya akan terasa gatal di dubur. Peringkat 3 dan 4 pesakit akan merasa sakit dan memeritkan, biasanya akan ada discaj seolah-olah lendir bersama-sama najis. Tidak semestinya seseorang itu buasir bila terjadi pendarahan selepas membuang air besar, ia mungkin diakibatkan oleh komplikasi yang lain. Adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti samada anda mengalami buasir atau disebabkan oleh lain-lain masalah.

Sekiranya anda ingin mendapat rawatan sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com

Sunday, July 10, 2011

Ubat Kurus Homeopathy


BC20 – Bio Slim Combo

Bio Slim Combo adalah persediaan 100% Biochemic ( garam mineral ) yang amat berkesan untuk mengawal berat badan kepada individu yang sudah mendapat mendapat berat badan yang ideal atau mengalami berat badan di paras “border”.

Gabungan 3 remedi yang hebat dan mendapat testimonial yang memberangsangkan untuk mengawal paras kolesterol, penghadaman dan menjaga kesihatan organ-organ penting otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament.

Gabungan 3 remedi Biochemic yang hebat ini ialah :

  • Kali.phos – Nutrisi semulajadi kepada saraf-saraf dari potassium phosphate yang sememangnya sudah terdapat di dalam sel otak dan tisu di saraf-saraf.
  • Cal.flour – Remedi ini untuk menjadikan otot dan tisu yang sesuai dan elastik. Calcium fluoride amat diperlukan oleh otak, jantung, buah pinggang, kelopak mata, tulang, otot-otot dan ligament. Fungsi paling utama remedi ini ialah untuk memastikan dan mengekalkan keadaan fiber tisu yang elastisiti, membolehkan fiber untuk meregang dan kembali kepada bentuk asalnya.
  • Cal.phos – bertindak sebagai pemangkin kepada penghadaman yang sihat di tahap selular. Ia juga membantu di dalam proses terjadinya sel darah baru yang terdapat di tisu-tisu penyambung dan jus-jus penghadaman, yang menjadikan bahan amat penting kepada nutrisi tubuh untuk memproses dari khasiat dari penghadaman. Ia merupakan tonik yang amat baik bagi semua peringkat umur untuk penyerapan tenaga.

Pesanan dan bayaran sila klik sini